Telegram Web Link
Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa berada dalam keselamatan, dikurniakan kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, ilmu serta mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa 
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

SARANAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

1. Umum mengetahui bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

2. Justeru itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

3. Seluruh umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat hajat seterusnya mendoakan KDYMM Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.

Sekian, terima kasih.

DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10 Februari 2025 / 11 Syaโ€™ban 1446 Hijrah
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

1. Saya ingin memaklumkan bahawa masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM iaitu Masjid Negara Malaysia, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI akan mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

2. Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan bagi mendoakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.

Sekian, terima kasih.
Kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:

- Mengurangkan berat badan
- Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
- Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
- Mengawal stres

Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

ูŠูŽุงุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆู†ูŽ
โ€œWahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.โ€
(Surah al-Baqarah:183)
Ya Allah, dengan rahmat dan kasih-sayang-Mu, pada pagi ini kami memohon agar dijauhkan daripada melakukan maksiat dan kami semua disampaikan kepada syurga-Mu. Amin Ya Arhamar Rahimin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Pada malam Nisfu Syaaban yang penuh barakah, perbanyakkanlah beristighfar dan berdoa, semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa, menyucikan hati dan jiwa serta memberikan kekuatan dan ketenangan mengharungi sebarang ujian hidup yang melanda.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#NisfuSyaaban
Wah meriah sungguh masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan malam ini dengan pelbagai aktviti kerohanian bersempena malam Jumaat / 15 Syaaban 1446H (Nisfu Syaaban).

Ayuh kita ke masjid dan surau berhampiran di seluruh Wilayah Persekutuan untuk turut sama mengisi jiwa dengan pengisian rohani supaya menjadi insan yang Rabbani.

Kami lampirkan sebahagian poster aktviti masjid dan surau di Wilayah Persekutuan malam ini.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
ุณู„ุงู… ุฌู…ุนุฉุŒ ุฌูˆู… ฺฉูŠุช ุจุฑุฏุนุงุก ุฏุงู† ุจุงฺฝู‚ูƒู† ุจุฑุตู„ูˆุงุช ฺฉุฃุชุณ ุฌูˆู†ุฌูˆฺ ู† ุจุณุฑ ู†ุจูŠ ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

#ุฌุงูˆูŠ
#ุณู†ุชูŠุงุณ_ุฏฺ†ูˆู†ุชูˆู‡ูŠ
#ู‡ุงุฑูŠ_ุฌู…ุนุฉ_ู‡ุงุฑูŠ_ุฌุงูˆูŠ
2025/07/09 22:14:47
Back to Top
HTML Embed Code: