Telegram Web Link
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Mohon Perlindungan Daripada Keburukan Amalan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: "Adalah Rasulullah SAW sering berdoa: Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan".

(HR Muslim No: 2720)
Status: Hadis Sahih
KALAM ULAMA'

"Hari kelmarin telah berlalu dan ceritanya sudah diceritakan. Hari ini benih-benih baru tumbuh"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Jadikan amalmu untuk mendapatkan pengakuan dari Allah S.W.T bukan untuk mendapatkan pengakuan manusia"

Habib Ali Masyhur Bin Hafidz
🕊 @PenaDakwah
Hidup adalah ujian. Susah pun ujian. Senang pun ujian. Miskin pun ujian. Kaya pun ujian. Orang baik pun diuji. Orang jahat pun diuji.

Kalau kita rasa susah macam mana pun, ingatlah “bersama kesusahan ada kemudahan”. Allah tak akan beri ujian yg tak kena dengan kemampuan kita 💪🏻

#JentikHati
🕊 @PenaDakwah
“Jangan seronok sangat jika belum diuji. Boleh jadi Allah dah tak pandang kita lagi..”
.
Allahu, tersentak bila dengar ayat ni di radio. 🥺
.
Ada orang yang seronok sebab belum diuji, ada orang yang berbangga sebab belum diuji. Siap dia meremeh dan merendahkan lagi orang yang sedang diuji, orang yang sedang menerima ujian.
.
“Baru diuji macamtu, dah tak boleh tahan.. LEMAH!”
.
Walhal dirinya belum pun diuji, tak sedikit pun pernah menerima ujian dari Ilahi. Allah bagi segala nikmat dunia, Allah bagi segala apa yang ada, Allah mudahkan urusan dia, murahkan rezeki semuanya bersebab. Kenikmatan yang melalaikan untuk dia, kemudahan yang membuatkan dia semakin lupa diri dan hanyut dalam duniawi.
.
Ianya adalah kesenangan untuk orang yang Dia murkai..😔
.
Tanda Allah sayang hambaNya adalah melalui ujian. Belum beriman seseorang hamba Allah selagi dirinya belum diuji.
.
.
Kredit fb : firdaus shakirin
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Ini jalanmu dan milikmu sendiri, orang lain mungkin berjalan bersamamu, tapi tidak ada yang mampu berjalan untukmu"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah
🕊PenaDakwahツ:
🌝 ليلة سعيدة 🌝
🕸Jangan lupa berwuduk, baca surah al-Mulk,surah an-nas,al-falaq,al-ikhlas, ayat qursi, selawat,doa sebelum tidur dan syahadah🕷
احلام سعيدة

🕊 @PenaDakwah
Terkadang... Perlukan masa untuk bersendiri.
Dalam kacamata kita, mereka bersepahkan rumah.

Dalam kacamata mereka, inilah dunia imaginasi idaman mereka sementara menunggu kepulangan ayah.

Our children’s minds are magical. Sometimes, in the craziness of life, we adults can forget that…let’s try not to ❤️

Kredit photo : Lunarbaboon
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
KALAM ULAMA'

"Jika engkau melihat seseorang yang jauh dari Tuhannya, janganlah engkau mengejeknya kerana engkau akan lebih jauh darinya. Allah lebih dekat dengan pendosa dibandingkan orang-orang sombong"

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Lantas bagaimana rasa cinta itu tumbuh jika kita sendiri tidak mengenal siapa yang kita cintai, begitu pula ketika kita mencintai Rasulullah S.A.W"

Habib Hamid Bin Umar Bin Hafidz
🕊 @PenaDakwah
🕊PenaDakwahツ:
🌝 ليلة سعيدة 🌝
🕸Jangan lupa berwuduk, baca surah al-Mulk,surah an-nas,al-falaq,al-ikhlas, ayat qursi, selawat,doa sebelum tidur dan syahadah🕷
احلام سعيدة

🕊 @PenaDakwah
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Kewajipan Ibadah Haji

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ: أَكَلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasûlullâh SAW pernah berkhutbah: “Wahai sekalian manusia, Allâh telah mewajibkan haji bagi kalian, maka laksanakanlah ibadat haji.” Seorang laki-laki bertanya, “Wahai Rasûlullâh, apakah setiap tahun (kewajiban mengerjakan ibadat haji)?” Maka baginda diam, sehingga orang tadi bertanya tiga kali. Kemudian Rasûlullâh SAW bersabda, “Jika aku mengatakan ‘ya’, maka tentu wajib (haji setiap tahun), dan kamu tidak mampu.”

(Sahih Muslim No: 1337)
Status: Hadis Sahih
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ

Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa”

(Musnad Ahmad No: 2721)
Status: Hadis Sahih
Buat lelaki yang sering lupa:-
Lelaki kalau dah beristeri dan beranak;

Kurangkanlah game
Kurangkanlah aktiviti dengan kawan kawan
Kurangkanlah handphone
Kurangkanlah ego
Kurangkanlah berkira
Kurangkanlah malas

Dah ada anak ni, tugas lelaki akan jadi lebih besar. Didik anak bukan tugas mutlak si isteri, menjaga anak bukan juga tugas mutlak isteri bahkan kalau dia tak larat nak menyusu anak sekalipun bukan wajib bagi dia untuk menyusukan anak.

Kalianlah yang perlu usahakan untuk mengenyangkan anak kamu. Banyak lelaki yang berkahwin hanya sekadar berkahwin. Hanya untuk menghalalkan hubungan.

Bila dah beristeri dah beranak semua diabaikan.
Isteri tengah berpantang pon mereka sangat berat tangan nak membantu. Apatah lagi bila dah habis pantang. Pada mereka kerja mereka di pejabat dah cukup memenatkan.

Mereka lupa yang si isteri juga bekerja dan bantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Jangan biar anak anak tak dapat sentuhan ayah. Jangan ajar anak anak beraja. Anak banyak belajar dari bapa.

Mereka nampak bapak mereka beraja, mereka juga akan berperangai seperti raja. Mereka nampak ayah mereka malas, mereka juga akan turut jadi malas. mereka nampak ayahnya pemarah mereka juga akan terbiasa menjadi seorang pemarah. Jadi jangan biarkan anak anak mencontohi yang tak elok dari kita.

Betul tak semua lelaki macam ni. Banyak juga yang bagus bagus dan sangat membantu. Jadi bagi isteri isteri diluar sana, bersyukur lah kalau dapat suami yang baik dan memahami serta banyakkanlah bersabar serta berkomunikasilah dengan suami anda andai suami anda sejenis yang susah nak diharapkan ini.

Moga semuanya dalam keadaan baik dan bahagia.

Sumber : Keluarga Bahagia
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Lakukanlah satu perkerjaan yang ringan dan mudah, tapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah, iaitu tidak menyakiti hati manusia lain tapi memberikan kebahagiaan kepada mereka"

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
🕊 @PenaDakwah
اَللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمِّيْ بَرَكَةً فِيْ اُمُرِهَا
ya Allah , kurniakanlah kepada ibuku keberkahan selama hidupnya
وَنُوْرًا فِيْ قَلْبِهَا
dan cahaya yang menerangi hatinya
وَضِيَاءً فِيْ وَجْهِهَا
dan sinar pada wajahnya
وَسِعَةً فِيْ رِزْقِهَا وَرِضًا فِيْ نَفْسِهَا
dan kurniakanlah rezeki serta kurniakanlah ia jiwa yang selalu Rido
وَاصْرِفْ عَنْهَا كُلَّ سُوْءٍ وَمَرَضٍ
dan palingkanlah ia dari segala keburukan dan penyakit


*_DOA BUAT IBU TERCINTA AAMIIN_*

Copy by Nurul Haziqah
🕊 @PenaDakwah
Jalan Keluar (Penyelesaian)

Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا

Maksudnya: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Allah akan memberikan jalan keluar untuknya (daripada kesusahan).

Surah At-Talaaq: Ayat 2

- Setiap manusia akan mengalami masalah dalam kehidupan. Kadangkala ada masalah yang sangat mencabar sehinggakan kita rasa sangat sempit. Kita rasa seolah-olah tidak mampu bergerak dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

- Apa yang boleh dilakukan dalam keadaan ini?

- Apabila kita mengalami masalah, merayu kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk mengatasi masalah tersebut. Semoga kita sentiasa sedari bahawa Allah SWT satu-satunya yang dapat bantu memberikan kita kekuatan untuk hidup di dunia yang penuh dengan masalah ini.

www.thenoor.co
Copy by Daie Wan
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Ketika kamu menemukan kepedihan dan penyesalan dalam dirimu sendiri, itulah bukti kasih sayang dan hidayah Allah"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah
2024/06/01 14:57:10
Back to Top
HTML Embed Code: