Dikatakan,

"apabila seseorang lelaki (atau perempuan) mempunyai kemunafikan yang sempurna, dia akan menguasai dua matanya (dengan melihat kepada semua benda, tanpa mengira halal dan haram). Dia melepaskan kedua-dua matanya bila sahaja dia kehendaki."
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perjalanan yang cukup halus.. dan ternyata ruangnya seperti kamar kecil.. Meski terlalu riuh, namun disitu seringkali aku bisa merebah di dalam kelembutan-Nya🌷. (Beta.-)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Candraku, semoga baik-baik saja, meski bukan sekali, dua kali, kau diempas-empas, menjadi pelam(piasan) tangan-tangan yang kaumurkai. Aku berharap untuk perlindungan ini, kali ini saja.🤍

(Beta.-)
Alhamdulillah seronok belajar Ammiya dengan mereka tadi, langsung takde nk judge mengejudge haha.

Selain dpt belajar Ammiya, dalam masa yang sama saya juga dapat kenal serba sedikit akan budaya masyarakat Arab Badawi. Mereka kenalkan saya dengan tempat2 tinggal mereka, makanan2 tradisional mereka, lehjah org2 Arab Badawi yg seakan lebih kurang sama dgn lehjah madani, Alhamdulillah Nasib baik mereka bukan Karaki😂😂. Mereka tunjuk saya video² kartun Arab, dn menerangkan setiap kalimah yg saya tak faham.. plus sikit lagi Rania nk ajar tarian Dahiyeh (versi banat) tadi🤣 Tapi sejujurnya saya mmg sejenis yg sangat minat utk mengetahui budaya bangsa dan negara lain.
Antara pengajaran kendiri yang saya dapat simpulkan utk setakat ini ialah, rugilah jika saya berada di sini bertahun-tahun, namun saya tidak mencuba ambil peluang yang sekejap ini untuk mendptkan sebanyak-banyaknya pengalaman di sini. Sangat rugi.

Dan kalau nk bercerita soal 'bahasa' ni, saya sendiri sebenarnya belum fasih... Saya dapati, kebanyakan pelajar Malizi takut nak bergaul dgn masyarakat Arab sbb bahasa Arab fushah/lahjah yg belum mantap, bahkan masalah ini dihadapi oleh diri saya sendiri.

Namun, adakah nk tunggu kita fasih berbahasa, baru kita nak berani bergaul dgn org Arab?...
Meskipun kalau dh fasih, belum tentu kita akan berani... Bergaullah dgn masyarakat Arab, walau kita masih beginner dan ada rasa takut2.. Kerana berlatih ckp secara berseorangan (atau bercakap Arab dengan sesama rakan yang sebangsa) jika nak dibandingkan mempraktikkan bahasa tersebut bersama masyarakat arab itu sendiri, realitinya amatlah berbeza suasananya.

'Keluarlah', cari rakan Arab dan belajar drpd kesilapan2 yg kita buat. Buat silap tu bnda yang normal dan memang sangat perlu untuk kita buat kesilapan. Kalau asyik betul je, part mana yg kita nak belajar & perbaiki kan? Jangan takut untuk belajar dan jadilah org yg suka untuk mencuba melakukan sesuatu yang InshaAllah bermanfaat.
"THE KEY TO LEARNING A LANGUAGE IS TO TAKE A LOT OF SMALL STEPS AND TO BE CONSISTANT."

حاول! وحاول مرة اخرى!☺️👏🏻

Diari Mu'tah,
Nabihah bt Mohd Najib
Selasa, 12 Sept 2023, Mu'tah Al-Karak, Jordan.
🌹
Puisi beberapa bulan yang lepas.🤍
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sesungguhnya di dalam rindu, seseorang menjadi amerta, serta merta🤍...
Alhamdulillah, InshaAllah tak lama lagi saya akan menghadapi semestar baru untuk tahun ke-2 di Universiti Mu'tah, dan Alhamdulillah, sekarang kami sdg dalam fatrah untuk memilih dan merancang subjek² yg kami nk ambil nnti. Begitulah suasana belajar di sini, tiada jadual yg dikeluarkan oleh pihak Jamiah sebagaimana yg biasa dilakukan oleh Universti² yg ada di Malaysia. Disini, pelajar sndiri yg perlu menentukan subjek apa yg hndak dia ambil pd semester tersebut, dan susun jadual masing² sendiri. Setelah itu, barulah jamiah akan buka sistem utk sesi pendaftaran pula, dan diwaktu inilah kami semua perlu sangat peka dgn waktu utk mendaftar. Boleh dikatakan berdebar juga part nk daftar madah ni haha😂, kerana ianya dilakukan secara online, dan utk pengetahuan setiap syukbah (kelas) itu akan diterima paling max kebiasaan 60 pljar sahaja. Bayangkan yg nk dftar tu ribuan mahasiswa, maka nak tak nak mmg kena doa bebanyak, kena rebut utk dptkan kelas.
kalau tak dpt madah dan kelas yang kita nakkan sebagaimana yg dirancang, maka perlu ada plan ke-2, iaitu trpksa daftar madah² lain yg masih available dan ada kekosongan.
Alhamdulillah, InshaAllah setelah diteliti setiap madah² yang dibuka untuk semester depan, saya merancang untuk ambil 6 madah ini. Boleh dikatakan, hampir banyak subjek susah, dan sememangnya saya perlu banyak fokus untuk sem depan. Lebih² lagi asalib bahas tu, ianya seperti membuat thesis, cuma yg lainnya ialah ianya berbahasa Arab. Mula² saya mcm cadang nk ambil madah akidah 2, meskipun saya meminatinya, namun sebenarnya madah yg ada ini pun sudah berat, dan akidah 2 itu pula tidaklah mudah seperti yg disangka, kerana kami akan mempelajarinya dengan lebih mendalam berkaitan tntg fahaman² tertentu. Nak ambil fiqh zakat pula, takut saya tak cukup nafas😭😅😂. Saya tak memilih sgt sebenarnya utk memilih madah, kerana tidak boleh tidak, pd hakikatnya semakin meningkat sem, semakin banyak yang susah dan mencabar, dan akan datang akhirnya saya mmg akan ambil juga madah² sukar yg saya belum ambil (Biiznillah)...cuma saya kira, cukuplah fokus yg ini saja dulu utk sem depan nanti InshaAllah.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Orang-orang pandai, tidak hidup di dalam pujian atau hinaan orang. Mereka hidup dengan menyedari bahwa diri mereka adalah lubuk keaiban, dan kelemahan. Dengan itu, mereka memahami akan segala kekurangan & kelebihan diri adalah karunia dari Tuhan yang Maha Pengasih.
MashaAllah, rindu nya kat Syeikh🌹...Rindu nak hadir kelas² Syeikh Omar Dr Khalash.

Baru² ni Syeikh ada buat kelas Talaqqi online kelas fardhu ain, menggunakan kitab Mukhtasar Sullam At Tawfiq. InshaAllah setiap hari Isnin, jam 9 malam (Malaysia).

Bagi yang ingin mengikuti, ini link kelas ya. https://meet.google.com/eov-ibqh-amo
Dikatakan,

"Berikan waktu untuk berproses. Yang sedang dibangunkan, memerlukan disiplin dan refleksi terhadap kesilapan lalu. Maknai dan raikan tiap yang kecil, dengan selalu berterima kasih.

Ada hal yang perlu dilepaskan dan ditinggalkan, untuk menemukan diri sendiri yang boleh berdiri."

🖋 | ImraanZaki
BAGAIMANA MENGETAHUI KESETIAAN MANUSIA.

يُعرف الزوج عند مرض زوجته وتعرف الزوجة عند فقر زوجها ويعرف الصديق عند الشدة ويعرف الابناء عند شيخوخة والديهم. و يعرف الإخوة عند الميراث ويُعرف الأقرباء في الغربة. ويعرف الحب الحقيقي عند انتهاء المصلحة. ويعرف المؤمن عند الابتلاء.

1.Kesetiaan suami dapat diketahui ketika isterinya sakit

2. Kesetiaan isteri dapat diketahui ketika suaminya faqir

3. Kesetiaan Teman dapat diketahui ketika kesulitan

4. Kesetiaan anak-anak dapat diketahui ketika orang tua mereka tua renta

5. Kesetiaan saudara (kandung) dapat diketahui ketika pembahagian harta warisan

6. Kesetiaan kerabat (yakni orang-orang dekat) dapat diketahui ketika jauh

7. Kesetiaan dalam cinta sejati dapat diketahui ketika berakhirnya kemaslahatan (berakhir kemahuan)

8. Kesetiaan orang-orang Mukmin dapat diketahui ketika ia dalam musibah atau cobaan

Semoga bermanfaat🌹
2024/05/12 21:20:03
Back to Top
HTML Embed Code: