Telegram Web Link
Ikhlas itu tanpa suara..

Hanya dalam keheningan hati kita sendiri yang sungguh-sungguh bisa merasakan

Telegram: @BWQuotes
Move on.

Bukan bererti tidak laku
Bukan bererti tidak cantik
Bukan bererti nasib malang

Move on is accepting what Allah SWT has planned for you. Accepting the fate that Allah SWT has give to you.

Redha

Telegram: @BWQuotes
Dari kecewa, engkau belajar bangkit.
Dari luka, engkau belajar untuk lebih berwaspada.

Dari ujian, engkau belajar erti kekuatan.

Telegram: @BWQuotes
Dengan bersabar sedikit tu lah kita mungkin akan peroleh hasil yang lebih baik nanti.



Telegram : @BWQuotes
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum 😘 In Shaa Allah ada sesuatu yang @BWQuotes akan umumkan, nantikan yaaa
Di saat kamu lemah dan tidak punya bahu untuk bersandar, yakinlah kiblat sentiasa ada untuk bersujud.

Telegram: @BWQuotes
Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam,

Tetapi lihatnya pada hari ini
Setiap orang mampu berubah,
Malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan

Telegram: @BWQuotes
8 FAKTOR SUSAH NAK MOVE ON.

Banyak sebab yang buat kita rasa sedih, kecewa dan kemurungan. Ada yang pilih untuk berhenti meneruskan hidup, ada yang boleh terus move on dari kisah lalu.

Bergantung pada penerimaan kita sendiri terhadap sesuatu perkara yang menimpa. Samada kita redha atau pasrah.

Bukan mudah untuk move on tapi ada cara untuk terus bangkit dan bersemangat. Sebelum tu, kenalah jauhi 8 perkara ni.

1. Dengar lagu sedih dan emosi.

Bila dengar lagu sedih, lirik patah hati mestilah kita lagi susah nak move on. Jauhi diri dari minda negatif, cari lagu yang lebih ceria dan bersemangat. Sekurangnya, lagu yang mampu buat kita tersenyum.

Lagu Ayda Jebat syiok juga, lagu dia catchy gitu tapi menceriakan. Kalau dok dengar lagu Sufian Suhaimi, dari elok-elok nak bangun terus terbaring dengar.

2. Asik menangis.

Betul, kalau sedih luahkan je dengan tangisan. Tapi kalau terlalu layan perasan dengan menangis setiap hari, ianya akan menambah lagi tekanan buat kita jika asyik meratapi apa yang dah berlaku. Silap-silap jadi Kassim Selamat.

“Buat apa kau menangis disini? Pergi kau menangis di kubur sana!”

3. Lupa berdoa pada Tuhan.

Jangan asyik menangis tapi lupa nak berdoa pada Allah. Mengadu sepuasnya pada Dia dan minta petunjukNya. Doa akan terasa lekat di hati, dan nescaya kita akan rasa lega selepas tu.

Kadang banyak dugaan dari Tuhan yang kita tak nampak hikmahnya tapi percayalah, jangan pernah ragu dan bersangka baiklah dengan Dia.

4. Kunci diri dirumah.

Bila sedih, kita akan terperuk je di rumah tak nak buat apa-apa. Diri rasa tak bermaya, dan malas untuk keluar. Tapi bila kita kunci diri di rumah sepanjang hari, kita akan rasa lebih sesak fikiran. Perlu untuk keluar dan nikmati pemandangan alam atau keluar sibukkan diri.

Harus keluar dari rumah untuk seketika, jangan layankan perasaan seorang diri. Kemurungan bukanlah perkara yang boleh dibuat main dan ditangguh-tangguh.

5. Sentiasa nak jadi orang lain.

“Kenapa dia boleh bahagia tapi aku tidak?”
“Kenapa aku kena hadap masalah ini semua?”
“Dia boleh buat kenapa aku tak boleh?”

Suara-suara negative ni akan hasut fikiran kita untuk jadi orang lain. Kita mula bandingkan diri kita dengan orang lain dan terasa nak lebih lagi dengan apa kita ada. Jangan bersangka buruk dengan takdir.

6. Tidak berkongsi masalah.

Kita rela diamkan diri, dan tak nak berkongsi masalah dengan orang lain. Jangan pendam hingga musnahkan diri sendiri. Luahkan kesedihan itu hingga kita rasa lega.

Carilah individu yang boleh mendengar seperti pasangan atau adik beradik kita. Bonus kalau mereka dapat membantu tetapi kalau dapat jadi pendengar setia pun sudah besar rahmat.

7. Tidak redha dengan ketentuan Tuhan.

Berlapang dada, redha dan terima lah hakikat yang apa yang dah lepas, bukan rezeki kita. Pasti akan ada yang lebih baik selepas ni.

Ujian yang datang mengajar kita untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan. Allah dah atur kisah hidup kita dan apa yang berlaku adalah rencanaNya.

8. Tidak yakin pada diri.

Kegagalan yang dihadapi akan beransur pulih apabila kita yakin pada diri kita sendiri. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Sekali gagal tidak bererti akan gagal selamanya. Kegagalan itu pengajaran paling berharga untuk kita atur strategi dan perbaiki diri.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(At-Thagabun : 11)

Apa pun yang terjadi, kita kena bangkit dan move on! Sedih tu perkara biasa tapi kita kena terus kuat. Ada ganjaran besar untuk mereka yang bersabar dan redha.

In shaa Allah.

Telegram: @BWQuotes
Share pada teman2 anda 😘
Esokkkk tauuu, 😘
Capal dalam Bahasa arab disebut sebagai al-Na’lu (النعل) dan kata jamaknya ( النعال ) ialah kasut atau capal digunakan sebagai pelindung kaki.

Dari sudut sejarah pula, kemuliaan terhadap capal Rasulullah ﷺ ini sebenarnya telah bermula pasca era kewafatan Baginda ﷺ lagi

Sebuah riwayat menunjukkan bahawa salah seorang sahabat Rasulullah ﷺ, iaitu Saidina Anas bin Malik r.a bertindak sebagai penjaga kepada capal Baginda ﷺ. Dinyatakan bahawa pada setiap malam, beliau r.a. akan memandang capal tersebut dan kemudiannya menangis kerana merindui Baginda

Nantikan esok 💕
Telegram : @BWQuotes
Open Order Rm8 sahaja 😘

Boleh whatsapp
https://wa.me/601136778292
Seekor lalat, walaupun masuk ke taman dipenuhi bunga, tetap dicarinya tahi.

Seekor semut, walaupun dicampak ke tong sampah busuk, tetap dicarinya gula yang manis.

Pilih.

Telegram : @BWQuotes
Terkadang Allah memberi kita rasa sepi dan sunyi dalam diri.

Meski mungkin ada banyak orang disekitar kita.

Itulah tandanya Allah rindu, Rindu akan sujud doa tangis kita dihadapanNya.

Telegram: @BWQuotes
Tak semua bicara perlukan kata-kata.
Kadangkala diam itu lebih memberi makna.

Mungkin mata lebih bijak meluah rasa.

Telegram : @BWQuotes
Apabila merasa down dan lemah.. Minta bantuan dari Allah 🥺
Ada banyakk design, kalau berkenan boleh la tengok di Shopee

https://shopee.com.my/bidadariwalidaccessories?smtt=0.0.9
Untuk mendapat kejayaan itu bermula dengan Usaha

Selagi mana kita Mencuba,
Selagi itu pasti ada harapan berjaya
Kuatkan langkah, teruskan berjalan tanpa henti, sinar itu ada di hadapan sebentar lagi..

Sabar.. Teruskan..

Telegram : @BWQuotes
Awak kuat kan? Jom.. 😊
2024/06/10 13:22:20
Back to Top
HTML Embed Code: