Telegram Web Link
😫 Macam mana nak buat anak kuat semangat walau diuji? 😢

Itu yang kita panggil resilience iaitu keupayaan anak untuk bangkit semula selepas jatuh

🧠 Dalam otak, resilience terbina bila:
Anak rasa selamat walau ada cabaran
Ada role model yang tenang & positif
Otak belajar kawal emosi melalui pengalaman sebenar (prefrontal cortex + amygdala bekerjasama)

💡 Cara mak ayah boleh tanam resilience:
✔️ Biarkan anak cuba sendiri walau lambat
✔️ Dengar dulu perasaan dia sebelum beri solusi
✔️ Ceritakan kisah bangkit semula dalam hidup kita

Anak yang resilient bukan anak yang tak pernah jatuh,
tapi anak yang boleh bangun kembali sebab tahu mak ayah akan selalu ada di sisi 🌱

#NotaParentingTaufiqRazif
159👍25
🥵 Penatnya asyik marah anak? 🥵

"Kadang mak bukan marah sebab anak… tapi sebab luka lama yang tak pernah sembuh"

🧠 Dalam psikologi, bila otak kita sering hidup dalam mode berjaga-jaga (fight-or-flight mode), bahagian kawalan emosi (prefrontal cortex) jadi cepat penat.
➡️ Sebab tu walaupun kita tahu tak patut marah, mulut tetap terlepas.

Bukan sebab kita ibu yang jahat.
Tapi sebab kita ibu yang penat, tak sempat pulih, dan terlalu banyak memendam 😔

💡 Sebab tu kena cari jalan keluar :
Cari cara nak rawat "luka dalaman" di dalam diri
Cari cara untuk baiki semua "internal story" yang bergema dalam hati
Cari cara terbaik untuk rehatkan diri walaupun serabut dan penat setiap hari

Ibu yang tenang bukan ibu yang tak pernah marah,
tapi ibu yang tahu bila perlu berhenti dan bila perlu rawat diri


#NotaParentingTaufiqRazif
195😢68👍34🔥4
🥲 Selalu rasa diri ibu yang teruk? 🥲

"Ibu, awak selalu maafkan anak bila dia buat silap…
Tapi kenapa awak susah sangat nak maafkan diri sendiri?"


📌 Self-compassion = kemampuan untuk bercakap dengan diri sendiri seperti kita bercakap dengan orang yang kita sayang

🧠 Kajian psikologi menunjukkan :
Ibu yang ada self-compassion lebih tenang, kurang rasa bersalah berlebihan, dan lebih sabar dengan anak.
➡️ Sebab dia sedar dia pun manusia, bukan mesin yang sempurna.

💡 Latih self-compassion dengan:
✔️ Tukar kata-kata keras kepada kata yang lembut
✔️ Ingatkan diri: “Aku buat yang terbaik dengan ilmu & tenaga yang aku ada”
✔️ Beri ruang pada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah

Ibu yang sayang diri,
akan lebih mudah sayang orang lain tanpa syarat. 💛

#NotaParentingTaufiqRazif
176😢43👍25🔥3😁1😱1
😩 Ibu selalu rasa diri tak berguna? 😔

"Ibu, rasa ‘aku ni tak guna’ tu… bukan tanda awak lemah.
Itu tanda awak terlalu lama menanggung beban sendirian."


Dalam psikologi, rasa tidak berguna sering datang bila:

🫷Terlalu banyak membanding diri

🫷Fokus hanya pada kekurangan

🫷Terputus dari sumber sokongan & penghargaan

Hakikatnya?
💡 Anak-anak tak perlukan ibu yang sempurna.
Mereka perlukan ibu yang hadir, walau dalam keadaan paling penat.


💌 Ibu, cuba ingat ini:
✔️ Rumah mungkin tak sentiasa kemas
✔️ Makan mungkin tak selalu mewah
✔️ Tapi pelukan & doa awak… itu dunia bagi anak-anak!

Di mata awak mungkin ‘biasa-biasa’.
Tapi di hati anak, awak adalah satu-satunya ‘rumah’ yang mereka damba🏡💛

#ibuTakPernahUseless
#NotaParentingTaufiqRazif
179😢47👍6😁3
😡 "Kenapa aku tak boleh tengok rumah bersepah? Baru nampak sikit je dah rasa panas hati" 😡

Ibu, itu bukan pelik.
Dalam psikologi, persekitaran visual yang berselerak boleh mencetuskan rasa tertekan

Otak nampak “rumah bersepah” = isyarat bahaya, tak terkawal
Itu buat sistem saraf lebih mudah masuk stress mode

🌱 Apa yang boleh bantu ibu?

Pecahkan kemas kepada zon kecil (10 minit, 1 sudut je)
Libatkan anak, bukan nak rumah perfect, tapi nak anak belajar tanggungjawab
Latih diri bezakan “sepah yang sementara” dengan “sepah yang terbiar”

Rumah tak kemas bukan bukti ibu gagal.
Rumah yang bersepah itu kadang petanda rumah itu hidup isi dalamannya
Yang penting hati ibu tetap tenang walau tak semuanya sempurna 💛

Jangan stress stress lagi ok. Deal?

#NotaParentingTaufiqRazif
259👍69😢14🔥1
😡 "Anak, dah berapa kali mama pesan.. letak baju dalam bakul!" 😡

Tapi tetap juga berselerak.
Akhirnya mama pula yang stress 😮‍💨

Ibu, tahu tak?
🧠 Dalam psikologi perkembangan, anak perlukan peringatan yang konsisten & contoh yang real depan mata dia sebelum satu tabiat tu jadi automatik.
➡️ Bukan sebab dia degil.
➡️ Tapi sebab otak dia belum cukup “wired/sambungan” untuk ingat dan buat tanpa diingatkan.

🌱 Apa ibu boleh cuba?

Tukar arahan jadi rutin (contoh: setiap malam sebelum tidur = masukkan baju)
Buat visual cue (letak bakul dekat tempat anak buka baju)
Puji bila dia buat, walau sekali dua.. itu naikkan motivasi otak dengan dopamin

Anak belajar bukan dengan sekali pesan.
Dia belajar melalui ulangan, contoh dan hati yang penuh kesabaran 💛

#NotaParentingTaufiqRazif

Nota kaki : Jangan lupa urut dada selalu ye mak mak semua. Haihh kadang lima kali pesan baru nak gerak kan 🤭
179😁50👍48
🤔 "Kenapa perangai anak remaja lain bila di sekolah, lain bila di rumah?" 🤔

Ibu ayah, ini normal.
Dalam developmental psychology, remaja ni fasa dia sedang bina social identity.
Dia cuba “test” siapa dirinya di tempat berbeza.

➡️ Di sekolah, dia mungkin lebih aktif, nak tunjuk yakin depan kawan.
➡️ Di rumah, dia lebih diam, sensitif atau mudah marah sebab rasa selesa untuk “tunjuk diri sebenar”.

🌱 Apa mak ayah boleh buat?

Jangan cepat label “hipokrit” atau “berpura-pura”
Faham itu sebahagian proses remaja cari identiti
Terus jadi tempat yang selamat, walaupun perangai di rumah kadang menyakitkan hati

Remaja bukan berpura-pura.
Dia sedang belajar untuk mencari dirinya
Dan semoga rumahlah tempat paling selamat untuk dia

Kerana di situ ada si bapa yang memahami gejolak hati
Kerana di situ ada ibu yang selalu di sisi walau apa pun yang terjadi


#NotaParentingTaufiqRazif
158👍54
😰 "Kenapa setiap kali nak berehat, hati rasa bersalah..rasa macam selfish?"😰

Ibu, hakikatnya awak bukan selfish.
Itu tanda awak terlalu lama letakkan semua orang nombor satu, diri sendiri nombor terakhir.

Dalam psikologi, rasa bersalah ini datang daripada belief lama:
“Kalau aku rehat, aku abaikan tanggungjawab.”
Padahal realitinya, rehat = isi semula tenaga, supaya ibu boleh terus memberi dengan ikhlas.

🌱 Ingat ini, ibu:

Rehat 15 minit tak jadikan awak ibu yang malas
Rehat sekejap bukan abaikan anak, tapi lindungi emosi daripada meletup
Anak belajar self-love bila tengok ibu pun jaga diri

Berehat itu bukan selfish
Berehat itu survival ❤️


Faham dah sikit kan kenapa kena curi masa untuk berehat walaupun kadang rasa bersalah sangat kan? Kalau faham cuba bagi ❤️ sikit

#NotaParentingTaufiqRazif
224👍20😢11🤩2
🥵 Penatnya anak asyik menangis setiap pagi sebelum ke sekolah? 🥵

Mak ayah, itu bukan tanda anak manja.
Sebenarnya, pagi adalah masa paling stressful untuk otak anak kecil
Dia kena berpisah dari zon selamat (rumah & ibu ayah) dan masuk dunia penuh cabaran (sekolah).

Dalam attachment psychology, ini dipanggil separation anxiety

➡️ Normal untuk usia kanak-kanak awal
➡️ Ianya jadi lebih teruk bila anak penat, kurang tidur, atau ada pengalaman tak best di sekolah

🌱 Apa mak ayah boleh cuba?

Sediakan rutin pagi yang tenang & konsisten
Bagi “transitional object” (contoh: nota kecil, pelukan special, atau doa bersama sebelum ke sekolah)
Acknowledge emosi anak (“Mama tahu sayang sedih pagi ni… tapi mama percaya awak boleh”)

Anak menangis pagi bukan sebab nak susahkan kita
Dia cuma perlukan masa & rasa selamat di jiwanya

#NotaParentingTaufiqRazif
130👍32
😱 Satu rahsia psikologi remaja yang ramai mak ayah tak tahu 😱

👉 Otak remaja lebih sensitif terhadap reward & penghargaan berbanding hukuman.

Sistem dopamin mereka sangat aktif 👉 itu sebab mereka cepat teruja bila dipuji kawan, dapat like di media sosial, atau bila dapat ranking & menang bila main game

➡️ Tapi bila dimarahi atau dibandingkan, otak mereka lebih cepat “shut down”

Apa mak ayah boleh buat?

Belajar psikologi anak remaja
Fahami cara bekerja psikologi, emosi dan otak anak remaja
Cari tahu cara nak tackle perangai anak remaja. Tak boleh guna cara yang sama macam anak kecil dah. Mereka dah berubah dah sebab tu kita pun kena upgrade & update ilmu kita

Umur remaja adalah umur yang paling mencabar untuk kita & anak kita sendiri.
Di saat inilah mereka sangat perlukan kita walaupun di luar mereka seperti tak perlukan sesiapapun kecuali diri mereka sendiri

Jom belajar untuk faham dan didik anak remaja kita! Ada yang nak belajar cara nak didik anak remaja tak?
Bagi ❤️ sikit kalau nak belajar

#NotaParentingTaufiqRazif
401👍34
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
122👍17
☹️ "Kenapa anak-anak sekarang mudah dapat masalah mental doktor? Dulu-dulu takde pun" ☹️

Pakar perunding psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria ada menulis dalam buku terbarunya Psikologi Remaja ada 3 faktor terbesar yang buatkan anak mudah dapat masalah mental. Nak tahu tak apa tu?

i. Mak ayah terlalu Overprotective
ii. Exposure pada media sosial
iii. Mak ayah terlalu jaga emosi anak

Contoh terlalu jaga emosi anak ni apa?
🥶Taknak anak rasa susah
🥶Taknak langsung anak rasa sedih
🥶Nak anak happy je setiap masa

Tu yang saya nak mak ayah semua baca buku Psikologi Remaja yang ditulis oleh Dr Pakar Perunding Psikiatri, Dr Rozanizam ni

Baru ni buku tu terjual sebanyak 100 unit dalam masa 4 minit! Tak tahu la banyak mana lagi stok yang tinggal. Terus beli di sini ya : https://whitecoat.onpay.my/order/form/PSR01/152

#NotaParentingTaufiqRazif
128👍18😱1🤩1
Pengumuman Tergempar!

Maaf dah beberapa lama tak update kat sini

Saya sebenarnya sedang dalam misi ke Gaza bersama team Global Sumud Flotilla

Saya tak berani nak bagitahu awal awal takut ada yang sabotaj dari dalam.

Tapi saya terpaksa bagitahu juga di sini saya takut ramai yang tunggu update ilmu parenting dari saya

Mungkin saya akan kembali. Mungkin juga takkan kembali dah

Saya beli one way ticket je ni.

Kalau saya tak kembali, saya harap mak mak semua maafkan saya

Dan kalau saya ada berhutang, boleh PM fb personal saya (Taufiq Razif)

Ya Allah. Mudahkan urusan mak² dalam keluarga Nota Parenting ni semua. Berilah mak² ni semua kebahagiaan & ketenangan bersama keluarganya. Begitu juga para ibu di Gaza. Aamiin


- Dr Taufiq Razif
1.38K😢278👍137🔥81😱29🤩6🎉1
Update Terkini‼️

Alhamdulillah saya dah mula berlayar dari Greece.

Jadi dah makin hampir dengan territory Israel.

Saya pun tak tahu boleh kembali dengan selamat ke tak sebab geng Israel dah mula gerakkan Shayetet 13, iaitu unit komando elit laut rejim Israel.

Shayetet 13 ni lah yang serang kapal Mavi Marmara yang bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza

10 orang syahid masa tu. 9 orang syahid di kapal, 1 orang di hospital.

Sebab saya pun tak pasti saya boleh kembali dan isteri dan anak saya pun perlukan duit untuk meneruskan hidup jadi saya nak jual semua ebook parenting saya dengan diskaun ratusan ringgit & diskaun lebih 90%

Semoga jadi amal jariah saya juga.

InsyaAllah saya akan buka Promosi Mega Sales (mungkin buat kali terakhir 🥲) pada harini atau esok

Jadi standby siap siap ya semua
Terima kasih tau mak² semua

- Dr Taufiq Razif
😢322181👍12🔥8
🚨 Sekejap sahaja lagi Promo Mega untuk semua ebook saya akan bermula 🚨

Cuma rm39 je untuk SEMUA ebook saya! (Mungkin promosi buat kali terakhir & peluang kali terakhir untuk baca ebook penulisan saya)

Nantikan..stay tuned di sini ya
😢59👍2614
‼️ Dibuka Sekarang ‼️

Sebenarnya ni cara saya nak sara anak isteri saya buat kali terakhir

Sebab saya tak tahu boleh kembali dengan selamat tak ke pangkuan mereka

Sebenarnya ada je maklumat dalaman yang menunjukkan sesuatu yang dasyat boleh berlaku tapi saya tak boleh nak cerita takut ia membuat ramai orang bimbang.

Risau? Mestilah risau tapi keadaan di Gaza lebih merisaukan. Dan saya juga kena risau dengan family yang saya tinggalkan.

Jadi dengan ini saya lancarkan Promo Jualan Mega Lebih 90% untuk semua ebook bestseller saya‼️

Jimat BERATUS RINGGIT!

Kesemua ebook parenting saya tersebut dijual dengan harga rm39 je

rm39 tu untuk 1 ebook ke semua sekali?

Jawapannya adalah, SEMUA SEKALI!

Ya, harga ni mungkin harga tak masuk akal tapi ni lah mungkin harga terakhir saya buat mak mak semua.

Semoga jadi amal jariah saya juga..Doakan saya ya

Ok dapatkan di sini cepat 👇

https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/
https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/
https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/

Nota kaki : Boleh beli lebih dari satu set dan boleh sedekahkan pada keluarga terdekat ataupun kawan-kawan

Nota kaki : yang dah beli pun boleh beli lagi sebab mungkin ini jualan terakhir saya. Maafkan salah silap saya semua 👋

nota kaki : semua jualan akan masuk ke akaun isteri saya (Dr Nabilah)

- Dr Taufiq Razif -
98😢58👍6😱2
75👍1
boleh la share di group whatsapp keluarga masing masing juga
40
2025/09/21 04:07:33
Back to Top
HTML Embed Code: