Telegram Web Link
Air liur si comel asyik meleleh? πŸ‘ΆπŸ»

Ni antara gejala yang biasa terjadi pada bayi kita yang nak tumbuh gigi seawal usia 6 bulan

Si comel jugak mungkin akan

πŸ’’ merasa sakit pada gusi
πŸ’’ mengalami demam ringan
πŸ’’ mudah meragam
πŸ’’ gemar mengunyah
πŸ’’ ruam air liur timbul di sekeliling mulut
πŸ’’ cirit birit

Kalau nak bantu kurangkan rasa sakit atau tak selesa bila nak tumbuh gigi tu, kita boleh berikan

🦷 teether yang dah disejukkan
🦷 atau tuala kecil bersih yang direndam dalam air sejuk untuk digigit oleh si comel ☺️

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://www.tg-me.com/notaALB
Anak muntah tiap kali makan ubat demam? πŸ˜“

Sebenarnya selain daripada ubat demam syrup paracetamol, mak ayah boleh jugak

πŸ‘‰ berikan suppository paracetamol untuk turunkan demam tinggi anak

Untuk si kecil yang susah nak makan ubat & asyik muntah tiap kali suruh telan ubat, suppository paracetamol ni pilihan yang terbaik sebab kita cuma perlu masukkan melalui dubur si kecil.

Cuma pastikan ubat ni diberikan mengikut dos yang betul dengan selang waktu antara 6 jam ya 😊

Link ke Telegram Dr ALB:
➑️ https://www.tg-me.com/notaALB
Anak dah masuk fasa remaja? πŸ˜₯

Bila anak dah masuk fasa remaja ni, kita dah mula kena elakkan banyak bebel atau terlalu control anak.

Dalam fasa ni, anak sebenarnya lebih suka

πŸ‘‰πŸ» kalau dapat berkawan dengan mak ayah dia

❀️ Dia nak sangat mak ayah jadi teman dia berbual
❀️ Dengar suara hati dia
❀️ Jadi mentor & coach dia

Belajarlah untuk adjust gaya parenting kita sesuai dengan umur anak sebab kesannya sangat besar pada anak remaja kita πŸ˜‰

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://www.tg-me.com/notaALB
Kenapa best sangat bau baby? πŸ‘ΆπŸ»

Tenang sangat kan bila cium kepala bayi yang baru lahir

Cium berkali kali pun rasa tak puas πŸ₯°

Sebab masa tu ada satu neuro hormon bernama dopamine terembes keluar dari beberapa bahagian otak

Dopamine ni lah buatkan ibu ibu dan yang lain lain pun rasa gembira dan seronok.

p/s: Seronok macam mana pun, kena beringat sikit supaya elakkan cium bayi masa tengah tak sihat ya πŸ™
Baby kuning (jaundice)? 😞

❌ Jemur baby bawah matahari
❌ Berikan minum susu kambing segar
βœ… Kerapkan penyusuan dengan susu ibu

Khasiat susu ibu ni sebenarnya jauh lebih hebat dari segala susu yang ada di dunia.

Jadi teruskanlah beri susu ibu secara ekslusif sambil patuhi temujanji dengan fasiliti kesihatan masa bayi sedang mengalami jaundice ya πŸ˜‰

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://www.tg-me.com/notaALB
Nak lembutkan hati anak?

Rupanya ada banyak teknik parenting yang Tuhan dah ajarkan pada kita melalui Al Quran.

Cuma kadang tu kita yang tak perasan 🫒

Salah satu teknik paling efektif, kita boleh belajar dari Surah Luqman.

Tersusun pesanan dari seorang ayah untuk menyentuh akal dan menghidupkan jiwa seorang anak.

Namun yang lebih hebat daripada semua pesanan itu ialah

πŸ‘‰πŸ» Sebelum menyentuh akal si anak, Luqman terlebih dulu melembutkan hati si anak dengan panggilan penuh kasih sayang (Ya Bunayya)

Subhanallah!

Kita cuba apply sama sama ya:

❀️ Gunakan panggilan yang terbaik untuk anak

❀️ Pandang wajah anak bila bercakap dengan anak

❀️ Pastikan eye contact sentiasa ada bila nak nasihat anak

Makin anak kerap dapat rasakan kasih dan cinta, makin mudah anak nak respect dan dengar kata πŸ₯°

Link ke Telegram Dr ALB:
https://www.tg-me.com/notaALB
Anak selalu sembelit dan kurang selera makan? 😒

Mak ayah boleh amalkan cara ni untuk nak bantu anak miliki usus dan sistem penghadaman yang sihat:

βœ… Sediakan diet yang mengandungi sayur dan buah

βœ… Elakkan processed food, jajan dan junk food

βœ… Galakkan dia bermain dan melakukan aktiviti fizikal

βœ… Pastikan anak rehat dan dapatkan tidur yang cukup setiap hari

βœ… Berikan makanan yang kaya dengan probiotic dan prebiotic

Link ke Telegram Dr ALB:
▢️ https://www.tg-me.com/notaALB
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Mak ayah semua, jom kita buat kuiz sikit pagi ni nak?
Tahniah pada semua yang jawab kuiz pagi ni. πŸŽ‰πŸŽ‰
Ramai yang dapat jawab dengan betul.

βœ… Letakkan anak dalam posisi mengiring.

Ke kiri boleh.

Ke kanan pun boleh.

πŸ‘‰πŸ» Kita nak elakkan air liur dari termasuk ke dalam saluran pernafasan anak masa dia sawan.

πŸ‘‰πŸ» Bila mengiring tu jugak, laluan pernafasan dapat dikekalkan terbuka dan air liur pun akan mudah mengalir keluar.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
2024/05/09 18:12:17
Back to Top
HTML Embed Code: