BUAT SEMUA PENGEMBARA DARI MALAYSIA YANG AKAN KE LUAR NEGARA
Jabatan Imigresen Malaysia telah melancarkan #myborderpass untuk pengguna klia.
Sebanyak 40 lane khas diperuntukkan untuk pemegang pass digital ini dan tidak perlu untuk keluarkan passport, amat mudah.
Proses dianggarkan menjimatkan masa hanya kurang dari 10 saat.
Panduan :
1. install aplikasi myborderpass di playstore/applestore.
2. link kan pengesahan kod sulit dalam passport dengan aplikasi.
3. kemaskini identiti dan sahkan.
@NotaUmrahDIY

💉 1 FEBRUARI 2025 💉
Tular mengenai pekeliling baru dari Badan Penerbangan Arab Saudi yang mewajibkan syarikat penerbangan untuk memeriksa bukti vaksinasi Meningokokal Meningitis 10 hari sebelum penerbangan bagi penumpang yang ingin mengerjakan Umrah, tanpa mengira jenis visa (termasuk Visa Umrah atau visa lain) selagi mereka berniat untuk menunaikan Umrah.
Saya telah menghantar emel kepada pihak General Authority of Civil Aviation (GACA) Saudi Arabia untuk dapatkan kepastian.
Jawapan mereka:
*Pekeliling ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.*
Lebih baik ambil dari pening-pening fikir takut ditolak atau tak.
Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1HAc2mshu9/

Panjang posting ini tapi berbaloi untuk dibaca
“Tip traveling untuk orang lama dari pengalaman saya”
https://www.facebook.com/share/p/15b3qu7KHn/?mibextid=wwXIfr

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
In-flight seat chat feature
@ Saudi Airlines
Baru-baru ini semasa dalam penerbangan pulang dari trip rareunion 20 hari ke 6 buah negara eropah bersama alumni FUDIY, admin ada cuba 1 feature baru dari Saudia Airline yakni in flight seat chat. Admin yakin dah lama ada cuma selama ni tak pernah perasan kewujudannya. Jadi admin cuba buat carian, tiada sharing lagi dari orang lain setakat ni.
Haa masa tu naik 787 dreamliner. Semasa penerbangan, admin ada cuba menguji feature ini dengan cuba berkomunikasi dengan beberapa jemaah tak dikenali. (Minta maap sebab tak tahu seat jemaah sendiri, Kah). Ada yang approve tapi mungkin sebab tak perasan message notification berikutnya, jadi terabai message admin kepada mereka 😆
Akhirnya anak “pak cik” depan seat ni jadi bahan uji kaji. Admin nampak dia approve. Kemudian naik message notification pada screen beliau (rujuk gambar ke 3). Malangnya kalau sesiapa tak perasan, pakai habis gitulah tak dilayan.
Jadi selepas ini anda dah boleh berkomunikasi dengan jemaah/keluarga anda sewaktu dalam penerbangan dengan syarat kena tahu mereka duduk di seat berapa. Tak perlulah kena jalan kaki ke depan belakang untuk remind waktu solat sewaktu penerbangan dan sebagainya.
Semoga bermanfaat

Arab Saudi umum simbol baru duit Saudi Riyal
https://www.saudigazette.com.sa/article/649540
@NotaUmrahDIY
https://www.saudigazette.com.sa/article/649540
@NotaUmrahDIY
Fatwa Puasa Kontemporari
[Perkara furū' khilāfiah, tidak perlu diperbesar-besarkan dan terbuka kepada perbahasan berhikmah, lebih utama untuk fokus pada perkara-perkara usul, maqāsid, kulliyāt dan yang disepakati].
1. Dibolehkan bagi wanita yang haid untuk mengambil pil penahan haid bagi membolehkannya berpuasa.
٠ (Fatwa Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhayli رحمه الله).
===========
2. Penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.
٠ Bahan yang terdapat dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit dan hanya akan terjadi sekiranya tersalah teknik semburan.
٠ Oleh itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur dan istinsyāq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu')
٠ Majallah Majma' Fiqh al-Islami 10/913
==========
3. Minyak yang sampai kepada jauf melalui serapan daripada lubang pori-pori (liang roma), kepala atau perut yang disapu minyak dengan sesuatu akhirnya meresap masuk ke dalam, atau celak yang dipakai pada mata kemudian terdapat rasa celak pada tekak, tidak membatalkan puasa kerana ia bukan saluran rongga yang terbuka.
٠ Sebahagian ulama menyatakan, masuk sesuatu pada luka, tidak memberi kesan apa-apa kepada puasa kerana ia bukan saluran terbuka secara asal.
٠ Jurnal Majma' al-Fiqh al-Islami (10/652)
==========
4. Rawatan yang melibatkan rongga yang terbuka adalah membatalkan puasa.
٠ Ini menurut jumhur ulama sepertimana disebut oleh Imam al-Nawawi رحمه الله dalam al-Majmūk 6/330
==========
5. Berbekam tidak membatalkan puasa.
==========
6. Rawatan dialisis samada Hemodialisis (HD) atau Peritoneal Dialysis (PD) tidak membatalkan puasa.
٠ Apa yang difahami dengan membatalkan puasa bukanlah apa yang sampai kepada mana-mana rongga, tetapi apa yang sampai kepada ruang penghadaman untuk makanan dan minuman.
٠ Ubat yang dimasukkan dalam darah untuk proses dialisis pula tidak bertujuan untuk mengenyangkan sebaliknya untuk tujuan rawatan.
٠ Dar al-Ifta al-Misriyyah 1/93, Majma' Fiqh al-Islami 10, 2/290.
==========
7. Suntikan menyalurkan ubat yang memberikan tenaga seperti glukosa membatalkan puasa.
٠ Majma' al-Fiqh al-Islami 3 Julai 1997
==========
8. Penggunaan sublingual medication tidak membatalkan puasa bagi penyakit jantung dan juga lainnya selagi mana ianya tidak ditelan melepasi kerongkong.
٠ Majma' Fiqh al-Islami 93 (1/10)
==========
9. Tahap keseriusan penyakit yang boleh mengharuskan berbuka puasa itu perlu berdasarkan prognosis doktor yang muslim, adil lagi terpecaya.
٠ Hasyiah al-Jamal 2/332
==========
10. Berkumur-kumur menggunakan mouth-rinsing gargle seperti ubat kumur misalnya, tidak membatalkan puasa.
٠ Ini kerana, ia tidak sampai kepada had batin bagi rongga mulut iaitu makhraj huruf al-hā' (ح).
٠ Berkumur-kumur secara gargling hanya melibatkan sekitar had zahir iaitu makhraj huruf al-khā' (الخاء).
٠ Air kumur yang tersisa dalam mulut, sekiranya saki-baki airnya kekal dalam mulut selepas diluahkan, ia tidak membatalkan puasa dan tidak perlu mengeringkannya.
٠ Al-Majmūk 6/327
==========
11. Individu yang dibius dan pengsan bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari, tidak sah puasanya.
٠ Manakala, jika dibius dan pengsan separuh hari, atau pengsan seketika dan tersedar, puasanya sah.
٠ al-Majmūk 6/346
==========
12. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi tidak membatalkan puasa.
٠ Dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
٠ Ini termasuk juga rawatan memutihkan gigi selama mana tidak menelan air semasa proses rawatan.
٠ Majma' Fiqh al-Islami 93 (1/10) 3 Julai 1997
==========
13. Penggunaan ubat mata tidak membatalkan puasa walaupun ubat tersebut terasa ditekak kerana mata bukan rongga terbuka.
==========
14. Para ulama Syafi'iyyah sepakat, penggunaan jarum suntikan (al-ibrah) infus melalui pembuluh darah ketika berpuasa adalah harus sekiranya darurat.
٠ Mereka رحمهم الله berbeza pendapat, adakah batal ataupun tidak, ada 3 pendapat.

٠ Sebahagian ulama Syafi'iyyah memutuskan, penggunaan jarum suntikan tidak membatalkan puasa secara mutlak.
٠ Ini kerana, ia tidak melalui saluran yang terbuka.
٠ Jika jarum suntikan itu melalui rongga yang terbuka, contohnya memasukkan alat suntikan melalui lubang telinga, maka batal puasanya.
٠ al-Majmūk 6/314
==========
15. Merokok membatalkan puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
٠ Orang yang menyedut asap rokok orang sebelahnya, tidak batal puasa kerana ia sukar dijauhi terutama sekali jika berada di tempat orang ramai.
٠ Bughyah al-Mustarsyidin m. 111
==========
Allāmah Dr. Ali al-Qaradāghi حفظه الله:
Isu-isu Kontemporari Berkenaan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa: https://www.facebook.com/share/v/1YcpmsVF62/
Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1XTBBZ6SCc/?mibextid=wwXIfr
@NotaUmrahDIY
٠ Ini kerana, ia tidak melalui saluran yang terbuka.
٠ Jika jarum suntikan itu melalui rongga yang terbuka, contohnya memasukkan alat suntikan melalui lubang telinga, maka batal puasanya.
٠ al-Majmūk 6/314
==========
15. Merokok membatalkan puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
٠ Orang yang menyedut asap rokok orang sebelahnya, tidak batal puasa kerana ia sukar dijauhi terutama sekali jika berada di tempat orang ramai.
٠ Bughyah al-Mustarsyidin m. 111
==========
Allāmah Dr. Ali al-Qaradāghi حفظه الله:
Isu-isu Kontemporari Berkenaan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa: https://www.facebook.com/share/v/1YcpmsVF62/
Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1XTBBZ6SCc/?mibextid=wwXIfr
@NotaUmrahDIY
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Semoga bermanfaat
@ Ihya’ Ramadhan
Link
https://www.facebook.com/share/p/1AM9Nhhabj/?mibextid=wwXIfr
Salam Ramadhan Al Mubarak 💐🌙

Terbaca posting ini di FB Group BBM tentang trip ke Syria bulan lepas. Terimbaulah kenangan Admin secara tidak dirancang dapat masuk ke Syria ketika trip Mega 2.0 lepas. Ketika tu Israel tengah ghairah “pancung” group leader dari memasuki Palestine, jadi admin tidak dapat masuk bersama jemaah. Asbab ni juga ditambah sebab-sebab lain admin jadi serik nak anjur Trip ke Palestine lagi dah. Kemana-mana pun selepas itu, lebih selesa dengan circle sediada sahaja kerana mereka sudah saling memahami
Dalam masa 2 hari ikhtiar, akhirnya alhamdulillah dapat permit kebenaran dari Syria. Seawal subuh kami terus bergerak ke sempadan. Dari sempadan menuju ke Damascus, banyak sekali check point tentera. Itu belum cerita lagi entah berapa kali ditahan kereta kastam ditepi jalan. Penuh keterujaan sepanjang ziarah mengejut ke Syria ini, lagi menarik kalau dapat dibukukan kembara ini. Tapi itulah, admin dah berapa kali dah tulis padam tulis padam sebelum ini 😆
Kasi #teaser dulu. Admin memang berhajat untuk ke Syria lagi hujung tahun ini. Nak gerak 1 kereta sahaja, 4 orang lelaki. Perlu lagi 2 orang lelaki anak muda bawah 35 tahun. Nak join ? Nantikan maklumat lanjut…
*
SYRIA IS FREE
Trip ziarah Syria di bawah kepimpinan baharu. 2 - 7 Februari 2025.
Awal Februari 2025 kami berpeluang untuk masuk ke Syria. Suasana di ibu negara Syria, Damsyik agak berbeza dari yang sebelum ini. Maklumlah kerajaan regim sebelum ini sudah digulingkan dan kerajaan baharu pula yang memerintah.
Asalnya kami tidak dibenarkan masuk ke Syria disebabkan kerajaan di sana belum stabil dan masih dalam keadaan bahaya. Askar-askar regim Basyar masih ramai yang menyorok dan melarikan diri ke Lubnan dan Iraq.
Hanya warganegara Syria dan Lubnan sahaja dibenarkan untuk masuk ke Syria, hatta warganegara Jordan sendiri pun tidak dibenarkan untuk masuk ke sana. Kalau nak masuk juga mesti ada surat kebenaran dari kementerian dalam negeri Jordan. Memang rumit.
Syarikat Bas di Jordan juga tidak dibenarkan menjual tiket bas kepada warganegara selain daripada Syria dan Lubnan. Akhir sekali kami cuba masuk ke Syria dengan teksi tanpa surat kebenaran kementerian dalam negeri dan hanya berbekalkan passport Malaysia.
Awalnya pemandu teksi tu tak nak hantar kami ke sana. Kemudian setelah beberapa sesi pujukan akhirnya dia setuju. Setibanya kami di pintu sempadan Jordan - Syria, imigresen minta surat kementerian dalam negeri, tapi kami bagitahu mereka tak ada. Kemudian mereka membenarkan kami masuk ke kawasan kastam kemudian ke kaunter cop passport di pejabat Imigresen sempadan Jordan - Syria. Tak sampai 10 minit siap semua urusan.
Kemudian kami bergerak pula menuju ke Imigresen Syria. Masa mula-mula masuk Syria tu memang meremang. Lain macam suasana kat sana. Askar yang jaga sempadan pakai seluar jeans dan baju t-shirt biasa je. Kemudian ada banyak jenis pakaian askar-askar yang berbeza-beza. Ini disebabkan kerajaan baharu di Syria sekarang hasil gabungan daripada beberapa pasukan mujahidin. Jadi pakaian mereka berbeza.
Setelah merentasi check point tentera sempadan, kami masuk ke Imigresen. Tak sampai 10 minit siap urusan cop passport. Hanya kami warganegara bukan arab, yang lain semuanya arab. Mereka macam tengok pelik kat kami, macam mana orang bukan arab boleh masuk, orang Jordan sendiri pun tak boleh masuk.
Duit Syria sekarang ni makin naik. Bulan September 2024, tukar 100usd dapat 1.8juta lira. Tapi Februari 2025 haritu, tukar 100usd dapat 800k lira sahaja. Harga barang tak turun. Jadi kos di sana agak mahal. Kos di sana selama 5 hari sekitar Rm1500.
Amman - Damascus : Rm200
Hotel 4 Bintang : Rm440
Damascus - Amman : Rm130
Tax keluar jordan : Rm60
Transport dalam Syria : Rm230
Makan & Minum : Rm260
Shopping : Rm200
Secara keseluruhan, keadaan di Syria sekarang selamat untuk dikunjungi dan rasa lebih aman di bawah kepimpinan kerajaan baharu. InshaAllah tunggu kerajaan mereka stabil dulu, nanti kami masuk lagi ke sana. Saya kongsikan gambar dan sambungan cerita di gambar kat bawah.
Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1Y8cXky8hL/?