Telegram Web Link
5 sebab duit KWSP cepat habis

1. Ubah suai rumah
2. Belanja kenduri kahwin anak
3. Bayar hutang
4. Biayai kos perubatan
5. Terlibat pelaburan tidak sah

Sumber: Sinar Harian
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Tip Mendidik Anak Menabung Dengan Hanya Mengubah Skrip Ketika Menghulurkan Wang Saku

1. Tip ini sesuai utk dimulakan di awal tahun persekolahan.

2. Hanya perlu tukar skrip ketika menghulurkan wang saku kepada anak.

3. Selalunya, kita akan ucapkan;
“Along/Angah/Acu, nah ambil duit belanja RM3. Belanja elok-elok beli makanan, kalau lebih; simpan dlm tabung”.

4. “Belanja dulu. Kalau lebih, simpan”.
Skrip ini diulang sedari anak darjah 1 hingga ke sekolah menengah hingga ke IPT.

5. Akhir sekali, daripada rutin ia menjadi tabiat sehingga anak tadi menginjak dewasa. Tabiat itu ialah tabiat “belanja dulu baru simpan” yg akhirnya, langsung tidak menyimpan.

6. Buktinya, berdasarkan kajian oleh BNM tahun lalu, hanya 6% rakyat Malaysia yg mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji.

7. Jadi, utk mengubah masa depan anak-anak kita, cuba ubah skrip;
“Along/Angah/Acu, nah ambil duit belanja RM3. Simpan 50 sen, ada lebih baru belanja.

8. Mudah-mudahan pesanan ini menjadi rutin dan seterusnya menjadi tabiat baru;
“Simpan dulu, baru belanja”.

9. Nak cuba esok? Pastikan siapkan tabung dan wang kecil utk mulakan simpanan itu.

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
Buku yang boleh dijadikan panduan untuk orang perempuan dalam menguruskan wang.

Ada diskaun 10%

https://wanita.bukubmw.com/
Harga emas jatuh. Apa nak buat? Masa terbaik untuk beli atau jual? Atau tunggu dan lihat sahaja?
Harga emas jatuh 3%
Harga perak jatuh 6%

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi perkara ini?

1. China menghentikan belian emas selepas mencapai tahap tertinggi pada bulan Mei lepas

2. Laporan Jabatan Buruh Amerika Syarikat menunjukkan Nonfarm Payrolls (NFP) meningkat sebanyak 272,000 pekerjaan pada bulan Mei, berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 185,000.

Untuk rekod, Bank Pusat China telah menambah simpanan emas mereka selama 16 bulan berturut-turut sebelum menghentikan pembelian baru-baru ini.

Sebelum ini, China telah membeli emas sebanyak 390,000 auns troy pada bulan Februari, membawa jumlah simpanan mereka kepada 72.58 juta auns troy, atau kira-kira 2,257 tan.

Selain itu, Laporan Jabatan Buruh Amerika menunjukkan Nonfarm Payrolls (NFP) meningkat sebanyak 272,000 pekerjaan pada bulan Mei, berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 185,000.

Berita positif untuk ekonomi Amerika ini juga dikatakan memberi kesan negatif yang signifikan kepada harga emas.

Jadi sebagai pelabur, apakah yang perlu kita lakukan?

Beli? Jual?
Tunggu lagi?

Dan siapakah yang paling untung apabila harga emas jatuh?
Peniaga emas!

Nak join bisnes emas bersama saya?

Tak perlu beli stok emas
Tak perlu simpan stok emas
Tak ada maintainance
Tak perlu buka kedai & sewa pejabat

Pendaftaran PERCUMA
Pakai sistem affiliate
Boleh dijalankan secara online 100%
Boleh dijalankan secara part time

Ajak orang daftar dan beli emas secara online.

Beli emas dapat emas. Jual emas dapat komisen.

Bukan beli emas dapat memo 😄
Hendak gugur, gugurkan nangka,
Usah terkenang si ranting pauh,
Hendak tidur, tidurlah mata,
Usah terkenang diesel yg naik.
Ada banyak sangat red flag Syarikat XFOX ini sehingga ia dah masuk watchlist BNM sejak tahun lepas sebab ia menawarkan pelaburan yang too good to be true.

Harap Terengganu FC dapat tarik balik.

Percayalah, akan ada pemain XFOX guna hujah seumpama ini:

"Tengok, kerajaan Terengganu pun percayakan kami, takkan korang tak percaya lagi?"

Tolong sampaikan kepada kerajaan negeri.
Dah lama masuk watchlist BNM, Jun 2023 lagi.
Buku Wanita Bijak Mengurus Wang #BukuWanitaBMW ada diskaun gais!

Beli 1 buku WanitaBMW diskaun 10%, beli buku WanitaBMW + buku FIRE atau buku BMW kita bagi 50% diskaun untuk buku Wanita Bijak Mengurus Wang.

Untuk pembelian buku klik link di bawah
https://wanita.bukubmw.com/

#BukuWanitaBMW
#wanitabijakmenguruswang
#BukuBMW
#BukuFIRE
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Sebelum pilihanraya, seorang isteri berkata kepada suaminya;

"Abang.... Kalau Abang undi parti yang saya sokong, saya akan benarkan Abang kahwin satu lagi"

"Wah! Betul ke?", si suami tidak percaya. Matanya digosok-gosok beberapa kali. Perutnya dicubit-cubit utk pastikan ia bukan berlaku dalam mimpi.

"Ya, Abang sayaaaaaang", kata si isteri sambil tersenyum.

Si suami gembira bukan kepalang. Bukan senang dapat peluang sebegini.

"Hari ini menang, esok Abang boleh kahwin lagi. Bukan satu tahun, bukan satu bulan, bukan satu minggu. Saya ulang, hari ini menang, esok Abang boleh kahwin lain", sang isteri mengulang tawarannya.

"Hai, senangnya dalam hati!", si suami menyanyi riang!

Lalu pada hari pilihanraya, dia mengundi parti pilihan isterinya walaupun dia tak suka. Siap ambil gambar kertas undi yang dipangkah sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada si isteri.

Ditakdirkan, parti yang disokong oleh si isteri tadi menang dan si suami turut bergembira!

Kemudian, selepas pilihanraya si suami pun mengambil borang poligami dan diserahkan kepada si isteri tadi untuk ditandatangani.

Sambungan cerita di

https://www.facebook.com/share/p/jVSo9psbEbvRD44Z/?mibextid=oFDknk
PAKKP bakal tersontot di pintu shorga!
2024/06/12 03:14:48
Back to Top
HTML Embed Code: