Telegram Web Link
Sekitar 4 Tahun lalu..Sahabat saya meminjam duit..
Tidak banyak Sekitar Rm1000..Dengan alasan untuk mengubati anaknya..

Dan berjanji..
akan dibayar bila dapat gaji..

Saya berikan..
Dengan Niat menolong..
Sebulan kemudian..
Tibalah saat Gajian...
Saya menunggu...
Dengan harapan..
Sahabat saya Akan melunasinya..

Bulan pertama tak ada khabar..
Hingga bulan ketiga...

Sampai suatu saat..
Saya melihatnya..
Menggunakan Motor Baru...
Dan Baru saja selesai...
Belanja disupermarket.
Dengan barang Belanjaan yg cukup banyak..

Keesokan Harinya..
Saya cuba hubungi..
Dengan niat menanyakan Kabar..
Namun...
Telefon saya tidak di angkat..
Saya wassap......
Namun tidak dibalas..
Hingga 5 hari...

Suatu ketika disebatang jalan
Tidak sengaja kami bertemu..
Seperti biasa..
Saya bertanyakan kabar..
Dan pada akhirnya saya bertanya..
"Bro, aku nk guna duitlah.. "..
Boleh tak hutangnya dibayar segera"
Dengan lemah lembut..
Dan penuh senyuman..

Namun...
Dia membentak saya dengan Kasar...
Seraya berkata:

"KALAU AKU ADA DUIT,AKU SUDAH BAYARLAH..
TAK PERCAYA SANGAT"

lalu dia Pergi....

Sekitar 2 minggu kemudian..
Saya Ke tempat kerjaa ...
Tak sengaja melihat...
Dia sedang mengeluarkan duit dri mesin ATM..
Dan ternyata...
Duit yang dikeluarkannya agak banyak .

Berkali kali...
Saya melihatnya Hidup Mewah..
Namun tidak mampu..
Membayar Hutang...

Dan sekarang ..
Sudah 4 tahun lebih...
Sayapun sudah tidak berharap..
Hutang itu akan dibayar..
Kerana setiap kali saya hubungi..
Tidak ada jawaban...
Dan selalu menghindar...

Saat itu ..saya seperti pengemis ...
Yang Meminta minta duit saya sendiri...

Sampai disini..
Saya hanya ingin..
Kalian yang memiliki hutang..
Agar segera melunasinya...
Kerana..
Kekecewaan Orang yang kalian Hutangi. ...
Sama seperti yang saya alami...
Tatkala kalian Menunda nunda..
Dalam membayar hutang...

Hiduplah...
Dengan apa yang kalian Miliki...
Dan Jangan memaksakan diri..
Meraih Kemewahan..
Dengan menyusahkan orang lain..

SEDERHANA dengan HORMAT...

Jauh lebih MULIA...

Dari KEMEWAHAN sebuah PINJAMAN..

Credit tuan empunya cerita via Syamil Abdullah

@LantakAhh
Resit-resit lama dan kotak-kotak yang sudah kosong tidak berisi. Ini adalah gambaran biasa yang sentiasa dibuat-buat tak nampak sedangkan ini sangat memberi kesan kepada si isteri.

Sayu hati isteri melihatkan kotak yang dahulunya diisi dengan kegembiraan, kini kosong sudah sekian lama tanpa diketahui bilakah ianya akan kembali. Malah ada yang tidak mungkin akan ada semula.

Jangan ambil mudah barang kemas isteri di pajak gadai. Itu hutang suami kepada isteri. Jadikan ia nombor 1 di dalam keutamaan hutang yang perlu dibayar.

Walaupun itu adalah pemberian suami atau sesiapa sahaja pun, ianya bukan satu alasan untuk meletakkan ia sebagai satu "tanggungjawab". Ianya masih lagi harta kepunyaan mutlak isteri. Ianya masih lagi satu hutang apabila digunakan untuk membantu suami.

Jangan sesekali mengutamakan orang lain jika masih lagi berhutang dengan isteri. Tanya soalan-soalan ini dahulu.

1. Kawan nak pinjam duit? Hutang isteri dah selesai ke belum?

2. Adik beradik nak pinjam duit? Hutang isteri dah bayar belum?

3. Nak beli telefon baru, sport rim dan sebagainya? Hutang isteri dah bayar belum?

4. Nak belanja ahli keluarga ke sana sini? Hutang isteri tu dah bayar ke belum?

Kenapa isteri harus terus diketepikan? Sedangkan dia yang pertama ada apabila suami dalam kesusahan?

Apabila kita tengok sewaktu PKPB bermula, betapa ramainya orang beratur di Ar Rahnu dan pajak gadai yang lain, ia sepatutnya mendatangkan keinsafan dalam diri.

Adakah emas yang diserahkan di kaunter Ar Rahnu itu milik suami? Hampir pasti kepunyaan isterinya. Apakah maksudnya ini? Maksudnya, keluarga itu di dalam kesusahan dan isteri sedang menghulurkan bantuan. Ada yang hanya tunggu di rumah atau di dalam kereta kerana tidak sanggup bersedih.

Saya sendiri yang sudah berkali-kali ke sana, tetap rasa hati ini bagai disiat-siat kerana telah menyusahkan dan membuatkan isteri sedih. Walaupun dia tunjuk yang dia kuat, saya tahu hatinya sedang menangis waktu dia serahkan barang kemasnya untuk digadai dan dijual.

Kita kurang faham sebenarnya ikatan antara wanita dan emas. Kerana ia adalah satu naluri. Apa yang kita boleh buat ialah dengan tidak memperlekehkan perasaan mereka dan cuba memahami kepentingan emas itu buat mereka.

Di dalam Ar Rahnu ialah satu tempat di mana ianya dipenuhi dengan keheningan yang menyesakkan. Dapat kita rasakan sendiri "harapan", "kesedihan" dan "kekecewaan" walaupun tidak ada orang yang bercakap pada waktu itu. Suasana itu sangat memberi keinsafan. Ramai yang sedang menunggu giliran tertunduk kepalanya tidak mampu diangkat tinggi kerana ditekan perasaan-perasaan itu.

Kepada sesiapa yang pernah masuk Ar Rahnu, mesti tahu perasaan dalam tu. Sunyi sepi. Hanya kedengaran orang di kaunter bercakap-cakap. Riak wajah masing-masing sugul. Jika ada senyum pun, kita boleh tahu senyuman itu sekadar memujuk hati.

Bayarlah hutang isteri seberapa segera yang boleh. Berhenti tolak kewajipan itu ke tepi. Hargai orang yang membantu di saat kita memerlukan.

Kredit Akhtar Syamir, BroOhsem

@LantakAhh
Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.
.
Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih 'memilih'. Bukan saya nak kata lelaki tak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupan dia selepas dah hidup berdua nanti.
.
Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.
.
Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.
.
Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas bercerai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ceraikan. Sekalipun agama membenarkannya.
.
Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?
.
Kepada perempuan di luar sana jangan memilih pasangan hidup semudah kalian nak membeli kangkung di pasar pagi. Agama telah tunjuk contoh lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Jika lelaki yang di pilih baik agamanya itu tak baik. Bukan salah pada agama tapi penunggang agama itu yang salah.
.
Kalau kalian dah jumpa lelaki yang kalian yakin baik agamanya. Boleh jaga kalian dan anak-anak kalian kelak nanti. Hargai lah dia seperti mana dia menghargai kalian. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari Allah.
.
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita.

Kredit : Aqeela Amani

Telegram @LantakAhh
Lantak Ahh ๐Ÿ˜’
Photo
Adik Beradik Kita Adalah Anugerah. Mungkin kadang kita rasa dia menyusahkan. Tapi, bila kita betul-betul susah, dialah yang menolong tanpa bantah.

Adik beradik ibarat garam. Bila ada, kita tak kisah. Bila tiada, mulalah kita gelisah.

Seburuk-buruk adik beradik, ia tetap darah daging kita. Sehina-hina adik beradik, ia tetap keluarga terdekat kita. Sejahat-jahat adik-beradik. ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama. Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikannya kerana adik beradik tetap adik beradik.

ADIK BERADIK adalah umpama harta yang paling berharga. Kasih sayang mereka tidak akan pudar walau apa pun terjadi. Baik buruk yang ada pada diri mereka tetap juga darah daging kita.

Ya Allah, rapatkanlah hubungan kami adik-beradik, rahmatilah kami adik-beradik. Eratkanlah tali silaturrahim kami yang penuh berkah. Ampunilah kami adik-beradik. Aaamiiinnn

Ya Allah, rahmatilah kami adik beradik. Rapatkanlah hubungan kami dan luaskan rezeki kami adik beradik. Ya Allah, ampunilah dosa adik beradik kami. Jikalau mereka ada berbuat kesalahan, kami sentiasa maafkan mereka dan ampunilah mereka ya Allah, jauhkanlah kami dari sebarang sengketa. Aaamiin.

@LantakAhh
Esok maksudnya 5 tahun kemudian. Baru faham kenapa member aku tak bayar lagi hutang aku tu

@LantakAhh
Cinta sahaja tak cukup.

Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.

Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.

Kadang-kadang terlepas cakap.
Kadang-kadang termarah dan dimarahi.
Kadang-kadang berasa geram.
Kadang-kadang rasa diabaikan.
Kadang-kadang berselisih faham itu perkara biasa.

Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.

Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.

Duit, masa, pengorbanan dan kesihatan, semua ini akan datang menguji.

Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat.

Percayalah. Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci.

Firdaus Mokhtar,
Belajar lagi.

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

@LantakAhh
Untuk renungan kita bersama ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.
Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

@LantakAhh
Lantak Ahh ๐Ÿ˜’
Photo
Bila dia baring, orang kata dia suka tidur. .

Rupa sememeh mcm hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan bekal anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, Petang baru ingat nak makan nasi.
Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis. Bila anak buat perangai, rosakkan barang org kata dia tak jaga anak. Yang org tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yg cuci. Makan pakai anak, dialah yg masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak dialah yg tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yg pujuk, dia yg jaga.
.
Hujung minggu. Bangun pukul 8pagi org dah kata pemalas. Org lain bangun 12 tengahari tak apa, sebab org lain kerja, penat. 'surirumah tak kerja' . Yang otg tak tahu, mlm tadi cuma tidur 2-3jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak susu, Badan habih lenguh-lenguh lesu.
.
Orang tengok anak kurus, org kata tak bagi makan ke? Yang org tak tahu, sebenarnya dia sendiripun dah buntu. Masaklah sesedap manapun. Anak tetap taknak makan.
Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh belikan. Cincin dijari, baju kasut berganti. Yang org tak tahu, ada brg dia beli guna duit dia hasil buang masa dengan fb kdg sampai tak tidur malam. Org kata dia untunglah tak kerja. Boleh ngadap fb 24jam. .
.
Yang org tak tahu, dia cari income dgn fb, sambil kacau gulai dlm periuk. Sambil tgk fb, sambil layan anak. Org kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang org tak tahu, dia kawanpun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dgn anak. Dengan dinding. Paling hebatpun cakap dgn teacher kat sekolah masa ambil anak. .
.
Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.
Orang selalu cakap cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Mukapun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang org tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yg mengalir , mungkin banyak itu jugalah air matanya mengalir.
.
Surirumah standby 24jam. 7hari seminggu. Tak pernah cuti. Tak ada istilah cuti. Tak ada istilah MC. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat. Tak pernah dibayar gaji.
Surirumah semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.

@LantakAhh
" ISTERI DI FITNAH KERANA SUAMI "

Kenapa tajuk isteri difitnah kerana suami ?
Sebab , bila suami buat sesuatu semua orang melulu tunding jari pada isteri beliau.
CONTOH ;
- Suami suka makan maggie , orang fitnah isteri nya malas masak @ tak pandai masak . Walhal mmg kegemaran @ kehendak suami sndiri nak makan maggie .

- Suami malas & xnak pergi melepak dgan kawan2 , kawan2 pun fitnah si isteri suka & kuat PAGAR & CONTROL suami . Walhal mmg kehendak sang suami sndiri memilih xnak keluar & hanya berada dirumah, tidak mau pergi kemana mana.

- Suami kurang berkunjung dan jarang ziarah ke rumah ibu bapanya . Lalu isteri juga dipersalahkan , fitnah isteri nya xbagi dan x mgizinkan . Dikatanye isteri pulk yg x suka . Sedangkan si suami sendiri yang ingin berehat setelah lelah bekerja seharian, sukar mencuri masa ..

- Suami beli motor @ kereta baru , mereka terus menuduh isterinya yg suka bermewah dan menyuruh si suami membuat pinjaman loan.. Walhal, mmg kehendak & minat suami.

- Suami renggang dengan adik beradiknya, ipar duai, serta saudara mara , dituduh isteri tidak suka & halang untuk bergaul bersama keluarga . Walhal , sisuami sendiri yg berperangai moody .

- Suami hadiahkan barang berharga untuk isteri. Dijaja nya kepada semua org yg si isteri mata duitan dan pentingkan harta benda ! Eh sedangkan sisuami ikhlas untuk menghadiahkan kepada si isteri !

kelakar bukan ? Dalam sedar x sedar ia MEMANG TERJADI ANTARA KALANGAN KITA SEKARANG . Cuma masih yg menafikannya.

SEMOGA YANG MENGALAMI NYA SEKARANG, kekal tabah apa pun jua keadaan, jgn hiraukan apa tanggapan org yg xbetul. Asalkan suami isteri hidup aman bahagia๐Ÿ˜Š

Bukan menyalahkan si suami , tapi orang luar yg lebih suka mengadili sendiri.

Jangan la bertindak melulu menunding jari terus ke arah isteri . Ingat, kita xbole samakan seseorang itu dulu dan sekarang, sdgkan ombak di laut pun boleh berubah, inikan pula perangai manusia . Lebih baik siasat , dan berdiam diri, begitu juga disebalik nya ya .. jika sang isteri berkelakuan Tidak baik , jgn terus tuduh melulu ke arah suami.. cukup lah kita memberi nasihat , teguran, dan menjaga diri kita sendiri ๐Ÿ˜Š

- Coretan ikhlas dari Alisya Honey Vsl Johor

@LantakAhh
Hargai isteri anda. Kadang ke tandas pun berteman ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
.
Ada yang korbankan kerja , pangkat, gaji besar dan kelayakan akademik untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Lagi perit, yang bekerja, balik kerja urus pula rumahtangga demi kasih sayang terhadap keluarga sehingga 2 pagi siap masak segala.

Salute ! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

@LantakAhh
Ceduk ceduk JUDI ONLINE

Tadi wife aku tunjuk kat phone dia.
Ada kedai emas buat live.

Customer bayar [bank in] 1000 hengget untuk ceduk barang kemas dalam gabus.

1 kali ceduk kena bayar 1000, 2 kali ceduk 2000, 3 kali ceduk 3000 and so on.

Depend pada nasib, kalau ceduk2 tu kena dapat emas melebihi dari 1000 hengget kira kau untung.

Kalau kena kau ceduk dapat emas bawah dari 1000 atau tak dapat langsung kira kau rugi.

Yang lagi funny nya, yang tukang cedok tu bukan pelanggan tapi tauke judi tu juga. So nasib kau depend 100% pada dia.

Kalau kau cedok sendiri boleh jadi 50-50 antara untung atau rugi. But ianya tetap judi.

Teringat cerita Ali Baba bila Sarjan buat program judi offer lempar buah dadu and ramai2 pakat tikam nombor yang dikehendaki.
Tapi nombor 2 sudah registered.

Sedih aku rasa. Yang buat kerja ni adalah muslim.

Aku terus beritahu wife aku ini adalah judi/maisir/qimar dan gharar.

1000 hengget tu kau dah boleh beli barang kemas cash.

Kalaulah sekalipun kau dapat emas yang melebihi 1000 hengget, tetap itu haram dan tiada keberkahan pun sebab ini adalah judi.

.

Selain tu ada lagi selebriti duk buat kerja ni.

1 kali ceduk bayar 78 hengget.

Yang ni jenis barangan wanita. Ada yang ceduk dapat barang melebihi 78 hengget kira untunglah.

Ada yang ceduk dapat kurang dari 78 hengget atau tak dapat pape kira rugilah.

Ini pun gharar dan judi.

Ada yang buat barang2 untuk berjudi ni like gula2, coklat, barang kosmetik and etc.

Tapi aku hairan masih ramai lagi muslim yang terjebak dengan budaya judi seperti ni.

So tak hairanlah kenapa riba yang haram tu pun masih ramai yang buat lalu mereka menghalalkannya.

Sebenarnya aku nak bagitau, setiap mereka yang anjurkan judi aka jadi tauke judi ni mereka takkan sesekali rugi.

Tauke judi tetap untung ke atas kerugian mereka yang participate dalam judi.

Ini adalah zero sum game.
Berjudi ni amalan syaitan.
Kredit muhammad ezral

@LantakAhh
boleh ke kita berimamkan org yg kita tahu dia berzina?

Wa alaikum salam.


โœ… Jawapan kami,

Jika penzina tersebut tidak menghalalkan perbuatan zina tersebut,maka sah mengikutnya tetapi makruh. Kerana pelaku zina ini dikategorikan sebagai seorang yang fasiq.

ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุฎู„ู ูƒู„ ุจุฑ ูˆูุงุฌุฑ ู…ู† ุงู„ู…ุคู…ู†ูŠู† ุฌุงุฆุฒุฉ.

Maksudnya: Harus solat di belakang orang mukmin yang baik ataupun jahat.

*Fiqh Akhbar li Abi Hanifah & Mughni Muhaj li Khatib Syirbini.

Wallahu a'lam

@LantakAhh
Assalamualaikum
soalan mengenai jamak qasar ustaz.
waktu manakah kita perlu keluar perjalanan yg tidak diwajibkan solat jumaat pada hari jumaat...mohon penjelasan ustaz

Jawapan kami;

Sebelum masuk waktu subuh hari Jumaat (al-Baijuri).
ุงู„ูŠุณุน
Wallahu a'lam.

@LantakAhh
Dalam rumahtangga, kalau suami tak nak berubah, maka isteri yg akan berubah...

Namun bila isteri berubah, suami pulak tak boleh terima...

Isteri tak semesra dulu la, isteri tak seramah dulu la, isteri dingin buat tak layan, tak banyak cakap, banyak menyendiri...

Masa dia mesra, kita tak mesra dgn dia...masa dia ramah, kita tak ramah dgn dia...masa dia byk bercakap, kita tak dengar apa yg dia cakap...masa dia nak bersama kita, kita xde masa utk dia...

Nak isteri tu memanjang jadi baik ja mana boleh...dia tu manusia, bukan malaikat...

Dia ada had dan tahap dia...kalau kita tak nak berubah, maka jgn salahkan dia andai dia yg berubah...kesedaran terhadap apa yg diri sendiri buat, bagaimana perilaku dan perangai diri sendiri dlm rumahtangga tu perlu ada...

Isteri takkan saja2 berubah kalau xde apa2 yg berlaku dlm hidupnya...

Bila dia mengharapkan seseorang tu berubah ke arah yg lebih baik utk kebaikan bersama dan org tu tak pulak menunjukkan keinginan utk berubah,

Maka isteri perlu BIAR DAH...

@LantakAhh
Musuh kita tu selalunya KAWAN kita sendiri...

Jarang sgt la org yg tak dikenali jadi musuh kita...apa yg menjadi kebiasaan dan lumrah adalah, musuh tu ialah dari kalangan org yg rapat dgn kita, org yg dekat dgn kita, org yg ada disekeliling kita yg mana mereka tu kenal kita...

Dia jadi musuh kita sebab dia tak senang dgn kita, dia tak suka dgn kita, iri hati, cemburu dan dengki dgn kita...

Selalunya bab dunia la...

Boleh jadi rezeki kita murah dr dia, urusan kita mudah dr dia, kita dpt pasangan yg baik, kita menjalani kehidupan yg lancar dan kita xde apa2 kesulitan serta masalah...

Ada dikalangan kenalan kita yg tak senang dgn hidup kita mcm tu...

Boleh jadi juga dia bermusuhan dgn kita sebab kita ada tegur dia, kita ada larang dia, kita ada nasihat dia... walaupun kita buat utk kebaikan dia, tp penerimaan dia seolah-olah kita ni mengacau hidup dia...

Apapun, kunci utk menjalani hidup yg tenang, aman, tenteram, elakkanlah menjadi musuh kpd sesiapa pun...

Kita ni manusia, kita xmampu puaskan hati semua...takat terdaya, takat kemampuan yg ada...nak kawan, kawan...tak nak kawan, jangan jadi musuh...

Cukup dgn buat xtahu sudah...

@LantakAhh
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seseorang itu bergantung kepada agama sahabatnya. Kerana itu, perhatikanlah setiap seorang di antara kalian dengan siapa dia bersahabat." (Hadis riwayat Abu Dawud).

Peranan seorang sahabat amat penting iaitu perlu membawa sahabatnya ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya kepada mengingati Allah SWT pada setiap masa.โค๏ธ

Semoga berginilah persahabatan kita

@LantakAhh
โ€œJika Allah mencintai suatu kaum maka mereka akan diujiโ€ (HR. Ath-Thabrani).

Sesungguhnya berbagai ujian dari Allah yang membuat diri semakin lebih dekat dan cinta dengan-Nya itu jauh lebih baik daripada nikmat yang membuat kita lalai dari-Nya.

Maka ujian yang sebenarnya adalah ketika itu semua tidak membuat diri semakin dekat dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Hakikatnya berbagai ujian yang di alami merupakan sapaan lembut dan pertolongan Allah untuk menarik perhatian hamba-Nya agar hanya kembali kepada-Nya.

Dan bersyukurlah dengan hadirnya berbagai ujian, sebab di balik setiap peristiwa terselip banyak anugerah dan hikmah.

@LantakAhh
2024/05/21 02:07:21
Back to Top
HTML Embed Code: