"Tak payah nak sayang sangat dengan harta kita ni. Satu hari nanti kita mati jugak.."

Pergghhh. Inilah antara kata-kata yang paling deep saya pernah dengar.

Yang cakap tu bukan ustaz. Pemandu lori je. Tapi apa yang dia cakap tu betul kann?😅
.

Sesuai dengan kata-kata tu, hari ni kami sampaikan hadiah set sofa kepada sekolah anak-anak ni.

Set sofa ini dengarnya akan menghiasi bilik kaunseling sekolah yang selalu dikunjungi anak-anak waktu rehat dan waktu lapang, termasuklah waktu lepas habis sekolah.

Seronok tengok mereka suka datang ke bilik kaunseling. Anak-anak jadi mudah dilentur dan rapat dengan cikgu bila selalu ke bilik kaunseling ni.

Selain set sofa ni, insyaAllah set langsir akan menyusul.

Terima kasih kepada Cikgu Noor Indah Muhamad kerana sudi menerima sumbangan kami yang tak seberapa ni.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang turut sama menginfak kepada SMK Seremban Jaya ni. Semua ini takkan berhasil tanpa sokongan kalian.
"Ya Allah, gantikanlah rezeki yang lebih baik untuk mereka yang berinfak di jalanMu. Dan kurniakanlah Syurga yang tertinggi buat mereka semua.

Amin amin amin!"❤️

#TZN
Sebarkan kebaikan
Allahh.. Ramai sungguh yang hadir solat jenazah salah seorang mangsa nahas pesawat TLDM tadi.

Sebak sangat masa solat tadi. Tak tahu apa puncanya.

❤️Mungkinkah sebab arwah adalah bakal ahli Syurga?

❤️Mungkinkah sebab ada orang soleh yang berdoa dan solat bersama?
.
.
Yang pasti, rasa sebak tu hadir sebab aku terfikir..

😭Berapa ramai sahabat handai yang bakal solatkan jenazahku?..

😭Mungkinkah ada orang soleh yang bakal solatkan jenazahku?..

😭Di akhir nafasku nanti, adakah Allah akan mengampunkan dosa-dosaku?..😢😢
.
.
.
Sahabat,

Seandainya aku pergi nanti, titipkan doa buat kami sekeluarga dalam doa-doamu ya?

Moga Allah mempertemukan kita kembali di SyurgaNya sahabat.

Amin amin ya Rabbal 'alamin!🤲

#TZN
Sentiasa menghitung hari..
Setiap kali video DMFK melintas kat medsos, saya tertanya..

Kenapa orang hebat macam DMFK pun buat Live hampir setiap pagi?
.
.
Saya ingat itu monolog biasa je.

Tapi persoalan itu terus mengasak fikiran saya sampai saya buat appoinment untuk berjumpa dengan Dato'.

Alhamdulillah, baru ni Dato free. So saya dan isteri pun pergilah jumpa.

"Dato, apa yang membuatkan Dato konsisten buat Live ya?.." saya tanya.

Saya jangka, jawapannya mungkin sebab strategi marketing dan sebagainya.

Nak juga tahu apa rahsia Dato sampai boleh bertahan sangat lama dalam industri.

Rupa-rupanya tidak.

Dato jawab,

"Anak-anak saya memang suruh saya berehat. Mereka bagi duit setiap bulan supaya saya berehat di rumah.

Tapi saya tak boleh. Saya nak buat yang terbaik sebelum mati. Ini saham akhirat saya.

Anak² tetap suruh saya berehat. Tapi saya datang juga pejabat.

Last² anak saya give up. Dia tahu ayah dia memang takkan pencen ceramah walaupun umur dah 72 tahun.."
Allah.. Patutlah Dato nampak muda dan ceria. Mindset dia Mindset Memberi, bukan menerima.
.
.
Lagi satu, kami perasan Dato ni 'Walk The Talk'.

Bila dia cakap, "Kalau nak cuci hati, kena cuci tandas". Memang dia buat.

Pernah seorang staf Dato datang awal ke pejabat, terkejut tengok Dato sedang cuci tandas sebelum waktu pejabat. MasyaAllah!

Kebetulan Puan Aisya pun tumpang tandas pejabat Dato masa kami kami jumpa baru² ni. Memang bersih!

Stok produk kat pejabat Dato pun teratur je.. Memang terbaik!

Inilah rahsia untuk kita sentiasa ceria dan konsisten sebenarnya.

Letakkan matlamat yang besar dalam hidup kita dan Walk the Talk.

Bukan sahaja kita akan lebih sihat. Hidup kita akan lebih bahagia dan bermakna insyaAllah.

After all, itu yang kita nak dalam hidup ni, betul tak?

Sebarkan. Moga bermanfaat buat semua.❤️

#TZN
Begin with end in mind
Pagi-pagi lagi ada orang nak sewa kereta, alhamdulillah.

Katanya nak pergi Penang. Ada urusan kerja.

Bukan takda kereta, tapi sebab nak selesa. Kalau bawa banyak kereta nanti letih dan susah nak kawal staf.

Kata dialah, bukan kata saya. Hihi..
.

Terima kasih Tuan Wan Kamarudin n team. Moga dilimpah ruahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Happy boarding!❤️

#TZN
MPV Mewah, Sewa Mur_h!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
MENGHALALKAN HUTANG DAN MEMAAFKAN. ADAKAH IA 2 PERKARA YANG SAMA ATAU BERBEZA?

Kegagalan memahami perkara ni boleh membuatkan kita selalu sakit dan rezeki kita sempit.

Komen DONE selepas baca okeh.

You are awesome!💪

#TZN
Sebarkan kebaikan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ADAKAH HUTANG YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA WANG?

Ia adalah hutang yang sukar dibayar, mustahil dibayar dan tak mampu dibayar oleh si penghutang.

Cuba senaraikan kat bawah. You are awesome!💪

#TZN
Sebarkan kebaikan
Ni bukan iklan berbayar ya, tapi perkongsian dari hati.

Ada kawan yang bagi produk ni, tapi dia tak declare nama.

Semalam dan hari ni saya dan Puan Nur Aisya minumlah, tanda syukur.

Tapi memang bestlah, rasa bertenaga sangat!

Semalam saya sakit² badan sebenarnya sebab mencangkul- buat lubang nak tanam kelapa.

Pagi ni dah hilang dah sakitnya. Alhamdulillah!

Air dia jernih je. Tapi rasa dia sedaaaap sangat, macam air Tinge. Rupa pun sama.

Yang beza dia pakai stevia, tak pakai gula. Tengoklah sendiri kat gambar di link bawah ni. Mana tahu saya tersilap..

https://www.facebook.com/share/p/YfKduZiMu9iHXhaJ/?mibextid=oFDknk
.

Untuk sahabat yang bagi MalgaGold ni saya doakan rezeki dia berkat dan melimpah ruah.

Kawan² tolong doakan juga ya.

Kita doa sama² Allah bagi kita kaya dunia dan akhirat.😊

Amin³.❤️

#TZN
Sebarkan kebaikan
Ada rakan² yang sempat dengar tadi?😊
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KENAPA ADA MASANYA KITA SUSAH NAK BERJAYA?

Hadamkan kisah buluh gergasi ni baik².

Ia adalah antara perkongsian saya dalam slot Motivasi Pagi Radio IKIM fm.

Sebarkan kebaikan!💪

#TZN
2024/05/05 09:02:23
Back to Top
HTML Embed Code: