Telegram Web Link
Pada pagi ini marilah sama-sama kita berdoa agar dikurniakan nikmat yang berpanjangan yang tidak akan sirna, serta Negara kita dilimpahi kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan, selamat dari segala ancaman dan wabak yang mengancam nyawa, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
Jom semua ke Majlis Sambutan Maโ€™al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1447H/2025M

๐Ÿ—“ 3 Julai 2025 / 7 Muharam 1447H (Khamis)

๐Ÿ•Œ Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan

โฐ 8.00 Pagi

๐Ÿ“Majlis akan disempurnakan oleh YB Senator Datoโ€™ Setia Dr. Haji Mohd Naโ€™im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Antara pengisian menarik:

๐ŸŽผ Persembahan Khas Maโ€˜al Hijrah oleh Kumpulan Muallim Voice

๐ŸŽค Bual Bicara Khas Maโ€˜al Hijrah "Membangun Ummah Madani" disampaikan oleh:
Panel 1 - Prof. Madya Dr. Ahmad Faisal bin Hamid, Universiti Malaya
Panel 2 - Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan
Moderator - Us. Mohd Mukhlis bin Rahim

๐ŸŽผ Persembahan Khas Maโ€˜al Hijrah oleh Pelajar Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA)

๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ๐Ÿ›๏ธ Aktiviti pameran dan jualan

๐Ÿ† Pengumuman Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maโ€˜al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan

๐Ÿฝ๏ธ Jamuan disediakan

Semua Dijemput Hadir !

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
Ya Allah, jadikanlah hati-hati kami sentiasa cinta kepada keimanan dan melakukan amal soleh dan tanamkanlah rasa benci kepada kekufuran dan maksiat. Amin Ya Arhamar Rahimin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
Ingin mendapat syafaat Rasulullah SAW? Bacalah doa selepas azan.

Antara kelebihan membaca doa selepas azan adalah jaminan mendapatkan syafaat atau pertolongan dari Nabi Muhammad SAW kelak di hari kiamat nanti.

Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin โ€˜Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan," luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat. (Sahih Bukhari: 614)

Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#PelanAlFalah
ESOK!

Jom semua ke Majlis Sambutan Maโ€™al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1447H/2025M

๐Ÿ—“ 3 Julai 2025 / 7 Muharam 1447H (Khamis)

๐Ÿ•Œ Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan

โฐ 8.00 Pagi

๐Ÿ“Majlis akan disempurnakan oleh YB Senator Datoโ€™ Setia Dr. Haji Mohd Naโ€™im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Antara pengisian menarik:

๐ŸŽผ Persembahan Khas Maโ€˜al Hijrah oleh Kumpulan Muallim Voice

๐ŸŽค Bual Bicara Khas Maโ€˜al Hijrah "Membangun Ummah Madani" disampaikan oleh:
Panel 1 - Prof. Madya Dr. Ahmad Faisal bin Hamid, Universiti Malaya
Panel 2 - Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan
Moderator - Us. Mohd Mukhlis bin Rahim

๐ŸŽผ Persembahan Khas Maโ€˜al Hijrah oleh Pelajar Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA)

๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ๐Ÿ›๏ธ Aktiviti pameran dan jualan

๐Ÿ† Pengumuman Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maโ€˜al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan

๐Ÿฝ๏ธ Jamuan disediakan

Semua Dijemput Hadir !
Doa ini adalah doa yang sering dibaca oleh Nabi Daud A.S agar dicintai Allah dan mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan diri sendiri, keluarga dan air dingin yang dapat menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang mencintai Allah melebihi segalanya termasuk kesenangan hidup di dunia. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#PelanAlFalah
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Wilayah Persekutuan 1447H/2025M

Berikut merupakan senarai penerima Anugerah Tokoh Maโ€™al Hijrah sempena Majlis Sambutan Maโ€™al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1447H/2025M:

A. Tokoh Utama

Datuk Haji Mohd Fadzli bin Yusof (81 tahun) merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) (2005- kini) dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid AT-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (sesi 2023-2026). Beliau telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia menganggotai Badan Petugas bagi Mengkaji Penubuhan Sebuah Syarikat Insurans Secara Islam Di Malaysia (1982) sehingga Kerajaan bersetuju sebuah Syarikat insurans secara Islam atau Takaful ditubuhkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif oleh BIMB untuk memperbadan, melaksana dan membangun Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd, pengendali Takaful pertama di Malaysia dari 1984 sehingga persaraan 2005.

Atas kejayaan operasi Takaful ini telah membantu beberapa negara khususnya negara Islam untuk menubuh dan melaksanakan operasi Takaful di negara-negara tersebut seperti Brunei (1995), Indonesia (1995), Singapura (1998), Sri Lanka (1989), Maldives (1998), Arab Saudi (1998), Pakistan (1999), Gambia (2006), Nigeria (2015).

B. Anugerah Khas Kategori Ilmuwan

Datuk Dr. Harlina Halizah binti Haji Siraj @ Haji Ramli (66 tahun) merupakan Pengasas dan Pengarah AKADEMI DR HAR, Pakar Perunding Pelawat O&G Hospital Pakar An Nur dan Pengerusi Lembaga Pengarah Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB).

Beliau telah menulis pelbagai artikel dalam akhbar dan majalah serta menghasilkan buku-buku bertemakan pendidikan seksualiti, kesihatan reproduktif remaja, pembangunan sahsiah, pemerkasaan wanita dan pemantapan institusi kekeluargaan.

Selain aktif dalam kerja-kerja dakwah dan advokasi sosial melalui kepimpinan dalam NGO wanita dan belia, keperibadian luhur dan keikhlasannya dalam menyampaikan ilmu menjadikan beliau seorang tokoh yang dihormati.

C. Anugerah Khas Kategori Aktivis Mualaf

Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah (57 tahun) merupakan Pengasas Program Dakwah Bergerak. Selepas memeluk Islam lebih 35 tahun yang lalu, beliau aktif membimbing saudara baharu dan asnaf melalui sesi ceramah, kuliah, khutbah dan program motivasi di masjid, surau serta institusi kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan.

Beliau juga pernah menyumbangkan usahanya sebagai Ketua Panel Penyemak Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun, Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Tahfiz Kebangsaan (PERMATA), Ahli Majlis Dakwah Negara (MDN) dan banyak lagi.

D. Anugerah Khas Kategori Pendakwah Kreatif

Ustazah Hajah Muzayyanah binti Abdullah (49 tahun) merupakan pendakwah bebas. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, beliau aktif menyebarkan ilmu agama melalui kuliah dalam talian setiap hari, yang berjaya menarik ribuan penonton dan sehingga kini menghimpun hampir 100,000 pengikut di media sosial.

Selain medium digital, kreativiti beliau terserlah dalam penganjuran majlis ilmu dan program infaq. Beliau kerap mengelolakan majlis ilmu di komuniti setempat dengan pendekatan yang mesra dan penuh tarikan, termasuk menggabungkan elemen seni dan kemasyarakatan.

Dakwah beliau tidak terhad di Malaysia sahaja; beliau pernah dijemput memberi ceramah agama hingga ke luar negara termasuk di Universiti Jordan, Singapura, Brunei dan Paris, membawa nama baik pendakwah Malaysia ke persada antarabangsa.

E. Anugerah Khas Kategori Usahawan Asnaf

Encik Rosman bin Ariffin (53 tahun) merupakan Pengusaha Faros F&B And Trading. Bermula sebagai penerima bantuan perniagaan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), usahawan ini telah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga mencatat jualan melebihi 1 juta ringgit setahun.

Kejayaannya telah melayakkan beliau diangkat sebagai Ikon Asnaf Usahawan pada Anugerah Zakat Kebangsaan 2024, satu pengiktirafan yang mengiktiraf beliau sebagai model usahawan asnaf yang cemerlang.
ุณู„ุงู… ุฌู…ุนุฉุŒ ุฌูˆู… ฺฉูŠุช ุจุฑุฏุนุงุก ุฏุงู† ุจุงฺฝู‚ูƒู† ุจุฑุตู„ูˆุงุช ฺฉุฃุชุณ ุฌูˆู†ุฌูˆฺ ู† ุจุณุฑ ู†ุจูŠ ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

#ุฌุงูˆูŠ
#ุณู†ุชูŠุงุณ_ุฏฺ†ูˆู†ุชูˆู‡ูŠ
#ู‡ุงุฑูŠ_ุฌู…ุนุฉ_ู‡ุงุฑูŠ_ุฌุงูˆูŠ
Jom kita masjid dan surau Jumaat sekitar Wilayah Persekutuan hari ini menunaikan solat fardu Jumaat sekaligus menghayati khutbah Jumaat minggu ini bertajuk โ€œMenggalas Ikhlas, Kesempurnaan Dibalasโ€.
2025/07/05 07:07:16
Back to Top
HTML Embed Code: