Telegram Web Link
📜 Siapa para Ulama' yang berasal dari Filasṭīn?

Rententan dari penulisan sebelum ini tentang para Nabi dan Sahabat yang dikebumikan di Filasṭīn, saya terpanggil untuk menulis pula tentang para ulama yang berasal dari bumi yang berkat ini. Moga-moga bermanfaat.

Berikut adalah beberapa ulama masyhur yang berasal dari Filasṭīn:

1. Raja' bin Haiwah (wafat 112H)

Beliau adalah Raja' bin Haiwah bin Jarwah al-Kindi. Beliau adalah daripada kalangan Tabi'in dan digelar sebagai al-Filastini al-Faqih.

Beliau lahir di bandar Baisan, Filasṭīn pada penghujung pemerintahan khalifah Uthman RA. Beliau antara yang terlibat dengan pembinaan Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) atas arahan khalifah Abdul Malik bin Marwan pada ketika itu.

2. Imam al-Syafie (wafat 204H)

Imam al-Syafie rahimahullah adalah tokoh yang tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150H.

Sewaktu umur 2 tahun, beliau sekeluarga berpindah ke Mekah dan beliau membesar di sana. Bapa beliau meninggal ketika beliau masih muda remaja dan beliau banyak dibesarkan oleh ibunya. Rahimahullah.

3. Imam al-Tabrani (wafat 360H)

Beliau adalah Abu al-Qasim Sulaiman bin Ahmad, ahli hadith yang masyhur yang mengarang المعاجم الثلاثة iaitu Mu'jam al-Saghir, Mu'jam al-Kabir dan Mu'jam al-Awsat. Beliau dilahirkan di Kota Acre atau عكا, Filasṭīn pada tahun 260H.

Beliau digelar al-Rahhal dan al-Jawwal kerana beliau suka mengembara ke pelbagai negara seumpama Mekah, Madinah, Yaman, Syam, Mesir, Baghdad, Kufah, Basrah dan lain-lain.

4. Al-Hafiz Abd al-Ghani al-Maqdisi (wafat 600H)

Beliau lahir pada tahun 541H di Jamma'il, Filasṭīn. Beliau adalah pengarang kitab al-Ahkam al-Kubra dan al-Ahkam al-Sughra.

5. Al-Faqih ibn Qudamah (620H)

Ibn Qudamah al-Maqdisi ialah pengarang kitab yang masyhur iaitu al-Mughni. Beliau adalah tokoh besar dalam mazhab imam Ahmad. Beliau lahir di Jamma'il, salah sebuah kampung dalam bandar Nablus, Filasṭīn. pada tahun 541H.

6. Ibn Muflih al-Hanbali (763H)

Beliau adalah Shams al-Din Muhammad bin Muflih yang berasal dari kampung Ramin dari kawasan Tulkarm di Filasṭīn. Beliau antara fuqaha mazhab al-Hanabilah. Antara karya beliau yang masyhur adalah al-Furu' dan juga al-Adab al-Syar'iyyah.

7. Imam Ibn Hajar al-Asqalani (852H)

Ibn Hajar al-Asqalani tidak asing lagi bagi kita semua. Beliau bukanlah dilahirkan di Asqalan atau Ashkelon, Filasṭīn. Cuma asal usul iaitu datuk beliau adalah dari kabilah al-Kinani merupakan penduduk di Asqalan sebelum dipindahkan oleh Salahuddin al-Ayyubi ke Mesir.

8. Al-Faqih al-Mardawi (885H)

Beliau adalah Ala' al-Din al-Mardawi yang berasal dari kampung Marda, sebuah perkampungan Salfit di Tebing Barat,Filasṭīn. Antara karya beliau yang masyhur adalah al-Insaf fi Ma'rifah al-Rajih min al-Khilaf, salah sebuah karya perbandingan 4 mazhab dalam mazhab Hanbali.

9. Al-Faqih Musa al-Hajjawi (895H)

Beliau antara fuqaha dalam mazhab Hanbali yang dilahirkan di kampung Hajjah, sebuah kampung dari Nablus, Filasṭīn. Dua kitab beliau yang masyhur adalah Zad al-Mustaqni' dan juga al-Iqna', antara kitab penting dalam mazhab Hanbali.

10. Imam al-Safarini (1188H)

Imam al-Safarini pula adalah seorang faqih dan juga usuli yang dilahirkan di Safarin, sebuah kawasan di Nablus, Filasṭīn. Karya-karya yang beliau tulis mencecah 30 buah karya dalam pelbagai bidang.

11. Syeikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi (2022M)

Beliau adalah salah seorang ulama kontemporari dalam bidang al-Quran yang baru sahaja meninggal dunia awal tahun 2022 yang lalu. Beliau dilahirkan di bandar Jenin, utara Filasṭīn pada tahun 1947M. Al-Khalidi merupakan nasab beliau yang bersambung dengan nasab sahabat Nabi SAW iaitu Khalid bin al-Walid. Karya beliau mencecah 59 buah yang meliputi tema yang pelbagai dalam bidang tafsir dan tadabbur al-Quran.

Moga bermanfaat.

Sumber: Fb Usaid Subki

@InShaaAllahTheNumberOne☝️🏻
📚Para Sahabat RA yang bermusafir ke Bait al-Maqdis.

Penulisan sebelum ini adalah berkisar tentang para Nabi AS dan sahabat yang dikebumikan di bumi Filasṭīn.

Kali ini ia berfokus pula kepada para Sahabat yang pernah bermusafir ke Filasṭīn dan mempunyai hubungan dengan bumi suci ini.

1. Abu Ubaidah al-Jarrah RA

Beliau antara pemimpin tentera-tentera di Syam.

2. Bilal bin Rabah RA

Beliau menyaksikan pembukaan Bait al-Maqdis bersama Umar Al-Khattab serta mengalunkan azan di Masjid al-Aqsa.

3. Muaz bin Jabal RA

Beliau adalah orang yang menggantikan tempat Abu Ubaidah RA setelah kewafatannya.

4. Iyadh bin Ghanam RA

Beliau memasuki Bait al-Maqdis, dan membina padanya ruang mandi (Hammam). Beliau ada meriwayatkan hadis daripada Nabi SAW.

5. Khalid bin al-Walid RA

Antara yang menyaksikan pembukaan Bait al-Maqdis

6. Ubadah bin al-Samit RA

Antara orang yang menjadi Qadhi di Filasṭīn dan tinggal di Bait al-Maqdis serta dikebumikan di sana.

7. Tamim bin Aus al-Dari RA

Antara warga Filasṭīn sewaktu jahiliyyah, kemudian masuk Islam dan sempat bertemu Nabi SAW. Pernah menjadi penguasa di Bait al-Maqdis.

8. Abdullah bin Salam RA

Pernah datang ke Bait al-Maqdis dan menyaksikan pembukaannya. Beliau antara yang dijanjikan syurga.

9. Abu Hurairah RA

Pernah datang ke Bait al-Maqdis dan menyaksikan pembukaannya. Beliau adalah perawi hadis:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)]

10. Muawiyah bin Sufyan RA

Beliau juga datang ke Bait al-Maqdis. Al-Laith menyatakan bahawa penduduk syam berbaiah kepada beliau di Iliya' (nama lain bagi Bait al-Maqdis).

11. Abdullah bin Umar RA

Juga pernah mendatangi Bait al-Maqdis untuk menunaikan solat di sana.

12. Abu Raihanah RA

Tinggal di Bait al-Maqdis dan menyampaikan peringatan di sana.

13. Syaddad bin Aus RA

Tinggal di Bait al-Maqdis dan meninggal di sana ketika zaman Muawiyah. Beliau dikebumikan di perkuburan al-Rahmah yang berada berdekatan dengan dinding Masjid al-Aqsa.

14. Salamah bin Qaisar RA

Dikatakan beliau pernah berjumpa dengan Nabi SAW. Beliau menjadi imam di Bait al-Maqdis selepas pembukaan. Juga meninggal di Bait al-Maqdis dan dikebumikan di sana.

15. Abu Jum'ah al-Ansari RA

Nama beliau adalah Jundub bin Siba'. Datang ke Bait al-Maqdis untuk bersolat padanya dan dikira sebahagian daripada ahli Syam.

16. 'Auf bin Malik al-Ashja'i RA

Beliau juga menyaksikan pembukaan Bait al-Maqdis dan pergi ke Hims, antara sahabat yang mulia.

17. 'Amru bin al-'As RA

Juga datang ke Bait al-Maqdis dan menyaksikan pembukaan Bait al-Maqdis. Beliau meninggal dunia ketika zaman Muawiyah.

18. Abu Ubay Abdullah bin Amru al-Ansari RA

Beliau merupakan adik beradik tiri kepada Ubadah bin al-Samit RA. Beliau antara yang sempat bersolat ke dua kiblat. Beliau tinggal di Bait al-Maqdis dan dikira sebagai ahli Syam.

Beliau adalah yang terakhir meninggal di Bait al-Maqdis dalam kalangan sahabat.

19. Fairuz al-Dailami RA

Tinggal di Bait al-Maqdis dan dikatakan meninggal di sana.

20. Abu Muhammad al-Najari RA

Tinggal di Bait al-Maqdis dan dikatakan sempat menyertai peperangan Siffin bersama Ali RA.

Inilah antara sahabat Nabi SAW yang pernah ke Bait al-Maqdis. Dikatakan ada 9 orang sahabat yang dikebumikan di sana.

Saya merujuk kepada kitab al-Masjid al-Aqsa: al-Haqiqah wa al-Tarikh oleh Syeikh Isa al-Qaddumi bagi menyiapkan penulisan ini. Wallahua’lam.

Moga-moga ada manfaatnya.

Sumber: Ustaz Usaid Subki

@InShaaAllahTheNumberOne☝️🏻
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📽DOKUMENTARI “KUMPULAN NOMBOR 9”

(Terjemahan English)

Sebuah dokumentari, dengan wawancara dan rakaman eksklusif, mengenai briged Al-Qassam yang heroik yang melakukan serbuan ke atas pangkalan tentera ‘Israel’, “Nahal Oz” pada 2014.

Saya amat menyarankan anda menonton ini jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Al-Qassam secara umum. Ia adalah dokumentari yang sangat, sangat penuh aksi dan bermaklumat.

Kredit Terjemahan: meowsandry

Sumber asal: Dokumentari Al Jazeera "Al Majum3ah Firqah 9" disediakan oleh pengarah dokumentari, Wael Al Dahdouh, Pengarah Al Jazeera Gaza.

Hadis Palestin🇵🇸

@InShaaAllahTheNumberOne☝️🏻
📜 Siapakah Unit Terowong al-Qassam?

- Adakah anda tahu bahawa 90% mereka usaha buat terowong tanpa harapkan ganjaran
- Mereka tidak pakai but keselamatan untuk lindungi kaki mereka
- Mereka yg kerja waktu shift malam akan bekerja hakiki mereka waktu siangnya seperti biasa
- Tahukah anda, ketua IOF sebut: Kita duk senang minum kopi & teh, tetapi 1000 pemuda al-Qassam sedang berjuang di bawah kita untuk buat terowong
- Mereka tidak takutkan kubur, kerana mereka pernah 'melalui' & 'merasainya'
- Apakah yang mendorong mereka? al-Aqsa & Kebebasan!

Anda tahu betapa berharganya Unit Terowong al-Qassam?

Ini dia para tentera al-Qassam mencium hormat kepala para Unit Terowong mereka yang amat berjasa pada segala operasi jihad bagi sekalian Mujahidin!

Hadis Palestin 🇵🇸

@InShaaAllahTheNumberOne☝️🏻
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Israel menggunakan propaganda pemalsuan dan melancarkan laman web palsu dalam bahasa Arab dan Inggeris yang mendakwa sebagai laman web rasmi Hamas. Pelbagai propaganda fitnah dan jahat dimuatnaik dalam laman web palsu tersebut.

AWAS JANGAN TERTIPU 🔥

Sumber: Al Jazeera

@InShaaAllahTheNumberOne
📜 DOA QUNUT NAZILAH

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Wahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”

HR MUSLIM

Sumber : Hadis Palestin

@InShaaAllahTheNumberOne☝️🏻
2025/07/05 19:09:38
Back to Top
HTML Embed Code: