Telegram Web Link
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ
Allah makbul doa kita dengan cara Dia bukan dengan cara kita
12
korang cuba tengok bulan kat luar.. cantik sangat ❤️
6
meninggalkan perkara yang Allah larang dapat pahala

dan melakukan perkara yang Allah suruh dapat pahala

perempuan istimewa dalam bulan Ramadan, ketika haid mereka mendapat pahala kerana tidak melakukan apa yang Allah larang dan ketika mengganti puasa, mereka mendapat pahala kerana melakukan apa yang Allah suruh

selamat mengejar lailatul qadr
5
Kita takkan selalunya menang dalam sesebuah pertandingan di dunia ini. Tapi yang perlu kita yakin, jalan menuju kemenangan itulah yang membentuk kita menjadi orang yang lebih hebat dan lebih kuat.

Bukan tentang dapat capai atau tidak apa yang kita nak tapi tentang apa yang kita dapat dari proses itu.
3
Nanti bila dah berjaya, jangan lupa yang Allah bagi kejayaan tu. Jangan lupa ibu ayah yang selalu hantar duit untuk kita makan dan beli buku. Jangan lupa adik-beradik lah yang hantar dan jemput kita di stesen bas dan stesen kereta api. Jangan lupa kawan-kawan yang bagi sokongan dan support system bila kita belajar jauh-jauh. Jangan lupa guru dan lecturer yang bagi kita tunjuk ajar sampai kita faham sesuatu ilmu.

Jangan lupa solat.
Jangan tinggalkan al-Quran.
3💯1
Mungkin bentuk kasih sayang Allah itu bukanlah dengan mudahnya kita menghafal ayat al-Quran. Tetapi dengan lelah dan payahnya untuk mengingat al-Quran itu.

Dan dengan sabar dan lebih banyak masa diluangkan untuk al-Quran, begitu juga banyak pahala yang Allah bagi.

❤️😊
7
Ramai lupa, doa bukan untuk meminta jodoh yang baik sahaja. Berdoalah agar dikurniakan hati dan iman yang tidak berbolak-balik, meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat dan selamat daripada azab neraka dan kubur.
10
Jangan doa pasal jodoh je ya ❤️
Allah tak perlukan kita. Kitalah yang memerlukan Allah
5
DATA MURAJAAH JUZ.docx
21.5 KB
ni jadual murajaah hafalan Quran ❤️ nak jadikan jadual mula hafal Quran pun boleh
1
Untuk setiap kesedihan yang kau lalui, semoga Allah gantikan dengan perasaan gembira yang tak pernah kau rasai.
🕊1
kita pernah setaat itu 😔

yang qabliah ba'diyahnya ada walaupun sikit.
yang dhuhanya ada walaupun di akhir pagi.
yang tilawahnya ada walaupun bukan satu juzuk sehari.
yang al-ma'thuratnya ada walau bukanlah pagi dan petang.
yang selawatnya ada walau bukan lagi berpuluh ribu sehari.
yang lagunya bukanlah tentang cinta manusia tetapi cinta kepada Rasul dan Allah.
yang bangun malamnya bukanlah untuk belajar semata-mata tetapi untuk tahajud menyembah Tuhan.

kita pernah setaat itu 😞
2
jom sama-sama cari semula kekuatan untuk kembali taat
4
2025/11/12 05:54:59
Back to Top
HTML Embed Code: