Telegram Web Link
Kelazatan yang dirasakan seseorang di saat melakukan perbuatan maksiat akan lenyap, sedangkan dosanya akan tetap tercatat hingga hari kiamat.

Begitu juga keletihan di saat melakukan ibadah akan lenyap, sedangkan pahalanya akan terus bertahan hingga hari kiamat.

Jangan korbankan kenikmatan akhirat hanya demi mengejar kenikmatan dunia yang sementara.

Lihatlah mereka yang dahulu pernah hidup di dunia ini lalu menghabiskan usia mereka di dalam lembah dosa. Di mana mereka sekarang?

Lihatlah mereka yang dahulu menghabiskan usia mereka untuk beribadah. Di mana mereka sekarang?

Seandainya waktu dapat diputar semula, tentu mereka yang dulu berbuat dosa berangan-angan kembali ke dunia lalu beribadah kepada Allah swt. Tapi ia tidak akan mungkin terjadi.

Maka peringatan ini hanya bermanfaat bagi orang yang masih hidup sekarang dan mempunyai pemikiran yang jernih.

Jangan sampai semuanya terlambat. Segeralah bertaubat dan isi hari-hari kita dengan ibadah kepada Allah swt.


_______

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
Muslimat,

Jagalah aurat.
Pakai pakaian yang patuh syariat ya Hawa sekalianπŸ’•

Jagalah solat,
Jangan pernah tinggal solat ya, cukupkan solat 5 waktu sehari. Baru lah dapat jadi wanita dambaan syurgaπŸ’•

Jagalah pergaulan,
Jaga setiap batas pergaulan kita walau dimana pun kita berada dan dengan siapa pun kita bergaul. πŸ’•

Jagalah wudhu'.
Pastikan diri dalam keadaan berwudhu' barulah diri rasa tenangπŸ’•

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
Jalan-Jalan Kehidupan

Tidak semua jalan yang kita lalui dalam hidup ini luas dan selesa.

Kadang-kadang terlalu sempit dan kadang-kadang terlalu sukar.

Kadang-kadang tinggi, kadang-kadang rendah dan kita kena merangkak.

Tapi kita terpaksa juga melaluinya.

Tempuhi lah setiap jalan dalam kehidupan kita dengan usaha yang semaksimanya serta doa dan pergantungan dengan Allah.

Kerana Allah, Dialah yang Maha memelihara dan Maha melindungi kita, dari segala bahaya dan perkara yang tidak kita ingini.

Usaha kita sebagai jalan dan pahala yang Allah akan berikan, sedangkan doa itu sebagai pembuka kepada takdir-takdir yang baik.

___________

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
Siang mu jihad,
Malam mu munajat.

Ya Rasulullah,
Ya Habiballah,
Ya Sofiyallah.

Sungguh kami rindu padamu.
Dengan syafaat mu kelak moga dapat kita berjumpa di syurga Allah.

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
Al kisah daripada Rm 1 .
The power of Sedekah ✨

Diceritakan beberapa hari lepas, admin ada pergi ke 7e . Sebelum masuk tu, ada seorang non muslim ni tunggu depan pintu lepastu dia mintak Rm2. Bila tengok keadaan dia memang dalam keadaan tak terurus dengan pakaian yang serba lusuh entah dah makan ke belum. Memang rasa kasihan sangat. Kebetulan masa tu admin bawa duit cukup-cukup sahaja. Tapi terdetik dalam hati memang nak sedekah dekat dia. Kesian jugak tengok.

Lepas dah beli barang tu, keluar la. Non muslim tu still lagi stay duduk dekat depan pintu tu. Admin keluar masa tu check kat dompet ada baki Rm 1. Dengan ikhlas nya melepaskan lah duit tu sedekahkan kat non muslim tadi tu . Admin cuma mampu bagi Rm1 sebab duit tinggal tu sahaja. Lepas admin bagi duit pada dia tu. Dia senyum cakap terima kasih sambil cium duit tu. Rasa nikmat mungkin dapat rezeki untuk beli makanan. Admin rasa sebak masa tu. Rasa gembira pun ada bila dapat bersedekah.

Bila balik rumah tiba-tiba Alhamdulillah ada seorang hamba Allah ni bagi duit raya Rm10 dekat admin. Walaupun admin tak berapa nak rapat sangat dengan hamba Allah tu cuma selalu ke rumah dia hantar lauk makanan untuk berbuka tapi alhamdulillah dia ingat dekat kita. Berkat berbuat kebaikan sesama manusia. Alhamdulillah walaupun Rm10 juga masih rezeki dari Allah kan.

Nampak tak? Daripada Rm 1 yang admin sedekahkan tadi walaupun tu sahaja duit yang berbaki, kalau kita ikhlas bersedekah Allah akan bagi lebih lagi pada kita. Allah berikan bahkan berlipat kali ganda pada kita.

Beberapa hari lepas tu pula, rezeki masih tak putus lagi. Allah itu maha baik. Tiba-tiba Adik admin dapat Rm100 duit raya daripada Halo Telco (sim) die join macam peraduan isi borang lepastu dapat duit raya. Alhamdulillah rezeki dia. Besar kuasa Allah tu. Kalau dia nak bagi memang dia akan bagi. Apabila kita bersedekah , Allah hantarkan pelbagai jenis rezeki pada kita. Allah buka kan pintu rezeki kita. Ingat, rezeki yang Allah bagi ni melalui pelbagai cara. Ada diberi pada kita dan ada pada keluarga kita .

Jadi, admin mula terdetik dalam hati. Alhamdulillah dengan berkat kita bersedekah dengan ikhlas walaupun pada masa tu kita dalam keadaan susah serba tak cukup kita masih mampu untuk memberi walaupun Kita tahu kita bersedekah pada non muslim.

Hebatnya kuasa sedekah yang kita selalu pandang remeh ni. Maka, teruslah memberi walaupun masa tu kita dalam keadaan susah sekalipun. Percayalah dengan the power of Sedekah✨

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
Alhamdulillah hari ni keputusan bagi UPU lepasan spm dah keluar. Bagi yang dapat tawaran upu Alhamdulillah. Bagi yang sebaliknya, usah bersedih dan usah berdukacita sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Kalau dulu kita dapat banyak tawaran untuk sambung U, ipg @ F6. Tapi sekarang Upu tawarkan 1 je pilihan untuk kita. Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, percayalah Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Perancangan Allah tu jauh lagi baik dari perancangan kita. Kalau masih keliru untuk memilih cuba la buat solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah.

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
Bagi yang belum berpuasa 6 boleh mula esok✨
@DakwahPsychology
Andai kamu rasa sepi pandanglah ke laut pasti kelihatan berlumba-lumba ombak menuju kearah mu dan menyentuh kaki mu.

Ingatlah bahawa kamu bukan keseorangan disini , Allah menyayangi kamu diatas musibah.

Takdir keatas mu bukan untuk memberi kesusahan kepada mu tetapi untuk membersihkan dirimu,
untuk memperindah hidup mu, untuk mengajar kamu apa erti sebuah kehidupan..

Ingatlah kamu bukan keseorangan.

Allah tetap bersama kamu selama mana kamu mengingati Nya.

________

Telegram | InstaGram | Twitter

πŸ’Œ https://www.tg-me.com/DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsychology
πŸ’Œ @DakwahPsikologi
2025/10/20 02:57:09
Back to Top
HTML Embed Code: