Telegram Web Link
Kenapa kita belum berjaya? 🤔🤔🤔🤔
**********
.
Kerana kita sedang selesa dalam kegagalan.
.
.
Kenapa kita belum berjaya?
.
.
Kerana kita sedang buang masa untuk bertindak pantas.
.
.
Kenapa kita belum berjaya?
.
.
Kerana kita terlalu banyak alasan melebihi tindakan.
.
.
Kenapa kita belum berjaya?
.
.
Kerana kita tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk istiqamah dalam beramal.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#MenulisKeSyurga
#BukuRezekiKelasPertama
Tipu daya iblis selalu ada di mana-mana. Peliharalah diri dengan perbanyakkan memohon ampun dan istighfar.
.
.
Walau kita rasa kita banyak amalan baik, pandai dan belajar ilmu hadis serta hebat dalam ilmu agama sekalipun. Tetap tidak ada jaminan bahawa kita akan ke syurga.
.
.
Selalulah tawadduk hati merasa diri terlalu banyak kelemahan yang masih perlu diperbaiki dan belajar.
.
Mahu belajar menambah ilmu tidak menunjukkan kita bodoh.
.
.
Disaat kita merasa pandai, disitulah bermula titik kebodohan.
.
.
Nora Yusof
#Pengasas_FTR
#FTRexclusive
#BacaBacaSentap
#AlwaysBackToAllah
Doa setelah solat Dhuha.
Selamat menunaikan Solat Dhuha

Semoga bermanfaat. Barakallahu fiikum.

#kitabdoa 📚📚📚
Dah nama pun berniaga, mestilah kena ada jual beli.
.
.
Taknak beli duk dediam.
.
Saya pun tak paksa aih.
.
'Alah ilmu pun nak kedekut ke' nak berkira jugak ke?
.
.
Mesti! Sebab saya yang wat susah payah. :p ikut suka saya nak cas ke taknak.
.
Dia sambung lagi... katanya.

'Kalau macam tu tak ikhlas lah nak tolong orang.'
.
Kamu mana tau saya tolong orang macam mana? Tak tahu jangan nak memandai-mandai buat andaian. Ikhlas kira percuma ke? Habis berbayar tak ikhlas?
.
Ikhlas tak kira percuma ke berbayar oritee. Mana kamu belajar ikhlas tu mesti percuma aje? :3. Habis yang bersedekah guna duit semua tak ikhlas lah?
.
Kamu tu yang tak ikhlas nak tolong diri sebenarnya. Kedekut dengan diri sendiri. Nak hadiahkan ilmu untuk kebaikan diri pun berkira. :3
.
Kamu taknak beli ada saya kisah? Saya tak kisah. Kamu taknak. Saya kasi pada yang nak. Settle. Tak yah cakap banyak. :3
.
Bising pulak dia. Eh eh.
.
Nak berguru. Guru kena tunduk kat anak murid ke, anak murid kena tunduk kat guru?
.
Kalau nak baca, cabar diri sendiri dapatkan yang original daripada saya. Huhu.
.
Bukan baca dari kawan, bukan copy paste tanpa restu. Bukan pinjam-pinjam.
Nak buat macam tu mintak izin saya dulu. :3
.
Okey?
.
Terima kasih.
.
P/S: Saya tak pernah paksa pun. Ikut suka sayalah. Jadi apa hak kamu nak maki-maki saya kedekut bagai. Terima kasih sedekah pahala free kat saya. :3 Saya mudahkan jalan aje supaya kamu tak perlu pening macam saya bertahun-tahun. Just sedekah (bayar) untuk dapat ilmu besar pahalanya. Itu pun nak dapatkan rezeki untuk diri. Nak Ilmu tentang rezeki. Nak tambah rezeki pun boleh berkira-kira. :3
.
Bukan saya tak paham mereka yang susah. Tapi cubalah usaha sikit. Nampak bebenor suka cari alasan. Saya cakap macam tu sebab masa saya susah tak pernah buat macam tu. Kalau nak apa-apa saya akan usaha sampai dapat. Tak dapat saya bersabarlah sehingga datang pertolongan Allah. Gitu...
.
Bukan tau nak mudah aje. :3
.
Nak yang percuma? Kat wall saya ni pun berlambak. Tang mana lagi kedekut? Haiyaa..takkan saya nak tolong bacakan satu-satu plak. Godeklah sendiri. :3 Kenapalah kamu tak belajar bersyukur? Meraikan Ilmu itu tanda orang yang bersyukur tau.
.
P/S/S: Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan ke Syurga.
.
Itu pun taknak tempuh? Tak percaya janji Allah?
.
Hummmm :3
.
.
Eh tak tido lagi ya anda yang baca ni. Sorilah saya membebel pulak pepagi buta ni. Jam 1.43 pagi. Adehhh! :3
.
Nora Yusof.
#Pengasas_FTR
#AlwaysBackToAllahWithFTR
•KETIKA hati gelisah, ada Allah tempat berkeluh kesah.
.
•KETIKA hati sakit, ada Allah tempat mengadu.
.
•KETIKA hati kecewa, ada Allah tempat menyampaikan doa.
.
•HANYA Allah lah yg maha mendengar segala yg dipanjatkan hambanya
.
•Percaya, Allah bagi segala rasa yang muncul dalam hati. Walaupun perasaan itu sangat sukar untuk kita lawan, tapi yakin Dia mesti nak mengajar kita sesuatu. Dan akhirnya kepada Allah kita berharap.
.
•Banyak perkara yang berlaku menyebabkan hati jadi tidak menentu. Hanya Allah tempat mengadu walau kadang kala terasa betapa lemahnya iman dengan sedikit ujian yang diberi-Nya. Menangislah di depan Allah s.w.t Luahkanlah segala isi hatimu kepadanya. Allah s.w.t maha mengasihani.
.
•Kepada Allah kita mengadu:
.
"Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari "(HR.Bukhari Muslim)
.
•Doa adalah kunci yang sangat ampuh dan mujarab untuk melepaskan kepenatan hati, rasa was-was ataupun segala masalah yang sedang kita hadapi. Ingatlah bahwa doa adalah inti ibadah. Kita percaya bahwa dengan terus dan terus memohon kepada Allah maka Allah akan memudahkan urusan kita. Kemudian serahkan semua usaha kita kepada Allah, kerana Allah yang berhak menentukan hasil dari proses yang kita usahakan.
.
🌿 Hanya Allah tempat ku mengadu.
🌿 Hanya Allah tempat ku berharap.
🌿 Hanya Allah tempat ku mohon pertolongan.
.
•Ingat Dari Allah kita datang, dan hanya kepada Allah saja kita berharap. Berharap pada manusia hanya akan mengecewakan kita sahaja.
.
Jangan Give up?
.
"Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya pada Allah."
[Surah Yusuf : 86]
Tahu tak apa yang paling takut sekali? Bila kita solat 5 waktu sehari semalam tak pernah tinggal tapi sebenarnya solat kita tu tak sah pun. Allahu.
.
I nak share 10 basic kesalahan time solat yg mungkin kita semua tak sedar. Sama-sama perbaiki .
.
.
Kredit Twitter : AinulNunanaa


Jemput join Channel telegram:

❤️http://www.tg-me.com/KunciMagnetRezekiMelekat

Jemput join group fb:
❤️https://www.facebook.com/groups/645188156430041/?ref=share
2024/06/01 02:29:52
Back to Top
HTML Embed Code: