Telegram Web Link
Mereka kata rupa bukan soal utama.
Tapi mengapa aku pernah dilupa hanya kerna aku tiada rupa.
Sakitnya tiada kata yang mampu aku kata, hanya yang terdetik masakan tiada ruang buat aku di hati sesiapa 💘

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ketika ini :)
Hati bagai dirobek
Kenangan bagai dipudar
Usaha ibarat diserka
Pengorbanan seumpama debu
Rindu bertebaran tanpa arah
Kasih yang merangkak pergi
Hati dirundum seksa
Dada beralun sesak
Nafas tidak lagi sempurna
Persoalan menghujani segenap
Diri
Aku terkaku sendiri.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Depressed not about how strong you. But actually how kind you can handle it. But don't be too kind because nowadays the kindness always be number two after the awareness.

VoteForLetDownDepression
Covid19 failed handle

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ada ukuran yang diletak, namun bukan sebarang tali yang layak mengukur. Bukan sengaja letak ego, tapi hidup biar berprisip. Jangan terhina semata dikata, cuba hadam dan ambil disisi kanan insha'Allah yang dihina akan rasa membina. Berpijak saja di bumi nyata, sampai masa terpisah jua.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Nak undur masa itu mustahil.
Nak kembali pada asal itu dusta.
Nak bahagia seperti mula itu takkan terjadi.
Semuanya aku faham, aku bersalah. Aku kejam. Aku layak dilayan seperti sampah. Maafkan aku. Aku sanggup lepaskan asal kau bahagia.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
I need someone to talk.
Menjadi kaya itu sebuah mimpi,
Merealisasikan impian itu satu keupayaan,
Menyimpan angan terlalu sepi,
Terseret aku di atas khayalan.

InginMembahagiakanMu

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ada kala aku tersepit dalam kegembiraan. Bukan salah mereka yang menyambut gembira bersama aku. Tetapi kesilapan ketika aku memilih bahagian untuk bergembira. Bibir aku mengukir kuntuman bahagia namun ternyata mata aku menterjemah derita. Bukan tidak cuba untuk bahagia tetapi kekosongan itu terlalu memenuhi. Segala perihal konyol datang menerjah ibarat membadai jantung tidak kesudahan. Aku lemas dalam gembira ciptaan aku sendiri. Aku yang realiti hanya seorang penderita yang cuba daki gunung kekuatan.

-fiT-

@PuisiKataDariKamu
" when trust is broken, the word sorry no longer means anything "


fr ; your ❤️
Utuh disisi namun aku masih rindu untuk segala perkara tentang kamu.
Masih mampu melihat kamu namun hati terlalu sepi dalam kerinduan yang tidak terlepas.
Sakit bila tak mampu memberikan kepercayaan.
Siapa lagi yang mahu pegang bahawa hati ini tetap ada walaupun tampak terlalu pudar.

Tak terluah

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
I surely can stop you to stay loving me. But i can't make me to keep missing you.

~7Mac22~
Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ketika semuanya berkata nista, aku tetap percaya tidak ada yang nista itu bakal kekal dan menghancurkan. Hartiff PuisiKataDariKamu
Hati manusia itu lemah. Selemah iman seorang hamba yang berdosa.

Mahu meronta aku tahu tiada yang kisah.
Mahu menyalah pasti semuanya salah aku.
Sudah dibilang hanya kamu yang disayang namun hati itu pernah di kecewa bukan sekali tetapi berkali kali dengan diri ini. Oleh kerana itu aku tahu kamu tidak akan yakin lagi walaupun masih bersama. Hanya sia2 namun aku tidak mahu mengalah. Selagi masih terasa bait sayangnya kamu aku masih yakin kamu itu punyanya aku ! Tiada perkataan lagi bukan bermakna aku sudah letih dan beralih hati. Hanya kamu yang tahu aku masih sayangkan hanya kepada kamu. Jadi maafkan khilaf ini aku pohon jangan di buang segala perasaan itu. Aku butuh ia sampai bila2. Aku terlalu sayang hingga takut memikirkan sebarang hal yang mungkin terjadi.

Nukilan luahan hati terlara tak terluah.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Wahai masa lalu, aku tahu tidak akan mampu buat aku untuk memadamkannya. Namun ketahuilah diri aku juga masih tak mampu untuk melupakannya. bahkan aku juga berdiri atas segala tentangmu. wahai masa lalu, terlalu sakit yang pernah kau tinggalkan buat diri ini sehingga di titik ini. Tidak aku menyalahkan takdir sedang aku tahu Allah itu maha sempurna dalam menitipkan setiap perjalanan seseorang hamba. Cuma aku yang terlalu lemah untuk mentafsir setiap kebaikanNYA. Aku yang terlalu hina.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ada manusia yang inginkan keindahan namun tidak suka akan kesukaran.
Ada manusia yang rela dalam kesukaran namun tidak mampu bersabar dalam kesempitan.

Hidup adalah perjalanan yang memenatkan bahkan memiliki pelbagai ancaman kemusnahan. Namun hanya mereka yang tabah dalam perjuangan sahaja akan mampu bertahan. Itulah kenapa kita di bumi ini.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Hening malam kian menutup tirai,
Nyaman pagi indah tak ternilai.
Pasrah aku dalam kesepian,
Lalu kamu hulurkan aku sebuah impian.
Terpaku aku dalam menilai,
Namun kamu sentiasa tahu untuk memulai.
Kuntuman senyum makin terlihat,
Dakapan kamu terasa hangat.
Cahaya semakin terpancar menyuluh bahagia,
Sungguh kamu sahaja mampu buat aku ceria.
Terima kasih kerna hadir menutup segala sengsara,
Kamu itu kesayangan aku yang terlalu berharga.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ada yang langka, tetapi sukar untuk disangka.
Ada yang biasa, tetapi tidak lekang dengan bisa.
Ada yang disayang, tetapi perhatian sentiasa melayang.
Ada yang merindu, tetapi tenggelam dalam sendu.
Ada yang meraih cinta, tetapi soal hati masih buta.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Percayalah, jika ada pilihan aku atau kau, aku lebih memilih kau. Bukan soal aku kejam pada diri sendiri, tetapi aku tahu hidup ini masih kurang orang baik seperti kau. Kau lebih layak didahului. Aku percaya Allah itu Maha Mengetahui.

Besarnya bumi, namun takdir tetap di bawah injakkan kaki manusia.

Hartiff

@PuisiKataDariKamu
Dari kecil aku terlepas diri aku.
Ketika besar aku seolah tersasar dengan kejadian aku. Tak pernah lelah berharap untuk menjadi kecil. Agar zaman yang terlepas dapat dikembali. Namun seberapa keras aku berharap ia tidak akan terjadi. Pada masa itu semuanya derita, bahagia hanya dicipta, tetapi hanya aku yang tak pernah lupa mencipta. Bila sudah dewasa, aku lelah untuk tetap mencipta. Bisakah aku ingin putar segalanya kembali? Agar aku adalah aku yang miliki kenangan yang indah di zaman kecilku.

DiKikisPenantian

@PuisiKataDariKamu
2024/05/19 17:43:19
Back to Top
HTML Embed Code: