Telegram Web Link
2
Bagaimana mungkin aku meminta rezeki dari makhluk.
Sungguh, kalau ku lakukan, aku karam dalam keburukan.
Keluhan si lemah kepada si lemah yang serupa dirinya.
Adalah kelemahan yang mengiringinya ke tepi jurang.

Mintalah rezeki kepada Allah سبحانه وتعالى yang kebaikan-Nya
meliputi seluruh makhluk sebagai kurniaan dan kasih-Nya.
Mintalah kepada-Nya, nescaya kau dapatkan harapanmu.
Jangan kembali dengan
berpaling dari pangkuan pintu-Nya.

Puisi Syeikh Ibnu Athaillah as-Sakandari رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى ~

#KalamUlama
30👍6
👍1
Kalam Ulama'
Photo
KENYATAAN RASMI :
MOHON MAAF KERANA DIBATALKAN

Program Rehlah dakwah Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله ورعاه yang seharusnya diadakan di Malaysia terpaksa dibatalkan atas sebab urusan yang tidak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian kami dari pihak Majlis Muwasolah memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Habib Abdullah Bin Abdul Qader Al Habsyi
(Pengerusi Majlis Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia)
5👍1
47👍3
4
👍10
Berapa ramai manusia yang mati meninggalkan bekas-bekas dan kesan-kesan taat sehingga ia diteladani oleh orang yang masih hidup.

Dan berapa ramai juga manusia yang mati tetapi meninggalkan bekas-bekas dan kesan-kesan maksiat sehingga diikuti oleh orang yang masih hidup.

Maka, berbahagialah manusia yang pertama.

#KalamUlama
47👍5🥰2
59👍4
Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiyAllahu‘anhu berkata,

“Janganlah kamu menjadi orang yang suka terburu-buru gemar menyebarkan keburukan (perkara keji) dan membongkar rahsia orang lain.

Sesungguhnya di belakang kamu ada bala’ (ujian dan fitnah) yang amat pedih yang menjadikan mereka merungut (menyesal) serta akan timbul pelbagai perkara yang berlarutan dan fitnah yang amat besar.”

Al-Adabul Mufrad, Imam al-Bukhari ~

#KalamUlama
35👍11
Imam Malik pernah berkata,

“Jika kamu melihat ada seorang lelaki sedang membela kebenaran, tapi dia sambil mencaci, memaki, dan dengan marah, maka sesungguhnya ada yang tidak benar dengan niatnya. Kerana sesungguhnya kebenaran tidak memerlukan pada yang seperti itu.”

Syaikh Ahmad Rabi' al Azhari ~

#KalamUlama
👍4723
Syaikhul Hadis Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya yang mensyarahkan kitab “Syamail at-Tirmidzi” menyatakan,

“Gambar lakaran sandal/capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab “Zadus Sa`id” karangan Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi (rahmatullah ‘alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau menyatakan bahawa beliau sendiri (Maulana Zakaria) telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini.”
21👍16
37
👍1110
👍3
WASIAT ABAH GURU SEKUMPUL.

1. Menghormati ulama.
2. Murah diri, murah hati, manis muka.
3. Memaafkan segala kesalahan orang lain.
4. Jangan bersifat tamak dan memakan riba.
5. Jangan menyakiti orang lain.
6. Berpegang kepada Allah segala hajat yang dikehendaki.
7. Jangan merasa baik dari orang lain.
8. Baik sangka terhadap muslim.
9. Banyak-banyak bersabar apabila mendapat musibah, banyak-banyak syukur atas nikmat.
10. Tiap-tiap orang yang iri hati, dengki, jangan dilayani, serahkan segala sesuatu kepada Allah (tawakkal).

#KalamUlama
43👍7
36👍1
Apabila kita di sayangi olehNya, pasti sahaja kita kan di uji olehNya. Ujian bukan untuk di bebani, namun ujian untuk disayangi oleh Nya. Kita pula usahlah gopoh mengharungi ujian yang dilalui, sebaiknya solatlah dan sabarlah seketika. Kita akan rasa hikmah yang tersedia untuk hambaNya yang di sayangi Nya.

-- Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

#kalamulama
33👍33
2025/07/08 20:24:47
Back to Top
HTML Embed Code: