Telegram Web Link
Akan bermula pada pukul 2:30 PM sehingga 4:00PM
Full house! Terima kasih semua yang datang 😍
Dah tengok semua cover buku baru IMAN PBAKL nanti?
Anonymous Poll
59%
Dah 🤩
41%
Alaa tak perasan
Tadaaaa!

Inilah semua cover buku baru IMAN PBAKL nanti.

Yang mana paling kalian tak sabar nak dapatkan?
Buku #1 IMAN di PBAKL 2024

Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya? tulisan @dr.ashraf.rostam

***
“Aku nak jadi somebody. Aku nak bahagia.”

Mencari haluan hidup yang tepat untuk diri sememangnya menyerabutkan jiwa. Ia tiada panduan. Ia menakutkan. Kita diharapkan terus berjaya, dan dipandang serong jika tersilap. Lama - kelamaan, kita seperti kehilangan diri yang dibayangkan dulu.

Mana cita - cita dan semangat berkobar - kobar itu?

Apalagi bila melihat orang lain mencapai apa yang kita mahukan. Perasaan ini pedih dan tidak selesa.

“Perjalanan terhenti di sini. Laluan ini tidak sesuai untuk kamu.”

Kecewa. Hilang kata - kata. Mungkin sebenarnya, berjaya atau tidak bukanlah yang utama. Yang penting ialah cara kita mengatasi ketakutan dan meyakini diri. Kadang - kadang, kita kena cuba saja dulu. Kita semua ialah “work-in-progress”!

Dalam buku ini, @dr.ashraf.rostam berkongsi tentang perjalanan diri yang mahu menjadi doktor tetapi membawa ke arah sesuatu yang lain. Melalui pengalaman, kajian sains serta contoh real , beliau mengajak kita untuk melihat kehidupan sebagai sebuah eksperimen!

Setiap kejayaan dan kegagalan merupakan cebisan hidup yang semakin menguatkan kita. Macam mana kalau, kali ini kita berjaya?

Dapatkan buku terbaru IMAN ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di:

Tarikh: 24 Mei - 2 June 2024
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur
Booth: 4010-4018 di Dewan Tun Razak 4 WTC
Booth Little IMAN : Legar Putra WTC

#bukuuntuksemua #PBAKL24 #IMANxPBAKL
Buku #2 IMAN PBAKL 2024

Overthinking Tapi Buat-buat OK tulisan @aqilamasri

***
“Macam mana kalau .…”

“Aku bukan overthinking, cuma aku risau kalau .…”

Kata orang, untuk dapatkan hidup yang tenang, kita perlu live in the moment. Jangan risau sangat tentang masa hadapan atau perkara yang tak boleh dikawal. Hidup saja dulu.

Akan tetapi minda kita bagai tak bekerjasama. Ada saja perkara yang difikirkan.

Daripada sekecil-kecil kepada sebesar-besar benda, semuanya akan berlegar dalam kepala. Apabila diluahkan kepada orang lain, ayat mereka hanyalah, “Kau ni janganlah fikir banyak sangat.” Mungkin pakej sekali dengan gelak tawa.

Sedangkan kita sendiri sudah putus asa dengan gelora fikiran dalam diri ini. Dan kita mula merasakan seperti tiada sesiapa yang memahami setiap yang dilalui.

Disebabkan inilah, buku ini ditulis. Buku ini merupakan catatan jujur daripada seseorang yang telah merasai pahit dan manis overthinking. Berbekalkan pengajaran daripada kisahnya sendiri, @aqila.masri mengajar kita untuk melangkah ke hadapan satu demi satu.

Tarik nafas dan hiduplah seadanya 🥹

Dapatkan buku terbaru IMAN ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di:

Tarikh: 24 Mei - 2 June 2024
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur
Booth: 4010-4018 di Dewan Tun Razak 4 WTC
Booth Little IMAN : Legar Putra WTC

Atau secara online di imanshoppe.com atau shopee & tiktok IMAN

#bukuuntuksemua #PBAKL24 #IMANxPBAKL
Buku #3 BUKU TERBARU IMAN DI PBAKL 2024

Kita Cuma Kawan, Kan? tulisan
@aunizainal

***
“Suara penyanyi ni macam itik tercekik, encik.”

“Awak kata suara saya macam itik tercekik?”

Yulia – kelam-kabut, tapi sibuk mahu menjadi hero untuk semua orang. Sanggup tinggalkan cita-cita dan memandu e-hailing demi menyara ibu dan adiknya — sebab dia saja boleh diharap.

Adam – penyanyi popular kontroversi yang lebih suka menyendiri; takut mahu rapat dengan orang. Kan lebih senang mencintai dari jauh? Tiada siapa kecewa.

Dunia mereka bertembung apabila Adam menjadi penumpang kereta Yulia. Namun telefon Adam tercicir dan hilang. Yulia yang masih cuba menjadi hero tak pasal-pasal pergi mencari sampai ke celah longkang.

Saat itu, barulah Yulia tersedar penyanyi yang dikutuk sebelum ini ialah Adam!

“Kalau awak pandai sangat bab muzik, awak takkan komen suara saya macam tu.”

Yulia cuba mengambil hati. Namun pantang bertemu, pasti Adam cari pasal. Semakin lama kenal, diam-diam, ada perasaan asing berputik dalam hati.

Yulia keliru. Adam takut berharap. Soalnya, adakah ia sesuatu yang pasti atau hanya mainan perasaan?

Ini cinta, atau sekadar kawan?

Dapatkan buku terbaru IMAN ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di:

Tarikh: 24 Mei - 2 June 2024
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur
Booth: 4010-4018 di Dewan Tun Razak 4 WTC

#bukuuntuksemua #PBAKL24 #IMANxPBAKL
BUKU #4 BUKU TERBARU IMAN DI PBAKL 2024

Bunga Tulip Untuk Kamu
@hiznawaidas

***
“Tak payahlah larikan diri daripada saya. Jenuh saya nak kejar.”

“Siapa suruh awak kejar?”

“Hati saya yang suruh.”

*
Di Flora Florist, dunia Adlea dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni. Namun di sebalik keceriaan itu, kehidupannya hitam dan kelam.

Dari kecil, Adlea percaya bahawa dialah punca kepada segala perkara buruk yang terjadi kepada orang di sekeliling. “Kau pembawa malang!” sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala.

“Aku tak akan buat apa-apa yang membahagiakan aku, termasuklah melukis.” Walaupun Adlea amat menyukainya.

Hanya kerana sekeping lukisan yang diconteng saja-saja, Adlea didekati oleh Iyaad, abang kepada bos Adlea, dengan alasan — mahu membeli lukisan Adlea. Adlea tidak mahu kerana dia tahu jika dia bahagia, malang pasti akan tiba.

“Lea, cukuplah salahkan diri awak atas apa yang berlaku. Cukuplah salahkan diri awak atas takdir yang Tuhan dah tetapkan.”

Pada saat Adlea hampir mengubah hidupnya, dia menerima suatu berita yang menghancurkan jiwa. Mampukah Adlea bangkit untuk mewarnakan semula hatinya — lalu mencari kekuatan untuk kembali menyayangi?

Dapatkan novel terbaru IMAN ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di:

Tarikh: 24 Mei - 2 June 2024
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur
Booth: 4010-4018 di Dewan Tun Razak 4 WTC

#bukuuntuksemua #PBAKL24 #IMANxPBAKL
Terkadang cerah, terkadang mendung, tapi setiap warna memberikan makna dalam kehidupan kita.

Berikan nilai pada setiap momen. Tidak ada yang lebih berharga dari saat ini kerana setiap hari adalah kesempatan baru untuk kita. Hargai setiap hari sebagai kesempatan untuk tumbuh, belajar, dan menciptakan kenangan yang tak dapat diperlukan. Jangan sia-siakan setiap kesempatan yang diberikan.

Pilihan buku yang mengajar kita untuk menghargai lebih kehidupan kita:

1. When You Think You’re Falling - @ameeraaslamwrites
2. In Your Hidden Tears - @imraanzaki
3. Blessings In The Little Things - @roedah_
4. Sedikit Tapi Cukup - @fakhrifadzli
5. Adakah Ini Yang Terbaik - @mohdkhainaz
6. Duduk Sebentar - @fakhruliislam
7. Susahnya hidup dengan manusia - @akifbasri @asimhatta

Dapatkan buku IMAN ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 dengan pilihan kombo yang jimat di:

Tarikh: 24 Mei - 2 June 2024
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur
Booth: 4010-4018 di Dewan Tun Razak 4 WTC
Booth Little IMAN : Legar Putra WTC

#bukuuntuksemua #PBAKL24 #IMANxPBAKL

https://www.ddinstagram.com/p/C66BTFMPqiC/
https://www.ddinstagram.com/p/C68yQ7nPKTA/

“Don’t judge a book by it’s cover”

“Cover buku bukan main ceria dan comel. Tapi content buku .......”

Di sebalik cover buku yang comel dan cantik, tersimpan cerita yang mampu menyentuh hati dan sudah pasti akan buat kita menangis.

Cuba kongsi dengan Kak Iman, buku yang mana yang kalian beli disebabkan cover cantik tapi yang berlaku adalah sebaliknya 🤭

Dapatkan kombo 3 novel RM80 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di:

Tarikh: 24 Mei - 2 June 2024
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur
Booth: 4010-4018 di Dewan Tun Razak 4 WTC

#bukuuntuksemua #PBAKL24 #IMANxPBAKL
2024/05/19 01:47:07
Back to Top
HTML Embed Code: