Telegram Web Link
TIADA MANGSA SELAMAT KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM

1. 0945H - POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3) dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

2. Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

3. Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

4. BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.

5. Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.

6. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
[Terkini]
Kenyataan Akhbar

Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM

Video : Orang awam

Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani
#infosemasa
Senarai mangsa terkorban insiden 2 helikopter terhempas ‼️

πŸ“Œ HOM-AW139

Kdr Muhammad Firdaus Ramli
Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun
PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang)
LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna

πŸ“Œ Fennec

Kdr Muhamad Amir Mohamad
Lt T Sivasutan
PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

----------

- Semua mangsa berusia bawah 40 tahun
- Satu lembaga siasatan ditubuhkan bagi mencari punca kejadian

Sumber: Harian Metro, BERNAMA
HELIKOPTER TERHEMPAS. 10 TERKORBAN.

Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter di Lumut. Satu kehilangan besar kepada negara. 3 srikandi TLDM turut terkorban bila pesawat dalam latihan itu bertembung di udara.

Dikhabarkan 7 krew dan 3 penumpang kesemuanya terkorban.

#MalaysiaBerduka.
#AlFatihah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lambaian lima Kru Udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan TLDM Lumut Perak pada 19 April lalu, menjadi kenangan terakhir apabila sebuah daripada pesawat itu terhempas hari ini.

Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1238084/lambaian-terakhir-buat-pesawat-hom-aw139

Berita Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
23 April 2024
Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke- 90 dibatalkan

Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pembatalan sambutan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
23 April 2024
Bangkai pesawat helikopter yang terhempas dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu dilaporkan sedang menjalani raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi.

πŸ“Έ Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA
KENYATAAN AKHBAR 23 APR 24

𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 πˆππ’πˆπƒπ„π π‡π„π‹πˆπŠπŽππ“π„π‘ π“π‹πƒπŒ π“π„π‘π‡π„πŒππ€π’ πƒπˆ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π π“π‹πƒπŒ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
10 van jenazah yang membawa kesemua manga nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh, pada Selasa.

Kesemua van yang dibawa dari Pangkalan TLDM Lumut tiba kira-kira jam 6 petang dengan diringi kenderaan polis dan tentera

Kredit: malaysia gazette
Lokasi pengebumian jenazah yg terlibat nahas helikopter pada hari ini.:
Kedah - 2 (Yan & Sik)
Perak - 3 (Setiawan, Batu Lekir 12 & Selama)
Selangor - 1 (Rawang)
Sarawak - 1 (Serian)
Johor 1 (Labis)
Negeri sembilan - 1 (Senawang)
P.Pinang - 1 (Sg Nibong)
2024/05/13 01:06:39
Back to Top
HTML Embed Code: