Telegram Web Link
β€’ β€’ β€’ ο·½

Ingatlah bahawa,

β€œKehidupan ini sejatinya tentang menikmati dan menjalani setiap proses yang terjadi.

Maka dari itu, tetaplah berusaha untuk memberikan apa kiranya yang terbaik untuk hari ini, agar kamu tiada penyesalan di hari esok.”

-Izzati Elya

#perempuanbertumbuh
❀26πŸ‘1
β€’ β€’ β€’ ο·½

Akhirnya, reveal sudah cover buku terbaru saya, "Perempuan Bertumbuh". Apa pendapat korang? Cantik tak? 🀭

Saya ambil konsep minimalis kali ini. Warna hijau pula melambangkan identi alam yang membawa maksud kesegaran, kedamaian, pengembangan dan relaksasi.

"Buku ini saya persembahkan untuk para perempuan,
yang mahu belajar menerima kekurangan diri,
yang mahu mengembangkan potensi diri,
yang mahu menjadi diri sendiri versi yang Allah redai,
Semoga kalian bertumbuh menjadi perempuan yang mampu menebar inspirasi". 🀍

InsyaAllah, "Perempuan Bertumbuh" akan dilancarkan di PBAKL 2024 bersama dengan buku-buku baru penulis yang lain dibawah rumah penerbitan @versa.zahiras πŸ˜‡

p/s: Letakkan buku "Perempuan Bertumbuh" dalam wish list korang waktu PBAKL nanti tau! Terus ikuti perkembangan di @versa.zahiras πŸ₯°

#perempuanbertumbuh
❀29πŸ‘1
β€’ β€’ β€’ ο·½

Mari kita usahakan menjadi perempuan yang berbahgia dengan menjadi dirinya sendiri, yang tidak mengubah dirinya hanya untuk memuaskan dan menyenangkan hati orang lain.

Untuk disukai, bukan bererti kamu mesti berubah menjadi orang lain, tetaplah menjadi versi dirimu yang terbaik. Kamu hanya perlu menerima diri sendiri, kerana di situlah letaknya kedamaian dan kebahagiaan sejati.

Be true to yourself πŸŒ·πŸŽ€πŸ©·

Untuk memuaskan semua hati manusia adalah satu hal yang mustahil. Maka dari itu, fokus dalam melakukan perkara yang Allah mahu saja. πŸ₯°

-Izzati Elya

#perempuanbertumbuh
❀36πŸ‘1
πŸ”΄SNEAK PEEK! : BUKU TERBARU
@izzatielya.official BERTAJUK "PEREMPUAN BERTUMBUH"

Seperti yang korang lihat, ini adalah di antara wajah dalaman buku terbaru karya dari penulis baru di bawah naungan kami iaitu Izzati Elya.

Sedikit latar belakang mengenai Izzati Elya, beliau merupakan seorang influencer dan motivator.

Nantikan pelancaran buku ini hanya di Booth VERSA X ZAHIRAS CREATIVE yang bertempat di:

πŸŽͺ: Booth No. 4167B - 4172 (Dewan Tun Razak 4)
πŸŽͺ: Booth No. M21 & M24 (Bilik Mawar)
πŸ“: World Trade Centre, Kuala Lumpur
πŸ“†: 24 Mei - 2 Jun 2024
⏰: 10 pagi - 10 malam

Save the date guys!πŸ’œβœ¨

Amacam guys? Apa pendapat korang dengan buku ni, komen kat bawah okies?πŸ™ˆ
❀9πŸ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagi kaum perempuan, self-growth adalah bahagian yang penting dalam perjalanan hidup. Cuba bayangkan kehidupan yang langsung tiada kemajuan atau pengembangan.

Buku ini ditujukan untuk perempuan-perempuan yang ingin bertindak, bergerak dan berubah menjadi versi terbaik dari diri mereka sendiri melalui proses self-acceptance dan self-growth dengan dipandu oleh petunjuk wahyu.

Nak tahu lebih lanjut kena dapatkan buku "Perempuan Bertumbuh" di PBAKL nanti πŸ˜‰β€οΈ

Booth: Versa Zahiras
❀10
Ilmu yang paling sukar untuk dipelajari dan difahami adalah ilmu Fiqh Darah Wanita sehinggakan terdapat ramai ulama’ yang tersalah hukum bab darah.”

Sejauh mana seseorang wanita, empunya darah itu memahami dan beramal dengan ilmu Fiqh Darah yang benar?

Sertai program "Lestari Wanita - Pemantapan Ilmu Haidh, Istihadah & Nifas" untuk mendapatkan penjelasan penuh terkait permasalahan ini.

Terhad 1,500 peserta sahaja.

Daftar Program Lestari Wanita : Khusus Muslimat
https://www.baitussafiyyah.com/lestariwanita3006?tracking=sistahood
Bukan mudah nak LIVE direct dengan volunteer medic yang memang tengah ada dekat sanaπŸ‡΅πŸ‡Έ Jom dengarkan sharing untuk mengetahui keadaan semasa di Rafah bersama Dr. Salman dan Dr. Haniif Ahmad di IG saya malam ini, InsyaAllah. πŸ‡΅πŸ‡Έ
❀7
LiVE RAFAH BUMI BERDARAH

sudah bermula! Jom sertai sesi sharing ini untuk mengetahui secara langsung keadaan di Gaza.

Tekan link: https://www.instagram.com/izzatielya.official/live/18003602192601754
5 TANDA KAMU SEDANG MENJADI PERIBADI YANG LEBIH BAIK 🀍

1) Kamu tidak mudah marah atau menyimpan dendam pada siapa pun.

Kamu lebih memilih untuk sabar dan lapang dada pada perkara yang di luar kawalan kamu.

2) Kamu percaya mampu bersinar dengan kemampuan dirimu sendiri dan tidak mudah terikut atau terpengaruh dengan "standard sosial".

3) Secara perlahan, mahu memaafkan orang-orang yang pernah menyakiti kamu (secara sengaja atau tidak).

4) Mahu menerima kritikan secara objektif dan menjadikan hal itu sebagai pacuan untuk kamu lebih berkembang.

5) Kamu mahu meninggalkan kebiasaan lama yang buruk dan mulai menyusun perancangan masa hadapan.

Jom bertumbuh bersamaπŸ₯°πŸŒΈ

-Izzati Elya

#perempuanbertumbuh
❀24πŸ‘1
❀21
5 TANDA KAMU SEDANG MENGHANCURKAN DIRIMU SENDIRI

1) Selalu memandang rendah dirimu sendiri dan tidak percaya pada bakat dan potensi yang ada pada diri.

2) Selalu membandingkan diri dengan orang lain dan berasa serba kekurangan. Sedangkan yang kurang itu hanya syukurmu πŸ’”

3) Menjadi seorang yang "people pleasure".

Susah untuk cakap "tidak" kerana takut orang menjauh dari kamu sedangkan sebenarnya kamu sedang sangat penat dan terseksa.

4) Menuntut diri untuk selalu sempurna (perfectionist).

Kamu juga manusia. Sifatnya memang tidak sempurna. It's okay kalau ada waktu kamu gagal. It's okay kalau ada waktu kamu tidak berhasil. Kerna kejayaan memang bermula daripada penerimaan sebuah kegagalan. 🀍

5) Lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.

Kalau sesekali kamu mahu berempati dan mengutamakan orang lain tidak mengapa, tapi jangan sampai kamu LUPA dengan kebahagiaan dirimu sendiri, okay! πŸ˜‰

-Izzati Elya

#perempuanbertumbuh
❀19πŸ•Š2😭2πŸ‘1😒1
2025/10/21 12:43:31
Back to Top
HTML Embed Code: