Forwarded from The Garden of Al-Quran
Malam ini malam ke 23, salah satu malam yang disebut-sebut.

1- Sahabat Nabi ﷺ mengejutkan keluarga untuk bangun beribadat pada malam ini, antaranya adalah Abdullah Ibn Abbas RA

2- Salah satu dari pandangan Imam Syafi'i juga menyebutkan bahawa malam ke 23 merupakan malam yang cenderung berlakunya malam al-Qadr

3- Pandangan ini didasarkan kepada hadith:

فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

"Sesiapa yang ingin mencarinya (malam al-qadr), carilah ia pada tujuh hari yang terakhir." [HR Bukhari & Muslim]

4- Ayyub al-Sakhtiani & Imam Malik RA juga turut cenderung bahawa 7 malam akhir itu dimaksudkan dengan malam ke 23

Wallahu a'lam.
#FawaidRamadan
Forwarded from The Garden of Al-Quran
Malam ini malam ke 25, ini salah satu dari yang disebut oleh Nabi ‎ﷺ "carilah pada 5 malam yang berbaki"

1- Nabi ‎ﷺ bersabda: "Carilah ia (malam Qadar) pada sepuluh malam terakhir Ramadan; iaitu pada malam kesembilan yang berbaki, malam ketujuh yang berbaki, dan malam kelima yang berbaki." [HR Bukhari & Muslim]

2- Juga ada hadith yang lain: "Nabi ﷺ keluar untuk memberitahu kami tentang malam Qadar, tetapi dua orang Muslim telah bertengkar. Maka Baginda ﷺ bersabda: Aku keluar untuk memberitahu kalian tentang Lailatul Qadar, tetapi si fulan dan si fulan telah bertengkar, maka ia telah diangkat! Dan semoga ini lebih baik untuk kalian. Oleh itu, carilah ia pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima yang berbaki." [HR Bukhari & Muslim]

Wallahu a'lam.
#FawaidRamadan
Forwarded from Liqo' Asya'irah (iqbal)
1 Hari 1 Hadis - 27 Ramadan 1446H

Daripada Zirr ibn Hubaisy berkata: Saya mendengar Ubai ibn Ka'ab berkata dikatakan kepadanya bahawa Abdullah ibn Mas'ud berkata:

"Sesiapa yang bangun malam selama setahun, maka dia akan mendapat Lailatul Qadar." Berkata Ubai. "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia! Sesungguhnya ia terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Sesungguhnya saya mengetahui malam yang mana satu. Ia adalah malam yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kita supaya bangun. Ia adalah malam ke-27 Ramadhan dan tanda-tandanya matahari terbit pada pagi itu berwarna putih tanpa ada sinarannya."

Diriwayatkan oleh Muslim, Imam Ahmad, Abu Daud dan al Tirmizi dan beliau mensahihkannya.
Forwarded from The Garden of Al-Quran
Sy Aisyah RA bertanya kepada Nabi ‎ﷺ, kalau ada satu malam yang dirasakan itulah malam al-Qadr, doa apa yang mesti diucapkan?

Nabi ‎ﷺ menjawab:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni, menyukai keampunan, maka ampunkanlah daku” [HR Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad]

Imam Nawawi dalam al-Adzkar menyatakan sunat memperbanyakkan doa ini pada malam ini. Begitu juga bacaan al-Quran, zikir dan doa lain.
Forwarded from Iwana Aisyah Ab Halim
“Macam mana kita nak tahu dosa kita diampuni oleh Allah?”

1) Kita yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian kita bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka Allah akan menerima taubat kita.

Firman-Nya:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Maksudnya: Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat).
Surah al-Syura (25)

2) Kita akan berubah menjadi yang lebih baik. Akhlak dan sikap kita semakin baik, jiwa kita semakin dekat pada perkara-perkara kebaikan dan merasa seronok dengan ibadah dan melakukan kebaikan.

3) Sebahagian ahli hikmah telah ditanya:
“Adakah ada tanda bahawa taubat seseorang itu telah diterima?
“Mereka menjawab: “Ya, empat tanda taubatnya diterima, iaitu:

- Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.

- Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.

- Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya, dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.

- Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Kesimpulannya, jika kesemua itu ada pada diri kita bukanlah bermaksud kita berhenti bertaubat. Kita perlu bertaubat setiap hari kerana iman kita ada turun naiknya.

Sedangkan Rasulullah sendiri dalam riwayat mengatakan Baginda beristighfar 100x setiap hari.

@iwanaaisyah
Air mata taubatan nasuha
Forwarded from Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Beberapa Sunnah Di Hari Raya
=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri ini. Antaranya ialah:

1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ

“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisai dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)

1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:

إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ

“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ

“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”

4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى

Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.

6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
Mengikut Lajnah Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, yang saya yakin adalah badan paling berkredibiliti, didengari dan paling tinggi menghimpunkan para ulama' di dunia, fatwa telah dikeluarkan mewajibkan setiap Muslim yang berkemampuan mengangkat senjata menentang penjajah di P, dalam beberapa fatwa yang dikeluarkan kelmarin,

1️⃣ Kewajipan berjihad dengan senjata menentang penjajahan di P adalah tanggungjawab setiap Muslim yang berkemampuan dalam dunia Islam.

2️⃣ Kewajipan campurtangan secara ketenteraan dengan serta-merta oleh negara-negara Arab dan Islam.

3️⃣ Kewajipan untuk mengepung penjajah Z secara darat, laut, dan udara, termasuk laluan air, selat, dan seluruh ruang udara di negara-negara Arab dan Islam.

4️⃣ Memberikan sokongan ketenteraan, kewangan, politik, dan menegakkan hak-hak pejuang adalah wajib secara syarak.

5️⃣ Menubuhkan pakatan ketenteraan Islam untuk melindungi ummah dan menangkis penceroboh, yang merupakan kewajipan syarak dan perlu dilakukan segera.

6️⃣ Pengharaman normalisasi dengan musuh Z.

7️⃣ Mengharamkan penyaluran petroleum dan gas kepada entiti Z.

8️⃣ Mengkaji semula perjanjian damai yang telah ditandatangani oleh beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.

9️⃣ Kewajipan jihad kewangan untuk menyokong saudara-saudara kita di G dan mempercepatkan pembukaan sempadan.

🔟 Mengajak komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk mendesak Trump dan pemerintahannya memenuhi janji pilihanraya untuk menghentikan pencerobohan dan mewujudkan kedamaian.

Justeru dua persoalan yang perlu kita mula tanyakan kepada diri kita,

1. Adakah kita sebagai sebuah negara bersedia dan berkemampuan menyahut seruan-seruan ini?

2. Adakah kita sebagai rakyat bersedia ditekan dan berdepan 'backlash' kuasa-kuasa besar sekiranya seruan ini disahut seperti rakyat Yaman?

Wallahua'lam, jawapannya ada pada diri masing-masing.
Izinkan saya berkongsi serba sedikit berkaitan P ya 😄 semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat sedarkan diri kita dan pembaca semua; penting jihad utk Islam dan saudara seagama kita
3 Jenis Penghafal Quran

Sama sama kita muhasabah saat ini kita berada di tingkatan yang mana 🕊️Namun kata Syeikh, ketiga tiga tingkatan ini semuanya akan masuk Syurga asbab keberkatan Al Quran, namun berbeza darjatnya di Syurga kelak.

Moga Allah pilih kita, guru, ahli keluarga juga zuriat keturunan kita ditempatkan di syurga yang tertinggi yakni golongan yang ketiga yang disebutkan di bawah.

- ظالم لنفسه1️⃣
Golongan yang menghafaz Quran tapi selalu melambatkan solat dengan sengaja, selalu melakukan dosa kecil, lebih cinta akan dunia dan hanya ingin cepat hafal tanpa mempedulikan muraja’ah dan tidak berusaha mengamalkan isi kandungannya. Golongan inilah yang menzalimi diri mereka sendiri.

-مقتصد2️⃣
Golongan ini adalah karakter penghafaz quran yang biasa. Bila duduk dengan guru dan maahad sahaja dia akan semangat mengulang Quran. Dia hanya menjaga amalan fardhu sahaja dan mengambil remeh amalan amalan sunat yang lain seperti solat sunat rawatib, puasa sunat dll. Golongan ini biasanya belum ada timbul rasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mengamalkan segala yang telah dihafaz dan dipelajari dari Al Quran. Sedangkan Al Quran adalah amanah yang harus dijaga seumur hidup.

- سابق بالخيرات3️⃣
Golongan ini adalah golongan yang berlumba lumba untuk menuju kebaikan dan amal soleh samada amalan fardhu dan sunat. Inilah karakter penghafaz Quran dan ahli Quran yang sepatutnya. Dirinya sentiasa berdisiplin mengulang hafazan tanpa dipantau oleh guru dan sekitarnya. Dirinya takut untuk melakukan sama ada dosa kecil,dosa besar mahupun perkara makruh. Dia betul betul merasa bahawa Al Quran adalah amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Inilah golongan terbaik di antara ketiga tiga golongan ahli Quran.

-الفقيرة نجوى روزلي-
Sedikit perkongsian utk memberhentikan bacaan di tengah ayat & menjaga makna dengan tidak memotong / berhenti bacaan pada tempat yang salah.

Di sini ada beberapa huruf penyambung yang boleh dijadikan panduan utk waqaf (iaitu pd perkataan sebelumnya).

Semoga bermanfaat.
Ahlul Quran yg menganggap kerjayanya mengajar al-Quran itu lebih rendah nilainya berbanding ahli dunia, ahli perniagaan, profesion doktor, jurutera dan sebagainya, dia sebenarnya bukan sedang menghina akan dirinya, tetapi dia sedang merendahkan kemuliaan al-Quran.

Kerja apa? Ngajar Quran je... Jangan begitu kawan.

Al-Quran adalah Kalamullah. Mengajar, mempelajari, dan menyebarkan Al-Quran adalah kerja yang langsung berkaitan dengan firman Allah. Walaupun dunia tidak membayarmu tinggi, tetapi ia tugas yang mulia di sisi Allah.

Rasulullah SAW bersabda tentang keutamaan Ahlul Quran : Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)

Jangan terpedaya dengan ukuran dunia. Nilai sesuatu pekerjaan dalam Islam tidak diukur dari segi material atau status duniawi semata-mata, tetapi dari segi keikhlasan, manfaat akhirat, dan keredhaan Allah.

Jika seseorang merasa rendah diri kerana mengajar Al-Quran, seolah-olah dia menganggap Al-Quran tidak memiliki nilai yang tinggi berbanding perkara duniawi. Ini adalah satu kesilapan besar dalam persepsi.

Lihatlah nilai di sisi Allah, bukan manusia. Dunia mungkin memandang tinggi profesion usahawan, doktor, jurutera, atau ahli perniagaan, tetapi di akhirat, orang yang berilmu dan mengajarkan Al-Quran akan mendapat kedudukan yang tinggi.

Jadilah pengajar Al-Quran yang ikhlas, berilmu, dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Orang yang faham kemuliaan Al-Quran tidak akan pernah merasa rendah dengan tugasnya, kerana dia yakin bahawa Allah meninggikan darjat orang yang memuliakan firman-Nya.

Kredit: FB Mohd Saleh
SELAMAT HARI GURU,
BUAT SEMUA PENDIDIK 🧑🏼‍🏫


[16 MEI 2025, JUMAAT]

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

“Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.”

- Risalatul Mustarsyidin,
Syaikh Abdul Fattah Abu Guddah
2025/06/28 10:25:11
Back to Top
HTML Embed Code: