Telegram Web Link
Kalau orang beri, ucap terima kasih.
Kalau buat salah, minta maaf.
Kalau tak nak, jangan bagi harapan.

Susah sangat ke?
Share poster ni dekat cikgu/ketua pelajar korang untuk jemputan motivation talk. Nombor whatsapp untuk jemputan ada kat poster ya!
Salah pronunciation, grammar bersepah tak menjadi sebab kemurkaan Allah pun. Tapi kalau hidup dah berpuluh tahun masih tak pandai baca Al-Quran haa itu masalah besar. Tak dosa tak pandai english. Tapi dosa tak pandai Al-Quran.

- Iddin Ramli
Kalau nak belajar baca Al-Quran serendah RM10 sahaja. Jom join kelas iddin buat ☺️

Hujung bulan ni nak start kelas dah. DaftarπŸ‘‡πŸ½

https://naseehatofficial.onpay.my/order/form/4
Dah lama tak minta doa mak, kan? Sebab tu hidup rasa sempit. Mintalah doa dari mak. Doanya ajaib terus Tuhan terima. Dengan para ustaz semangat kamu minta doa. Tapi dengan mak sendiri tak minta?

- Iddin Ramli
Korang, macam mana nak tahu pasal event-event selawat yang ada dekat setiap negeri? Ada group khas ke?
Tengok orang lain tak puasa sunat jangan judge. Jangan rasa kita lebih mulia daripada orang lain. Bila kita rasa kita lebih baik, maka sia-sialah ibadah kita.
Korangg datang pesta buku kelantan tak? Kat aras 2 mydin tunjong kota bharu.

28 july hingga 5 ogos tau.
Kadang bingung, kenapa doamu sudah terlalu lama tidak tertunai. Persoalanmu tiada tanda akan terjawab. Kecewa, hiba menyelubungi hati.

Ingat, kunci bahagia itu ada pada bersangka baik dengan Allah. Allah itu Maha Berkuasa ke atas segala perkara. Yang mengawal segala hal adalah Dia. Jadi sederhanakan risaumu. Tuhan tidak akan biarkan kamu berada dalam kecelakaan selama kamu terus bersandar pada-Nya.

- Iddin Ramli
Apa sahaja yang berlaku kamu harus tetap melangkah kehadapan. Itulah kehidupan. Jangan berhenti & mengalah. Jangan merasakan seolah-olah ujian itu adalah noktah. Apa yang telah lalu adalah sumber pelajaran yang tidak akan kamu perolehi di mana-mana universiti. Kamu akan menumbuh dewasa kerana hal itu.

- Iddin Ramli
Benar, manusia itu tidak sempurna & melakukan salah. Tapi jika kesalahan yang sama berulang kali, adakah kamu masih memilih untuk bersangka baik lagi?

Tak perlu berpura bersangka baik sedangkan hatimu dirobek. Kamu cuma takut hidup tanpa dirinya. Semenjak dia hadir, kamu lebih banyak luka berbanding bahagia. Sedangkan selama ini kamu mampu saja hidup sendiri dengan bahagia. Bila lagi nak sedar ketenangan hatimu sendiri adalah keutamaan untuk diperjuangkan?

- Iddin Ramli
IDDIN DATANG BICARA SANTAI KE TEMPAT BELAJAR KORANG SECARA PERCUMA‼️

Slot available -

12/9 - pagi (n9/melaka)
13/9 - malam (pahang)
18/9 - pagi (perak)
20/9 - malam (kedah)
22/9 - pagi (kedah/perlis)

Whatsapp untuk jemputanπŸ‘‡πŸ½

wasap.my/60145518810/jemputiddinramli
Jika takdir berkata sebaliknya, seharusnya kamu memilih untuk terus kuat kerana takdir tidak akan menyakitimu dengan sengaja tanpa hikmah dari-Nya. Menjadi lemah & tenggelam itu adalah pilihan.

- Iddin Ramli
Kita selalu sakit hati dengan perkara yang tiada urusan dengan kita. Selalu benci seseorang yang tiada salahnya pada kita. Selalu iri pada nikmat seseorang yang tidak menyinggah pada kita.

Sebenarnya bukan orang itu yang menyakitkan kita. Bukan dia yang salah, tapi hati kita yang bermasalah.

- Iddin Ramli
Sudahlah tu berharap. Kamu hanya memiliki perkara yang tertulis takdirmu. Sudahlah tu memaksa perkara yang tidak mahu mendekat. Sudahlah tu mengejar perkara yang berpaling. Kamu tak sepatutnya selemah itu. Bila lagi nak sedar ni?

- Iddin Ramli
Kamu tidak mendewasa kerana teori-teori kehidupan yang kamu belajar di universiti. Kamu mendewasa kerana apa yang kamu lalui, luka yang kamu tempuhi, sakit yang kamu hadapi.

- Iddin Ramli
 Ψ­ΩŽΨ³Ω’Ψ¨ΩΩ†ΩŽΨ§ اللهُ ΩˆΩŽΩ†ΩΨΉΩ’Ω…ΩŽ Ψ§Ω„Ω’ΩˆΩŽΩƒΩΩŠΩ’Ω„Ω Ω†ΩΨΉΩ’Ω…ΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩŽΩˆΩ’Ω„ΩŽΩ‰ ΩˆΩŽΩ†ΩΨΉΩ’Ω…ΩŽ Ψ§Ω„Ω†ΩŽΩ‘Ψ΅ΩΩŠΩ’Ψ±Ω

Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.
Tiada yang lebih memahami kamu lebih dari Allah. Allah tahu apa yang terpendam. Allah tahu setiap masalahmu. Sebelum kamu meluahkan pada-Nya, Dia sudah tahu setiap susunan permintaanmu. Kamu harus terus meminta & berharap dalam setiap doa-doamu. Kerana kamu itu hamba. Hamba sifatnya hina tiada apa-apa melainkan memerlukan sepenuh kebergantungan kepada-Nya.

Mintahlah. Tuhan itu mendengar.

- Iddin Ramli
Ada yang malam melakukan dosa, siangnya merintih menyesal pada yang Esa. Ada yang siang melakukan dosa, malamnya merintih seperti bayi dengan penuh penyesalan pada yang Maha Esa. Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Selagi ada peluang, merintihlah kerana Tuhan tidak teragak-agak untuk menerima kamu pulang.

- Iddin Ramli
Otw ke Pesta buku Brunei πŸ‡§πŸ‡³
ICC, Brunei πŸ‡§πŸ‡³
2024/05/09 07:10:19
Back to Top
HTML Embed Code: