Telegram Web Link
Baca hadis dengan lafaz tu di link berikut dan amalkan khususnya di masa berpuasa dan waktu berbuka di bulan Ramadhan ini, semoga lebih maqbul lagi doa kita.

https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-63

Dialukan juga sesiapa yang sudi utk sadaqah jariah di Ramadhan ini untuk menyiapkan sepenuhnya web syarah hadis ( dengan lebih 1 juta carian dalam masa yang singkat dari 40 negara) . Web inj TIDAK berorientasikan keuntungan dan percuma untuk kegunaan awam ini di link

https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/
Baca hadis dengan lafaz tu di link berikut dan amalkan khususnya di masa berpuasa, semoga lebih maqbul lagi amalan kita.

https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-75

Dialukan juga sesiapa yang sudi utk sadaqah jariah di Ramadhan ini untuk menyiapkan sepenuhnya web syarah hadis ( dengan lebih 1 juta carian dalam masa yang singkat dari 40 negara) . Web ini TIDAK berorientasikan keuntungan dan PERCUMA untuk kegunaan awam ini di link

https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/.
Doanya adalah

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Ertinya : Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". ( Hud : 47)

Baca kisah dalam surah Hud ayat 40 dan seterusnya. Bacalah doa itu setiap hari agar kita lebih sedar diri bahawa kita TIDAK tahu sebenarnya apa yang baik untuk kita, justeru kita mohon perlindungan daripada Allah swt dari memohon sesuatu secara silap.

Dengan separuh Ramadhan berlalu mari sama-sama bersedeqah untuk membangunkan dan menyiap projek terjemahan, syarah ringkas dan semakan status hadis di link

https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/
𝟭𝟬 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗰𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻

Perbaiki amalan dan pemahaman solat di 10 malam terakhir Ramadhan.

Belajar Kursus Solat Sempurna & Rahsia Khusyuk Solat
https://mycourse.my/courses/tatacara-solat-sempurna-khusyuk/

Fahami kaedah-kaedah dan sifat solat Nabi berdasarkan kitab yang dikarang oleh Sheikh Abdul Aziz Al-Tarefe.
https://mycourse.my/courses/sifat-solat-nabi-at-torifi/

Pelajari cara memahami sunnah dalam solat, Senarai semak 40 sunnah solat berdasarkan Mazhab Syafie
https://mycourse.my/courses/webinar-40-sunnah-di-dalam-solat-mengikut-mazhab-syafie/

Jom ikuti semua di mycourse.my
Allah swt mengingatkan :
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
Ertinya : sesiapa yang berpaling dari mengingatiku ( solat, zikir & abaikan kewajiban & larangan) maka BAGINYA KEHIDUPAN YANG SEMPIT dan kami akan kumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan BUTA. ( Surah Toha : 124)

Celiklah dengan perintah & larangan dan nikmat Allah agar tidak buta di akhirat kelak. Susah payah mempelajarinya akan diganjari Allah swt. Allah akan persoalkan bagaimana kita guna ilmu yang dikurniakan, termasuklah di dalamnya kcerdasan aqal yang dikurniakan kepada kita, sama ada kita gunakan untuk fahami arahan dan laranganNya. atau sekadar untuk fahami dunia dan menambah harta dengannya.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Baca hadis dan ulasan berkaitan isu di atas di link berikut :

https://masabih.org/mishkat/kitab-puasa-135

Dialukan juga sesiapa yang sudi utk sadaqah jariah di Ramadhan ini untuk menyiapkan sepenuhnya web syarah hadis ( dengan lebih 1 juta carian dalam masa yang singkat dari 40 negara) . Web ini TIDAK berorientasikan keuntungan dan PERCUMA untuk kegunaan awam ini di link

https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/
🌙 Ramadhan bukan sekadar zakat fitrah... tapi juga zakat harta.

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk menunaikan zakat harta – kerana kiraan haul yang bermula dan berakhir dalam bulan penuh berkat ini akan lebih mudah, jelas, dan inshaAllah… penuh ganjaran.

📿 Zakat bukan sekadar tanggungjawab. Ia penyucian. Ia pembersih hati. Ia bukti kasih kita kepada yang memerlukan.

Jangan tunggu akhir hayat untuk berkongsi rezeki. Mungkin ada yang sedang berdoa, dan kita adalah jawapan kepada doa mereka.

🕌 Tunaikan zakat harta anda hari ini, melalui saluran yang sah dan dipercayai. Klik link ini untuk pembayaran mudah dan terus ke PPZ Wilayah Persekutuan (Agen Bertauliah):
👉 https://toyyibpay.com/Zakat-ELZAR-SHARIAH

#ZakatHarta #RamadhanBerkat #BersihkanHarta #TunaikanZakat #PPZWilayah #RezekiUntukDikongsi #RamadhanMubarak
Berbaki beberapa hari lagi Ramadhan ini, rebut peluang dan jangan bakhil atau terlalu berkira-kira untuk laksanakan pelaburan akhirat kita, kelak nanti menyesal terlalu sayang duit rugi di sana. Juga jangan cerita pada orang sedeqah kita.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang pastinya membolehkan aku bersedekah banyak dan aku termasuk orang-orang yang soleh?” (Al Munafiqun: 10)

Amalan yang berpanjangan keuntungannya selepas kematian adalah sedeqah , Nabi SAW bersabda :

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Ertinya: "Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

Dermalah antaranya untuk pembinaan masjid di Gombak, layak potongan cukai pendapatan, di sini

https://myinfaq.org/kempen/dana-wakaf-pembinaan-masjid-yusuf-sungai-pusu-gombak/

Atau boleh juga memilih pelbagai tempat yang sesuai di sini

https://myinfaq.org/sedekah/

Atau boleh juga TERUS TEMPAH laksana Qurban dan raih fadhilatnya di bulan Ramadhan ini. Boleh tempah Qurban di https://myinfaq.org
Taqabbala Allahu minna wa minkum, Selamat Hariraya Aidil Fitri 2025 bersamaan 1446 H. Moga amalan kita diterima Allah SWT dan dikurniakan pengampunan dosa-dosa dan pembebasan dari azab kubur dan api neraka..

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi membaca dan mengambil manfaat dari coretan-coretan di page ini. Semoga menjadi amal soleh kita dan bekalan akhirat. Ameen.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
We’re Hiring!

Elzar Shariah Solutions & Advisory is looking for a General Manager (Business Development Lead) on a contract basis to drive strategic expansion and lead Shariah advisory initiatives across the financial, fintech, and halal sectors.

If you have a strong background in Shariah advisory, product structuring, and business strategy—with at least 10 years of relevant experience—this is your opportunity to make a meaningful impact.

Apply now BEFORE 20 April 2025 by sending your CV and cover letter to:

[email protected] / [email protected]

#JobVacancy #ShariahAdvisory #BusinessDevelopment #ElzarShariah #IslamicFinance #HalalEconomy
Harga emas sedang catat harga tinggi menaik semula. Dalam ketidaktentuan global trade dan saham, emas jadi pilihan ramai. Namun jangan terus rushing membeli, banyak ilmu yang diperlukan dan kena ada perancangan untuk membeli emas. Kerana ada banyak jenis emas iaitu :

a. Jongkong atau wafer
b. Dinar (4.25 g)
c. Perhiasan (gelang, cincin etc)
d. Bentuk simpanan di bank & syarikat emas
e. Emas putih

Banyak pula persoalan yang anda mesti faham dahulu contohnya:

1. Jongkong pula ada bermacam saiz dan beratnya, 1 g, 2g, 5 g, 10g, 20g, 50 g etc..manakah yang perlu anda beli? Di mana paling baik dibeli, online? kedai emas tepi jalan, kedai emas popular? Bank yang ada jual emas?

2. Bagaimana pula cara beli yang Halal.. tiada riba. Kami sudah sahkan patuh shariah untuk beli dari syarikat ini. Boleh daftar dan pilih produk emas di sini

https://meem.com.my/introducer/MEEM1750

3. Bagaimana ingin menyemak yang tulen dan yang palsu,. dahulu Yapiem pernah dedahkan ada emas jongkong yang luarnya emas atau disaluti emas dan di dalamnya adalah tungsten atau pelbagai logam lain. Apa teknik untuk kenalpasti penipuan dalamnya benar-benar emas atau bukan?.

4. Kalau dah beli, nak jual di mana bila perlu, dan berapa margin keuntungan yang diambil oleh penjual?

Tanpa ilmu yang cukup, akan ditipu akhirnya, bukan bitcoin sahaja orang boleh tipu, emas juga boleh, duit kertas pun boleh.

Alhamdulillah, sekarang di zaman pengajian online.. yang berminat nak beli emas, sertai dahulu kursus seperti ini, 5 jam bincang pasal pelbagai persoalan berkait pembelian dan pelaburan emas.

https://mycourse.my/courses/kursus-eksekutif-pelaburan-emas/

Dijamin bermanfaat.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Jom sertai group saya di
https://www.tg-me.com/DrZaharuddinGroup
Kenalpasti produk yang terlibat dan jauhinya.

Mari ambil manfaat percuma baca terjemahan hadis dan syarahan serta status hadis di

Aplikasi mobile masabih telah diterbitkan di Apple Store. Klik link di bawah

https://apps.apple.com/us/app/masabih-hadith/id6743862912
Sesiapa yang tiba-tiba seperti terasa semacam ada 'aura negatif' atau 'nasib malang' melingkunginya & kehidupannya sehingga tidak berjaya etc, SEGERALAH menjauhi perasaan itu dan amalkan apa yang diajar oleh baginda Rasulullah dan berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :

اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .
Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. (Riwayat Abu Daud )

Dr Zaharuddin Abd Rahman
China kini secara rasmi mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia berdasarkan Parity Power Purchasing (PPP) dengan nilai $37 trilion berbanding $29 trilion. India juga menunjukkan prestasi luar biasa, menduduki tangga ketiga dengan $16 trilion — satu lonjakan besar yang mengesahkan peranan Asia sebagai pusat kuasa ekonomi global yang baharu.

Menariknya, Indonesia kini berada dalam kelompok 10 ekonomi terbesar dunia, mengatasi kuasa ekonomi tradisional seperti Perancis dan United Kingdom. Ini adalah petanda jelas bahawa negara berpenduduk besar yang berjaya mengurus ekonomi domestik dengan efisien semakin mendominasi landskap ekonomi global.

Eropah semakin kehilangan pengaruh, manakala negara-negara Global South, terutamanya BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa), semakin ke hadapan. Kuasa ekonomi kini bukan hanya bergantung pada industri berat atau teknologi canggih, tetapi juga pada kapasiti domestik, dasar berorientasikan rakyat, dan kestabilan sistem kewangan dalaman.
Jom ni cuba rasa air coklat diadun dengan kurma dan madu ini. CERTIFIED Halal JAKIM. Baca juga komen-komen pembeli. Inshallah sedap dan beri tenaga.

Boleh baca komen tulen para pembeli di shoppee. Check out MINUMAN CHOCODATES (COKLAT DENGAN KURMA & MADU) for RM19.00 - RM42.00. Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/82ErrNj

Marilah cuba air coklat lazat dengan campuran madu dan kurma sangat berkhasiat

Keluaran 100% Muslim dan layak ganti produk syarikat yang diboikot malah berikan lebih lagi untuk keluarga anda kerana minuman coklat Chocodates ini kurang manis dan punyai elemen madu dan kurma.

Harap dapat sokongan dan sekurang-kurang mencuba sekali untuk berikan komentar membina untuk pengeluar ini. Inshallah diberkati. Jazakumullahu Khayran

Nak hantar ke pasaraya, tidak mampu kerana kena tekan harga rapat ke kos pengeluaran.

Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/82ErrNj
2025/07/05 12:45:29
Back to Top
HTML Embed Code: