Telegram Web Link
Terbaca posting ini di FB Group BBM tentang trip ke Syria bulan lepas. Terimbaulah kenangan Admin secara tidak dirancang dapat masuk ke Syria ketika trip Mega 2.0 lepas. Ketika tu Israel tengah ghairah “pancung” group leader dari memasuki Palestine, jadi admin tidak dapat masuk bersama jemaah. Asbab ni juga ditambah sebab-sebab lain admin jadi serik nak anjur Trip ke Palestine lagi dah. Kemana-mana pun selepas itu, lebih selesa dengan circle sediada sahaja kerana mereka sudah saling memahami

Dalam masa 2 hari ikhtiar, akhirnya alhamdulillah dapat permit kebenaran dari Syria. Seawal subuh kami terus bergerak ke sempadan. Dari sempadan menuju ke Damascus, banyak sekali check point tentera. Itu belum cerita lagi entah berapa kali ditahan kereta kastam ditepi jalan. Penuh keterujaan sepanjang ziarah mengejut ke Syria ini, lagi menarik kalau dapat dibukukan kembara ini. Tapi itulah, admin dah berapa kali dah tulis padam tulis padam sebelum ini 😆

Kasi #teaser dulu. Admin memang berhajat untuk ke Syria lagi hujung tahun ini. Nak gerak 1 kereta sahaja, 4 orang lelaki. Perlu lagi 2 orang lelaki anak muda bawah 35 tahun. Nak join ? Nantikan maklumat lanjut…

*

SYRIA IS FREE

Trip ziarah Syria di bawah kepimpinan baharu. 2 - 7 Februari 2025.

Awal Februari 2025 kami berpeluang untuk masuk ke Syria. Suasana di ibu negara Syria, Damsyik agak berbeza dari yang sebelum ini. Maklumlah kerajaan regim sebelum ini sudah digulingkan dan kerajaan baharu pula yang memerintah.

Asalnya kami tidak dibenarkan masuk ke Syria disebabkan kerajaan di sana belum stabil dan masih dalam keadaan bahaya. Askar-askar regim Basyar masih ramai yang menyorok dan melarikan diri ke Lubnan dan Iraq.

Hanya warganegara Syria dan Lubnan sahaja dibenarkan untuk masuk ke Syria, hatta warganegara Jordan sendiri pun tidak dibenarkan untuk masuk ke sana. Kalau nak masuk juga mesti ada surat kebenaran dari kementerian dalam negeri Jordan. Memang rumit.

Syarikat Bas di Jordan juga tidak dibenarkan menjual tiket bas kepada warganegara selain daripada Syria dan Lubnan. Akhir sekali kami cuba masuk ke Syria dengan teksi tanpa surat kebenaran kementerian dalam negeri dan hanya berbekalkan passport Malaysia.

Awalnya pemandu teksi tu tak nak hantar kami ke sana. Kemudian setelah beberapa sesi pujukan akhirnya dia setuju. Setibanya kami di pintu sempadan Jordan - Syria, imigresen minta surat kementerian dalam negeri, tapi kami bagitahu mereka tak ada. Kemudian mereka membenarkan kami masuk ke kawasan kastam kemudian ke kaunter cop passport di pejabat Imigresen sempadan Jordan - Syria. Tak sampai 10 minit siap semua urusan.

Kemudian kami bergerak pula menuju ke Imigresen Syria. Masa mula-mula masuk Syria tu memang meremang. Lain macam suasana kat sana. Askar yang jaga sempadan pakai seluar jeans dan baju t-shirt biasa je. Kemudian ada banyak jenis pakaian askar-askar yang berbeza-beza. Ini disebabkan kerajaan baharu di Syria sekarang hasil gabungan daripada beberapa pasukan mujahidin. Jadi pakaian mereka berbeza.

Setelah merentasi check point tentera sempadan, kami masuk ke Imigresen. Tak sampai 10 minit siap urusan cop passport. Hanya kami warganegara bukan arab, yang lain semuanya arab. Mereka macam tengok pelik kat kami, macam mana orang bukan arab boleh masuk, orang Jordan sendiri pun tak boleh masuk.

Duit Syria sekarang ni makin naik. Bulan September 2024, tukar 100usd dapat 1.8juta lira. Tapi Februari 2025 haritu, tukar 100usd dapat 800k lira sahaja. Harga barang tak turun. Jadi kos di sana agak mahal. Kos di sana selama 5 hari sekitar Rm1500.

Amman - Damascus : Rm200
Hotel 4 Bintang : Rm440
Damascus - Amman : Rm130
Tax keluar jordan : Rm60
Transport dalam Syria : Rm230
Makan & Minum : Rm260
Shopping : Rm200

Secara keseluruhan, keadaan di Syria sekarang selamat untuk dikunjungi dan rasa lebih aman di bawah kepimpinan kerajaan baharu. InshaAllah tunggu kerajaan mereka stabil dulu, nanti kami masuk lagi ke sana. Saya kongsikan gambar dan sambungan cerita di gambar kat bawah.

Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1Y8cXky8hL/?

@NotaUmrahDIY
Solat di masjid terdekat!

Fadilat solat di Masjidil Haram merangkumi semua masjid yang terletak di dalam sempadan Haram, yang mana memanjang beberapa kilometer ke semua arah.

📷 MoHU

@NotaUmrahDIY
3.25% dividen Tabung Haji

@NotaUmrahDIY
Sebelum mula Solat Tahajjud di Mekah malam 21 Ramadan tadi Syeikh Sudais memberi 3 pesanan penting. Ini pesannya»

1.Keutamaan 10 Malam Terakhir Ramadan

Sheikh Sudais menekankan bahawa Allah telah memberi kemuliaan kepada mereka yang berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam-malam ini. Beliau mengingatkan bahawa tempat yang mulia dan waktu yang istimewa ini adalah anugerah besar yang setiap Muslim harus manfaatkan sebaiknya.

Beliau turut mengingatkan tentang keistimewaan Lailatul Qadr, berdasarkan firman Allah:

> "Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan." (Al-Qadr: 3)

Serta sabda Rasulullah ﷺ:

> "Sesiapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran daripada Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan akan datang." (Hadis Muttafaq 'Alaih)

Beliau menjelaskan bahawa amal ibadah pada malam tersebut lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan, dan oleh itu, setiap Muslim hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam ibadah sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.

2. Nasihat kepada Jemaah dan Pengunjung

Sheikh Sudais turut menasihati para jemaah dan pengunjung Masjidil Haram agar:
Memperbanyakkan ibadah seperti solat, doa, zikir, dan membaca al-Quran.
Memanfaatkan setiap saat dengan amal soleh kerana keutamaan 10 malam terakhir sangat besar.
Mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran pergerakan jemaah dan mengelakkan kesesakan.
Menghormati kesucian Masjidil Haram dengan menjaga adab dan akhlak sepanjang berada di tempat suci ini.

3.Di akhir ucapannya, Sheikh Sudais mendoakan:
🕌 Semoga Allah menerima segala ibadah kita pada bulan Ramadan ini.
🕌 Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus beribadah dengan penuh keikhlasan.
🕌 Semoga umat Islam diberikan keselamatan, keberkatan, dan kesejahteraan.
🕌 Semoga Ramadan tahun ini membawa kebaikan dan dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang dalam keadaan lebih baik.

Beliau mengakhiri dengan harapan agar umat Islam di seluruh dunia dapat terus menikmati keberkatan Ramadan dan menjadikan bulan ini sebagai peluang untuk meningkatkan ketaqwaan serta mendekatkan diri kepada Allah.

Perkongsian dari
FB Nur Atiqah Othman

@NotaUmrahDIY
Saya terbaca satu hadis yang menarik untuk kita amati dan hayati bersama di penghujung Ramadan ini, di tengah-tengah kekalutan dalam pelbagai isu.

Daripada Ubadah bin al-Samit RA berkata:

خَرَجَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لِيُخْبِرَنَا بلَيْلَةِ القَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنَ المُسْلِمِينَ فَقَالَ: خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بلَيْلَةِ القَدْرِ، فَتَلَاحَى فُلَانٌ وفُلَانٌ، فَرُفِعَتْ وعَسَى أنْ يَكونَ خَيْرًا لَكُمْ، فَالْتَمِسُوهَا في التَّاسِعَةِ، والسَّابِعَةِ، والخَامِسَةِ.

"Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk memberitahu para sahabat bilakah akan berlaku Lailatul Qadr. Kemudian baginda SAW melihat dua orang Muslim sedang bertengkar.

Baginda SAW bersabda:

Aku keluar untuk memberitahu kalian tentang Lailatul Qadr, namun ada fulan dan fulan sedang bertengkar. Lalu ilmu berkenaan Lailatul Qadr telah diangkat. Moga-moga ia lebih baik untuk kalian.

Carilah Lailatul Qadr pada malam 27, malam 29 dan juga malam 25."

(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan Nabi SAW mengetahui bila akan berlakunya Lailatul Qadr dan mahu memberitahunya kepada para sahabat, namun akibat pertengkaran oleh dua orang muslim itu menyebabkan ilmu mengenai bilakah Lailatul Qadr berlaku diangkat.

Ibn Battal berkata ketika mensyarahkan hadis ini:

وهذا يدل أن الملاحاة والخلاف يصرف فضائل كثير من الدين، ويحرم أجرًا عظيمًا؛ لأن الله تعالى لم يرد التفرق من عباده، وإنما أراد الاعتصام بحبله

"Ini menunjukkan bahawa pertengkaran dan perselisihan akan menjauhkan kita dari banyak kelebihan dalam agama serta terhalang dari mendapat pahala yang besar. Ini kerana Allah tidak mahu perpecahan berlaku dalam kalangan hambaNya, bahkan Dia mahukan para hamba-Nya sentiasa berpegang dengan tali Allah."

Ibn Abdil Barr pula berkata:

وَأَمَّا الْمُلَاحَاةُ فَهِيَ التَّشَاجُرُ وَرَفْعُ الْأَصْوَاتِ وَالْمُرَاجَعَةُ بِالْقَوْلِ الَّذِي لَا يَصْلُحُ عَلَى حَالِ الْغَضَبِ

"Maksud al-Mulahah adalah pertengkaran dan meninggikan suara dengan perkataan yang tidak patut ketika sedang marah"

Ya, kita sama-sama suarakan kebenaran dan tegakkan keadilan. Namun marilah kita sama-sama berhati-hati supaya tidak sampai terjebak dalam pertengkaran yang melibatkan قول الزور iaitu kata-kata nista dan cerca.

Sabda baginda SAW bahawa ia lebih baik untuk kalian adalah bermaksud apabila ilmu berkenaan bilakah Lailatul Qadr diangkat, maka para hamba akan bersungguh-sungguh mencarinya dengan beribadah seterusnya mendapat banyak pahala dan ganjaran.

Dalam hadis ini juga Nabi SAW menyarankan kita mencari Lailatul Qadr pada 3 malam:

1. Malam 25
2. Malam 27
3. Malam 29

Malam 25 sudah berlalu semalam. Semoga kita direzekikan kesungguhan untuk mencari Lailatul Qadr ini pada malam-malam yang berbaki serta 2 malam yang disebutkan iaitu malam 27 dan malam 29.

Perkongsian oleh
Ustaz Usaid Subki

@NotaUmrahDIY
HAJI TANPA VISA YANG SAH

Saya nak tulis perkara ni sekali sahaja, semoga sampai pada mereka yang berkenaan.

Sejak 2 tahun lepas, telah bermula satu gerakan membawa jemaah pergi menunaikan haji tanpa visa yang sah.

Modus operandinya, mereka akan masuk pada bulan syawal menggunakan visa selain visa haji, kemudian akan tinggal di Makkah secara senyap sehinggalah tiba musim haji.

Tunai haji tanpa visa yang sah ni bukan perkara baru, ini perkara yang berlaku setiap tahun. Nak kawal jutaan manusia bukan sesuatu yang mudah.

Tapi tahukah anda apa yang paling menjijikkan?

Yang paling menjijikkan adalah mereka yang tanpa segan silu mempromosikan haji tanpa visa yang sah.

Tanpa segan silu, mereka sediakan pakej yang kelihatan murah, bila tiba disana, baru timbul bermacam masalah.

Tanpa segan silu, mereka ajak semua orang pergi haji seperti seorang PATI.

Ramai juga kawan2 saya yang pergi haji begini, tapi mereka pergi sendiri, senyap senyap tanpa ajak orang lain.

Saya rasa ralat nak bercakap pasal ni, tapi kalau tak cakap, makin ramai akan kena tipu dengan sebahagian manusia yang mencari makan dengan cara begini.

Tahun tahun mendatang, kalau Malaysia pula yang dikenakan sekatan perjalanan, ditarik semula nikmat visa pelancong yang kita nikmati, saya harap mereka yang sedang aktif mencari mangsa sekarang ini dapat insaf dan menyesali perbuatan mereka.

Coretan oleh Mursyid Halim

@NotaUmrahDIY
Kementerian Haji dan Umrah menetapkan 29 April 2025 tarikh akhir kepulangan jemaah umrah

📷 FB Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

@NotaUmrahDIY
Antara amalan yang sering dipesan oleh para masyaikh untuk diamalkan, terutamanya ketika menunaikan umrah.

Ringkas dan mudah untuk di amalkan, tetapi ganjarannya luar biasa Masyaallah ! Lebih-lebih lagi apabila dilakukan di tanah suci, pahala yang diperoleh berlipat kali ganda.

@NotaUmrahDIY
‼️ HARAP MAKLONG ‼️

Persediaan musim Haji 1446H

Baca dengan jelas point kedua.
Kemasukan bermula 25 Syawal = 23 April hanya untuk pemeqang Iqama (resident) Makkah dan permit khas perkerja di Makkah sahaja ‼️

📷 FB Inside the Haramain

@NotaUmrahDIY
Jangan Tunaikan Haji Tanpa Permit!

Kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan yang ketat bagi melindungi jemaah dan memastikan ibadah Haji berjalan lancar.

Menunaikan Haji tanpa permit atau membantu orang lain melakukannya boleh dikenakan denda.

Antara hukuman yang dikenakan:

1) Penjara 15 hari untuk setiap orang yang membawa jemaah tanpa permit.
2) Denda SAR10,000 (RM11,768.00+-) untuk setiap jemaah yang tidak sah.
3) Nama pesalah akan diumumkan kepada umum.
4) Warganegara luar Saudi akan diusir & dilarang masuk semula ke Arab Saudi.
5) Kenderaan disita (sehingga 3 kenderaan jika digunakan untuk pelanggaran ini).

Jangan ambil mudah. Rancang Haji tuan puan ikut saluran yang sah demi keselamatan, keberkatan dan kelulusan dari pihak berkuasa.

Allahu A'lam.

Terjemahan: Abu Nuha Nuwairah

@NotaUmrahDIY
𝗣𝗔𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Ikuti langkah-langkah berikut untuk melaporkan kehilangan dan memohon pasport baharu.

𝟭. 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀

Laporkan kehilangan pasport di balai polis negara berkenaan dan simpan salinan laporan untuk urusan seterusnya.

𝟮. 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗶𝗴𝗿𝗲𝘀𝗲𝗻 / 𝗞𝗲𝗱𝘂𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 / 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

Serahkan laporan polis sebagai bukti kehilangan dan mohon Sijil Perakuan Cemas (SPC) untuk membolehkan anda pulang ke Malaysia.

𝟯. 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

Hadir ke Unit Kehilangan dan Kerosakan, Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia, lengkapkan borang permohonan dan dapatkan cop sumpah. Sediakan dokumen berikut:

- Kad pengenalan
- Sijil Perakuan Cemas
- Proses Permohonan Pasport Baharu

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my

Untuk menonton video:

Facebook rasmi JIM: https://www.facebook.com/share/v/15u7npHqXK/

Instagram rasmi JIM: https://www.instagram.com/reel/DHSqro7hVZr/?igsh=cWJsMWduaTh5d3c2

#PasportHilang #ImigresenMalaysia #SPC #JIM #PasportBaharu #JIMCare #infojim #MalaysiaMadani

© 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 | 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

@NotaUmrahDIY
Forwarded from Pemburu Tiket ✈️
Qatar Airways
KUL - Jeddah - KUL
RM2,138
.
.
Senarai kod promosi bagi destinasi Saudi Arabia:

Flight ke Saudi Arabia:
✈️ RM400 off: FLYSA400
- untuk penerbangan terpilih ke Arab Saudi

✈️ RM500 off - FLYSA500
- untuk penerbangan ke Arab Saudi dengan SAUDI sahaja


Hotel di Saudi Arabia
🏨 RM200 off - SA200H
- minimum spend RM500

🏨 RM400 off - SA400H
- minimum spend RM1000

Tempahan melalui app Trip. Bpleh lihat baca terma & syarat kod promosi di sini: https://invl.me/clmotrg
Todiaa boleh dapat RM 179 one way, tapi tarikh berisiko. Jom target promosi diskaun RM 1000 pada 7hb ni. Ada rezeki boleh buat umrah cuti sekolah Disember ni

@NotaUmrahDIY
Alhamdulillah. Perkembangan yang menarik yang perlu dikongsi. Trip Mega 4.0 ke Syria pula ke tahun depan ? 😁

* * * *

Trump umum dia akan menggugurkan sekatan ke atas Syria.

Trump berkata keputusannya untuk menggugurkan sekatan terhadap Syria dibuat selepas dia mengadakan perbincangan dengan Presiden Turki, Erdogan, dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS).

“Sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada Syria, dan saya ucapkan semoga berjaya kepada mereka.”

Berita ini sangat penting untuk Syria kerana pengumuman bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menggugurkan sekatan terhadap Syria boleh membawa kesan besar dari segi ekonomi, kemanusiaan dan politik. Berikut penjelasan lanjut:

1. Kesan Ekonomi

Sekatan AS selama ini telah menyekat akses Syria kepada sistem kewangan antarabangsa, pelaburan asing, dan import barangan penting (seperti ubat-ubatan, bahan binaan, dan bahan api). Jika sekatan ini digugurkan:
• Ekonomi Syria mungkin boleh mula pulih perlahan-lahan.
• Perdagangan dan pelaburan boleh meningkat.
• Kos hidup rakyat mungkin akan turun.

2. Kesan Kemanusiaan

Sekatan ekonomi sering memberi kesan besar kepada rakyat biasa:
• Kekurangan makanan, ubat, elektrik, dan perkhidmatan asas jadi lebih teruk.
• Pelonggaran sekatan boleh membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan sampai dengan mudah.
• Rakyat Syria yang telah lama menderita akibat perang dan sekatan mungkin mendapat sedikit kelegaan.

3. Kesan Politik
• Ini mungkin petanda bahawa AS bersedia mengubah pendekatan terhadap Syria.
• Ia boleh membuka ruang untuk rundingan damai, normalisasi diplomatik, atau penglibatan antarabangsa yang lebih positif.
• Jika benar ada kerajaan baru di Syria yang disebut oleh Trump, ini boleh memberi harapan untuk perubahan dalaman.

4. Kesan Serantau
• Negara-negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Turki juga mungkin mendapat manfaat jika Syria mula stabil.
• Pelarian Syria mungkin dapat pulang dengan lebih selamat jika keadaan bertambah baik.

Namun begitu, ini juga bergantung kepada syarat atau situasi politik sebenar di sebalik keputusan ini—kadang-kadang ia hanya kenyataan politik tanpa tindakan segera.

Kesimpulan: Jika benar sekatan AS digugurkan, ini berpotensi menjadi titik perubahan penting bagi Syria selepas lebih satu dekad konflik.

Perkongsian oleh :
FB Kapten Asri Khalid

@NotaUmrahDIY
2025/07/08 08:02:34
Back to Top
HTML Embed Code: