Telegram Web Link
Buat lelaki yang sering lupa:-
Lelaki kalau dah beristeri dan beranak;

Kurangkanlah game
Kurangkanlah aktiviti dengan kawan kawan
Kurangkanlah handphone
Kurangkanlah ego
Kurangkanlah berkira
Kurangkanlah malas

Dah ada anak ni, tugas lelaki akan jadi lebih besar. Didik anak bukan tugas mutlak si isteri, menjaga anak bukan juga tugas mutlak isteri bahkan kalau dia tak larat nak menyusu anak sekalipun bukan wajib bagi dia untuk menyusukan anak.

Kalianlah yang perlu usahakan untuk mengenyangkan anak kamu. Banyak lelaki yang berkahwin hanya sekadar berkahwin. Hanya untuk menghalalkan hubungan.

Bila dah beristeri dah beranak semua diabaikan.
Isteri tengah berpantang pon mereka sangat berat tangan nak membantu. Apatah lagi bila dah habis pantang. Pada mereka kerja mereka di pejabat dah cukup memenatkan.

Mereka lupa yang si isteri juga bekerja dan bantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Jangan biar anak anak tak dapat sentuhan ayah. Jangan ajar anak anak beraja. Anak banyak belajar dari bapa.

Mereka nampak bapak mereka beraja, mereka juga akan berperangai seperti raja. Mereka nampak ayah mereka malas, mereka juga akan turut jadi malas. mereka nampak ayahnya pemarah mereka juga akan terbiasa menjadi seorang pemarah. Jadi jangan biarkan anak anak mencontohi yang tak elok dari kita.

Betul tak semua lelaki macam ni. Banyak juga yang bagus bagus dan sangat membantu. Jadi bagi isteri isteri diluar sana, bersyukur lah kalau dapat suami yang baik dan memahami serta banyakkanlah bersabar serta berkomunikasilah dengan suami anda andai suami anda sejenis yang susah nak diharapkan ini.

Moga semuanya dalam keadaan baik dan bahagia.

Sumber : Keluarga Bahagia
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Lakukanlah satu perkerjaan yang ringan dan mudah, tapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah, iaitu tidak menyakiti hati manusia lain tapi memberikan kebahagiaan kepada mereka"

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
🕊 @PenaDakwah
اَللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمِّيْ بَرَكَةً فِيْ اُمُرِهَا
ya Allah , kurniakanlah kepada ibuku keberkahan selama hidupnya
وَنُوْرًا فِيْ قَلْبِهَا
dan cahaya yang menerangi hatinya
وَضِيَاءً فِيْ وَجْهِهَا
dan sinar pada wajahnya
وَسِعَةً فِيْ رِزْقِهَا وَرِضًا فِيْ نَفْسِهَا
dan kurniakanlah rezeki serta kurniakanlah ia jiwa yang selalu Rido
وَاصْرِفْ عَنْهَا كُلَّ سُوْءٍ وَمَرَضٍ
dan palingkanlah ia dari segala keburukan dan penyakit


*_DOA BUAT IBU TERCINTA AAMIIN_*

Copy by Nurul Haziqah
🕊 @PenaDakwah
Jalan Keluar (Penyelesaian)

Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا

Maksudnya: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Allah akan memberikan jalan keluar untuknya (daripada kesusahan).

Surah At-Talaaq: Ayat 2

- Setiap manusia akan mengalami masalah dalam kehidupan. Kadangkala ada masalah yang sangat mencabar sehinggakan kita rasa sangat sempit. Kita rasa seolah-olah tidak mampu bergerak dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

- Apa yang boleh dilakukan dalam keadaan ini?

- Apabila kita mengalami masalah, merayu kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk mengatasi masalah tersebut. Semoga kita sentiasa sedari bahawa Allah SWT satu-satunya yang dapat bantu memberikan kita kekuatan untuk hidup di dunia yang penuh dengan masalah ini.

www.thenoor.co
Copy by Daie Wan
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Ketika kamu menemukan kepedihan dan penyesalan dalam dirimu sendiri, itulah bukti kasih sayang dan hidayah Allah"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Berkumpul bersama mereka para Kekasih Allah adalah nikmat Syurgawi yang mampu dirasakan di dunia yang fana ini"

Habib Umar Bin Hafidz
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Berusahalah untuk selalu baik dan menghargai siapapun. Meski pada mereka yang membencimu dan meremehkanmu kerana kebaikan manusia bukan manusia yang menilai, melainkan Allah S.W.T."

KH. Muhammad Hasan Maulana
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Apa yang melewatkanku tidak akan pernah menjadi takdirku, dan apa yang ditakdirkan untukku tidak akan pernah melewatkanku"

Sayyidina Umar Al Khattab
🕊 @PenaDakwah
Pandangan orang terhadap diri kita beza beza. Jadi,tak perlu peduli dengan penilaian orang. Sebab,Allah lebih tahu diri kita ni macam mana.. Tak perlu susah payah nak terangkan....

🕊 @PenaDakwah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
KALAM ULAMA'

"Biasakan kau mendengar nasihat-nasihat, sebab sesungguhnya ketika hati kosong dari nasihat, maka akan menjadi buta"

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
🕊 @PenaDakwah
Guru itu Allah lebihkan dia dengan ilmu. Allah lebihkan dia untuk mengajar dan mendidik. Ada barokah padanya..

SEORANG GURU ITU ADA JIWA

🕊 @PenaDakwah
SELAMAT HARI GURU buat semua ibu ayah. Ibu ayah adalah guru pertama kpd anak2. Guru disekolah hanya penambah dan perbaiki sedikit sahaja serta membantu ibu ayah dlm mendidik anak

📌Rasulullah SAW bersabda: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

🕊 @PenaDakwah
Biar penat berdiri,
Namun tidak penat memberi.

Biar lelah terduduk,
Tidak berhenti membentuk.

Biar penat bercakap,
Tidak pernah henti berharap.

ITULAH NAMANYA GURU 🌹

Ustaz Khairul Nizam
Selamat Hari Guru buat semua guru yang ada dalam ni 🤗

“Di sebalik ummah yang hebat, terdapat didikan yang hebat. Di sebalik didikan yang hebat terdapat GURU YANG CEMERLANG”

#DaieWan
Kata Imam Syafi’e:

اصْبِرْ عَلَى مُرِّ الْجَفَا مِنْ مُعَلِّمٍ
فَإِنَّ رُسُوبَ الْعِلْمِ فِي نَفَرَاتِهِ

Sabarlah kamu dengan sikap yang kasar darupada guru yang mengajar kamu;
Kegagalan dalam pembelajaran itu bergantung pada darjat kesabarannya.

Kegagalan orang yang belajar itu kalau dia lari (merajuk) dari gurunya yang agak kasar kepada dia.

Jangan jadi murid yang manja. Jangan jadi orang yang ingin perhatian saja tanpa dia ingin beri perhatian.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
________

Infaq pendidika
n 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
𝐓𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧,
𝐒𝐚𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐬𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧,
𝐉𝐚𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧,
𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧,
𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐭𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭𝐚𝐧,
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐢𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧,
𝐀𝐢𝐫 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐮𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧,
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐡𝐢𝐛𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧,
𝐖𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 🤍
#𝐅𝐢 𝐇𝐢𝐟𝐳𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡
" 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 & 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠.𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐚𝐬𝐚 "

—𝐇𝐚𝐣𝐚𝐫𝐇𝐞𝐥𝐢𝐳𝐚💗🔐
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Banyak manusia datang kerana kepentingan lalu pergi setelahnya tapi Allah tak punya kepentingan apapun darimu dan dia tak akan meninggalkanmu"

Habib Umar Bin Hafidz
🕊 @PenaDakwah
2024/06/03 16:35:25
Back to Top
HTML Embed Code: