Kadang , kata maaf itu berasal dari orang yang paling takut kehilangan bukan yang paling salah

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
β€œApa yang Allah takdirkan tu baik baik belaka. Pujuk hati untuk sabar. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih sepanjang masa.”

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
"Ya Allah, berikanlah aku semangat yang tiada henti, semangat yang tak pernah padam dan rasa sabar yang kuat untuk aku menghadapi segala ujian dariMu, dan bagaimanapun perasaan hati ini, buatlah aku tetap tersenyum dan gembira Ya Allah."

Aamiin ya rabbal alamin.. ✨🀲

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
"Jalan cerita kita tak sama. Tapi permasalahan kita adalah sama."

Nak kuat dan memotivasikan diri?

Let's join here⬇️

@bicarabulanofficial
@bicarabulanofficial

"Walaupun kita jauh, tapi kita tetap memandang bulan yang sama"β™₯️🫰
Untuk sesuatu yang terlepas dalam genggamanmu, pasti akan digantikan dengan yang lebih baik. Tugasmu hanya yakin dan berbaik sangka kepada Allah.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Tak semua orang suka kita so kecilkan circle korang cari kawan yang betul betul nak berkawan. Takpa ada kawan sikit. It’s not about the quantity but the quality.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Perlahan-lahan ubah diri ke arah yang lebih baik kerana tak lama lagi kita akan berjumpa dengan Allah SWT.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Bersangka baik adalah benda yg paling susah selepas bersyukur. Benda ni perlu praktis dan jadikan habit, kalau terdetik je yg tak baik, control it. You can do this! let’s start practicing this and be kind to each other. Biar lah orang kata hipokrit, janji hati kita Allah yg tahu.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Setiap doa yang tidak dimakbulkan di dunia, setiap sabar dan syukur kita di dunia, dan setiap hak kita yang dizalimi orang lain, pasti ada bahagian kita di akhirat sana.

Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Bersangka baik dengan setiap ketetapanNya.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Bila Tuhan tak ditakuti, mereka yang dalam ujian akan sibuk salahkan orang lain. Lebih hina sibuk pula salahkan Tuhan dengan apa yang berlaku.

Sedangkan kalau kita faham dan sedar, ujian itulah tempat terkumpulnya pahala. Dengan syarat kita hadapinya dengan sabar dan redha.

Maka atas setiap ujian yang kita hadapi, kembalilah pada Allah. Serah diri pada Dia. Nanti Dia akan berikan penyelesaian yang paling baik buat kita.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Some people want to be happy. Some people just want to survive another day. Some people want to make others happy. Whatever it is, we have purpose. We have our reasons. That’s what keeps us going. Stay strong.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Saat hati kita sakit, tinggal dalam istana kayangan pun takkan bahagia. Namun sebaliknya jika hati kita sihat dan bersih, tinggal di rumah kecil serba sempit pun terasa luas.

Kita yang pilih apa yang kita nak letak dalam hati ni.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Untuk setiap jiwa yang sering bertanya, kenapa aku diuji. Meh saya ulang,

β€œKayu gaharu takkan diketahui wanginya kalau tidak dibakar. Begitu juga diri seseorang, kalau nak tahu realiti sikap seseorang, mesti diuji dahulu.”

Jelas kan?

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Segala yang ada di dunia ini pasti akan pergi. Dan tak akan kembali lagi.

Namun berbeza dengan doa. Saat doa itu pergi kepada Allah, ia pasti akan kembali semula kepada yang memintanya.

Maka teruskan berdoa. Kerana setiap doa kita pasti Allah dengar dan Dia akan balas sebaiknya.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Untuk berhijrah atau kau nak berubah, Tuhan tak kesah hijrah kau itu cepat-cepat atau perlahan sangat prosesnya.

Maksudnya kalau kau berubah sikit-sikit, perlahan macam siput pun tak apa. Asalkan kau berubah lebih baik hari ini daripada semalam.

Itu lebih Tuhan suka daripada kau langsung tak ada niat nak berhijrah dan berubah.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah membenci.

Tapi ada sesuatu yang Allah nak kita mengerti.

Dia akan beri hadiah yang lebih baik dan lebih sesuai daripada apa yang kita minta. Sesuatu yang bukan dalam pengetahuan kita tapi dalam ilmu yang Allah tahu.

Dia kan Tuhan kita, mestilah Dia yang paling tahu.

Kalau pun bukan sesuatu yang bersifat kebendaan yang Allah beri, percayalah dengan doa kita nak minta hajat itu, Allah ganti dengan pengampunan dosa.

Allahhh. Itulah yang paling utama. Dapat pengampunan dosa sebelum kita mati.

Maka, jalan terus. Kena yakin akan ada sesuatu yang lebih baik buat kita di depan nanti.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Siapa yang percaya kepada Allah, maka Allah yang akan menjaga hati dia.

Jadi kalau kita nak sangat jadi orang yang paling bahagia, sebenarnya mudah. Percaya sahaja pada Allah.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Sehebat mana permintaan doa kita kepada Allah, sehebat itu jugalah ujian yang Allah akan beri mengiringi permintaan kita.

Kalau minta syurga? Mesti ujiannya cukup hebat.

Kalau minta redha Allah? Lagi lah hebat ujiannya.

Begitulah selalunya. Ia adalah harga kepada apa yang kita mahu.

Maka, usah takut dengan ujian. Itu laluan untuk Allah beri apa yang kita pinta.

Tenang - kamu mampu.

Night✨-aisyaa-

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
2024/05/09 18:46:10
Back to Top
HTML Embed Code: