Telegram Web Link
# Keinsafan adalah sangat penting.
# Perlu kesedaran untuk bertaubat.
#Keuntungan dunia bukan segala2.

Posting asal oleh
FB Azman Mohd Noor
https://www.facebook.com/share/p/1AP56SRxGi/?mibextid=wwXIfr

@NotaUmrahDIY
Five success codes for Muslims

@NotaUmrahDIY
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Jemaah Haji Terkandas Bagi Musim Haji 1446H/2025M.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

@NotaUmrahDIY
TREND UMAT ISLAM PERGI UMRAH DAN HAJI LEBIH UTAMAKAN OOTD DAN KONTEN MEDIA SOSIAL

Kini wujud trend di mana ramai orang Islam pergi Umrah atau kini musim Haji, namun mereka turut mengutamakan 'OOTD' iaitu memperagakan pakaian harian, bergambar dengan segenap sudut sehingga ketika berdoa di depan kaabah pun dirakam kononnya untuk simpanan peribadi, tetapi memuat naik semua bahan berkenaan di platform media sosial.

1. Apakah kesan kepada ibadah berkenaan jika keadaan ini berterusan?

Secara asasnya, hukum merakam video semasa tawaf tidaklah haram secara mutlak namun boleh jatuh kepada hukum makruh kerana mengganggu khusyuk ketika ibadat. Walaupun sah ibadah tawaf dalam keadaan mengambil video, konten atau OOTD, namun perbuatan tersebut hendaklah dielakkan kerana boleh mengganggu kekhusyukan dan tumpuan dalam beribadah. Ini berkemungkinan perhatian hanya tertumpu kepada rakaman dan konten video. Hal yang demikian bertentangan dengan tujuan utama umrah atau ibadah haji, iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk dan penghayatan. Perkara ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

الطَّوَافُ حَوْلَ الْبَيْتِ مِثْلُ الصَّلاَةِ إِلاَّ أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلاَ يَتَكَلَّمَنَّ إِلاَّ بِخَيْرٍ

Maksudnya : Tawaf di sekitar Baitullah itu adalah sama seperti solat. Kecuali kamu berkata-kata di dalamnya. Maka sesiapa yang berkata-kata di dalamnya, janganlah dia bercakap melainkan yang baik sahaja.

(Riwayat Al-Tirmizi)

2. Apakah ia akan mengganggu khusyuk?

Dalam beribadah, sudah tentu tujuan utama adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk dan rendah diri terhadap Allah SWT. Khusyuk boleh dikategorikan kepada dua iaitu khusyuk hati dan anggota badan. Kedua-duanya saling terkait antara satu sama lain agar kekhusyukan itu hadir ketika melakukan ibadah. Sa’id bin Musayyib berkata:

لَوْ خَشَعَ قَلْبُ هَذَا خَشَعَتْ جَوَارِحُهُ

Maksudnya: “Seandainya hati orang ini khusyuk, sudah tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya”

Perbuatan merakam video atau melakukan konten semasa mengerjakan ibadah, sudah tentu akan menghilangkan kekhusyukan bahkan boleh mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah dengan khusyuk dan perkara ini perlu dielakkan. Sepatutnya ibadah zikir, berdoa, membaca al-Quran dan seumpamanya diperbanyakkan semasa mengerjakan ibadah umrah atau haji di samping berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah kerana berpeluang untuk menjadi tetamu Allah SWT.

3. Ada pihak yang menyatakan bahawa trend berkenaan mungkin terbuka dengan sifat menunjuk-nunjuk, apakah komen?

Trend ini berisiko menjadikan ibadah sebagai satu tontonan atau konten media sosial, bukan lagi amalan rohani yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Trend ini juga dibimbangi membuka ruang kepada sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan tentang riak merupakan syirik kecil sebagaimana sabda Nabi SAW:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

Maksudnya : “Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya: Apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda: Itulah Riya’. Allah SWT akan berfirman pada hari kiamat kelak: Pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalan kamu).”
(Riwayat Ahmad)

Oleh itu, adalah lebih selamat untuk mengelakkan perbuatan tersebut semasa beribadah dan hanya fokus kepada niat asal iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Jika ada keperluan untuk merakam, lakukan dengan penuh adab dan tidak berkongsi secara terbuka kecuali dengan tujuan yang dibenarkan syarak, seperti pendidikan atau kenangan peribadi bukan untuk tontonan awam atau pujian.

Sumber
FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

@NotaUmrahDIY
Yang tidak terikat dengan cuti, boleh usha tiket sebaik musim haji, sila semak kapasiti luggage dan transit ke China dahulu sbm ke Jeddah

Guna app AirAsia MOVE. Boleh try promo kod MEGAMOVE untuk diskaun

Kredit sharing dari member group Telegram Forum Umrah DIY

@NotaUmrahDIY
Forwarded from Pemburu Tiket ✈️
Rate hari ini, 1 Saudi Riyal = RM1.13

Boleh mula kumpul Riyal kalau ada yang plan nak mengerjakan umrah dalam masa terdekat.
TERBAKOR DIBUATNYA 🔥

Selepas 12 tahun, Syrian Airlines menyambung semula penerbangan terus dari Damascus ke Istanbul. Lagi menarik Turkish Airlines pun turut membuka kembali laluan ke Damascus (gambar). Ok jom admin nak buat survey sikit, cukup korum kita gerak hujung tahun ini 😃

https://www.turkiyetoday.com/region/syrian-airlines-resumes-flights-to-istanbul-after-12-year-hiatus-3202694

@NotaUmrahDIY
Sejauh mana anda berminat untuk menyertai Trip Ziarah ke Syria cuti sekolah hujung tahun ini ?
Anonymous Quiz
11%
Tidak berminat langsung
16%
Sederhana minat
47%
Berminat
25%
Sangat berminat
The Ministry of #Hajj and #Umrah has announced that confirmed hotel bookings through the #Nusuk Masar platform are now mandatory for all Umrah visa applicants for the 1447H season.

https://saudigazette.com.sa/article/652796

@NotaUmrahDIY
Throwback

Terbaca temu bual Duta Malaysia di Iran yang baru tiba di KLIA selepas mereka terpaksa merentasi lebih 1000km melalui laluan timur untuk pulang ke tanah air, terus mengimbau kenangan tahun 2022.

Kenangan sewaktu Trip Mega 2.0. Ketika itu, Jordan dilanda rusuhan besar hingga pihak U.S mengeluarkan amaran perjalanan kepada warganegara mereka. Kalau mahu diceritakan seluruh kisahnya, memang panjang. Kenangan penuh warna, manisnya tetap terasa walau pahit tak kurang juga.

Selepas mendapat nasihat perjalanan dari pegawai Kedutaan Malaysia di Amman kami segera membuat keputusan untuk pendekkan lawatan dan terus laksanakan Plan B yakni keluar dari Jordan melalui laluan timur menuju ke Madinah. Sedangkan rancangan asal kami ialah bergerak ke selatan melalui Wadi Rum dan Aqaba.

Laluan baharu itu sejauh hampir 1200km. Lebih panjang dari laluan asal yang sudah 1000km juga jauhnya. Tapi Subhanallah dalam jarak sejauh itu tak terasa pun kepenatannya diperjalanan sejauh itu. Allah mempermudah setiap langkah dan perjalanan kami. MasyaAllah, Tabarakallah.

Sedar-sedar, buka mata beberapa kali… terus terpandang Masjid Nabawi berdiri megah di depan mata. Alhamdulillah perasaan yang takkan mampu diungkap dengan kata-kata.

Hari ini berita dari Timur Tengah agak positif. Ada tanda-tanda gencatan senjata antara Iran dan Israel. Maka, persiapan awal dan penyelidikan untuk trip ke Syria hujung tahun ini diteruskan semula.

Semuanya masih tertakluk kepada keadaan semasa, namun insyaAllah admin yakin tidaklah sampai membawa kepada perang dunia.

Nak ikut trip Syria? Nantikan makluman lanjut dari kami.

@NotaUmrahDIY
Forwarded from Pemburu Tiket ✈️
SIAP-SEDIA: Diskaun 50% Bagi Penerbangan ke Arab Saudi & Eropah bersama Saudi Airlines

Traveloka tengah ada promo gila-gila — diskaun sehingga 50% (hingga RM2000) untuk tiket penerbangan Pergi-Balik ke:
📍 Jeddah
📍 Riyadh
📍 Madinah
📍 Dammam
📍 London
📍 Paris
📍 Amsterdam

🔥 Tak ada minimum spend.
🔥 Tempah dari jam 9 malam – 12 tengah malam, 5 hingga 10 Julai 2025.
🔥 Tarikh perjalanan? Anytime!

Kalau ada plan nak umrah, jalan-jalan Eropah, inilah masanya. Jangan lepaskan!

Info lanjut serta terma & syarat lain, boleh baca di sini https://invl.me/clmspx6
Panduan Menggunakan Buggy untuk Tawaf dan Sa’ie (2025)

Bagi jemaah warga emas, orang kurang upaya atau mereka yang memerlukan bantuan mobiliti perkhidmatan buggy di Masjidil Haram merupakan solusi terbaik bagi memudahkan ibadah tawaf dan sa’ie tanpa mengurangkan nilai ibadah itu sendiri.

Langkah-Langkah Penting Menggunakan Buggy:

1- Buat Tempahan Secara Online

Layari laman rasmi: http://carts.alharamain.gov.sa

Maklumat diperlukan:
• Pilihan jenis ibadah
• Jumlah penumpang
• Pilih waktu pelaksanaan
• Pilih lokasi untuk dinaiki Syubaikah / Ajyad (Lokasi Ajyad paling hampir dengan Hotel Rayhar)
• Nama peserta
• Email
• Bayaran

2- Pergi ke Lokasi Stesen Buggy

📍 Stesen buggy terletak di tingkat atas Masjidil Haram (rooftop).
👉 Laluan paling mudah: Ramp Putih berhampiran Pintu King Abdul Aziz
✔️ Tunjukkan e-ticket kepada petugas untuk diimbas sebelum dibenarkan masuk.

3- Naik Buggy yang Kosong (Available)

Pemandu hanya akan bergerak selepas semua tempat duduk penuh.
💡 Tip: Ingat nombor buggy dan rupa pemandu untuk memudahkan anda kembali ke buggy yang sama selepas solat.

4- Niat Ibadah Seperti Biasa

📿 Sebelum buggy bergerak untuk tawaf, niatlah seperti biasa.
Nikmati ibadah dengan penuh khusyuk walaupun menggunakan kemudahan bantuan.

5- Pantau Skrin Kiraan Pusingan

🖥 Buggy dilengkapi skrin digital yang menunjukkan jumlah pusingan.
Pastikan anda lengkapkan 7 pusingan untuk tawaf dan 7 pusingan untuk sa’ie.

6- Solat Sunat Tawaf di Lokasi Khas

🕌 Buggy akan berhenti sebentar bagi memberi laluan anda menunaikan solat sunat tawaf.
Gunakan masa ini untuk berdoa dan bermunajat.

7- Naik Semula Buggy ke Lokasi Awal

🚙 Selesai solat, naik semula buggy yang sama untuk dihantar ke lokasi permulaan.
Bersabar dan ikut arahan petugas dengan tenang.

🔔 Nota Penting:

✔️ Sepanjang tawaf pastikan bahu sentiasa menghadap Kaabah
✔️ Harga buggy mungkin berbeza mengikut jenis ibadah dan musim. Tempahan awal amat disarankan.

Kredit : Rayhar Travels

@NotaUmrahDIY
2025/07/06 11:40:44
Back to Top
HTML Embed Code: