Telegram Web Link
โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Selepas tahajud, kita akan rasakan kebahagiaan.

Selepas sedekah, kita akan merasakan kepuasan.

Selepas memaafkan, kita merasakan keringanan.

Selepas ibadah apa sahaja, kita akan segera merasakan kesannya dalam hati dan hidup kita.

Benar kata Ibn โ€˜Athaillah Al-Sakandari:

โ€œTuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita beramal sekarang namun Dia membalasnya nanti.โ€

Berkata Ibrahim Al-Khawas:

โ€œSiapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun dia tidak merasakan kelazatan balasannya di dalam hati, itu pertanda dia tidak jujur dalam meninggalkannya.โ€

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Jangan pernah mempermainkan rasa sabar seseorang hanya kerana kamu tahu dia baik dan tidak tega. Sebab jika api itu menyala besar kamu akan sulit untuk memadamkannya.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir menyesali DOSA,
Daripada hanya KETAWA,
Tak kira MASA.

Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir ketika BERTAUBAT,
Daripada tak SEMPAT,
Kerana TERLAMBAT.

Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir kerana BERSYUKUR,
Daripada terus TERSUNGKUR,
Dalam KUFUR.

Renungan BERSAMA.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Bukan kerana kamu yang hebat, tapi karena Allah yang telah memberi kemudahan dalam setiap langkahmu.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Jangan risau, gundah dan terlalu fikir perkara buruk yang telah orang lakukan kepada kita kerana nanti Allah tidak soal perkara buruk apa yang telah orang lakukan pada kita tetapi Allah akan soal apa perkara buruk yang telah kita lakukan pada orang lain.

Jadi, serahkan pada Allah kerana balasan Allah lebih setimpal cuma cepat atau lambat bukan urusan kita.

Wallahu'alam.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Dalam kita menegur atau menasihati, jadilah insan, jangan jadi Tuhan kerana kita juga insan yang hari-harinya membuat dosa.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Banyak belum tentu cukup sebab nilai syukur tu mahai untuk mereka yang sentiasa bersyukur ๐Ÿฅฐ

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Mulut kita kadangยฒ memang tidak terlepas mengumpat seseorang tetapi jangan kita ajar mulut kita bercakap hal buruk orang.

Cakap sesuatu yang baik atau jika tidak, cukuplah diam.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
ADAB

Jika nak PUJI orang, pujilah diBELAKANGnya. DIA akan terselamat dari sifat RIYAK dan UJUB.

Jika nak TEGUR orang, tegurlah diDEPANnya. KITA akan terselamat dari UMPAT dan FITNAH.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
DOA MEMOHON KEMUDAHAN

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ุงูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹

ALLOOHUMMA LAA SAHLA ILLAA MAA JAโ€™ALTAHU SAHLAA, WA ANTA TAJโ€™ALUL HAZNA IDZAA SYIโ€™TA SAHLAA.

Ertinya: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Engkau yang mampu menjadikan kesedihan (kesulitan) jika Engkau kehendaki menjadi mudah.

(HR. Ibnu Hibban dalam Shahih-nya, 3:255; dari Anas radhiyallahu โ€˜anhu)

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
"Jalan hidup ini tidak selalunya mudah, kadang kita diuji dengan cabaran dan kesulitan. Namun, setiap kesulitan ada hikmah di sebaliknya.

Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah (94:6): โ€œSesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.โ€

Ini mengingatkan kita bahawa, walaupun melalui jalan berliku, kesabaran dan usaha akan membawa kita kepada kejayaan dan kemudahan yang lebih besar."

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Benda yang paling sakit bila kita pura pura nak nampak kuat tapi sebenarnya dalam hati, Allah je yang tahu. Depan orang nampak kuat sebab tak semua duka kita kena tunjuk dan cerita.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
๐ŸƒAwak selalu kena ingat. Hidup kita ni tak banyak pilihan.

๐ŸƒJika awak tertekan dan down, segeralah buat keputusan yang bijak.

๐ŸƒSama ada awak nak bangun segera atau nak tersepuk lama-lama melayan hati luka.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Aku tidak risau jika dikatakan pendiam, yang aku risau jika aku berlebihan dalam berkata-kata sehingga boleh menjurumuskan aku ke lembah dosa.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Jangan menangguh-nangguh taubat kerana kita tidak tahu, bila ajal akan tiba?

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
๐Ÿ’ฅBERDOA SETIAP HARI๐Ÿ’ฅ

๐ŸƒYa Allah, TERIMA KASIH atas kehidupan hari ini untuk NAFAS dan REZEKI yang Engkau berikan.

๐ŸƒJadikanlah permulaan hari ini penuh dengan KEBAIKAN, pertengahannya membawa KEJAYAAN dan pengakhirannya suatu KEBERUNTUNGAN.

๐ŸƒJadikan awalnya RAHMAT, pertengahannya NIKMAT dan penghujungnya PENUH BERKAT.

ุขูŽู…ููŠู‘ู€ูู€ูู€ู†ู’... ุขูŽู…ููŠู‘ู€ูู€ูู€ู†ู’ ูŠูŽุขุฑูŽุจู’ ุขู„ูŒุนูŽุขู„ูŽู…ูููŠูู†

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Jangan berkira dengan Allah sebagaimana Allah tidak pernah berkira dengan kita.

Bangun pagi kita check telefon dulu tapi Allah masih izinkan kita bernafas.

Kita buat maksiat tapi Allah tetap bagi kita rezeki.

โœฆ๐ŸŒน @NakPesanBoleh
Ada orang-orang yang datang dalam hidupmu membawa sebuah hadiah dan kenikmatan, ada pula seseorang yang datang padamu namun ia memberimu pelajaran.

Maka jagalah nikmat yang datang dan ambillah hikmah dan pelajaran.

๐ŸŒน@NakPesanBoleh
Saat Allah tolong dan memang takdir milik kita, jangan risau sebab tak ada yang mampu melawan takdir Allah ๐Ÿ’ช๐ŸŒน

๐ŸŒน@NakPesanBoleh
2025/06/30 06:49:26
Back to Top
HTML Embed Code: