Alhamdulillah kita telah sampai ke episod ke-10, episod terakhir! Kisah pada episod terakhir ini juga merupakan hari-hari terakhir Rasulullah SAW hidup di atas muka bumi.

Episod ini epik dan lain dari yang lain!

Seusai sahaja Fairuz al-Daylami selesai daripada operasi ini, belum sempat beliau menyampaikan berita ini kepada Nabi Muhammad SAW dan penduduk Yaman sendiri pun, Allah SWT sendiri yang memaklumkan langsung kepada Nabi Muhammad SAW.

Perkara ini menunjukkan signifikannya operasi tersebut. Kenapa episod ini lain dari yang lain?

Kerana musuh utama dalam episod ini bukan hanya manusia, tetapi termasuk jin. Makhluk jin inilah yang menyukarkan perjalanan Fairuz al-Daylami, Dazawih, Jisynash dan Qais bagi menyempurnakan operasi mereka!

Selain dari itu, operasi ini juga akan disertai oleh seorang wanita muslimah yang memainkan peranan amat penting bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar.

Jom layan episod terakhir ini

🔗 https://youtu.be/ChtresXbvi4

Sebelum itu juga, jangan lupa untuk bantu saudara-saudara kita di Gaza. Semoga Allah berkati dan merahmati para dermawan sekalian. Terima kasih kerana menyumbang melalui MyCARE.

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

YouTube
Siri 3 Kembara 30 - Kisah-kisah operasi jihad yang dijalankan pasukan khas oleh para sahabat

Semoga Allah merahmati Syeikh Solah al-Khalidi atas usahanya untuk mengangkat kemuliaan satu amalan soleh dan besar pahalanya di sisi Allah SWT iaitu amalan Jih@d dengan menulis kitab di atas yang berjudul;

Suarun Min Jihadi as-Sahabah (Kisah-kisah operasi jihad yang dijalankan pasukan khas oleh para sahabat). [232 muka surat, ada sepuluh kisah]

Kitab ini dalam bahasa Arab, tetapi kalau tak faham bahasa Arab atau tidak punyai masa terluang, bolehlah mendengar kesemua kisah dalam kitab tersebut dalam bahasa Melayu berbentuk video melalui saluran Youtube Aqsa Syarif.
Sengaja untuk memilih tajuk ini adalah supaya untuk membersihkan fahaman kita terhadap pasukan tentera pejuang P@lestin yang pilih untuk laksanakan operasi Jih@d bagi memerangi penjajah mereka pada 7 Oktober yang lalu.

Memang akan ada darah yang perlu dikorbankan, kerugian harta, masa yang lama dan gangguan emosi. Tetapi ini lah lumrah amalan Jih@d. Allah bayar semula dengan amalan mulia ini dengan syurga di akhirat kelak.

Apa lagi harga yang lebih dimahukan dan lebih mahal selain daripada syurga?!

Berikut adalah 10 kisah operasi tersebut dan sedikit imbasan dan sorotan yang berkaitan
1. Kisah Fairuz al-Daylami RA memerangi seorang lelaki yang mengaku nabi palsu yang dibantu oleh jin di Yaman

Musuh utama dalam episod ini bukan hanya manusia, tetapi termasuk jin. Makhluk jin inilah yang menyukarkan perjalanan Fairuz al-Daylami, Dazawih, Jisynash dan Qais RA bagi menyempurnakan operasi mereka!
Selain dari itu, operasi ini juga akan disertai oleh seorang wanita muslimah yang memainkan peranan amat penting bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar. Tanpa beliau, mungkin operasi ini tidak berjaya.

Link: https://youtu.be/ChtresXbvi4
2. Kisah Abu Basir RA, dari tahanan penjara kepada pahlawan bijaksana yang amat digeruni musuh

Abu Basir dengan kebijaksanaannya mampu melakukan operasi ketenteraan yang mempunyai kesan buruk yang sangat besar terhadap Quraisy. Kesannya, pihak Quraisy hantar semula wakil ke pihak Rasulullah SAW untuk berunding semula sebahagian dari isi kandungan perjanjian Hudaibiyah supaya mereka bebas dari ancaman Abu Basir RA.

Bayangkan pada asalnya Quraisy mahu tuntut Abu Basir RA pulang ke Mekah dari Madinah, namun kesan operasi Abu Basir RA menyebabkan Quraisy merayu pihak Madinah untuk pulang ke Madinah!
Kehebatannya dipuji oleh Rasulullah SAW dengan bersabda (mafhumnya), kalaulah Abu Basir RA ini mempunyai satu pasukan tentera, sudah tentu dapat mengalahkan pihak Quraisy di Mekah.

Link: https://youtu.be/mi90Z6cjBgQ
3. Kisah Muhammad bin Maslamah dan pasukan RA membunuh Yahudi Bani Nadhir, Ka'ab bin Asyraf

Objektif operasi ini adalah untuk membunuh ketua Kabilah Yahudi Bani Nadhir yang bernama Ka'ab bin Asyraf. Operasi ini tidak mudah kerana Ka'ab bin Asyraf tinggal di dalam sebuah kawasan dilindungi dengan tembok yang tinggi dan besar.
Ditambah pula dengan askar yang ramai di bandar Bani Nadir tersebut bagi menjaga keselamatan Ka'ab bin Asyraf.
Muhammad bin Maslamah RA apabila menerima tugasan ini sendiri berasa lemah semangat untuk melaksanakannya. Beliau mengambil masa berhari-hari memikirkan cara untuk menjayakan.

Link: https://youtu.be/V8U-zvjPwS4
4. Kisah 'Abdullah bin Atik bersama pasukan RA bunuh ketua Yahudi Khaibar - Abu Rafi'
Seorang sahabat yang mahir berbahasa Ibrani yang bernama Abdullah bin Atik beberapa rakan pasukannya yang akan menjalankan operasi ini.
Operasi ini tidak mudah kerana bandar Khaibar adalah sebuah bandar yang dilindungi oleh sistem pertahanan yang kuat. Tambahan daripada itu, Abu Rafi' tinggal di sebuah istana yang tinggi dan dijaga oleh askar-askarnya yang ramai.

Link: https://youtu.be/rmQmMwARwEw
5. Kisah Abdullah bin Jahsy dan pasukan dalam operasi ketenteraan di bulan Haram?!

Masyarakat kita sering menggunakan ayat berikut untuk menegur perbuatan fitnah:
"وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ"
Terjemahan: Dan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. (Surah al-Baqarah: 191)
Sedangkan potongan ayat ini tiada kaitan dengan makna dosa fitnah seperti yang difahami oleh masyarakat melayu

Potongan ayat ini adalah berkaitan operasi ketenteraan 'Abdullah bin Jahsy bersama rakan-rakannya yang telah melakukan kesilapan besar dalam operasti tersebut. Kesilapan mereka ini diakui oleh Nabi Muhammad SAW dan Allah sendiri dalam ayat di atas.

Namun kisahnya masih panjang dan menarik untuk didengari.

Link: https://youtu.be/yhrNZW54r1I
6. Kisah A'mru al-Dhamri dan rakannya diburu warga Mekkah selepas Tawaf di hadapan Ka’bah

Nabi Muhammad SAW menghantar dua orang sahabat ke Mekah untuk membalas cubaan pembunuhan baginda di Madinah. Dua orang sahabat tersebut adalah A'mru al-Dhamri dan Salamah bin Aslam.

Dalam kisah ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah operasi ketenteraan, dakwah dan menyelamatkan nyawa dan mayat sahabat yang telah lama ditinggalkan di Mekah.
Agak panjang, tetapi sangat berbaloi untuk dengar.

Link: https://youtu.be/UCaHlhNIhpE
7. Kisah 'Abdullah Bin Unais RA menamatkan nyawa musuh yang berwajah Syaitan lagi menakutkan

Salah satu sorotan menarik dalam kisah ini ialah sahabat ini menunaikan solat Asar dalam keadaan berjalan di dalam kem tentera musuh bagi dapat sembunyikan identiti sebenar beliau.
Selesai sahaja daripada operasi yang penuh cabaran dan halangan ini, Rasulullah SAW menghadiahkan kepada Abdullah bin Unais sesuatu yang hanya dimiliki oleh beberapa orang sahaja di dalam syurga nanti.

Jom layan kisah menarik Abdullah bin Unais RA bagi menumbangkan musuh yang berwajah syaitan!
Link: https://youtu.be/DDQt0CPpcf0
8. Kisah Abu Ubaidah al-Jarrah RA bersama pasukannya dan ikan paus dalam operasi menyekat ekonomi musuh
Episod ini berkenaan salah seorang sahabat yang telah dijanjikan syurga, Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai ketua ekspedisi. Bersama beliau, 300 orang sahabat, antaranya Umar al-Khattab dan Sa’ad bin Qays bin Ubadah.

Mereka diperintahkan untuk menjalankan satu operasi bagi menyekat ekonomi di sesuatu tempat berdekatan dengan pantai.

Banyak cabaran yang mereka hadapi bagi menjayakan operasi ini. Antaranya kekurangan makanan sehingga terpaksa berkongsi sebiji kurma untuk tiga orang makan dalam masa sehari. Keadaan ini berlaku selama beberapa hari. Situasi menjadi lebih teruk selepas itu, apabila bekalan kurma telah habis, mereka terpaksa mereka terpaksa makan sesuatu sehingga menyebabkan salah seorang ahli pasukan Abu Ubaidah berdarah.

Link: https://youtu.be/5QmqsAJXVzQ
9. Kisah Salamah bin Akwa' RA mengalahkan 40 orang musuh seorang diri & Menang dalam acara lumba lari

Kehebatan beliau dipuji dan diiktiraf oleh Rasulullah SAW. Manakan tidak, beliau seorang diri sahaja dan tanpa menaiki kuda, mampu menundukkan seramai 40 orang penunggang kuda dari Qabilah Ghatafan yang diketuai oleh Abdur Rahman bin U'yainah al-Fizari.
Semoga penonton mendapat manfaat dari perkongsian ini. Peristiwa ini dipanggil dengan "Ghuzwah Zhu Qarad". Banyak pengajaran yang kita dapat pelajari dari peristiwa ini. Rugi kalau tak layan sampai habis.

Link: https://youtu.be/JL-n_TufiMQ
10. Thumamah ibn Uthal RA, Sejarah Umat Islam Laksanakan Boikot Secara Efektif Ke Atas Ekonomi Musuh

Menariknya kisah sahabat ini, pengalaman beliau menjadi tawanan selama tiga hari sahaja di tangan Rasulullah di dalam Masjid Nabawi dalam keadaan terikat, menjadikan beliau:
Dari seorang pembenci nabi, bertukar pejuang untuk Islam. Dari seorang kafir, menjadi Muslim sejati. Dari seorang yang makan banyak, bertukar seorang yang makan sedikit. Dari sekutu kuat ekonomi dan politik Quraisy, beliau bertukar menjadi pihak yang memutuskan hubungan ekonomi dengan Quraisy, dengan kata lain, boikot.
Inilah hebatnya Thumamah Ibn Uthal RA. Jom dengar kisah beliau dengan lebih lanjut.

Link: https://youtu.be/LVRi7-3LcVw
Itu sahaja. Benarlah dari kisah-kisah di atas, para sahabat benar-benar memaknai makna Jih@d sebagai perniagaan menyelamatkan daripada azab api neraka. (al-Saf: 10) Sebab itu mereka benar-benar melaksanakannya walau apa jua pun cabaran dan halangan yang mereka hadapi.

Semoga bermanfaat.

Megat Aiman Hakim
PACE
Apa sebenarnya tujuan misi Flotilla ke Gaza?

Jom ikuti perinciannya daripada salah seorang peserta misi tersebut, Khalid Jimat dari MyCARE.

FOLLOW akaun beliau (link di bawah) untuk ikuti perkembangan harian beliau dari awal misi sehingga ke akhirnya, Insya Allah.

Jangan lupa untuk sebar-sebarkan kepada yang lain!

https://www.tiktok.com/@khalidjimat85?_t=8law0bRssBc&_r=1
Gerakan kebangkitan pelajar menentang subahat Amerika Syarikat (AS) dalam genosid rejim Zionis ke atas Gaza kini ibarat sebuah bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa. Ledakannya juga tidak hanya terhad kepada negeri-negeri di AS bahkan mampu merebak ke serata dunia.

Gerakan yang tercetus pada 17 April di Universiti Colombia (UC) itu bermula sebagai sebuah perkhemahan (encampment) oleh para penuntut di halaman Butler Lawn, di hadapan perpustakaan universiti sebagai tanda solidariti mereka kepada penduduk Gaza. Pada waktu yang sama mereka menuntut agar UC menghentikan sebarang hubungan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat atau entiti yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis dan kekejaman mereka di Palestin.

Perkhemahan dan protes aman ini walau bagaimanapun telah disuraikan dengan kekerasan selepas Presiden UC, Minouche Shafik, memohon campur tangan pihak polis. Para pelajar yang memprotes telah ditahan dan barang-barang peribadi mereka dibuang. Tiga orang pelajar telah digantung pengajian termasuk Isra Hirsi, anak perempuan kepada Ilhan Omar, Ahli Dewan Rakyat AS untuk Minnesota.

Tindakan ini telah membangkitkan semangat pelajar-pelajar di UC untuk menganjurkan perkhemahan yang lebih besar pada 19 April. Pelajar Muslim mendirikan solat Jumaat pada sebelah siang manakala pelajar Yahudi pro-Palestin mengadakan upacara Kabbalat Shabbat pada sebelah malam. Professor Norman Finkelstein, penulis buku ‘The Holocaust Industry’ turut hadir memberikan semangat kepada pelajar yang melakukan protes.

Pada waktu yang sama, pelajar dari Universiti Harvard, Boston, North Carolina dan Ohio turut melakukan perhimpunan di kampus masing-masing sebagai tanda solidariti kepada rakan-rakan mereka di UC. “Ini adalah intifada pelajar,” laung seorang penuntut Universiti Harvard yang turut serta dalam protes yang diadakan.

Terbaru, lebih daripada 20 universiti di seluruh AS telah mengambil bahagian bagi menyatakan bantahan mereka ke atas kekejaman rejim Zionis di Gaza. Kekejaman ini telah meragut lebih daripada 34,000 nyawa; lebih separuh daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Bahang gelombang kebangkitan pelajar ini turut dirasai oleh pendukung Zionis di Dewan Rakyat AS. Sebagai tindak balas, dewan tersebut telah meluluskan rang undang-undang ‘Shalom’ pada 8 Mei untuk memperluaskan lagi definisi anti-semitisme. Sekiranya diluluskan oleh Dewan Senat, ia boleh digunakan untuk mendiamkan protes-protes yang sedang meletus di kampus-kampus universiti sekaligus menafikan kebebasan bersuara rakyat AS sendiri.

Ketika Kongres AS cuba membisukan gerakan pelajar mereka, pelajar universiti di luar negara lain pula ceritanya. Mereka telah menyahut seruan pelajar di UC untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin dan menentang genosid rejim Zionis ke atas penduduk Gaza sejak 7 Oktober yang lalu. Protes ini telah merebak dari Perancis di Eropah sehinggalah ke Australia di negara-negara Kepulauan Pasifik.

Di Perancis, pelajar dari Universiti Sorbonne telah membawa protes mereka ke jalanan. Pelajar Sciences Po, institut kajian politik paling terkemuka di Paris, telah menutup laluan masuk ke institut itu menyebabkan bangunan utamanya tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Di Itali, pelajar dari Universiti Sapienza menganjurkan demonstrasi, mogok duduk dan juga mogok lapar. Di Australia, pelajar dari Universiti Sydney dan Melbourne menjalankan protes mereka dengan mendirikan khemah di pekarangan kampus.

Tidak dapat dipastikan berapa banyak universiti di seluruh dunia yang telah menjadi sebahagian daripada gerakan pelajar ini. Yang pasti, gerakan ini telah membuka mata dunia terhadap wajah sebenar Zionisme dan hipokrasi pemimpin dunia yang sedia bersekongkol dengan kekejaman rejim tersebut di Gaza.

Gelombang kebangkitan pelajar ini menarik perhatian penulis untuk mengimbau semula kebangkitan yang pernah dilancar oleh pelajar UC pada musim bunga tahun 1968 ketika mereka memprotes serangan AS ke atas Vietnam.
Protes tahun 1968 digerakkan oleh Students for a Democratic Society (SDS) di UC. SDS menuntut universiti mereka agar menghentikan sebarang kerjasama dan sumbangan kepada aktiviti ketenteraan. Ini kerana pada waktu itu UC terlibat dengan penyelidikan yang menyumbang kepada operasi ketenteraan di Vietnam.

Protes ini kemudian bertukar menjadi sebuah demonstrasi berskala besar apabila para pelajar turut menyentuh isu keadilan sosial penduduk setempat. Mereka menentang rancangan UC untuk membina sebuah gimnasium baharu yang mengehadkan akses komuniti kulit hitam dari kejiranan Harlem berdekatan kampus.

Kemuncak kepada protes ini ialah apabila sekumpulan pelajar berjaya menguasai dan berkampung di dalam beberapa bangunan di sekitar kampus termasuk Dewan Hamilton, Perpustakaan Low dan juga Dewan Fayerweather. Mereka juga berjaya menghalang pemangku dekan daripada meninggalkan pejabatnya dan memaksa rundingan dilaksanakan supaya tuntutan mereka dipenuhi oleh pihak UC.

Rundingan berlangsung selama seminggu tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Akhirnya, pihak polis telah merempuh masuk ke dalam bangunan universiti dan menggunakan kekerasan ke atas pelajar untuk menyuraikan mereka. 148 daripada 712 pelajar yang ditahan mengalami kecederaan akibat kekerasan pihak polis.

Protes ini telah meraih perhatian masyarakat awam dan mencetuskan perdebatan hangat tentang kebebasan akademik, gerakan pelajar dan juga peranan institusi pendidikan seperti universiti terhadap masyarakat. Akhirnya, pihak UC terpaksa akur dengan dua tuntutan utama pelajar untuk menamatkan kerjasama penyelidikan melibatkan ketenteraan dan membatalkan pembinaan gimnasium yang meminggirkan komuniti di Harlem.

UC juga bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat aduan pelajar yang terlibat di dalam protes dan memberikan pengampunan kepada mereka. Pun begitu, lebih 30 orang pelajar tetap digantung. Ini menyebabkan graduan tahun 1968 telah melancarkan mogok dengan meninggalkan majlis graduasi mereka.

Protes pelajar UC pada tahun 1968 telah menjadi contoh bagaimana gerakan pelajar mampu mencabar struktur kuasa ke arah perubahan yang positif. Justeru, tidak pelik apabila pelajar UC pada hari ini telah mengambil pelajaran daripada kebangkitan 1968 yang dilancarkan oleh senior mereka.

Tempoh hari pelajar UC juga telah mengambil tindakan mengambil-alih dan berkampung di dalam Dewan Hamilton selepas pihak universiti menolak tuntutan mereka dan mengancam untuk menggantung semua pelajar yang terlibat sekiranya protes tidak dihentikan serta-merta.

Apabila ditanya sama ada mereka bimbang dengan ancaman tindakan disiplin dan penggantungan pengajian, salah seorang peserta berkata: "Ada prinsip dan nyawa manusia yang lebih penting daripada kerjaya dan masa depan saya. Melayan ancaman seperti ini sangat tidak masuk akal dan menghina ingatan setiap kanak-kanak yang telah terbunuh dalam genosid ini."

Ketegasan para pelajar ini telah menyebabkan Presiden UC sekali lagi memohon bantuan pihak polis untuk menyuraikan mereka. Laporan media menyebut pihak polis hadir lengkap dengan senjata berat. Bunyi letupan dipercayai daripada bom tangan kilat turut kedengaran ketika penahanan dibuat.

Pihak polis melaporkan 112 orang pelajar telah ditahan tanpa sebarang kecederaan. Tapi kenyataan gabungan Students for Justice in Palestine (SJP) menunjukkan ada pelajar yang terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan termasuk di bahagian kepala dan muka.

Protes di UC setakat ini masih belum membuahkan hasil. Presiden UC masih lagi bertegas untuk tidak menamatkan kerjasama mereka dengan agensi berkaitan rejim Zionis. Pihak UC juga telah memohon pihak polis untuk terus berkawal di kawasan universiti sehingga 17 Mei untuk mengelak protes berjalan semula. Tetapi protes di universiti lain sudah ada yang berjaya.
Pelajar di Trinity College, Ireland telah menamatkan protes dan menghentikan perkhemahan solidariti mereka selepas tuntutan mereka dipersetujui oleh pentadbiran universiti. Trinitiy College turut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pihak mereka akan menghentikan sepenuhnya pelaburan mereka dalam syarikat Zionis yang berpengkalan di tanah yang dijajah.

Selain itu, sebanyak 76 institusi pendidikan tinggi swasta dan awam di Sepanyol yang diwakili oleh Conference of Rectors of Spanish Universities turut mengumumkan solidariti dengan Palestin.

Mereka mengumumkan akan menggantung sebarang kerjasama dengan mana-mana universiti Zionis yang tidak “menzahirkan komitmen untuk mencapai keamanan dan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.” Mereka turut berikrar untuk mengeratkan lagi kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di Palestin dan menganjurkan program untuk pelarian Palestin.

Mungkin ada pihak yang memperkecilkan usaha para pelajar ini dan merasakan mereka ini masih ‘kanak-kanak’, belum matang dan belum cukup makan garam. Tapi sarjana seperti Herbert Marcuse menyangkal dakwaan ini.

Dalam karyanya yang bertajuk ‘The Aesthetic Dimension: Toward a Critique of Marxist Aesthetics’, Marcuse menekankan kedudukan unik pelajar sebagai pencabar utama kepada aturan sosial di dalam masyarakat. Beliau percaya pelajar mempunyai kebolehan untuk mempersoal dan mencabar norma dalam masyarakat serta mampu menggunakan hujah yang kritikal untuk mencetuskan perubahan sosial yang besar.

Dengan kata lain, pelajar adalah alat kepada perubahan dunia dan suara mereka tidak wajar diabaikan.

- Nadia Amira Shamsul & Khalid Jimat,
Palestine Centre of Excellence (PACE).
2024/05/21 20:27:42
Back to Top
HTML Embed Code: