Telegram Web Link
Lantak Ahh 😒
Photo
DAH SETTLE KA KES ADIK BELLA NII

Kes adik Bella sememangnya menjadi tumpuan ramai. Namun tak ramai baca dengan detail setiap penderaan yang dialami oleh Adik Bella.

Nah, aku bantu listkan 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :

1. Dipukul dengan hanger sehingga hanger patah.

2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.

3. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.

4. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.

5. Disimbah air panas dengan kerap. Termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas ni hukuman paling banyak Bella kena.

6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.

7. Ditelanjangkan.

8. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan dipaksa makan lagi.

9. Menekap kuali panas pada peha Bella.

10. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu maksima sebelum disiram pada Bella.

11. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.

12. Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.

13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.

14. Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu siram air panas dan tenyeh cili kering kat mata dan luka.

15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah

16. Dipijak dibahagian lutut oleh OKT.

17. Dipukul dan ditolak kepala.

18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.

Itu dia 18 jenis seksa yang Bella lalui selama ini mengikut saksi kes ini. Jika benar sepertimana didakwa, aku perharap pelaku dikenakan hukuman yang berat.

Ada juga komen-komen berkata, pelaku punya payung kuat, dari pemimpin negara dan VIP. Tapi kes ni dekat dengan hati rakyat. Sekuat mana payung, dengan payung sekali boleh dipatahkan rakyat.

Kita semua mendoakan keadilan untuk kes ini.

Sumber bacaan :
https://www.facebook.com/115189613719682/posts/471125404792766/

Video BELLA
https://fb.watch/conTHRwF3d/

https://www.sinarharian.com.my/article/196955/BERITA/Semasa/Saya-gigit-Bella-sebab-Siti-Bainun-suruh-Saksi

#JusticeForBella
#MFS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nurse kongsi pengalaman rawat Bella - “Tiap malam dia jerit, tak lena tidur”

Kredit mizzsyaza

@LantakAhh
Salam Nuzul Quran

Al-Quran ialah kitab yang mulia yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara mutawatir (berperingkat).

Ia diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus (30 juzuk) dan kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan selama 23 tahun.

Nuzul Quran diambil daripada kalimah arab yang bermaksud 'Penurunan al-Quran' yang berlaku pada bulan Ramadan.

Firman Allah SWT:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

(Surah al-Baqarah: 185)

"MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI"

#NuzulQuran
#SRITIDarulFurqan
#KeluargaSRITI

@LantakAhh
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari Jumaat

ُِ. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, berilah pertolongan kpd kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.
ُ
Ya Allah, Kami memohon keampunanMu dpd semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yg dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun n Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.

Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Terutama di hari jumaat ini beri lah kami kekuatan n keazaman utk menambah baik amalan2 bacaan alQuran kami, zikir2 kami, sedekah2 kami serta pengeratan tali silatul rahim di antara kami.

Sekali lagi Ya Allah Ya Ghaffur ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum kerabat kami, ustaz2 n guru2 kami, sahabat2 kami n sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat samada yg masih hidup atau telah mendahului kami mendapat RahmatMu Ya Allah.

Mafhum ayat 28 surah alkahfi:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."

MUTIARA HATI
Kalau mencari AKHIRAT, didunia lagi akan DAPAT TAPI kalau mencari DUNIA, PASTI Akhirat tak akan dapat.

{ رَبَّنَا zolamna أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْن َ}

{ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Mari Berzikir
(Kuatkan Iman )
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH

Aku Belajar Diam dari Banyaknya Bicara. Aku Belajar Sabar dari Sebuah Kemarahan. Aku Belajar Mengalah dari sesuatu Keegoan. Aku Belajar Menangis dari Kebahagian. Aku Belajar Tabah dari sebuah Kehilangan kerana Aku yakin semua itu adalah ketentuan yYang Maha Esa.

Ingatlah SENYUMAN itu satu sedekah .

Telegram @LantakAhh
Ada sebab kenapa wanita tak boleh nampak rumah bersepah sepah!

Dia boleh jadi sakit mata, serabut, sesak dan tak tenteram jiwanya.

Diorang mana boleh nampak benda bersepah sepah macam ni, walaupun dari sudut akal dia faham fitrah kanak-kanak memang begini.

Tapi dari sudut emosi dia tetap akan rasa rimas dengan kesepahan. Itu la wanita!

Fahami la wanita begini,

- mereka bukan overreacting
- mereka bukan sengaja nak cari salah
- mereka bukan nak tunjuk bagus
- mereka bukan suka marah marah
- mereka bukan besar besarkan isu kecil

Tapi bagi wanita soal kekemasan dan kebersihan rumah ni sememangnya isu besar di jiwa mereka!

Lelaki rumah bersepah la macam mana pun, dia boleh lagi lepak atas sofa layan movie.

Wanita tak boleh, jangan kata nak tengok movie nak duduk atas sofa tu pun jiwa dia boleh berantakan mata lihat rumah sepah sana sini.

Selagi rumah tak kemas, selagi tu la dia akan dalam mode nak mengemas je kerjanya.

Kasihani la pasangan kita, jangan perlekeh sifat suka mengemas mereka tu ya.

Itu la sebabnya, sekali sekala kalau kita tolong dia buat kerja rumah bersih dan kemas dia punya senyum lebar, boleh sampai ke telinga!

Kredit :
~ Mohd Fhais Salim ~

Telegram @LantakAhh
Agar terpelihara dari perbuatan membicarakan orang lain dibelakangnya (mengumpat) dan juga orang lain tidak membicarakan kita, apabila berada di majlis dan hendak selesai dari majlis boleh dibaca (1x) :

سبحان المهيمن المنعم وصلى الله على سيدنا محمد

(Subhanal Muhayminul Mun'im wa sallallahu ala sayyidina Muhammad)

Maha suci Allah yg Maha Menjaga dan Maha Memberi, Solawat ke atas Penghulu kami Sayyidina Muhammad).

(AlFawaid Assyatiriyyah)

Sebagian Ulama ada juga menyebut bahwa penebus dosa orang yg kita berbicara di belakangnya, dengan beristigfar untuk diri sendiri dan untuk orang tersebut.
.
CC : Habib Muhamad Al Mahdaly

Telegram @LantakAhh
Abah selalu cakap;

"Ibu bapa tak boleh selalu fikir dosa anak pada dia. Sikit sikit kecik hati. Sikit sikit terasa. Semua anak je kena jaga. Silap sikit anak derhaka. Sedangkan ibu bapa pun kena ingat yang ibu bapa pun ada silapnya pada anak anak. Jangan asyik fikir salah anak pada kita je"

Abah selalu ulang ayat tu kalau ma cepat terasa kami anak anak. Dia mintak ibu bapa pun muhasabah juga. Bukan anak je buat ibubapa terasa. Ibubapa jugak sama. Sebab kita manusia biasa.

Abah pesan macam tu, sebab abah nak bagitau yang perasaan ibu tu sangat penting. Jangan selalu cepat nak kecik hati. Selalu menitikkan air mata tiap kali rasa anak buat silap.

Instead of selalu terasa, nak kecik hati ( sebab ma memang jenis sensitif. Rasanya mak mak semua sensitif ) abah mintak untuk kita fikir bahagian kita as ibubapa.

Kita juga ada buat salah. Kita juga ada buat anak terasa. Kadang kita sebenarnya punca anak anak buat perkara yang menyedihkan hati kita.

Lagi 1 keberkatan hidup anak anak tu bersangkut paut dengn ibu dan ayah. Kadang hal kecik kita besarkan. Selalu sangat nak terasa dengan benda kecik kecik. Benda besar lagi lah.

Bila hidup anak susah. Sempit. Kita tak perasan kita sebagai ibubapa ni selalu terasa dengan mereka. Dan semua tu Allah ambil kira.

Tiap kali abah cakap macam tu, ma akan diam. Menusuk ke kalbu agaknya.

As for now belum faham secara total apa abah cuba sampaikan. Sebab anak pun kecik lagi. Belum buat perangai macam macam lagi ( nauzubillah)

Petang petang ni mendung, rasa menusuk nusuk rindu pada ma ,abah ,tok ayah, arwah tokmek kat kampung pulekkk . Itu yang satu satu pesanan diorang mai masuk dalam kepala ni .

Kredit: fatihahsidek

Telegram @LantakAhh
Lantak Ahh 😒
Photo
Pagi tadi saya terima whatsapp dari isteri saya..

Dia mengadu yg dia terlalu penat dan stress dengan karenah anak². Anak saya yg laki tu langsung taknak berenggang. Nak ikut kemana sahaja isteri pergi. Kalau dia kena tinggal sekejap pun dia akan menangis.

Saya faham apa yg dia lalui.
Bukan mudah untuk dia hadapi semua ni tanpa saya disisi. Lagi² anak saya memang tengah sangat aktif sekarang ni. Sukar untuk dia uruskan dua anak serentak.

Tiada apa yg mampu saya lakukan.
Kerana kami berjauhan dan hanya perkataan sabar dan kata² semangat buat isteri yg mampu saya katakan.

Tetapi,
Mungkin jawapan saya hari ni tak cukup untuk memuaskan hati isteri saya yg sedang tertekan. Jadi dia pun jawablah.

"Cakap semua senanglah,
Yang hadap perangai anak, Honey"

Bila terbaca Whatsapp ni saya terus diamkan diri. Sebab saya tahu dia dalam keadaan tertekan, dia dalam keadaan tak boleh kawal emosi dia. Kalau saya jawab pasti dia akan jadi lagi marah atau akan jadi sebaliknya.

Sebab saya kenal isteri saya.
Sepanjang 10 tahun perkahwinan.
Dia tak pernah tinggi suara atau tak hormat saya. Ini bermakna dia betul² tengah burn out. Jadi saya bagi dia ruang untuk tenangkan diri dulu.

Saya pun teringat pesan arwah ayah.

Arwah ayah pesan.
Kalau kita dalam keadaan marah,
Atau pasangan kita sedang marah.
Amalkan zikir "Ya Latiff" dan Surah Yusuf ayat 4. (Boleh rujuk Gambar)

Alangkah terkejutnya saya.
Tak sampai 15 minit saya baca "Ya Latiff"
sambil memandu. Tiba² isteri saya whatsapp.

"Maafkan Honey B,
Honey terlampau stress."

Berkaca sekejap air mata saya .
Betapa benarlah amalan ni mampu melembutkan hati pasangan, mampu meredakan ketegangan. Lihatlah keajaibannya.

Saya terus memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Lalu saya menjawab.

"Tak apa, B paham. B tak amek hati langsung."

Terus saya terangkan kejadian ni kepada isteri saya. Tentang keajaiban yg berlaku bila saya amalkan ayat ni. Dan isteri saya juga berkata. Dia tiba² terasa nak minta maaf dan menyesal diatas kata²nya tadi.

Ingatlah pasangan diluar sana.
Saat melihat isteri anda tak tentu arah uruskan anak² dan melihat dia dalam keadaan tertekan. Janganlah kita tambah lagi beban dia.

Kita amek peluang untuk selami apa yg dia alami. Sebab jadi suri rumah ni bukanlah perkara yg mudah. Perlukan kesabaran yg sangat tinggi.

Cuba kita bayangkan,

Jika pembantu taska yg dibayar gaji pun boleh lambung anak murid sebab tertekan.

Jika orang gaji yg dibayar gaji oleh majikan pun lari sebab tak tahan tekanan uruskan anak kecil.

Inikan pulak isteri kita, yg kita tak pernah bayar upah mereka jaga anak. Mestilah mereka juga tertekan. Mereka tak mengharapkan balasan upah dari suami. Cuma mereka perlukan sokongan dari kita iaitu suami mereka.

Ambil kesempatan bila nampak isteri tengah marah². Kita bantulah apa yg patot.
atau setidak²nya bertanya.

"Sayang, ada apa² yg saya boleh bantu?"

Percayalah, dengan soalan seringkas ni pun mampu membuatkan isteri anda kembali tersenyum. Sebab isteri ni mereka tak mintak banyak. Mereka pun tak mintak bayaran wang ringgit diatas usaha keras mereka selama ni.

Cukuplah kita ni cuba faham apa yg tersirat di hati mereka pun dah buat mereka berbunga². Layan mereka sebaik mungkin dan kalau kita sama² bantu uruskan hal rumahtangga lagilah mereka bertambah² happy.

Sebab dalam rumah tangga ni.
Kena sama² happy. Baru hubungan berkekalan. Bukan kita fikir penat kita je. Penat isteri kita tak fikir. Jadi kita sebagai pasangan kena sama² penat dan sama² rehat. Baru rumah tangga kembali aman harmoni.

Anda juga boleh amalkan zikir "Ya Latiff" ni.
Untuk melembutkan hati pasangan anda, supaya anak² jadi lembut dan dengar cakap dan banyak lagi kelebihan bila kita mengamalkannya.

Penulis : Eddie Dieana

Telegram @LantakAhh
Fadilat Selawat An-Nariyah atau Tafrijiyah

1. Dibaca setiap 41 kali atau 100 kali, InsyaAllah dapat menyelesaikan masalah penting dan dimudahkan urusan hidupnya.
2. Dibaca 11 kali setiap selesai solat fardu, InsyaAllah rezeki anda tidak putus di samping mendapat kedudukan yang tinggi.

Erti Doa Selawat Tafrijiyah:-

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."

Kredit: Norazri Medzlan

@LantakAhh
Lantak Ahh 😒
Photo
HATI KITA LEMBUT,
CEPAT KESIAN KAT ORANG

Bila dah matang baru faham kenapa orang cakap jangan terlalu baik sangat. Baik berpada-pada, jahat jangan sekali. Biasalah tu adat manusia. Manusia sering lupa untuk berterima kasih apa orang berbuat baik pada mereka. Tetapi mereka tidak akan pernah lupa untuk menyalahkan kita apabila bersalah pada mereka. Don't expect too much bila kau buat baik, orang balas baik. Kau salah. Buat baik macam mana pun, tak mustahil dia akan pijak kepala kau dalam diam. Kadang dalam hidup ni kena selfish jugak. Jujur sangat kena tipu. Bila diam, dilayan macam orang bodoh. Bila sabar dipandang lemah. Ada tempat kita perlu lembut. Ada tempat kita kena tegas.

Selagi orang berlembut dengan kita jangan ambil kesempatan. Don't ever take someone for granted. Manusia ni time dia perlu kau je, dia baik. Dia ingat, dia cari.. dah jumpa yang lain terus blah. Manusia macam ni memang ada, bersepah!. Lepas ni, jangan bagi muka sangat pada orang yang dah sakitkan hati kau. Kau kena lawan bila rasa diri tu terlalu di rendahkan. Kadang takde niat pun nak kurang ajar dengan orang. Tapi ada setengah orang yang jenis fikir diri dia sendiri je. Kebaikan kita tabur orang balas dengan kejahatan. Kadang-kadang rasa dendam kat orang, dendam kat manusia yang selalu pijak kepala orang untuk kepentingan diri.

Susah nak faham dengan rata-rata perangai manusia. Kadang-kadang boleh baca apa yang tersirat kat hati kadang tu tidak. Pada kita mungkin niat membantu, pada orang mungkin niatnya nak menganiaya kita. Senang kata, tepuk dada tanya la hati, perlukah menjadi bodoh sentiasa dipergunakan, atau menabur kebaikkan tanpa mengira apa yang akan jadi. Mungkin sebab kita ni jenis lembut hati, buat la apa pun, dorang mesti kata takpe tapi kita la yang sakit hatinya bila terkenangkan apa yang orang buat kat kita. Hati kita, kita yang tentukan, hati manusia, susah nak tau apa isinya. Semoga mereka-mereka yang menganiaya terima la balasan setimpal atas apa yang mereka buat kat kita. Manusia ni memang kompleks. Sangat menakutkan kalau kita tahu segala intention manusia dekat muka bumi ni.

Berpada-pada buat kebaikan, manusia yang tinggi kesabaran, tinggi darjat di mata ALLAH. Kalau kita layan marah kita, syaitan lagi suka. Banyakkan berdoa agar tak ada orang yang sakiti kita. Tapi kita manusia biasa, mesti kadang-kadang melenting juga bila ada orang buat jahat kat kita. Apa pun kita kena sabar. Setiap perbuatan samada baik atau buruk tetap akan dibalas, samada cepat atau lambat, di Dunia atau di Akhirat, ALLAH yang tentukan. Paling penting, kita sebagai penentu hati dan pembuat keputusan perlu lebih berhati-hati dalam sesuatu tindakan. Kalau boleh, pertolongan yang dihulurkan jangan sampai memudaratkan diri.

Kredit nak bebel

Telegram @LantakAhh
Biarlah kita dibenci kerana kebenaran

@LantakAhh
Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan isteri nya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri .itu bagus untuk mereka tapi tidak bagus utk hubungan. Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .menguruskan anak2 sendiri... Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower . Atau seronok makan kek depan tv sendiri .Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari . Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game..sebuk dengan kerja sendiri dan kawan2 daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri . Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?
.
Call lah walau seminit atau mesej lah walau sepatah Jadikan itu rutin walau di mana jua . Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu . Sekurangnya tanya dia..adakah harini kamu ok?sihat ke tidak dia.... Tye awak dah makan ke belum... Ada apa2 masalah ke hari ini... Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam . Dan sekurangkurangnya dia masih rasa you are still there in her life . Tapi percayalah bila hati nya telah tawar buat lah macam mana pun tetap akan tawar. Isteri amanah Allah untuk kamu zahir dan batin.
Jangan sampai isteri kamu akan mati rasa terhadap kamu...
Mungkin nampak dia x kisah.. Tapi dia memendam rasa yg teramat sgtSeandainya kamu meremeh kan perasaan dan hati seorang isteri jawablah kamu dengan Allah di akhirat kelak. Jangan tanya mengapa rezeki kamu sempit kerana kamu sendiri menyempitkan ruang kasih sayang kamu pada seorang yg bergelar istri ..

Kredit : Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia

Telegram @LantakAhh
Lantak Ahh 😒
Photo
BIARLAH APA ORANG KATA

Kita dah besar, kita tahu siapa yang sebenar suka dan tak suka. Cara layanan orang, reaksi muka orang, cara balas dan dibuktikan kita tahu apa mereka cakap belakang. Kita tahu.. tapi kita still layan dan cakap baik dengan mereka, sebab kita tak nak jadi macam budak-budak. Tak perlu nak terasa dan bermasam muka, hakikatnya orang itu lebih jahat dari yang kita sangka BAIK.. tapi kita buat² je bodoh.. JANGAN RISAU ALLAH TAHU SEMUANYA.... Biar Allah yang aturkan hidup orang² tu... Biar kita dengan cara kita, berdoa banyak-banyak.

Anehnya dunia ni, ada orang rasa hebat apabila pandai memutar-belitkan cerita, yang benar jadi palsu. Dia yang sakitkan hati kita, tapi sibuk membela dirinya dihadapan orang lain, seolah-olah kita yang zalimi dia. Biarlah, suatu hari nanti ianya akan menjerat lehernya sendiri, sehingga ia tak mampu berkata lagi.

Sebagaimana kita tidak suka orang lain membicarakan hal peribadi kita, begitu juga orang itu tidak suka kita bercakap hal berkaitan dirinya. Setiap kali rasa hendak membicarakan hal keaiban orang lain, ingatlah kita turut ada aib sendiri juga.

Seburuk-buruk sikap manusia, bila dia tak suka pada seseorang dia akan ajak orang lain untuk membenci sama. Dengan cara memburukkan orang yang dibenci itu. Sesungguhnya ALLAH membenci kepada orang membuat fitnah dan cara mereka bertujuan memutuskan silaturrahim. Hidup ini mudah, siapa buat baik di balas baik, siapa buat jahat dibalas jahat. Biarlah apa orang kata, asalkan kita tahu niat kita. Mereka menilai kita dengan mata, ALLAH menilainya dari hati... YAKIN DENGAN KUASA ALLAH.

Kifarah happen. Dia kecewakan kita, esok lusa orang lain akan buat kat dia pula. Dia buat jahat kat kita, esok lusa kena kat dia balik. Hidup ni umpama roda. Just wait the wheels will hit you back and remember that thing you make to someone. Kita diam bukan maksud lemah. Cuma malas nak buang masa layan orang tak sedar silap sendiri. Kelompok yang membenci kita, mereka akan membuka mata lebar-lebar terhadap segala kekurangan kita, tetapi menutup mata rapat-rapat terhadap segala kebaikan yang ada pada kita.

Orang yang sakitkan hati, kita tak boleh marah, sebab mereka memang nak kita marah. Kita balas dengan senyuman, itu yang membuat mereka kalah. Kita kena jauhkan diri dengan orang yang tak suka, bukan kita benci tapi supaya kita tak terlalu fikir apa yang dia kata kat kita. Orang hebat tidak akan melenting apabila dicaci, hanya akan terus bersabar dan berdoa yang baik-baik.

Fokus pada diri sendiri. Kita cari makan sendiri. Jatuh bangun sendiri. Kita tak payah duk fikir apa orang kata. Satu orang benci kita tanpa alasan yang JELAS, akan ALLAH gantikan dengan puluhan bahkan ratusan yang peduli dan sayang kita. Biasalah hidup ni, kita buat kebaikan ada orang suka ada orang tak suka. Jadi, jalan yang terbaik ialah kita buat apa ALLAH suka. Biar buruk dimata manusia tapi indah dimataNya.

Telegram @LantakAhh
Perempuan Pencari Nafkah di Penghujung Zaman

Kehidupan ini tidak seringkas yang orang lihat, bukan? Kau, wanita cekal yang membesarkan anak sendirian. Kau, gadis bujang yang berjuang meneruskan kelangsungan hidup di kota metropolitan. Kau, perempuan pencari nafkah di penghujung zaman.

Tulisan ini untuk kau; yang saban malam dan siang, bergelut dengan ombak dan badai yang tak mengenal kasihan.

Kalau dulu, para lelaki segan membiar wanita-wanitanya berhempas pulas membanting tulang. Hari ini, banyak keadaan yang telah serba terbalik dan sengaja dibuat songsang.

Hari ini, para wanita harus memaksa diri ke depan. Kadangkala, bukanlah kerana kesanggupan, tetapi lebih kepada kerana ranjau hidup yang mencengkam. Dan tidak ada yang cuba meringan beban. Meskipun di kelilingnya, masih punya wali-wali lelaki yang seharusnya menjaga keperluan.

Tetapi dunia sudah semakin pekak dan kabur pandangan. Apa lagi yang boleh diharapkan dari kejahilan manusia dalam memahami aturan Tuhan?

Bahawa kita, para perempuan perlu memelihara kehormatan dan melindungi rahim yang mengandungkan zuriat keturunan. Namun, keadaan yang mendesak telah memaksa seorang ibu dan bakal ibu berjuang di jalanan. Tidak peduli lagi soal keselamatan, tidak mampu lagi memikirkan soal maruah dan kesopanan.

Tuhan melihat setiap kesukaran yang kau pendam.

Pun begitu, setiap perkara yang kita lakukan ada adab dan garis panduan. Sebab kita bukan ternakan tanpa akal dan pertimbangan.

Walau apa pun alasan, jangan gadaikan harga diri dan kemuliaan yang diberikan oleh Tuhan. Jangan tewas oleh kehendak pasaran. Demi melariskan jualan, kau sampai sanggup mempertayang diri dengan aksi dan keletah mencuit hati dan emosi para pelanggan. Demi menaikkan tontonan, kau sampai sanggup hasilkan konten-konten sampah yang sia-sia asalkan menghiburkan. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara, teman.

Bertahanlah, di medan mencari nafkah ini, dengan cara yang terpuji dan terpelihara dari sebarang bentuk aktiviti yang dicela oleh Tuhan. Kerana Tuhanlah yang mencukupkan rezeki, terutamanya ketika semua orang meninggalkan atau buat-buat tidak perasan.

Peganglah kisah dua orang anak perempuan Nabi Syuaib 'alaihissalam, yang keluar berdua untuk mendapatkan air di tempat awam. Belajarlah bagaimana mereka teguh menjaga kesucian dalam proses memenuhi keperluan.

Lalu Tuhan mentakdirkan Nabi Musa 'alaihissalam untuk menyaksikan dan menghulur pertolongan. Nabi Musa 'alaihissalam, pemuda perkasa lagi jujur, Al-Qawiy Al-Amin, berkredibiliti dan berintegriti, akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

Kita barangkali tidak akan bertemu lelaki era kini yang berusaha mencontohi Nabi Musa, tetapi jangan berhenti berusaha mencontohi dua anak perempuan Nabi Syuaib. Sebab tujuan kita adalah Akhirat yang abadi, bukan dunia yang tak pasti.

Dan untuk para lelaki yang sewajarnya melindungi, sebelum gigih menuding jari dan ketawa mengeji apabila melihat para perempuan melakukan perkara-perkara bodoh bagi mencari rezeki, tanya diri dahulu, apa yang dah kau lakukan untuk memberdaya sesama sendiri?

Menjawablah para suami, bapa, abang, adik lelaki, bapa saudara, di mahkamah Tuhan kelak, apabila ada dalam kalangan wanita mereka yang sampai terpaksa melakukan apa sahaja demi sesuap nasi.

وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ ( 8 ) بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتْ ( 9 )

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
Dengan dosa apakah ia dibunuh?

[At-Takwir : 8-9]

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #shawwal1443h #copyrightsreserved #byNNM #tulisantulisankeperempuanan #sistersconnect #Tijarah #FitrahLiving #NoktahTerjahit #denaicinta

*Terima kasih kerana telah membaca sehingga ke hujung dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan dengan setulus hati.

Kredit : Nik Nur Mardhiah

Telegram @LantakAhh
Pernah tak korang dengar orang berkata?
.
"ala, aku ni mulut je jahat, tapi hati baik."
.
Ni nak share sikit dari seorang ustaz.. Dia cerita "zaman Nabi dulu, ada seorang wanita solehah yang terkenal dengan solat, puasa, dan sedekah. Tapi Nabi Kata dia adalah ahli neraka"
.
Korang tahu sebab apa?
.
Dan kenapa solatnya, puasanya, dan sedekahnya tidak berjaya memasukkan dia dalam syurga?
.
"kerana ia menyakiti orang lain dengan lidah"
.
Hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain menjadi asbab masuk neraka. Itu belom sembang bab mengumpat lagi. 😑😑
.
So, istilah mulut jahat hati baik dah tak boleh diterima pakai lagi ok.
.
Hati² berbicara.. Jangan sampai menyinggung perasaan orang lain.
.
Muhasabah diri.
.
Peringatan utk diri sendiri juga.

Telegram @LantakAhh
ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

- Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.

Telegram @LantakAhh
2025/07/06 00:53:11
Back to Top
HTML Embed Code: