Telegram Web Link
Ini adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah 1446H untuk panduan semua. Selamat beramal.

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ»، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ".

Maksudnya: “Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu”. [Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082) dan Ibn Majah (1717)]
Ya Allah, pada pagi ini kami memohon kepadaMu agar dikurniakan segala kebaikan dan ditempatkan di syurga tertinggi, Amin Ya Allah, Ya Mujibas Sa'ilin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي
Ujian dan musibah adalah waktu untuk kita lebih mendekatkan diri dan hampir kepada Allah. Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah SWT, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
Kelebihan berpuasa di Hari Arafah

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU (1) SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) SESI 2026.

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak berusia 7 tahun pada tahun 2026 untuk memohon kemasukan murid tahun 1 ke SIRAJ bagi sesi 2026.

Permohonan akan dibuka bermula 3 Jun 2025 hingga 2 Julai 2025 secara atas talian (online). Ibu bapa yang berminat boleh mengisi borang permohonan melalui kod QR yang tertera di banner iklan atau link: https://forms.gle/2ou9mo498tgfCqFo6
Ujian atau musibah adalah interaksi Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya yang beriman. Banyakkan berdoa supaya ditingkatkan iman kita dalam menghadapi semua dugaan dan ujian dengan tenang dan hati yang terbuka, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
Hari ini 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah di Malaysia merupakan hari terbaik seperti sabdaan Rasul junjungan yang mulia.

Justeru ayuh kita ke masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat fardu Jumaat dan menghayati khutbah minggu ini yang bertajuk ‘Mujahadah Arafah : Menyulam Taubat Meraih Maghfirah’.

لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ
TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA

Umat Islam disunatkan untuk bertakbir sempena hari raya Aidiladha untuk membesar dan mengagungkan Allah SWT serta sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan.

Permulaan takbir Hari Raya Aidiladha adalah pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga. Disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#Aidiladha1446H
🌙 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌 🕋

Semoga kedatangan Hari Raya Aidiladha ini membawa seribu keberkatan, keinsafan dan penghayatan terhadap makna pengorbanan yang sebenar.

Mari kita hayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dengan memperkukuh keimanan, mengeratkan silaturrahim, serta memperbanyakkan amalan soleh.

Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekal untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Ikhlas daripada,
Pengarah JAWI dan seluruh warga kerja.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#PelanTransformasiAlfalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H.

Jom ke masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha sekaligus menghayati khutbah bertajuk “Menyubur Keikhlasan Meraih Pengorbanan”.

Waktu Solat Hari Raya seperti berikut:
Labuan : 7.30 Pagi
KL & Putrajaya : 8.15 Pagi
𝙞-𝙑𝙞𝙚𝙬 𝙊𝙛 𝙩𝙝𝙚 𝙙𝙖𝙮: 𝘼𝙙𝙖𝙗 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙮𝙖
2025/06/29 21:12:34
Back to Top
HTML Embed Code: