إِنَّآ أَنذَرْنَٰكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ ٱلْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ يَٰلَيْتَنِى كُنتُ تُرَٰبًۢا 


Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

(Qs. An-Naba' 40).

🌸🐝🌸━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🌸🐝🌸
SALAM RAMADHAN KAREEM 1445H

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan bulan paling mulia, Ramadhan. Tiada bulan seindah Ramadhan kerana ada 1,001 kebaikan.

Semoga sama-sama dapat menghayati sepanjang bulan ini dengan amal soleh dan kebajikan.

InsyaAllah Ramadhan ini membawa rahmat Allah SWT serta kebahagian dunia akhirat.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak.

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
APAKAH YANG TERMASUK AR RIBATH?

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda:

ألا أدلكم على ما يمحو الله به الخطايا ويرفع به الدرجات؟ » قالوا : بلى يا رسول الله،‍‍ قال: « إسباغ الوضوء على المكاره وكثرة الخطا إلى المسجد وانتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط

"Apakah kalian mahu aku tunjukkan amalan yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darjat?
Mereka menjawab: "Mahu, wahai Rasulullah."
Rasulullah ﷺ bersabda:
• "Menyempurnakan wudhu pada saat-saat yang tidak disukai,
• Memperbanyak langkah kaki menuju ke masjid dan
• Menunggu solat setelah solat.
Yang demikian itulah "ar Ribath."

- (Hadis riwayat Muslim)

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
CINTA DAN KEMAAFAN

Engkau pasti diuji dengan mereka di kelilingmu
Pelbagai karenah dan kelakuan
Ada yang mengembirakan dan menyedihkan
Ada yang menyakitkan dan menyenangkan

Kemarahan, kebencian dan kesakitan membawa perasaaan
Engkau mahu menjauhi semua orang
Berada dalam dunia yang sepi tanpa sesiapa

Merajuk untuk menghukum mereka yang melukakan hati mu
Tiada mahu percaya pada sesiapa kerana serik ditipu dan disakiti
Memilih hanya mereka gembirakan sebagai teman.

Pergilah kegunung, lautan dan hutan
Segala tempat yang engkau rasa gembira
Pasti kamu tiada menemui kebahagiaan
Hakikatnya kamu pengecut dalam kehidupan
Hakikatnya kamu menipu diri sendiri

Kamu bukan Wali yang bersembunyi kerana keasyikan dengan Tuhan
Kamu bukan ahli abid yang bersembunyi mahu tumpu pada ibadah
Kamu bukan sufi yang bersembunyi mahu bersihkan dirinya
Kamu hanya pemuja sifat kebencian
Kamu hanya pemuja kesombongan
Kamu hanya mahu manusia penuhi citarasamu.

Rasulullah tak pernah mengajar umatnya menjadi pengecut
Rasulullah mahu umatnya berdiri gagah dalam masyarakat
Menjadi cahaya menyebarkan Cinta

Hidup adalah untuk keberanian
Hidup untuk adalah bermujahadah
Jika engkau tidak mahu berhadapan hal yang menyakiti mu
Untuk apa lahir ke dunia ini?
Untuk apa ilmu dan amal mu?

Kebahagiaan bukan terletak di mana kamu berada
Kebahgiaan terletak pada sifat cinta dan kemaafanmu

Kita semua tidak sempurna
Banyak kesalahan yang dilakukan
Namun kita sering dimaafkan dan tetap dicintai Allah, Rasul, Guru, ibubapa, majikan, sahabat dan mereka yang mencintai kita
Jika cinta dan kemaafan yang kita beri, nescaya cinta dan kemaafan yang kita akan menerimanya.

Bersembunyilah dirimu
Dalam sifat Rasulullah
Cinta dan kemaafan
Di situlah Mihrab Kebahagiaanmu
Dalam pergaulan

14 Mei 2020
21 Ramadhan 1441
Walid Ibrahim Al Malik

🦋🦋━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🦋🦋
Sollu ala Nabi

Duhai anakku

Beribadahlah mencari kehambaan, adapun khusyu' atau tidak bukan urusan kita, ia adalah urusan اللهﷻ

Bagaikan mencelup kaki ke dalam air, urusan kita tenggelamkan kaki dalam air, adapun urusan air jernih atau air lumpur, hanya berserah kerana ia bukan urusan keutamaan kita.

Duhai anak ku

Lihat la lembu yang makan pelbagai rumput yang kotor untuk kita makan, namun kotoran rumput itu menumbuhkan daging yang boleh kita makan dan mengeluarkan susu yg boleh kita minum.

Begitulah dalam kehidupan ini, dosa dan kesilapan yang kita lalui dalam kehidupan ini boleh menjadi asbab menyembuh kekotoran hati. Dengannya  terpancar Cahaya Makrifat, Pekerti yang mulia dan kebijaksanaan yang membuah kejayaan.

Wallahualam.

- Walid Ibrahim Al Malik

🦋🦋━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🦋🦋
Bijaklah dalam mengambil dunia tanpa menjejaskan akhirat.

Kalau ada azam buat kebaikan, jangan tunda. Kerana tunda itu bahagian daripada penghalang untuk sampai kepada kebaikan.

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

🦋🦋━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🦋🦋
Kebahagiaan yang diharapkan daripada manusia ibarat menempah derita.

Kenapa...

Kerana bahagia hanya hadir dari satu punca iaitu daripada Allah SWT yang Maha Esa.

Kepada-Nya saja tempat kita meletakkan cita dan cinta.

🌷🕌🌷━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🌷🕌🌷
Didiklah anak perempuan untuk 'mahalkan' diri.

1. Didik anak perempuan untuk merasa malu dengan aurat sendiri dan aurat orang lain.

2. Didik anak perempuan untuk merasa cantik daripada dalaman bukan cuma luaran.

3. Didik anak perempuan untuk mencari cinta Pencipta bukan berharap untuk cinta manusia.

4. Didik anak perempuan untuk jadikan Al Quran sebagai pegangan dan rujukan harian.

5. Didik anak perempuan untuk mengenal siapa mahram dan siapa bukan mahram bagi dirinya.

6. Didik anak perempuan untuk menghargai dirinya sendiri lebih daripada cuba mencari penghargaan daripada manusia lain.

7. Didik anak perempuan untuk menjaga maruah diri lebih daripada untuk menjaga hati orang yang baru dikenali.

"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi]

🌷🕌🌷━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🌷🕌🌷
Usahlah bergantung pada sesiapa walau seakrab manapun kita dengannya kerana bayang-bayang sendiri pun tinggalkan kita saat kita berada dalam kegelapan. Bergantunglah hanya pada Allah, makhluk hanya asbab.

🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼
Memberi kemaafan walaupun disakiti tiada menjatuhkan kita tapi menaikkan lagi darjat kita di sisi ALLAH.

Walid Ibrahim Al-Malik

🦋🦋━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🦋🦋
Apabila kita merasa kita benar, maka orang terasa salah dan sesat.

Tapi pada masa yang sama, orang lain juga merasa diri mereka benar, dan bagi mereka kita salah dan sesat pula.

Jadi pada dasarnya, kita semua benar pada pendapat kita masing-masing, dan kita juga salah dan sesat mengikut pandangan orang lain.

Jadi apa yang benar-benar benar?

Barangkali kita tidak perlu tahu siapa benar siapa salah, kerana kita hanya perlu bergembira dan berbahagia.

Hidup bukan untuk bertanding kebenaran, tapi untuk berbahagia sukacita.

Apalah ertinya kalau kita merasa benar pun, tapi kita tidak dapat bergembira dan berbahagia.

Kebenaran yang hakiki pastilah memberi kegembiraan dan kebahagiaan. Kerana kualiti-kualiti ini satu geng, tidak terpisah.

Jadi kalau ada orang kata dia benar, tapi masih suka cari gaduh dan cari gara-gara, pasti itu belum benar-benar benar.

Sebab kebenaran yang belum mampu membawa jiwa bebas merdeka untuk bergembira dan berbahagia, bukanlah kebenaran sejati, tapi kebenaran ilusi belaka.

Orang-orang yang telah memperolehi kebenaran, tidak akan sibuk berdebat pendapat dan bertanding ilmu, tapi sibuk bergembira dan berbahagia.

... Love no Limit ...

🌸🐝🌸━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🌸🐝🌸
Salah satu nikmat paling besar ialah saat hilangnya rasa ingin tahu tentang kehidupan orang lain.

Dirimu tidak tertarik dengan kehidupan mereka, tidak peduli tentang perkembangan mereka, tidak peduli dengan hal-hal baru atau rahsia mereka.

Kamu lebih fokus untuk memperbaiki diri kamu, fokus kepada ketenangan dan fokus kepada kehidupan sendiri.

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
Seperti mana paku mengikat papan, dan simen menyatukan batu bata, begitulah cinta memaut semua hati.

Ketika kita sering kali memancarkan cinta kasih kepada semua, akan ada hati orang lain yang kita hubungi dan tersambung. Hari demi hari.

Lalu... Dari situlah rezeki demi rezeki mengalir lancar.

Anda akan dapati, ada saja rezeki datang, dan ada saja bantuan hadir dari orang yang hatinya kita tersambung melalui penyebaran energi cinta kasih yang selalu kita lakukan tadi.

Sering memancarkan cinta kasih ke alam semesta akan membuat anda makin dikenali oleh hati Nurani setiap makhluk.

... Love no Limit ...
by umar paranoms

🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼
"Bala ujian itu ialah PELITA bagi orang yang arif, memberi kesedaran pada murid, memperbaiki orang Mukmin, dan
menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun mendapat manisnya iman
sehingga dia ditimpa ujian lalu dia redha dan bersabar."

Junaid Al Baghdadi

🦋🦋━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🦋🦋
CABARAN

Cabaran paling susah adalah merasa tetap rendah hati walau setinggi mana pencapaian kita.

Kekal mengawal diri walau keadaan begitu mendesak untuk kita marah.

Tetap tersenyum walau sebenarnya ujian hidup terasa bebannya begitu berat.

Kekal bersyukur walau sekecil apapun kebaikan yang kita terima.

Tetap lebih dulu memaafkan walau bukan kita yang salah.

Menundukkan ego adalah perjuangan sepanjang hayat.

Kerana menundukkan EGO, itulah kejayaan paling utama dalam kehidupan

💦🍂💦━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🍂💦🍂
Kebahagiaan boleh ditemui dalam perkara-perkara kecil. Sentuhan matahari pagi, senyuman dari seorang sahabat, atau rasa syukur kepada Allah atas setiap nikmat yang diberikan.

Bila hati dibuka selapangnya ketika melihat perkara-perkara ini, ia akan mempengaruhi tahap kebahagiaan kita.

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya."

- Riwayat al-Tirmidzi.

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
Allah SWT berfirman:

"وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ"

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, tidak berputus asa dari rahmat Allah itu hanyalah perbuatan kaum yang kafir."

- (Al-Quran surah Yusuf : 87)

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
Jika bercita-cita menjadi pokok yang tinggi, maka bersedialah untuk dipukul kuatnya angin.

Jika memilih menjadi sang rumput, maka bersedialah untuk dipijak dan terus diinjak.

Ujian itu lumrah hidup, maka ubatnya adalah melalui ilmu SABAR dan SOLAT.

🕊🌿🕊━━━━━━━━━━━┓
@KembaliDamai
┗━━━━━━━━━━━🕊🌿🕊
2024/05/09 01:53:22
Back to Top
HTML Embed Code: