Jangan kerana 1 manusia yang menghampakan kita, membuat kita berputus asa dengan Tuhan. 😊👌

@KetenanganUmat
Di kala Allah mendekatkan sesuatu ujian itu padamu, sebenar-benarnya Allah menjauhkan ujian lain yang lebih menyukarkan dalam hidupmu.

@KetenanganUmat
Jangan pernah menjadikan solat itu pilihan.

Solat itu ketetapan yang wajib dikerjakan. Waktu senang solat, waktu susah solat. Apa saja keadaan, jaga solat 5 waktu sebaik mungkin.

Lihatlah kehidupan kau akan berubah setelah kau menjaga & menyempurnakan solat.

@KetenanganUmat
Kun fayakun, Allah selalu mewujudkan sesuatu yang mustahil, melalui cara yang lebih mustahil lagi. Jadi, tenanglah.

@KetenanganUmat
Mahu berjaya, solat.
Mahu ubati kecewa, solat.
Mahu hilangkan kemarahan, solat.

Ingatlah hubungan dengan Allah. Sesungguhnya, orang yang berpaling dari kebenaran yakni orang yang tidak mahu bertaubat itu tergolong antara orang-orang yang sombong dan dimurkai oleh Allah.

@KetenanganUmat
Bersyukurlah atas nafas yang Allah pinjamkan kepada kita setiap hari. Ucapkanlah Alhamdulillah!

@KetenanganUmat
Kita namapak orang hidup senang.
Kita nampak orang hidup mudah.
Kita nampak rezekinya murah.

Sedang kita tak tahu, apa yang Allah sudah ambil darinya.
Dan bagaimana keras hidupnya sebelum segala-galanya nampak lancar.

Maka, jangan membandingkan hidup kita dengan dia.

@KetenanganUmat
Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

@KetenanganUmat
Moga Ramadan kalini kita semua :

- Solat fardu tak tinggal
- Berpuasa penuh
- Rajin baca Al-Quran
- Jaga bercakapan & tingkah laku
- Jadi lebih baik dari sebelumnya

InsyaAllah, Aamiin.. ♥️🤲

@KetenanganUmat
Salah satu nasihat paling berguna, bila kita marah, belajar untuk diam. Keluar, tenangkan diri.

Sebab bila kita marah, kita akan cakap hal-hal yang melukakan secara tidak sengaja.

Tak kira marah dengan siapa pun, pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan.

@KetenanganUmat
Doa menutup aib :

اللّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي

(Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku)

Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. InsyaAllah.

@KetenanganUmat
Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyak². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluas²nya.

Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas

Habis solat, istighfar sebanyak²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!

@KetenanganUmat
Jangan pernah tinggal amalan ini.
Sunnah Nabi Muhammad SAW ialah berbuka dengan kurma dan air, Ia menyediakan tenaga dan mengembalikan paras gula dalam darah.

@KetenanganUmat
Ingat , 10 benda ni tak boleh dibeli walaupun kamu ada duit menggunung:

1. Iman
2. Peribadi
3. Common sense
4. Penghormantan
5. Kesabaran
6. Kepercayaan
7. Cinta
8. Ikatan persahabatan
9. Integriti
10. Kebahagiaan

@KetenanganUmat
Kepada yang sentiasa meninggalkan puasa. Anda diperhatikan ya, Orang yang tinggal puasa adalah orang yang sangat rugi. Sebab apa?
Sebab bulan puasa laa banyak ganjaran pahala yang kita boleh perolehi.

@KetenanganUmat
Jom perbanyakkan amalan dibulan puasa ni. Inilah peluang untuk kita kejar cinta akhirat sepenuhnya, kalau tak cukup masa, cuba seboleh-bolehnya habiskan sekurangnya 1 juz 1 hari.

@KetenanganUmat
Ada sesiapa disini, Pemburu Lailatul Qadar?

Semoga kita dijodohkan dengan Lailatul Qadar. Aamiin.. 😍

@KetenanganUmat
"Sebenarnya kita bukan kehilangan, tapi hakikatnya kita memulangkan.."

Kerana tiada apa yang dekat dunia ini milik kita 100%, ingat itu. Belajar untuk redha apabila Allah mengambil sesuatu yang paling kau sayang dan belajar untuk mengikhlaskannya walaupun ianya menyakitkan.

@KetenanganUmat
Janji Allah itu pasti, tak cepat mesti lambat..

Tapi, insyaAllah dapat. Jangan risau apa yang bakal kita dapat, sebabnya dah tentu-tentu apa yang kita mahu.

Tapi risaulah apa yang bakal kita tempuh, sebab itu ujian dari Allah.

@KetenanganUmat
2024/05/14 04:52:52
Back to Top
HTML Embed Code: