Telegram Web Link
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🀷 Tak reti buat Nabeez? 🀷

Caranya mudah je :

1. Ambil bilangan kurma yang ganjil. 1/3/5/7 biji kurma
2. Buang biji & carikΒ² isinya
3. Rendam dalam air semalaman


Bagi anak minum semasa sahur. Ada yang juga yang campurkan susu & kismis tapi saya prefer campuran kurma sahaja πŸ‘Œ

Memang ada kajian tentang air Nabeez ni. Di dalamnya ada bahan bioaktif seperti Flavanoid, saponins dan tannins.

Ramai yang bagi feedback sesuai juga untuk ibu yang menyusu anak ketika bulan puasa ❀️

Cubalah sendiri sahur nanti ya πŸ₯°

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🀷 Tak tahu kenapa selalu TERPUKUL, TERCUBIT, TERJERIT pada anak? 🀷

Boleh jadi itu kesan daripada 'generational trauma'.

Itulah kenapa belajarlah ilmu parenting sebanyaknya untuk :

πŸ’₯ Break the pattern
πŸ’₯ Break the chain
πŸ’₯ Break the trauma

Kita taknak lagi apa yang pernah dilalui oleh kita, ibubapa kita dan atuk nenek kita itu kena pada anak anak kita

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ₯° Nak bahagiakan diri? πŸ₯°

Mak mak yang hebat tahu bahawa membahagiakan diri sendiri adalah satu keperluan

Antara cara paling berkesan untuk membahagiakan diri sendiri adalah dengan :

πŸ‘‰ Cari apa Passion & minat terdalam diri kita

Antara cara untuk cari Passion kita adalah :

πŸ•Ί Tanya hati kecil kita
πŸ•Ί Tengok apa kemahiran kita
πŸ•Ί Ingat kembali hobi lama kita
πŸ•Ί Tengok apa yg kita suka baca
πŸ•Ί Perhatikan video apa yang kita selalu tonton

Dan lain-lain.
Kadang jiwa kita jadi lesu dan hambar kerana kita cuba pendam minat & passion kita

p/s : Ibubapa yang bahagia ni lagi mudah untuk membahagiakan anak anaknya tau. Belajar sesuatu tak? πŸ˜‰

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🀷 Perlu ke ajar anak BERNIAGA? 🀷

Ianya bukannya wajib tapi saya memang recommend kita ajar anak kita cara untuk dia buat duit sendiri sebelum umur 13 tahun

Dengan berniaga anak kita akan :

🌟 Makin terbentuk EQ-nya
🌟 Makin hebat Softskills-nya
🌟 Makin berdikari dirinya
🌟 Makin meningkat Self Esteem-nya

Salah satu cara mudah nak ajar anak berniaga adalah dengan ajar dia untuk buat duit melalui Canva sebab Canva ni apps yang free untuk anak anak buat design & tak perlu kemahiran yang terlalu tinggi

Saya sarankan belajar dengan sahabat saya yang proven berjaya jual template canva dan buat duit RM 9,590 dalam masa 19 hari je πŸ‘‡

Mak ayah semua boleh baca di sini untuk lebih jelas πŸ‘‡

https://templatemudah.com/order/form/ERBDDTC/BuatDuitDenganCanva

#notaparentingTaufiqRazif
😭 Selalu sibuk kerja? 😭

Kalau anda jenis mak ayah yang sibuk sampai kadang tu tercicir untuk jaga dan didik anak betul-betul, sekurang-kurangnya :

⚠️ Elakkan daripada amalkan Guilt-Ridden Parenting Style ⚠️

Apa tu❓

Guilt Ridden Parenting Style ni adalah kita nak didik anak tapi dalam hati tu sebenarnya cuba cover balik rasa bersalah kita pada anak

Tanda-tanda Guilt Ridden Parenting Style :

❌ Suka beli mainan banyak
❌ Terlampau manjakan anak
❌ Tak kisah anak buat apa pun
❌ Beli je semua anak minta
❌ Tabur duit pada anak

p/s : So kalau pasangan ada buat macam ni, tolong ingatkan dia ya sebab efek pada anak nanti kalau berlebihan

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
😞 Masih stress jaga anak? πŸ˜”

πŸ‘‰ Cuba periksa diri kita adakah kita ni suka Micromanage anak kita

Apa itu Micromanage anak?

🚫 Terlalu perfectionist
🚫 Terlalu ikut SOP sendiri
🚫 Terlalu high expectation
🚫 Semua benda kita nak kawal
🚫 Semua benda kita nak anak ikut kita terutamanya perkara perkara yang kecil & remeh

Urus sifat Micromanage kita ini, insyaAllah stress kita akan berkurangan 😊

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ™‹ Ada anak ramai? πŸ™†

Antara cabaran ibu yang ada anak ramai adalah tak menang tangan sampai :

i. anak rasa tak dipeduli
ii. anak mula jadi jauh hati


Antara cara paling berkesan untuk setelkan 2 isu di atas adalah :

πŸ‘‰ Get him/her involved dalam rutin harian & jangan pinggirkan dia

βœ… Ajak kemas katil samaΒ²
βœ… Ajak 'sakat' Papa dia samaΒ²
βœ… Ajak cuci pinggan samaΒ²
βœ… Ajak ketawa samaΒ²
βœ… Jangan berbisik dengan pasangan kita depan dia

p/s : Belajar something bernilai tak harini? Kalau ya, klik icon ❀️

#notaparentingTaufiqRazif
😭 Anak paling terseksa? 😭

Tak ramai tahu anak tanggung seksa jiwa paling berat bila :

πŸ‘‰ Bila dia tak boleh nak rasa yang dia disayangi oleh mak ayahnya sendiri 😭

Sebab itulah sesekali :

πŸ₯° Jangan diamkan sahaja
πŸ₯° Belajar untuk luahkan
πŸ₯° Bagitahu secara jelas perkataan :

"Mama sayang kamu"
"Ummi sayang awak"
"Ibu sangat cintakan kamu"


Kadang kekok, tapi percayalah anak anakmu sangat perlukannya ❀️

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ™‹ Nak anak rasa selamat? πŸ™‹

Kita ni 'secure base' anak kita sebenarnya

🀷 Maksudnya?

Maksudnya kita ni kena jadi tempat yang selamat untuk anak kita :

😒 Mengadu
😒 Meluah
😒 Menumpahkan emosi
😒 Menceritakan kesakitan
😒 Menonjolkan kelemahan

Adakah kita jadi tempat yang selamat untuk anak anak kita selama ni?

Cuba tepuk dada tanya diri sendiri kali ni. Jangan risau kalau tersilap langkah sebab kita masih ada peluang untuk jadi ibubapa yang lebih baik πŸ₯°

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ™‹Nak baiki hubungan dengan anak tak? πŸ™‹

Kadang hubungan dengan anak jadi tak okay sebab kita terlalu DOMINAN. Ada satu teknik mudah yang kita boleh guna untuk baiki "bonding" kita dengan anak. Teknik ni dinamakan :

πŸ‘‰ Child-led Play

Caranya :

πŸ€ Bermainlah bersama anak
πŸ€ Bagi anak 'lead' permainan
πŸ€ Biar dia tentukan apa dia nak
πŸ€ Biar dia tentukan rules
πŸ€ Ikut je imaginasi anak
πŸ€ Kita enjoy je bermain dengan anak tanpa suruhΒ² dia

Ni untuk anak anak yang belum masuk fasa remaja.

Untuk anak remaja lain pula tekniknya. Belajar sesuatu yang berharga tak? ❀️

#notaparentingTaufiqRazif
🀷 Anak lelaki perlu apa ya? 🀷

Banyak yang anak lelaki perlu sebenarnya. Cuma ada 1 perkara yang ramai ayah ayah terlepas pandang bila ada anak lelaki.

Terlepas apa tu? πŸ‘€

Terlepas pandang untuk Rough Play dengan anak lelaki

Contoh Rough Play :

πŸ’ͺ Bergusti
πŸ’ͺ Bergasak
πŸ’ͺ Berguling bersama
πŸ’ͺ Main lawan lawan
πŸ’ͺ Main kejar kejar

Ya, anak lelaki sangat perlukan Rough Play daripada ayahnya kerana di situlah anak lelaki belajar untuk :

πŸ™‹ Kawal emosinya
πŸ™‹ Faham tubuhnya
πŸ™‹ Tingkatkan Coordination Skill
πŸ™‹ Tingkatkan Self Confidence anak

Boleh ke ibu ibu semua bagitahu suami masing masing ilmu ni? Kalau boleh bagi ❀️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ˜” Serabut anak asyik jerit? 😣

Bila telinga tiba-tiba jadi sensitif dengan suara anak-anak yang riuh, boleh jadi sebab dua benda ni :

1. Overstimulated
2. Overwhelmed


Bila dah jadi macam tu :

Terus cubit anak ❌
Jerit balik pada anak ❌
Pause sekejap βœ…
Masuk bilik sekejap βœ…
Letak hp sekejap βœ…
Minta suami jaga anak sekejap βœ…

Dah tahu ni terus amalkan boleh? 😊

#notaparentingTaufiqRazif
2024/05/13 22:55:33
Back to Top
HTML Embed Code: