Telegram Web Link
Forwarded from Izzati Elya 🇲🇾
Kelebihan Hari 'Arafah.

1. Puasa sehari, diampunkan dosa 2 tahun.

Kelebihan puasa sunat hari ‘Arafah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ dalam sebuah hadis;

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

"Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya."

Jom sama-sama manfaatkan peluang keemasan sekali dalam setahun ini untuk puasa sunat hari 'Arafah pada esok hari. (Sunat bagi mereka yang tidak berwukuf di 'Arafah). Moga Allah mengampunkan dosa kita semua

2. Hari yang paling banyak Allah bebaskan hambaNya dari Neraka.

Sabda Rasulullah ﷺ:

‏ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ ‏

''Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?'' (Sahih Muslim).

Semoga kita semua dibebaskan dari api neraka Allah yang maha dahsyat.

3. Sebaik-baik doa adalah pada Hari 'Arafah.

Sabda Rasulullah ﷺ:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وخَيْرُ مَا قُلْتُ أنَا وَالنَّبيُّونَ مِنْ قَبْـلِي: لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الـمُلْكُ، ولَهُ الـحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِير

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الـمُلْكُ، ولَهُ الـحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِير

"Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu."

Wallahua'lam.
Salam Aidiladha 1442H buat semua 🥰

Sabda Nabi Muhammad SAW:
زَيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبير
Maksudnya: “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir.”
[HR al-Thabarani]

اللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ،
لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

@HijrahRemaja
Mata kadang-kadang salah melihat.
Mulut kadang-kadang salah menyebut.
Hati kadang-kadang salah menilai.
Maafkan kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya Aidiladha 🕌🕋

@HijrahRemaja
Kadangkala luahan rasa tidak dengan bait bicara,
Tetapi susunan aksara lah yang menjadi cara.

@HijrahRemaja
Bandingan menjadikan diri ini merasa tidak cukup

Dan menjadi alasan untuk tidak bersyukur 😔

@HijrahRemaja
Dari detik yang penat itu, aku mengerti rupanya ia sebagai pemula buat mengenal erti bahagia. Tidak semua yang kelihatan indah itu membawa bahagia, dan tidak semua yang membawa bahagia bermula dengan hal yang indah.

Bagaimana bahagia dapat dikenal andai rasa sebaliknya tidak pernah dilalui.

-abaz

@HijrahRemaja
Forwarded from Gadis Muslimah
To my favourite person :

Thank you for always be with me no matter what happen. Thank you for always be my best listener when I'm sad. Thank you for never tired of my annoying and clingy attitude. Thank you for staying until now. I really appreciate it.
Tiap kita memandang sesuatu dari sudut yang berbeza, maka penilaian pada sesuatu itu juga berbeza.

Namun perbezaan itu bukan menjadi alasan buat kita bertelagah. Sebaliknya hormati pandangan mereka yang berbeza agar kita dapat memahaminya dari semua sudut

@HijrahRemaja
Hargai pada tiap-tiap yang pernah hadir, kerana tiap satunya membawa cerita tersendiri.

@HijrahRemaja
Forwarded from 𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝑹𝒆𝒎𝒂𝒋𝒂 ☘️ (𝖆𝖇𝖆𝖟🌱)
Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.

@HijrahRemaja
It's okay to not be okay 😊

-aku

@HijrahRemaja
Selamat Malam semesta -

moga hari esok bakalan lebih indah buat kita semua ☺️

@HijrahRemaja
Forwarded from TheContengan🍁
Ada yang berhasil mengucapkan selamat tinggal, namun tidak benar-benar meninggalkan.

Dan ada yang benar-benar berhenti, dengan belajar menerima semua keadaan.

Tapi

jangan pernah memaksa sesuatu yang tidak bisa lagi sama rasanya.


- @sgk
Senyumlah untuk diri sendiri

-abaz

@HijrahRemaja
"Kita begitu suka pantai. Melihat ombak menggulung tepian, menandai harapan yang terbenam sebelum kesampaian"

–Wiraadana

@HijrahRemaja
Kalah dalam aksara lemah,
Menang dalam aksara tangisan.

6.10.21
-abaz

@HijrahRemaja
Lelah dalam menanti,
Kerana berat dalam hati,
Air mata yang terganti,
Untuk menemui realiti.

@HijrahRemaja
Masuknya waktu maghrib, Tanggal 12 Rabiulawal

Lahirnya seorang manusia yang paling mulia, paling sempurna, paling hebat sebagai rahmat buat sekalian alam.

Birthday orang yang kita sayang, pasti kita akan sambut dengan penuh cinta. Bagaimana pula dengan kelahiran kekasih Allah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Zahirkan cinta buat baginda dengan mengenali hidup baginda dan perbanyakkan selawat buat baginda.

Moga kita semua mendapat naungan syafaat Rasulullah pada hari kiamat nanti

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

@HijrahRemaja
Kalau birthday ajnabi kita boleh beria sambut dengan penuh post pada media sosial, kenapa tidak semasa birthday Nabi kita, yang pastinya kelahiran yang sangat mulia melebihi dunia dan seisinya

Sampaikanlah salam dan selawat kepada baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai tanda cinta dan rindu kita buat baginda 🥰

Allahumma Solli'Alaa Saiyidina Muhammad ❤️

@HijrahRemaja
2024/06/17 10:55:55
Back to Top
HTML Embed Code: