Telegram Web Link
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Produk Rempah Dari India Mengandungi Ethylene Oxide

Kementerian Kesihatan Malaysia
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
28 Mei 2024
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Photo
Jenama rempah terkenal dari India, Everest Fish Curry Masala telah dikesan mengandungi ethylene oxide, iaitu bahan  serangga perosak yang tidak dibenarkan penggunaan dalam makanan kerana boleh menyebabkan kanser.

Mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkaitan dan semua platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta merta.

-PHM-
Berita baik untuk penonton MYTV! πŸ˜„
Kini anda boleh terus melayan cerita-cerita menarik di saluran 112 Awesome TV.

#AwesomeTV #MYTV #SiaranTvPercuma #Jimatje #MYTVManaMana #MYTVUntukSemua
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.

Menurutnya, pemberian baucar itu akan dimulakan dengan pelajar Tahun 4, pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, kolej dan pelajar di Institut Pendidikan Guru.

Tambah beliau, ia dimulakan dengan Tahun 4 dan ke atas kerana mengambil kira tekanan kewangan yang berterusan kepada kerajaan.

Jelasnya, baucar tersebut sudah boleh mula digunakan pada Jumaat petang, 31 Mei 2024.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
30 Mei 2024
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Polis cari suspek bungkus kucing dalam guni, buang dalam sungai

Georgetown: Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.

Bagi kes kali ini, beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh seorang individu yang mengaku melihat seorang lelaki yang juga penduduk di kawasan itu, membuang guni berisi seekor kucing hidup ke dalam sungai tersebut kira-kira 8.30 pagi semalam.

"Perbuatan zalim kali ini berlaku di tempat sama kerana sebelum ini pernah juga berlaku, namun (kali ini) sempat ditonton oleh saksi yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang sering bungkus kucing dalam guni berikat dan lempar ke sungai sehingga kucing mati," katanya.

Beliau berkata, individu berkenaan yang juga wakil persatuan itu di Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: Jun 1, 2024 @ 12:58pm

BERNAMA

Artikel ➑️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
80 Peratus Penanam Sayur Di Cameron Highland Tak Dapat Subsidi Diesel Mungkin Naikkan Harga
Kes Covid Malaysia
Kes Baharu 1,780
26 May - 1 June, 2024
Malaysia: Active COVID-19 Cases

Last updated: 02 Jun 2024, 12:00
Next update: 09 Jun 2024, 12:00

Data as of 01 Jun 2024, 23:59

https://data.moh.gov.my/dashboard/covid-19

KKMNOW
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
3 JUN 2024
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) bertulis 'All eyes on Rafah' yang dikongsi lebih 50 juta akaun di Instagram sehingga mendapat perhatian global dipercayai telah dihasilkan oleh dua rakyat Malaysia.

Memetik laporan National Public Radio (NPR), dua individu tersebut ialah guru Sains dari Kota Kinabalu, Sabah, Zila Abka dan seorang lagi merupakan pelajar dari Kuala Lumpur, Amirul Shah.

Sinar Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
5 Jun 2024
2024/06/06 17:47:52
Back to Top
HTML Embed Code: