Telegram Web Link
Makluman terkini harga Visa on Arrival (VOA) Jun 2024 sudah dipaparkan melalui official website

https://www.visitsaudi.com/en/plan-your-trip/visa-regulations?

kos dalam SR300 + SR95 = SR395 (sebelum ni dalam SR480)

@NotaUmrahDIY
Slot Raudhah kembali ke asal yakni setahun sekali sahaja

📷 Hasnul Hadi

@NotaUmrahDIY
AirAsia X ke Madinah‼️

Tambang pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Madinah bermula serendah RM1,601.

Tempahan menggunakan app AirAsia.

Kalau nak dapat lebih murah kalau booking melalui third party agent seperti Trip/Traveloka/Agoda atau KLOOK.

Sambar cepat!

Kredit : Pemburu tiket Murah

Pssttt.. di traveloka dapat lebih murah. Rujuk gambar ke 3

@NotaUmrahDIY
Etiqa Tripcare 360 Takaful kini baru memperkenalkan polisi takaful secara berkumpulan, maksimum sehingga 21 orang per polisi. Sebelum ini individu, pasangan dan keluarga sahaja. Mohonlah secara online akan peroleh rebat sebanyak 25%

@NotaUmrahDIY
FREE VIP LOUNGE PASS

Ya betul free. Anda terus layak peroleh pass percuma ini selepas melakukan 3 tempahan hotel/flight etc melalui aplikasi Trip.com untuk mencapai status platinum. Tier bermula dengan silver, gold, platinum dan diamond

Platinum
1x free VIP lounge pass
Diamond
2x free VIP lounge pass

Menarik ke lounge ini ? Pengalaman admin sebelum ni boleh makan sepuasnya, mandi di kamar mandi yang sungguh selesa, siap diberikan tuala dan dapatlah berehat dengan selesa sebelum menanti penerbangan seterusnya

Sebenarnya admin pun baru tahu dapat free pass ni selepas nak buat perbandingan harga hotel dengan agoda. Mujur perasan, jadi boleh la menikmati kemudahan yang disediakan di VIP Lounge nanti. Worldwide, boleh guna di mana-mana airport tersenarai termasuklah KLIA dan Saudi

Dengan anda hanya klik link dibawah dan terus sign up, anda akan terus dapat $10 instant discount dan status silver

* * * * * * * * *

Sign up to Trip·com to get up to £10 off every flight ticket you buy - with no restrictions. Follow the link to sign up!

https://uk.trip.com/sale/4283/referee.html?locale=en-GB&referCode=4A408B1EDD0E1A2C7C836F898834FF78

* * * * * * * * *


Kemudian selepas completed 3 tempahan (hotel, flight etc) anda terus dapat platinum dan melayakkan dapat free airport lounge. Mudah betul ghupenyer. Nak cepat naik tier Platinum, tolong booking hotel/flight etc untuk kekawan 😆

@NotaUmrahDIY
STATISTIKS SAUDI UNTUK PENGEMBARA UMRAH.

Kepada pengembara yang mempunyai minat khusus terhadap umrah/haji, statistik yang D nak kongsi ini inshaAllah berguna untuk anda. Sumber dari Kementerian Pelancongan Saudi.

1. MORE, MORE & MORE PEOPLE

Bilangan inbound tourism (bilangan pengembara yang masuk ke Saudi) meningkat saban tahun, selaras dengan Visi 2030 kerajaan Saudi yang menyasarkan kepelbagaian ekonomi dan beralih dari sektor minyak dan gas. Tahun 2023 mencatatkan jumlah pengembara tertinggi dengan ~130 juta. Ini bermakna, mulai sekarang, bilangan jemaah umrah dan haji hanya akan meningkat saban tahun! Ini memang usaha dan target kerajaan Saudi. Jadi nak pergi umrah/haji lebih baik pergi cepat.

2. THE PEAK TRAVEL MONTHS ARE..

Walaupun carta yang D lampirkan hanya untuk 2023, D telah meneliti statistik sejak tahun 2019, dan ternyata trend perjalanan jemaah agak konsisten. Bulan paling padat di Saudi adalah bulan Ramadhan, musim haji dan Disember. Pastinya harga hotel, kenderaan dan kos tiket kapal terbang akan naik mendadak pada bulan-bulan ini. Siapa yang berurusan dengan ground di tanah suci sudah hadam hakikat eksotik mainan harga di bulan-bulan tersebut.

3. BULAN MANA PALING MURAH?

Bulan yang paling 'low season' adalah betul-betul sebelum dan selepas musim haji. Ia juga adalah sekitar musim panas. Jika nak jimat dan tak nak sesak, inilah waktu yang terbaik. Untuk tahun ini, ia sekitar bulan Mei & Julai. Jemaah DIY pasti dapat merebut tiket & hotel harga berbaloi jika pandai cari.

4. KENAPA ORANG KE SAUDI?

Sebab utama masih untuk tujuan keagamaan (umrah & haji). Pelancongan pun ada juga, cuma tak seramai jemaah umrah/haji.

5. JEMAAH MANA PALING RAMAI?

Setakat ini, hampir setiap tahun jemaah dari Asia (Indonesia, Malaysia, Pakistan, Bangladesh etc) menyumbang bilangan terbesar yang mengembara ke Saudi selain jemaah dari negara GCC (Oman, Bahrain, Quwait, Qatar, UAE & Saudi).

6. BULAN MANA PALING SEJUK?

Kadang kita terlupa Saudi (dan negara Arab lain) ada musim sejuk musim panas. Al maklum, kita di Malaysia ni panas memanjang. Yang ada musim hujan, musim kemarau, dan musim jerebu! Haha..Ok back to the story, bulan paling sejuk adalah Januari dengan suhu sekitar 12-24 degC (Madinah) dan 19-31 degC (Makkah). Madinah sentiasa lebih sejuk dari Makkah memandangkan kedudukan geografi yang lebih utara. Jika angin bertiup di musim sejuk Madinah, bersiap siagalah pakai baju berlapis terutama di waktu awal pagi sebelum Subuh.

7. BILA WAKTU PALING BEST UNTUK MENUNAIKAN UMRAH?

Secara amnya suhu paling nyaman adalah dari bulan November ke Februari. Satu perkara yang kita tidak perasan adalah perbezaan kelembapan udara (humidity) di antara negara kita dan Saudi. Di Malaysia, average humidity level adalah sekitar 80-88%. Ini berbeza dengan Saudi. Contohnya purata humidity Makkah adalah 33-46% manakala Madinah hanya 24-40%! Apa maksud nombor ni? Ketika di Saudi banyakkan minum air ok! Apatah lagi jika musim panas. Udara Saudi sangat kering berbanding negara kita. Tidak hairanlah ketika musim haji, ramai jemaah yang syahid akibat dehydration dan heat stroke.

8. ADAKAH PERBEZAAN MUSIM MEMBERI KESAN?

Anak D yang ada eczema agak struggle ketika di Madinah ketika musim sejuk. Jika anda memiliki kulit sensitif, pastikan kulit anda dilembapkan dengan minyak, lotion atau petroleum jelly ya. D pula asyik terkena renjatan elektric asbab static shock bila tekan butang lif atau tersentuh apa-apa bahan logam. Tips yang D baca adalah jangan sentuh butang lif dengan jari sebaliknya gunakan knuckle (buku jari).

Sekian perkongsian statistik hari ini. Ada banyak statistik lain menanti.

KREDIT
Diyana Swagsarang
Minat maths dan fakta menarik

@NotaUmrahDIY
2025/07/08 03:08:52
Back to Top
HTML Embed Code: