Panduan Menggunakan Buggy untuk Tawaf dan Sa’ie (2025)
Bagi jemaah warga emas, orang kurang upaya atau mereka yang memerlukan bantuan mobiliti perkhidmatan buggy di Masjidil Haram merupakan solusi terbaik bagi memudahkan ibadah tawaf dan sa’ie tanpa mengurangkan nilai ibadah itu sendiri.
✅ Langkah-Langkah Penting Menggunakan Buggy:
1- Buat Tempahan Secara Online
Layari laman rasmi: http://carts.alharamain.gov.sa
Maklumat diperlukan:
• Pilihan jenis ibadah
• Jumlah penumpang
• Pilih waktu pelaksanaan
• Pilih lokasi untuk dinaiki Syubaikah / Ajyad (Lokasi Ajyad paling hampir dengan Hotel Rayhar)
• Nama peserta
• Email
• Bayaran
2- Pergi ke Lokasi Stesen Buggy
📍 Stesen buggy terletak di tingkat atas Masjidil Haram (rooftop).
👉 Laluan paling mudah: Ramp Putih berhampiran Pintu King Abdul Aziz
✔️ Tunjukkan e-ticket kepada petugas untuk diimbas sebelum dibenarkan masuk.
3- Naik Buggy yang Kosong (Available)
⏳ Pemandu hanya akan bergerak selepas semua tempat duduk penuh.
💡 Tip: Ingat nombor buggy dan rupa pemandu untuk memudahkan anda kembali ke buggy yang sama selepas solat.
4- Niat Ibadah Seperti Biasa
📿 Sebelum buggy bergerak untuk tawaf, niatlah seperti biasa.
Nikmati ibadah dengan penuh khusyuk walaupun menggunakan kemudahan bantuan.
5- Pantau Skrin Kiraan Pusingan
🖥 Buggy dilengkapi skrin digital yang menunjukkan jumlah pusingan.
Pastikan anda lengkapkan 7 pusingan untuk tawaf dan 7 pusingan untuk sa’ie.
6- Solat Sunat Tawaf di Lokasi Khas
🕌 Buggy akan berhenti sebentar bagi memberi laluan anda menunaikan solat sunat tawaf.
Gunakan masa ini untuk berdoa dan bermunajat.
7- Naik Semula Buggy ke Lokasi Awal
🚙 Selesai solat, naik semula buggy yang sama untuk dihantar ke lokasi permulaan.
Bersabar dan ikut arahan petugas dengan tenang.
🔔 Nota Penting:
✔️ Sepanjang tawaf pastikan bahu sentiasa menghadap Kaabah
✔️ Harga buggy mungkin berbeza mengikut jenis ibadah dan musim. Tempahan awal amat disarankan.
Kredit : Rayhar Travels
@NotaUmrahDIY