Telegram Web Link
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

1. Dosa tak belajar Fardhu Ain.

2. Dosa jahil (salah buat ibadah kerana tak belajar).

3. Dosa menangguhkan bertaubat dari dosa tak mahu belajar.

Setiap hari dan setiap masa bergelumang dengan 3 dosa ni.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Sesiapa yang tidak menuntut ilmu lalu beramal sahaja maka itulah ahli ibadah yang tertipu dengan nafsu dan tidak pula dinamakan taubat. Taubat itu mesti dengan ilmu.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Kita ni bukan sahaja akan ditanya tentang apa yang kita dah buat. Bahkan apa yang kita tidak buat juga akan ditanya. Jangan berada senang jika merasa tak perlu ambil tahu sesetengah isu yang berlaku dalam kehidupan kita. Baik dalam berkeluarga atau bermasyarakat. Bukan masalah tak masuk campur tapi kadang-kadang lebih gemar berada dalam comfort zone memikirkan nafsi-nafsi.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Jangan kita jadi racun dalam kehidupan seseorang. Jadilah orang yang bermanfaat. Jadilah orang yang menggembirakan hati seseorang.

Nak menggembirakan hati seseorang tak semestinya kena bagi hadiah, makanan tapi berkata dengan baik pun dapat menggembirakan hati seseorang dan dapat pahala.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Dengki merupakan dosa. Kalau kita tak belajar, kita cuma tahu tak elok berdengki dengan orang tapi apabila kita belajar ilmu fardhu ain, dengki ni merupakan dosa.

Ustazah Hidayah pernah cakap, ilmu fardhu ain berkenaan akidah dan fekah, kalau belajar, dah lepas fardhu ain tapi ilmu tasawuf, kalau tahu tapi tak beramal, belum lepas ilmu fardhu ain.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Apa yang anda tulis, anda tak perlu fikir pun orang akan cemburu dengan anda tapi anda perlu fikir apa yang anda tulis tu akan membuka aib sendiri.

Contoh:
Anda tulis berkenaan anda keluar dengan tunang anda. Anda pun cakaplah anda risau post perkara macam ni sebab kawanยฒ anda single. Padahal orang lain tak cemburu pun cumanya perkara tu membuka aib anda sendiri.

Perkara dosa yang anda lakukan, biarlah anda simpan sendiri. Usah dedahkan pada orang lain.

Berkenaan dating sebelum kahwin ni, andai anak ada bertanya, pernah ke dating sebelum kahwin? Ibu bapa boleh menipu anakยฒ. Menipu ni banyak hukum. Ada hukum haram dan hukum harus.

Kalau nak jadi orang tengah bagi 2 orang sedang bergaduh, boleh menipu. Contoh, hadiah ni daripada dia sedangkan hadiah tu kita yang belikan.

Apa yang kita tulis, kita perlu fikir pahala dan dosa diri kita sendiri. Tak perlu fikir orang lain akan cemburu. Cemburu ni penyakit hati. Orang tu yang kena banyak belajar ilmu agama untuk merawat hati yang sakit.

Wallahu a'lam.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Selawat sebanyak 300 kali dikategorikan sebagai orang yang banyak berselawat.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Apabila orang bertanya, inilah peluang kita untuk murajaah. Ingat apa yang dipelajari.

Apabila orang bertanya, inilah peluang kita untuk bermuzakarah. Boleh jadi orang yang bertanya pada kita juga org berilmu tapi dia tak nak tunjuk dia berilmu.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Tidak boleh bersangka baik pada perkara maksiat, namun tidak bermaksud kena bersangka buruk. Berdoa supaya dia berubah.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Pernah je terfikir nak melancong tapi tak pergi pun melancong. Sebabnya, sebaik-baik perempuan, tempatnya di rumah. Perempuan tak elok kalau duduk dekat ramai orang.

Kalau kita ada masa untuk melancong, maksudnya kita ada masa untuk belajar ilmu fardhu ain tapi kita boleh belajar ilmu fardhu ain masa travel. Sebab adanya kuliah secara dalam talian.

Saya pujuk hati, di dunia ni tidak mengapa kita tak dapat apa yang kita nak, di akhirat, kita boleh dapat apa saja yang kita nak. Kita nak melancong, kita boleh pergi mana-mana. Kita semua pejuang untuk menunduk hawa nafsu.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Jika seorang isteri ada buat silap dengan suami, minta maaf. Usah membuka aib suami. Jika suami melakukan dosa, kita tetap kena melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Orang yang mengata "ini bersangka buruk" sebenarnya orang ni telah bersangka buruk dengan orang.

Kita belajar berkenaan bersangka buruk sebab tak nak bersangka buruk dengan orang. Kita belajar bukanlah untuk menghukum orang, "ini bersangka buruk." Sentiasalah bersangka baik dengan orang.

@PenaHijauDakwah
2024/05/11 19:35:50
Back to Top
HTML Embed Code: