‼️‼️‼️ BERITA BAIK PADA TAHUN BARU 2024, HARGA TOURIST VISA TURUN LAGI. ANDA JIMAT HAMPIR RM100 BERBANDING APPLY di platform visitsaudi atau VOA
Setelah beberapa masalah teknikal untuk permohonan visa dari warga Malaysia melalui platform https://ksavisa.sa/ sewaktu pelancarannya beberapa minggu lalu, kini anda boleh apply tourist visa tanpa rasa ragu menggunakan platform tersebut
Ya, harganya lebih murah dari apply di visitsaudi atau VOA
Harga bermula dari USD109.5 sahaja ~ RM502.6 tukaran terkini tarikh 1 Jan 2024. Harga akhir visa bergantung kepada pemilihan syarikat pengendali takaful / insurans kesihatan
Sebarang soalan boleh komen di halaman ini. Team kami akan membantu anda
📸 Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/B8FUCWNeg5F74j95/?mibextid=A7sQZp
@NotaUmrahDIY

Ya sememangnya terjadi
Nak Umrah DIY, kena pergi kursus umrah. Belajar berguru dan dalami. Bukan belajar dari youtube sahaja. Dah sampai sana, wajib ambil khidmat mutawwif untuk bimbing umrah anda sampai habis
Itu kekadang aneh-aneh tindak tanduk jemaah. Esok nak berlepas, hari ni masih tanya soalan miqat di mana. Itu belum yang berhelah ada urusan kerja di Jeddah lagi. Adeh

TH telah mengumumkan kadar Bayaran Haji bagi musim haji 1445H/2024M.
Alhamdulillah, TH masih meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muasassah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini.
Tabung Haji

SOAL JAWAB
Soalan
Permohonan online visa tourist ni banyak medium boleh apply ke ?
Jawapan
Untuk permohonan online sebelum berangkat, yang rasmi 2 sahaja seperti di bawah ini. Yang lain semua 3rd party dan harga sembelih. Selain mohon online, boleh juga mohon visa tourist sejurus ketibaan di Airport Saudia (VOA : visa on arrival)
1. ksavisa.sa
- paling reliable dan murah
2. visa.visitsaudi.com
- sejak 2019

‼️‼️‼️PERHATIAN‼️‼️‼️
Permohonan di portal http://ksavisa.sa bagi warga Malaysia yg menetap di Malaysia setakat ini adalah terhad kepada TOURIST VISA SAHAJA.
Walaupun terdapat option Transit Visa, permohonan anda akan SELAMANYA berstatus “Send to Representative” sehinggalah ke hari penerbangan. Tak perlu buang duit dan masa memohon di sini, walaupun anda boleh cancel dan meminta refund selepas tersedar.
JADI, ELAKKAN dari MEMOHON TRANSIT VISA melalui portal ksavisa. Setakat ni, hanya permohonan melalui website Saudia sahaja yg berjaya mendapatkan transit eVisa.
Jangan habaq kami ❌ payung info

Assalamualaikum.
Maaf saya perhatikan ramai jemaah berminat ziarah Al-Ula, tetapi sefaham saya tempat ini diwarta tempat yang dilarang oleh Rasulullah untuk pergi (Kota terkutuk). Mungkin ada kesilapan fakta tentang maklumat sebab Saya cuma google & dapat maklumat menerusi video saja. Jika ada yang arif mungkin boleh beri pencerahan. Saya budak belajar. Terima kasih. ☺️
Jawapan
Al Ula tu besar tuan
Nabi ada solat di kawasan al Ula, dan tempat tu ada binaan Masjid.
Yang ditegah tu, kawasan al Hijr (Madain Salleh)
Tuan bayang KL, ada Setapak, Gombak, Selayang, Kepong dll. Katakanlah Madain Salleh tu di Kepong, tak kan kita nak kata mereka yang pi Gombak pun pi kawasan yang dilarang
Mereka pegi ke Old City, Jabal al Fil, tu semua jauh dari kawasan al Hijr
Jadi tidak tepat mengatakan Al Ula keseluruhan itu tempat yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W
#soaljawab

Inshaallah team admin bersama elite circle @NotaUmrahDIY & @ForumUmrahDIY seramai 52 orang kesemuanya akan mula berangkat awal pagi nanti ke Europe dengan menggunakan Saudi Airlines
Trip rareunion kali ini sedikit unik kerana akan turut mengerjakan Umrah DIY. Sebahagian menggunakan visa transit, mohon di website Saudia. Sebahagian menggunakan visa pelancong kerana akan tinggal lebih dari 4 hari (96 jam) di Saudi
Alhamdulillah dapat tiket promo Saudi sekitar RM 2600 saja. Plus pakej ground europe boleh jimat RM 2000 seorang berbanding pergi dengan agensi pelancongan tempatan. Jimat dan trip pula lebih lama. Walaupun trip urus sendiri, macam biasa persiapan rapi tetap dilakukan
Rajin-rajin jenguk Saudia kerana Saudia yang sekarang dah tak macam dulu. Selalu buat promo
Untuk trip terbuka Inshaallah hujung tahun ini kami akan anjurkan kembali trip Umrah DIY Winter 6.0. Rasai pengalaman trip Umrah DIY sebenar dengan menyertai trip kami cuti sekolah hujung tahun ini
Akan dilancarkan sedikit masa lagi bila semuanya sudah sedia. Nantikan
Kalau anda flight sama SV841 pukul 2.15 pagi ni, bolehlah bertegur sapa nanti 😍

ADAB-ADAB DAN KAEDAH MENZIARAHI NABI SAW
Berikut adalah adab-adab dalam menziarahi makam Rasulullah SAW berdasarkan kitab fiqh kontemporari yang terkenal dalam mazhab al-Syafi’e iaitu al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e.
Antara adab-adab yang disebutkan adalah:
✅ Sunat berazam menziarahi Nabi SAW dan masjidnya ketika menuju ke Madinah supaya mendapat pahala kedua-duanya. Begitu juga, sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dalam perjalanan tersebut.
✅ Sunat mandi sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada kemudahan, mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan pakailah pakaian yang paling bersih.
✅ Apabila sampai di pintu masjid, Nabi SAW melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca:
*أَعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَبِسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنِ الشَّيْطَاِن الرَّجِيْمِ، بِسْمِ اللهِ، وَالْحَمْدُلله، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ*
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung, dengan zat-Nya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang Maha Qadim, daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya, dan sejahterakanlah mereka! Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untukku.”
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Zikir dan doa ini sunat dibaca di setiap masjid, sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa hadith sahih dan yang lainnya.”
✅ Setelah bersolat di Raudhah, pergilah ke maqam Baginda yang mulia. Berdirilah di situ dengan membelakangi kiblat dan menghadap dinding maqam kira-kira 4 hasta jaraknya daripada bahagian kepala.
Sambil tunduk menghadap dinding maqam, kosongkanlah fikiran daripada hal-hal keduniaan, seolah-olah berhadapan dengan Baginda dengan segala kemuliaan dan kedudukannya yang tinggi dan ucapkanlah *salam dengan perlahan*:
*السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهَ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا نَبِيَّ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيْرَةَ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيرَةَ رَبِّ العَالَمِيْنَ. جَزَاكَ اللهُ يَا رَسُوْلَ اللهَ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَى نَبِيًّا وَرَسُوْلاً عَنْ أُمَّتِهِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُوْلِهِ مِنْ خَلْقِهِ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّيْتَ الأَمَانَةَ، وَنَصَحْتَ الأُمَّةَ، وَجَاهَدْتَ فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ*
Maksudnya: “Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.”
✅ Kemudian, bergeraklah sedikit ke kanan di tempat kubur Abu Bakar dan ucapkanlah salam:
*السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرِ الصِّدِّيْقِ*
Maksudnya: “Sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar al-Siddiq.”
✅ Kemudian, bergerak lagi ke kanan di tempat kubur Umar bin al-Khattab dan ucapkanlah salam:
*السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا عُمَرَ بِنْ الْخَطَّابِ*
Maksudnya: “Sejahtera ke atasmu wahai Umar bin al-Khattab.”
✅ Kemudian, keluar ke kawasan lapang dan jika ingin berdoa, sambil menghadap kiblat, berdoalah untuk diri sendiri dan semua orang Mukmin, sebarang doa yang dihajati. Sesungguhnya itulah masa berdoa yang mustajab, Insya-Allah.
Wallahu A'alam.
Kredit : Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Amat penting buat semua yang dianugerahkan peluang ke tanah suci ( yang membimbing dan yang dibimbing ) supaya sentiasa mengulang baca adab-adab ketika di tanah mulia tersebut .
Apabila tidak mengetahui adab , tidak mustahil untuk seseorang itu melakukan apa sahaja yang terlintas di hatinya.
Ketika di tanah suci , tidak sedikit mereka yang lebih kerap ke kedai makan berbanding ke masjid untuk solat fardhu 5 waktu . Tidak sedikit juga mereka yang bilangan hantarannya di media sosial lebih banyak berbanding membaca Al-Quran .
جعلنا الله تعالى وإياكم ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه .
Oleh
Muhammad Abdul Adzim Husin

Lagi isu bedal haji
Usah tertawan dengan iklan pakej bedal murahan walaupun si penjual itu berjanggut dan lebai kerana ramai berkata berniaga agama lagi untung dari berniaga unta
Tanggungjawab kita dengan menyebarkan mesej kesedaran
https://www.facebook.com/share/p/AzoA6a8SNiKSnmqE/?mibextid=xfxF2i

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN”
1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat. Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.
2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
3. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu.
Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content!
قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162]
https://umrahdanhaji.com
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Forwarded from Pemburu Tiket ✈️
Harga tiket penerbangan ke Jeddah untuk tarikh 10 malam terakhir Ramadan 👇🏽
Saudi Airlines
KUL - Jeddah; Madinah - KUL
RM2,927
✅ 2X23kg checked baggage
✅ end of Ramadan
✅ direct flight. No transit
Tempahan menggunakan app Traveloka. Masukkan coupon code “TTF208” untuk dapat diskaun sebanyak RM208. Kalau harga tiket lebih RM3200, boleh guna kod “TTF338” (disc. RM338)

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗦𝗔 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗜𝗦𝗧
Sekatan masuk Makkah masa Musim Haji 🫣
Berhati-hatilah dengan tawaran manis Haji Visa Tourist /Pelancong; tidak dibenarkan berada di Makkah dalam tempoh tersebut.
.
Prof Saidfudin Mas'udi

Perancangan Ramadhan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya
https://www.youtube.com/watch?v=82-VqR2ZAa4
@NotaUmrahDIY
https://www.youtube.com/watch?v=82-VqR2ZAa4
@NotaUmrahDIY
YouTube
Ustaz Shamsuri Ahmad-Perancangan Ramadhan
IKTIKAF BACKPACKERS 10 AKHIR RAMADAN
Alhamdulillah, Ramai yang berminat untuk Iktikaf 10 malam akhir di Masjidil Haram. Ni sedikit perkongsian macam mana nak iktikaf secara total di Masjidil Haram untuk 10 hari terlahir Ramadhan tanpa perlu ptinggal di Hotel, berdasarkan pengalaman 2022 dan 2023.
Cadangan Keperluan:
• 1 Backpack (size 20-30 liter je) kalau boleh ada padding di blkg utk buat bantal
• 1 bag woven (utk isi food untuk bawa dalam Masjid)
• 2-3 powerbank (kalau dah abis minta tlg kawan/jemaah Iktikaf yang balik hotel tolong cajkan)
• 1 Jubah 1 helai berwarna (pilih yg plg selesa)
• 1 Jubah Raya (Optional)
• 1 Tshirt dry fit - sy beli decathlon
• 1 Seluar jubah (sy pakai trackbottom 3 quarter. Sbb dry fit)
• Minyak attar/oud/kasturi
• Toilettries (isi botol kecik2 untuk jimat ruang)
• Disposable Underwear.
• Pampers dewasa 1 (in case 😅)
• Ihram Umrah (leh buat selimut dan towel)
• Sambal2 paket kecik/sachet kopi (kopi bancuh ng Air Zam2 je)
• Sejadah duduk (rujuk gambo).
• Quran kecil (untuk ikut/semak bacaan Imam ketika Tarawih & Tahajjud)
Port Iktikaf
Tmpt yang sy pilih ialahdi new expansion di gate 136 (masuk ikut gate 114), sbb:
• selesa
• kurang traffic drp jemaah Umrah dan tandas yg sangat
• dekat
• Tapi tiada plugpoint (tu sbb bawak 2-3 Powerbank).
Berbuka/Sahur
• Iftar inshaAllah disediakan/ Sahur ramai je yang open
Lain-lain
• Mandi dan basuh baju di tandas (boleh jemur sekejap di luar)
• Perempuan pon ramai je iktikaf, kebanyakannya di tingkat 1.
Ada soalan boleh tny kt ruang komen ye. InshaAllah sy cuba jawab.
Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/3TgTq5TTo37mjw1S/?mibextid=xfxF2i

🟢 #DidYouKnow | Palestinian Airlines was established in 1995, initially operated flights from El Arish International Airport in Egypt due to the lack of an operational airport in Gaza. The airline relied on Fokker F27 and F50 aircraft for regional flights while also utilizing a Boeing 727-200 (SU-YAK) #Airways #Aviation
📸: Perry Hoppe
@NotaUmrahDIY
📸: Perry Hoppe
@NotaUmrahDIY
AMAL SEDIKIT GANJARAN BANYAK
Firman Allah Subhanahu Wa Taala:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya : Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah Al-Qadr : 3)
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة
Maksudnya : Barangsiapa yang bersolat malam/ tarawih(pada malam-malam Ramadhan) bersama imam sehingga dia bersurai(selesai solat), tertulis untuknya pahala solat semalaman penuh.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda :
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
'Barangsiapa yang menghadiri solat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala solat separuh malam. Sesiapa yang melaksanakan solat ‘Isya dan Subuh berjamaah, pula, maka baginya pahala solat semalaman penuh.'
(Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmidzi)

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maksudnya : Dua kalimah yang ringan/mudah untuk disebut, tetapi berat di dalam Al-Mizan(timbang amalan di akhirat), dan dicintai Ar-Rahman :
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dan segala pujian untukNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi amalan-amalan lain yang Allah janjikan ganjaran-ganjaran yang besar. Dalam memburu Lailatul Qadr di 10 malam terakhir Ramadhan ini, rancanglah apa yang kita mampu untuk laksanakan. Semakin banyak amalan kita semakin baik dengan syarat konsisten. Kerana Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila ditanyakan tentang sebaik-baik amalan, baginda pernah menjawab :
أدومها وإن قل
Maksudnya : Apa yang konsisten walaupun sedikit.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Dr Abu Anas Madani