Telegram Web Link
Penambahbaikan dalam manfaat jenis perlindungan perjalanan dari Etiqa. Pastikan pilihan Takaful untuk semua perjalanan ke luar negara.

Kini
Luggage delay pulang ke Malaysia dah cover

Sebarang jenis sbb penangguhan kelewatan penerbangan diterima

@NotaUmrahDIY
Peringatan

Jangan pakai baju atau mafla free Pal3sTin3 di Mekah Madinah. Salah di sisi undang2. Dah ada jemaah yang kena tangkap terus ke 'dalam' sebab pakai. Hati-hati ya semua jemaah. 🥰

Bukan negara ini tak support. Tetapi memang itulah undang-undangnya. Bukan tentang isu ini sahaja, apa-apa isu dalam negara atau sedunia pun tak boleh. Sebab itu kalian tidak pernah nampak apa-apa jenis perarakan pun di sini.

Jangan komen negatif di status saya. Ini hanya mesej ingatan bersama. Para travel agent ingatkan jemaah kalian ya. Kasihan jemaah yang tak tahu. Tiba-tiba hilang terus ke 'dalam'.

Sumber : FB Masnira Ramli

Nota kaki admin
Berasa bersyukur kerana kita masih ada kebebasan untuk berhimpun & berarak disini tanda solidariti kepada Palestine. Admin yakin rakyat Saudia ada cara mereka sendiri untuk beri sokongan kepada Palestine. Tak mesti kena pegang gambar Netanyahu baru dikatakan protes, sebaliknya tidak. Masing-masing berjuang dengan cara masing-masing. Tidak perlulah memperlekeh usaha sesiapapun

@NotaUmrahDIY
Ramai yang mengatakan Dome of the Rock tu bukanlah Masjid Al-Aqsa, sebaliknya Masjid Qibli itu kononya Masjid Al Aqsa yang sebenar. Ini kurang tepat

Yang sebenarnya Masjid Al-Aqsa lebih besar merangkumi kesemua 5 buah masjid didalamnya seperti segi empat dalam gambar diatas

Ada 5 buah masjid dalam Masjidil Aqsa. 2 masjid di atas tanah dan 3 lagi di bawah tanah.

1. Masjid Qibly ( masjid utama, di atas tanah )

2. Masjid Dome of Rock ( di atas tanah )

3. Masjid Marwani ( terdapatnya bilik Saidatina Maryam ibu Nabi Isa )

4. Masjid Qadim ( terdapatnya Perpustakaan Al Khittiniah & telaga bekas penyimpanan minyak zaitun )

5. Masjid Buraq ( tempat Nabi Muhammad s.a.w menambat Buroq ketika peristiwa Isra' Mikraj )

Jadi sekiranya ada mengatakan Masjid Qibli itu Masjidil Aqsa yang sebenar, maka itu kurang tepat kerana Masjid Qibli adalah sebahagian dari Masjidil Aqsa

@NotaUmrahDIY
Assalammualaikum. Sekadar berkongsi info. Jika sampai ke airport Madinah, berdekatan pintu 5 ada banyak counter taxi & car rental.

Semalam kami ada tanya rate untuk GMC/Van Hiace dari Airport Madinah ke hotel berdekatan Masjid Nabawi
- umrahcab direct = 350 riyal
- agen umrahcab = 400 riyal
- satco = 150 riyal (guna card sahaja)
- UberXL 49.95 riyal tapi susah sebab no driver available.

Sebab kami big family ada orang tua & kanak², kami memilih untuk gunakan taxi dari Satco, rate 150 riyal untuk GMC. Muat 3 dewasa, 4 kanak² & 1 baby beserta 2 beg 28", 6 beg 24", 4 beg 20", 1 stroller, 2 backpack.

Untuk yang nak lebih jimat boleh naik bas 11 riyal tapi cuma boleh bawa small luggage sahaja.

Perkongsian oleh
Noor Iwani Selaiman

@NotaUmrahDIY
Takwim Sekolah 2024/2025

Dah boleh rancang awal-awal perjalanan umrah anda dari sekarang. Semalam laju aja sahabat jemaah kongsikan di group elite circle admin. Depa dah mula atuq dah nak p mana

Antara kelebihan merancang lebih awal, tiket flight sudah tentu akan dapat lebih murah. Kita ada masa yang panjang untuk dapatkan deals yang terbaik

@NotaUmrahDIY
Kalau nak dikira secara logik (berpandukan dalil), solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda lebih baik dari solat di Malaysia.

Ianya bersamaan solat selama 274 tahun di Malaysia, belum lagi digandakan dengan 27 bagi solat berjemaah, yang membawa jumlah 7,398 tahun mendirikan solat di Malaysia, dan ini adalah kiraan bagi SATU solat sahaja.

Rata-rata syarikat Umrah Malaysia menawarkan pakej 6 hari 5 malam di Makkah dan 6 hari 5 malam di Madinah dengan harga sekitar RM 9,000 atau RM 10,000 seorang.

5 malam X 5 kali solat fardhu berjemaah di Masjidil Haram = solat di Malaysia selama 36,990 tahun, atau 13,501,350 hari.

Ia juga adalah bersamaan hanya RM 0.0007 sehari apabila dibahagikan dengan kadar RM 10,000 yang dibayar oleh kita untuk mendapatkannya. Tak sampai 1 sen pun sebenarnya.

Setelah melihat kiraan ini, adakah kita masih merasakan MENAMBAH perabot di rumah adalah lebih bermanfaat? Adakah kita masih merasakan bahawa 'UPGRADE' IPhone setiap tahun itu lebih berbaloi? Atau adakah kita masih lagi nak menyibukkan diri dan keluarga dengan percutian Hatyai, Bromo, Vietnam ataupun Istanbul berbanding menyimpan untuk Umrah?

Ingat, dengan hanya 1 solat di Masjidil Haram, ganjarannya adalah ribuan solat di Malaysia, mahupun mana-mana tempat di dunia selain Masjid an-Nabawi.

Masih ada masa yang Tuhan kurniakan. Jangan leka. Jangan lalai.

Kredit : Mohammed Farid Masri

@NotaUmrahDIY
Situasi dibawah ini turut berlaku kepada seorang sahabat jemaah. Lepas dah isi CC dispute form semua, sebentar tadi terus dapat visa transit. Jadi boleh pakai strategi ni kalau anda menghadapi masalah yang sama

* * * *

Stopover/transit eVisa

Just nak sharing mungkin ada yang ada masalah tak dapat free stopover/transit E-visa bila booking dengan Saudi Airline.

Kes saya dan suami buat booking dalam tempoh 3 bulan akan terbang ke suatu Destinasi lain melalui Jeddah akan transit 4 hari.

sediakan gambar siap2 dan apply visa terus sebelum proceed buat bayaran ticket flight dan insuran.

Kes saya Berjaya buat payment dan dapat ticket comfirmation dan insuran Visa dah tolak, tapi E- Visanya tak dapat. Email pun tak dapat.

bila buat manage booking download Visa kat website link dapat visa orang lain. Setiap kali download visa org yg berbeza2 keluar. teruk kan system Saudia ni ( visa document ni kan ada semua personal info cust - tak jaga customer privacy )

saya pilih Saudia ni pun sbb nak buat umrah dengan harapan dapat Visa free ni masa transit. Saya mungkin pilih airline lain kalau tak kerana ini. Bila tak dapat eVisa tu rasa Geram jugak la. Tapi saya tidak berputus asa

Step2 saya buat

1) isi form Report kat Support & Help—>Technical Support saudia website.

Dapat report number melaui email . Tapi Lepas beberapa minit dapat email report saya status ‘ Closed’ tanpa menyelesaikan masalah

2) dua tiga hari Buat report lagi sekali.. perkara sama berlaku sepeti no 1

Dah tak dapat free Visa saya rasa nak cancel je flight ticket .. tapi kena charge pulak dalam Rm498( ticket economy saver).

3) saya bayar ticket guna CC Visa Maybank. Saya isi CC Dispute form dan email ke maybank.

Alasan dalam Dispute form “merchant( Saudia) tak deliver service sepenuhnya” as promised dalam website. Minta bank sekat bayaran ke Saudia

Tak sampai setengah hari dah dapat eVisa melalui email . Alhamdulillah.

Cepat2 call balik bank untuk tarik balik Dispute.. tak call pun tak pa.. sbb bank akan dapatkan persetujuan kedua2 belah pihak dulu biasanya.

Tak perlu call Saudia Airline kat Malaysia , mereka tak boleh buat apa apa berkenaan visa.

📸 Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/bfAB3zK9f6U3fS9w/?mibextid=xfxF2i

Kredit : Napizah Alang Jaafar

@NotaUmrahDIY
Pengalaman 24 jam+ yang lepas oleh jemaah yang ingin berangkat ke Madinah

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya dah dapat boarding pass tetapi tak lepas ketika pemeriksaan imigresen pula ? Klik link dibawah untuk maklumat lanjut

📸 Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/p/Jqvh2m9sAN1UkmyV/?mibextid=xfxF2i

@NotaUmrahDIY
Umrah plus Istanbul 😍

Saudi Airlines
KUL - Istanbul - KUL
RM 2677 ( 2pc x 23kg )
17 - 31 Disember 2023
Cuti sekolah

😍 Complimentary one night stay (Jeddah and Madinah)

😍 Semasa pergi transit di Jeddah 95 jam 45 minit ( 5 hari 4 malam )

😍 11 hari holiday di Turkiye

😍 Semasa pulang akan transit di Madinah 94 jam 5 minit ( 5 hari 4 malam )

Ada lagi harga yang lebih murah. Boleh adjust mengikut kesesuaian tarikh anda. Berbaloi. Jom

@NotaUmrahDIY
Perkongsian dari jemaah DIY yang ayah beliau baru sahaja meninggal dunia di Madinah. Takziah buat keluarga.

Allah rezekikan berjumpa dengan orang yang memudahkan. Ajal, maut dah ditentukan.

Untuk pengurusan risiko, memang perlu ambil cakna, terutama warga emas tentang kelebihan dengan visa umrah. Namun sebenarnya coverage dan perlindungan adalah sama bagi kedua-dua visa dalam soal kemasukan ke hospital. Cuma kos-kos dalam menguruskan jenazah, bagi visa pelancong kebiasaannya perlu ditanggung sendiri, dan perlu claim kemudian dengan pengendali insurans.

Sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah buat arwah. Al Fatihah (dibaca)

Posting asal
https://www.facebook.com/groups/249567828801379/permalink/1716985292059618/

@NotaUmrahDIY
GROUP TELEGRAM Forum Umrah DIY

Lama dah tak buka group tertutup ni. Admin buka buat sementara waktu. Kalau ada scammer masuk admin terus katup balik 😁

Klik dan join group

https://www.tg-me.com/+qV7m9CsVd8U5MmQ1
SAR 12.50 harga baru air zam zam di airport

Dahulu SAR 9.50

📷 Prof Saidfudin Mas'udi

@NotaUmrahDIY
[ Ini bukan iklan berbayar ]

Anda teringin nak ke Palestine ?

Sekiranya anda berhasrat, admin rekemen pergi dengan Ustaz Amin ALCC, travel agent yang paling mahir hal ehwal disana. Pengisian mantap Inshaallah kerana selalu menjadi rujukan kami kalau ke sana. Trip terdekat ALCC pada Israk Mikraj nanti. Admin pun dah lama berhasrat nak pergi semasa Israk Mikraj

https://www.facebook.com/photo?fbid=917532203075637&set=a.256624459166418

@NotaUmrahDIY
Senarai penuh 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Musim Haji 1445H/2024M

📷 Tabung Haji

@NotaUmrahDIY
2025/07/09 22:01:46
Back to Top
HTML Embed Code: