Yang kelihatan sempurna belum tentu menyempurnakanmu. Kadangkala kamu cuma tertipu nafsu. Kerana perkara yang bukan milik kamu selalu terhias & kelihatan istimewa. Berhenti mencari yang sempurna. Sebaiknya sempurnakan apa yang ada di depan mata.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Kamu itu berdoa kepada Tuhan yang Maha Kaya. Mintalah apa sahaja kerana cukup mudah untuk Tuhan perkenankannya. Jangan ragukan doamu. Jika apa yang kamu doa itu baik untukmu, pasti doamu akan sejalan dengan takdirmu.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Terlalu banyak tangisan kamu kepada manusia sehingga tidak berbaki tangisan itu untuk mengenangkan dosa-dosa. Mungkin sudah tiba masanya untuk menitiskan air matamu untuk sesuatu yang lebih berharga iaitu tangisan penyesalan seorang hamba.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Ada perkara yang ditakdirkan untuk terwujud dalam hidupmu hanya untuk kamu ambil tahu dan cukup sekadar itu.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Kamu hanya layak untuk ambil tahu bukan layak untuk memiliki. Cukup sekadar ambil tahu, sedar diri & berlalu mencari bahagiamu sendiri.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cadangkan hadiah boleh untuk contest terbaru sempena buku baru ni ๐ซถ๐ผ
1. Pakej umrah untuk 1 orang (pergi dgn iddin)
2. Motorsikal yamaha Y15 untuk 1 orang
3. Cash RM1000 untuk 10 orang.
1. Pakej umrah untuk 1 orang (pergi dgn iddin)
2. Motorsikal yamaha Y15 untuk 1 orang
3. Cash RM1000 untuk 10 orang.
Kadangkala dalam menilai sikap seseorang, aku sering buat-buat bodoh dengannya. Mungkin dari perbualan itu dapat tahu bagaimana sifatnya. Adakah dia si bodoh yang berpura pandai ataupun yang suka bercakap besar tapi hakikatnya tiada apa yang berjaya dibuktikan.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Bercakaplah mengikut tahap pengetahuanmu. Jangan bercakap seolah kamu tahu segala perkara. Kalau tak tahu, jangan buat _______ (2 markah)
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Menerima kekurangan itu adalah bahagian dari cinta yang serius. Dia tidak meletakan syarat untuk mencintai kamu. Dia hanya melihat kamu sebagai seorang yang sempurna & menyempurnakan hidupnya saat kamu hadir dalam dakapannya. Itulah cinta teragung seorang ibu untuk kamu.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA
ุงูููููููู ูู ุงุบูููุฑููููู ุฐูููููุจููู ููููููุงููุฏูููู ููุงุฑูุญูู ูููู ูุง ููู ูุง ุฑูุจููููุงูููู ุตูุบูููุฑูุง
โYa Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.โ
ุงูููููููู ูู ุงุบูููุฑููููู ุฐูููููุจููู ููููููุงููุฏูููู ููุงุฑูุญูู ูููู ูุง ููู ูุง ุฑูุจููููุงูููู ุตูุบูููุฑูุง
โYa Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.โ
Kamu harus rehat dari memikirkan hal-hal yang luar kawalanmu. Serah saja pada Tuhanmu akan hal-hal itu.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Dewasa adalah luka. Kamu akan hilang ramai kawan. Kamu akan tempuhi takdir yang menyakitkan. Kamu terpaksa menerima meskipun hati tidak rela dengan kenyataan. Tapi luka itu tidak pernah gagal mendidik kamu menjadi lebih kuat untuk melangkah kehadapan. Luka adalah guru yang terbaik.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Jika dia memilih untuk tidak peduli, seharusnya kamu memilih untuk sedar diri & berhenti mencari.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Dia menangis bukan kerana dia lemah, tapi kerana terlalu lama dia bersabar. Dia cuma tak mampu meluahkan dengan kata. Air mata membasahi pipi sebagai bukti badai di hatinya.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Sembuh itu proses. Kamu harus lalui proses itu untuk menuju sembuhmu. Tak perlu tergesa untuk memadamkan segala rasa. Kamu perlukan masa. Raikan perasaan hiba itu. Berikan dirimu ruang untuk menelan segala rasa itu. Kelak, yang pahit itu akan manis jua.
- Iddin Ramli.
- Iddin Ramli.
Hal-hal semalam adalah pelajaran terbaik. Apa yang berlaku tetap berlaku. Kamu tidak berkuasa mengubah apa-apa. Semoga kamu baik-baik saja ya.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli
Jika kamu tidak ditemukan dengan kemahuanmu, yakinlah Tuhan akan temukan kamu dengan kemahuan-Nya. Pastinya itu takdir yang terbaik.
- Iddin Ramli
- Iddin Ramli