Doa untuk memohon rezeki yang tidak disangka-sangka - Surah Alqasas : 24

Semoga diperkenankan doa kita oleh Allah SWT.

آمــــــــــــــين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

@kitabdoa 📚📚📚
Semoga bermanfaat ❤️

@kitabdoa 📚📚📚
🪶 Doa dan Zikir

🍽 DOA SEBELUM MAKAN & KETIKA LUPA MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN


Doa Sebelum Makan:
بِسْمِ اللَّهِ

Dengan nama Allah.

Bila Lupa Membaca Doa Sebelum Makan:

بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu.

Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.

[Sumber: Hisnul Muslim]

••••✿❃❃•⭑•❃❃✿••••••

@kitabdoa 📚📚📚
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
InsyaAllah. Moga bermanfaat. 🤲

@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin Ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
Penghulu Istighfar

@kitabdoa 📚📚📚
Niat Solat Jamak Qasar

@kitabdoa 📚📚📚
💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH

📌 @lightzoflife
English quotes it's here

📌 @bicarabulanofficial
Tenang - kamu mampu!

📌 @quotephotovideo
NASIHAT² KEHIDUPAN

📌 @sentaplaatuu
XsentapKew ?

📌 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

📌 @ImanQowiyy
TARBIAH HATIMU, BANGKIT DEMI ILAHI

📌 @qowiywritervideo
Video dakwah & motivasi

📌 @ilovequrann
Perkongsian hafis,kalam ulama', tafsir Quran

📌 @dapur_bonda
Resepi pelbagai citarasa

📌 @katahatisangbintang
Dakwah dari sekeping nota

https://www.tg-me.com/lightzoflife

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖
Aamiin ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
Doa yang diwasiatkan oleh Nabi ﷺ tanda sayang kepada sahabatnya

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud. Rasulullah ﷺ pernah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada Muaz bin Jabal. Sabda Rasulullah ﷺ:

يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ

“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau.”

Namun ucapan Rasulullah ﷺ tidak terhenti disini sahaja. Baginda seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus di penghujung solat atau setelah selesai dari solat. Pesan Rasulullah ﷺ:

“Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini dipenghujung solat:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadahku kepada Mu."

Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa apabila Rasulullah sayang kepada seseorang, Rasulullah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada mereka dan mengajarkan perkara yang terbaik kepada orang yang disayangi. Pastinya doa ini amat tinggi nilainya di sisi Allah dan NabiNya.

Jom hafal dan amal dengan istiqamah.

@kitabdoa 📚📚📚
Amalan di dunia ini penentu nasib kita di akhirat sana, jadi salah satu doa yang boleh diselitkan setiap kali solat adalah doa menghindari seksa kubur. Insya Allah moga menjadi bekalan untuk kita di sana, aamiin.

@kitabdoa 📚📚📚
Ya Allah, kuatkanlah hati dan jiwa kami agar sentiasa bersemangat dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu.

Berikanlah kami keteguhan untuk selalu beribadah dengan penuh kesungguhan dan cinta kepada-Mu.

Ampunilah dosa-dosa kami dan bimbinglah kami dalam setiap langkah ibadah kami. Aamiin.

@kitabdoa 📚📚📚
Amalkan doa ini untuk kekal istiqamah:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Ali ‘Imran : 8)

Sesungguhnya, perubahan itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Ia bukanlah sebuah perjalanan yang mudah, tetapi dalam masa yang sama ia juga tidak sukar dilakukan jika kita memasang niat yang betul dan mempunyai kesungguhan yang jitu.

@kitabdoa 📚📚📚
"DIMURAHKAN REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA"

Ibnu Mas’ud R.A. menyatakan bahawa amalan ayat 1000 dinar menjamin rezeki dari Allah dari sumber yang tidak pernah terfikir dek akal atau tidak dijangka.

Orang yang menyerahkan urusan kepada Allah, nescaya Allah akan memberi apa yang dikehendakinya.

Namun jika kita hanya melekatkan atau menggantung ayat 1000 dinar di premis perniagaan tetapi tidak solat, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dilakukan atau pun sebaliknya adalah kurang tepat dengan cara pendekatan ayat ini.

Pendekatan yang tepat untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini adalah takut dan yakin kepada Allah SWT.

Oleh itu, apa apa amalan serta doa yang kita amalkan sertakan dengan keyakinan, ketaqwaan kepada Allah Taala, dan meminta dengan sepenuh hati supaya segala hajat dipermudahkan dan dikabulkan.

@kitabdoa 📚📚📚
Kita sentiasa perlukan petunjuk daripada Allah SWT untuk hadapi cabaran dan dugaan hidup.

Bahkan keperluan kita terhadap petunjuk adalah lebih besar daripada keperluan terhadap makan dan minum.

Menurut Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a, tidak ada jalan untuk selamat daripada azab dan mencapai kebahagiaan yang abadi di hari akhirat melainkan dengan petunjuk daripada Allah SWT.

Jika seseorang terlepas daripada mendapat petunjuk, dia hanya akan berada dalam kalangan dua golongan, sama ada al-maghdub ‘alaihim (orang yang dimurkai) atau al-dhollin (orang yang sesat). (Majmu’ al-Fatawa 2/386)

Maka sebab itu dalam surah al-Fatihah kita hanya minta satu perkara sahaja daripada Allah SWT iaitu petunjuk ke jalan yang lurus.

Ini adalah perkara yang terpenting dan yang paling kita perlukan dalam hidup.

Selain daripada doa dalam surah al-Fatihah ayat 6 itu, ini ialah dua doa yang Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk mohon petunjuk daripada Allah SWT.

Moga Allah SWT sentiasa bimbing kita ke jalan yang diredai-Nya.

@kitabdoa 📚📚📚
@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin Ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama 🇲🇾
🗓 Khamis, 02 Mei 2024
🌟 23 Syawal 1445H

01 Johor
02 Kedah
03 Kelantan
04 Melaka
05 Negeri Sembilan
06 Pahang
07 Perak
08 Perlis
09 P. Pinang
10 Sabah
11 Sarawak
12 Selangor
13 Terengganu
14 Kuala Lumpur
2024/05/02 06:36:12
Back to Top
HTML Embed Code: