Allah SWT mengingatkan manusia agar tidak sesekali berputus asa mendapatkan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang meyakini dirinya pasti diampuni Allah SWT.

Maka, sentiasalah bertaubat dan memohon keampunan sama ada dari dosa yang telah lalu atau akan datang kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
𝗜𝗸𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂

Kelas Pengajian Mualaf

Kompleks Darul Hidayah dengan sukacitanya mempelawa mualaf-mualaf yang berminat untuk menyertai Kelas Pengajian Mualaf di Kompleks Darul Hidayah serta Masjid-Masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikut adalah infografik tentang pengajian di Kompleks Darul Hidayah 🎉

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
03-40322167/2420/2519

Jom sertai kami dan mulakan perjalanan pembelajaran anda bersama rakan mualaf yang lain! 😊
Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa mendapat keberkatan, berada dalam rahmat Allah SWT, diluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan setiap hari, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
📌 PERKONGSIAN DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1447H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan mengawali permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.

💡 Berikut adalah perkongsian Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar).
🔚 Doa Akhir Tahun Hijrah (1446H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijah 1446H bersamaan 26 Jun 2025M (Khamis).
🆕 Doa Awal Tahun Hijrah (1447H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 26 Jun 2025M (Khamis).

Info:
📝 Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
📝 26 Jun 2025: Waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah pada jam 4.45 petang manakala waktu Maghrib adalah pada jam 7.28 malam.

Marilah sama-sama kita amalkan.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Seluruh warga JAWI merakamkan ucapan takziah atas pemergian YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur bin Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, memberikan keampunan ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah..

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

آمين.
Salam Ma’al Hijrah 1447H/2025M daripada Pengarah dan seluruh warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hayati hikmah dan iktibar daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW. Semoga kedatangan tahun baharu hijri ini menjadi momentum untuk kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#MaalHijrah1447H
Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1447H kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Wilayah Persekutuan.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar hijrah dalam diri, keluarga dan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih diberkati, berakhlak dan dirahmati Allah SWT.

Ikhlas daripada Pegawai Kanan & Pengurusan Tertinggi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#MaalHijrah1447H
Kami berada di Reruai Pameran Karnival Al-Falah MADANI yang berlangsung selama 3 hari bermula 27-29 Jun 2024 (Jumaat- Ahad) di Masjid Jamek Beserah Kuantan.

Anjuran bersama JAKIM dan 13 agensi agama serta kerajaan Negeri Pahang, karnival ini mengetengahkan elemen kerohanian, kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam suasana penuh ukhuwah dan harmoni.

📌 Masuk adalah PERCUMA!
🎁 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
🤝 Bertemu, berinteraksi dan berinspirasi bersama komuniti!

📍 Ajaklah keluarga serta sahabat handai.

Jumpa anda di Karnival Al-Falah MADANI!

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#MADANIBekerja
#IslamMekarDiBumiMalaysia
2025/06/28 17:13:09
Back to Top
HTML Embed Code: