Telegram Web Link
KEMULIAAN HARI ARAFAH YANG TIADA TANDINGAN

Hari ini Sabtu adalah 9 Zulhijjah 1445 di Makkah iaitu hari Wuquf di Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji.

Manakala 9 Zulhijjah di Malaysia/Indonesia dan negara-negara serantau jatuh pada hari Ahad 16 Jun 2024.

Sepanjang hari Arafah sehingga maghrib adalah waktu-waktu yang sangat berharga dan penuh barakah.

Hari Arafah adalah hari terbaik di dunia di sisi Allah. It's the best day in the world!

Hari Arafah adalah kemuncak haji!

Puasa Arafah menghapus dosa 2 tahun!

Hari Arafah hari terbaik berdoa!

Hari Arafah hari Allah bebaskan hamba-hambaNya dari neraka!

Jangan sia-siakan waktu dari pagi hingga hujung asar. Penuhkannya dengan berpuasa, bertakbir, berdoa, beristighfar dan menggandakan apa jua amal kebaikan. Moga Allah terima.

Sebarkan kelebihan & amalan hari Arafah ini.

Semoga mendapat pahala menyampaikan kebaikan.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
023108
Mishary Rashid Alafasy
Al-Mu'minun 23:108

قَالَ ٱخْسَـُٔوا۟ فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ


(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!

@quotephotovideo 📚📚📚
Allah memberi kenikmatan hidup yang sangat besar dengan kadar yang berbeza-beza kepada setiap hambanya, hanya kita sendiri yang kadang tidak menyedari akan segala nikmat yang Tuhan limpahkan.

Belajar mensyukuri nikmat yang ada dan ingat pada orang yang kurang drpd kita tapi mereka tidak merungut & Bersyukurlah, Hidup yang kita keluhkan mungkin adalah Hidup yang Orang Lain Inginkan.

ALLAH bagi nikmat kekayaan bukan bermakna ALLAH suka,

dan ALLAH bagi nikmat kemiskinan bukan bermakna ALLAH murka.

Kaya atau Miskin sama sahaja, yang berbeza hanyalah taqwa.

Dalam urusan dunia, lihatlah orang yang berada di bawah kita supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah. 🤲🌹

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
W A K T U D O A M U S T A J A B
H A R I A R A F A H


Bermula masuk waktu Zohor hingga waktu Maghrib pada Hari Arafah

Waktu di Arab Saudi
9 Zulhijjah - Ahad - 16 Jun 2024
Zohor 🇸🇦 12:22 tengahari
Maghrib 🇸🇦 7:04 malam

Waktu Malaysia
9 Zulhijjah - Ahad - 16 Jun 2024
Waktu 🇲🇾 5:22 petang
Waktu 🇲🇾 12:04 tengah malam

Bagi yang berada di 🇲🇾 Malaysia, puasa pada hari Sabtu di kira Puasa Hari Tarwiyah manakala puasa pada hari Ahad 16 Jun 2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Hari Arafah

Doa yang terbaik pada Hari Arafah
Kredit kepada JAKIM


1. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah ‎ﷺ

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah ‎ﷺ, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan catatan amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu

12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu ‎ﷺ

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaanmu

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku

18. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah

25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka

29. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk Tahajjud dan solat subuh setiap hari

امين اللهم امين

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Terima kasih

Jom Selawat

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”

-Riwayat al-Tirmizi

Ada apa dengan hari Arafah? 🤔

Hari Arafah adalah merupakan rukun haji,

Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna,

Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam,

Hari Arafah adalah hari penyaksian,

Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas,

Hari Arafah padanya keampunan dan pelepasan dari api neraka.

Jadi, ayuh semua umat Islam, kita rebut peluang dan kesempatan ini agar tidak tergolong dalam golongan yang rugi.

Psst, jangan lupa banyakkan berdoa ya. 😉

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Jadual Waktu Solat
📍 Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
🗓 Ahad, 16 Jun 2024
🌟 09 Zulhijjah 1445H

 🌥 Imsak   : 05:41 AM
⛅️ Subuh : 05:51 AM
🌤 Syuruk : 07:04 AM
🌞 Zohor : 01:17 PM
☀️ Asar : 04:43 PM
🌙 Maghrib : 07:26 PM
⭐️ Isyak : 08:42 PM


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
⛅️ PERINGATAN SUBUH! ⛅️

(05:51 AM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

🔜 Waktu Syuruk: 07:04 AM
يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
168 of 365 🗓 AHAD 💕 09 ZULHIJJAH 1445H 16 JUN 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah hari yang sangat istimewa kerana pada hari tersebut Allah menyempurnakan Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai oleh-Nya dengan ditandai turunnya QS. al-Maidah ayat 3.

Pada hari Arafah juga, umat Muslim yang berhaji melaksanakan wukuf di Arafah sehingga Nabi ﷺ bersabda,

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِى مَلاَئِكَتَهُ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ بِأَهْلِ عَرَفَةَ فَيَقُولُ انْظُرُوا إِلَى عِبَادِى أَتَوْنِى شُعْثاً غُبْراً

“Sesungguhnya Allah berbangga kepada para malaikat-Nya pada petang Arafah dengan orang-orang di Arafah, dan berkata: “Lihatlah keadaan hambaku, mereka mendatangiku dalam keadaan kusut dan berdebu” (HR. Ahmad no. 7089)

Berpuasa di hari Arafah juga memiliki keutamaan besar, iaitu terhapusnya dosa seorang hamba selama dua tahun sebagaimana sabda Nabi ﷺ,

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim no. 1162)

Yang terakhir, momen berdoa di hari Arafah menjadi momen yang terbaik di antara waktu-waktu mustajab untuk berdoa kerana Nabi ﷺ telah bersabda,

خَيْرُ الدُّعاءِ دُعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَناَ وَالنَّبِيُّوْنَ مِنْ قَبْلِيْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syaiin qadir.” (HR. at-Tirmidzi no. 3585)

Semoga Allah merrdhai kita untuk dapat maksimal beribadah di hari Arafah.

Allahu Ta’ala a’lam bishawab.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K500
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  09 ZULHIJJAH 1445H
🗓  16 JUN 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda:

Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin."

(HR Bukhari No: 5120)
Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa. 

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib.

5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

16hb Jun 2024
09hb Zulhijjah 1445H


@quotephotovideo 📚📚📚
Ahad, 09 Zulhijjah 1445H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Hari ini kita puasa Arafah tapi tahun depan...

Semoga kita dapat wukuf di Arafah...

Aamiin ya Allah.

Hari Arafah adalah hari terbaik di dunia di sisi Allah.

It's the best day in the world!


@quotephotovideo 🎯🎯🎯
🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞

(01:17 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

🔜 Waktu Asar: 04:43 PM
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ،

لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ

Labbaikallahumma labbaik

Labbaika laa syari kala kalab baik

Innal hamda

wan ni'mata

laka wal mulk

Laa syarika lak

Membaca talbiyah bagi mereka yang sedang melaksanakan ihram (ibadah haji) merupakan sunnah muakkad.

Namun bagaimana bila tidak sedang melaksanakan ihram, apakah diperbolehkan membaca talbiyah?

Boleh, karena talbiyah termasuk doa, sesuai keterangan dari kitab Al-Umm, juz II, 169:

وروى أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ لقى رَكْبًا بِالسَّاحِلِ مُحْرِمِينَ فَلَبَّوْا فَلَبَّى بن مَسْعُودٍ وهو دَاخِلٌ إلَى الْكُوفَةِ وَالتَّلْبِيَةُ ذِكْرٌ من ذِكْرِ اللَّهِ عز وجل لَا يَضِيقُ على أَحَدٍ أَنْ يَقُولَ

Ertinya: Diriwayatkan bahwa Abdullah Ibnu Mas'ud bertemu kafilah di tepi pantai dalam keadaan ihram. Maka mereka membaca talbiyah, dan Abdullah Ibnu Mas'ud (yang sedang tidak melaksanakan ihram) ikut membaca talbiyah, padahal ia menuju Kufah. Talbiyah adalah sebuah dzikir kepada Allah 'Azza wa Jalla dan tidak membatasi seseorang untuk mengucapkannya.

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️

💥 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

💥 @theqowiywriter
Kuatlah kerana Allah sentiasa ada!!

💥 @quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN

💥 @VideoTazkirahQnA
Koleksi VIDEO Tazkirah & Soal Jawab Agama

💥 @bicaradankata
Healing quotes here

https://www.tg-me.com/kitabdoa

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️
Pembahagian Daging Korban

Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat

PEMBAHAGIAN DAGING
KORBAN WAJIB ATAU NAZAR


WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan
sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT

1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya

1/3 fakir dan miskin

1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran

Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM

@quotephotovideo 🐂🐂🐂
2024/06/16 08:29:21
Back to Top
HTML Embed Code: