رضي الله تعالى عنها.
Bertanya oleh Sayyidatuna Aisyah رضي الله تعالى عنها, "Wahai Rasulullah, jika saya menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?". Maka, jawab Sayyiduna Rasulullah ﷺ, ucapkanlah:
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عني
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka maafkanlah kami."
Semoga kita semua direzekikan oleh Allah ﷻ untuk bertemu dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan pada Ramadhan kali ini. Amin.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Sembilan,
22 Ramadhan 1441/
15 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

MENGHARAPKAN DOA GURU
Walaupun Guru sebenarnya tidak mengharapkan agar mereka dihargai oleh murid, namun sebagai adab seorang murid, hendaklah mereka mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada Guru yang tidak pernah lelah dalam membimbing murid...
Faedah Berdoa Kepada Guru: Mendapat doa daripada Guru. Tiadalah perkara yang paling membahagiakan buat seorang murid, apabila didoakan kembali oleh Gurunya. murid mendoakan Guru itu sudah biasa, tapi apabila Guru mendoakan murid, maka doa tersebut sangatlah berkat...
Mendoakan Guru itu juga sudah menjadi sebahagian daripada adab seorang murid kepada Guru yang perlu ditunaikan. Nasihat Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى pada rangkap ke-133 Fathul Muta'aliy:
"Hadirkanlah dia di dalam doamu, Itu tanda syukurmu mendapat ilmu."
Lebih malang jika murid terlupa untuk mendoakan Guru, sebaliknya Guru pula yang mendoakan murid. Suatu hari di dalam majlis Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi حفظه الله تعالى, beliau bertanya,
"Saya setiap malam mendoakan tuan-tuan semua... Adakah tuan-tuan mendoakan saya?"
Terlebih malang lagi, jika murid terlupa untuk mendoakan Mahaguru kepada segala Guru. Bagindalah yang telah membimbing umat untuk keluar daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya ilmu. Nasihat Guru Mulia Ustaz Yussaine Yahya حفظه الله تعالى kepada kami pagi tadi,
"Mudah-mudahan kita tidak melupakan Guru kita yang sebenar, iaitu Baginda Nabi ﷺ. Semoga Bagindalah suri tauladan dalam hidup kita di dunia ini..."
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan murid yang berusaha untuk menjaga adab dengan sedaya-upaya kepada Guru. Selalu mendoakan kebaikan buat mereka di dunia dan khususnya di akhirat.
Tiadalah perkara yang paling membahagiakan bagi seorang murid, apabila namanya berada dalam ingatan dan doa seorang Guru. Semoga kita juga dikurniakan juga oleh Allah ﷻ akan doa-doa yang sangat mulia tersebut...😭
Tanpa Guru yang mulia, nescayaku tidak akan mengenali Tuhan yang Maha Mulia.
Terima kasih wahai Guru-guru.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Enam Puluh,
23 Ramadhan 1441/
16 Mei 2020

MENULIS KETIKA LAILATUL QADAR
Ratib Al-Haddad telah dikarang oleh al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad رحمه الله تعالى pada 27 Ramadhan 1071 Hijrah. Menariknya, Imam Al-Haddad menulis perkara tersebut, bertepatan dengan Lailatul Qadar.
Setelah hampir 370 tahun berlalu, Ratib Al-Haddad masih lagi diamalkan secara berterusan oleh umat Islam sehingga ke hari ini. Ia menunjukkan bahawa, hasil karangan itu sangat berkat dan diterima di sisi Allah ﷻ.
Terdapat ramai Ulama' yang mengambil faedah menulis dengan bersangka baik pada malam-malam yang berkemungkinan besar berlakunya Lailatul Qadar. Antaranya ialah:
1. Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى. Beliau telah mengarang sebuah risalah yang dinamakan sebagai, "Doa Tolak Bala" pada 25 Ramadhan 1441 (semalam).
2. Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى juga telah menyiapkan sekurang-kurangnya tiga (3) buah karangan yang sangat bermanfaat iaitu:
a) Qasidah Lailatul Qadar yang dikarang pada 21 Ramadhan tahun lepas. Ia mengandungi 17 bait yang menceritakan tanda Lailatul Qadar, berdasarkan tajribah yang dilalui oleh para Ulama'.
b) Kitab yang membicarakan Isra' dan Mi'raj Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Ia telah dikarang pada 21 Ramadhan 1441. Kitab tersebut mengandungi sebanyak 113 bait dan dibaca secara Bahar Basit.
c) Kitab Irsyadu al-Ikhwan, yang membicarakan hukum-hakam binatang. Ia telah dikarang pada 23 Ramadhan 1441. Kitab tersebut mengandungi sebanyak 313 bait dan dibaca secara Bahar Rajaz.
3. Guru Mulia Ustaz Adnan Fadzil حفظه الله تعالى juga telah menyempurnakan dua risalah pada 10 malam Ramadhan yang terakhir iaitu:
a) "Lailatul Qadar Menurut Al-Quran dan Al-Hadis". Risalah tersebut telah disiapkan pada 20 Ramadhan 1441. Ia menerangkan tanda-tanda Lailatul Qadar dan apakah amalan yang sepatutnya dilakukan pada malam tersebut.
b) "Risalah Zikir dan Doa Syifak". Risalah tersebut telah disiapkan pada 24 Ramadhan 1441. Ia menerangkan sepuluh (10) amalan doa penyembuhan yang diamalkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Bayangkan betapa besarnya pahala yang mengalir ke atas mereka, jika tulisan-tulisan tersebut bertepatan dengan Lailatul Qadar. Seolah-olah mereka telah menulis selama 1000 bulan lamanya.
Semoga Allah ﷻ melimpahkan rahmat ke atas para Ulama' dan memanjangkan manfaat penulisan mereka buat umat.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Enam Dua,
26 Ramadhan 1441/
18 Mei 2020

SYARAH ADAB MENUNTUT ILMU
(SIRI 3)
Betapa pentingnya nasihat pada Bait 37, sehinggakan Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى sekali lagi mengulanginya pada Sesi Keempat pembacaan kitab "Fathul Muta'aliy". Jangan beralasan susah untuk menghafal Al-Quran sebab bukan orang Arab. Kononnya, anak orang Arab senanglah menghafal, kerana mereka memang Arab. Pemahaman ini sangatlah tidak tepat.
1. Sebenarnya, terdapat ramai orang Arab sendiri yang jahil Al-Quran. Orang Melayu atau orang Arab, kita semua bergabung pada insaniyah. Semua sama sahaja, mereka ialah manusia, kita juga ialah manusia. Satu perkara yang membezakan kita untuk menghafal Al-Quran ialah kesungguhan ("himmah"). Nasihat Guru yang mulia, apabila seseorang itu sudah semakin dewasa; mereka sudah mempunyai kekasih, pemikirannya menjadi susah untuk memberi tumpuan. Maka, hafalannya menjadi susah untuk melekat. Oleh itu, menghafal pada waktu kecil itulah yang terbaik—seperti memahat pada batu perumpamaannya.
2. Terdapat ibu bapa yang mendidik anak dengan memberi mereka menyentuh Al-Quran sahaja. Kesannya, pada umur tiga (3) tahun, sudah boleh membaca Al-Quran! Inilah mukjizat Al-Quran. Setiap hari ibu bapa mendidiknya dengan Al-Quran. Bukannya, pada usia kanak-kanak, terus menghantar ke Ma'had Tahfiz pada umur tiga (3) tahun, bahkan kata Guru yang mulia, umur tujuh (7) tahun pun belum lagi sesuai—kerana ia akan menghapuskan waktu kecil kanak-kanak. Mereka perlu duduk bersama dengan ibu bapa dan tidak boleh menetap di asrama lagi. Jika ada dalam sebuah kampung itu tempat belajar Al-Quran, maka hantarlah anak-anak ke sana dahulu sebelum ke tempat lain.
3. [Bait 39 sehingga Bait 40: "Menghafalnya perlulah ikut turutan, bertemulah guru ambillah panduan (39). Sebelum menghafal betulkan bacaan, agar tidak hafal dengan kesalahan (40)"]. Pada Bait 39, Guru yang mulia berpesan agar, segala panduan untuk menghafal, hendaklah diambil daripada guru. Bukannya, murid yang pandai-pandai tentukan. (TANBIH) Bait 40 merupakan nasihat daripada Fadhilatus Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى kepada Guru yang mulia. Beliau berpesan berulang-ulang kali bahawa, sebelum menghafal, pastikan dibetulkan terlebih dahulu bacaannya di hadapan guru. Di dalam cetakan kitab, semua baris tidak semestinya betul. Cetakan yang terbaik sekalipun, tetap kena merujuk kepada guru.
4. Mengambil nasihat tersebut, Guru yang mulia pernah membaca kitab "Dalāilu al-Khairāt" di hadapan Maulana Shaykh Ahmad Rukhaimi حفظه الله تعالى, sebelum daripada mengamalkannya. Riwayat yang asal, kebanyakkannya tiada kalimah "Sayyidina" di dalam kitab. Maulana berpesan, sekalipun tidak ditulis, bacalah dengan "Sayyidina" juga. Begitulah seperti yang pernah dibaca oleh guru-gurunya yang terdahulu juga. (FAEDAH) Begitulah seperti di dalam Al-Quran, pada Surah al-Baqarah disebut nama Nabi Ibrahim عليه السلام sebagai " ابراهم " (contohnya pada ayat yang ke-124), manakala, dalam surah-surah yang lain pula disebutkan " إبراهيم " (dengan huruf ي). Kata Fadhilatus Shaykh Prof Dr. Ali Jumuah حفظه الله تعالى, ia menunjukkan bahawa ilmu dalam Islam bukan bersifat dibaca secara bersendiran ("mujarrad qiraat"), tetapi ia bersifat secara bersambungan.
5. [Bait 41 sehingga Bait 44: "Ilmu Tauhid wajiblah dipelajari, ilmu pertama perlu dikuasai (41). Betulkan i'tiqādmu pada Yang Esa, janganlah menyamakan dengan hamba (42).
لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
Maksudnya: "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."
6. Bait 43 menerangkan jalan ("toriq") pengajian ilmu Tauhid di Al-Azhar As-S

Aqīdatu al-
Awwām juga Kharīdah, faham dan kuasai sebelum Jauharah (43). Ini ilmu wajib untuk difahami, agar tidak taqlid buta tak mengerti (44)"]. Empat (4) bait tersebut telah menerangkan apakah ilmu yang pertama sepatutnya dipelajari, iaitu ilmu Aqidah. Ini kerana, ilmu tersebut berkait rapat dengan pegangan. Wajib meyakini bahawa Allah ﷻ tidak serupa dengan makhluk. Firman Allah ﷻ pada Surah As-Shura ayat ke-11,لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
Maksudnya: "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."
6. Bait 43 menerangkan jalan ("toriq") pengajian ilmu Tauhid di Al-Azhar As-S
harif. Susunannya ialah:
a)
b) Kharīdatu al-Bahiyah
c) Jauharatu at-Tauhid
7. Manakala, salah satu bagi contoh toriq pengajian ilmu Tauhid di Malaysia pula adalah seperti berikut:
a) Hidayatu as-Sibyan
b) Faridatu al-Faraid
c) Jauharatu at-Tauhid
d) Bakuratu al-Amani
8. Terdapat khilaf para Ulama' dalam masalah taqlid buta yang disebutkan pada Bait 44. Menurut al-Imam Haramain, orang yang taqlid buta itu tidak akan selamat daripada diseksa di akhirat dan bukannya terkeluar dari agama. Di sana, terdapat enam (6) pandangan yang dinyatakan oleh para Ulama'. (Tambahan) Pendapat Ulama' tentang hukum Muqallid dalam masalah Tauhid, juga ada disenaraikan di dalam kitab "Kifāyatu al-
a) Safīnatu an-Najā
b) Syarahan kitab (a) seperti Nailu Raja'
c) Syarahan kitab (a) seperti Kasyifatu Saja'
d) Matan Abi Syuja'
e) Fathu al-Qarīb
f) Syarahan kitab (e) oleh Imam Baijuri rh.
g) Syarahan kitab (e) oleh Imam Barmawi rh.
h) Matan Zubad
i) Syarahan kitab (h) seperti Mawahibu as-Somad
j) Minhaj al-Imam An-Nawawi rh.
k) Syarahan kitab (j) seperti Kanzu al-Rāghibīn
10. Maksud "ibadah" pada Bait 45 merujuk kepada bab taharah, solat, puasa, zakat, haji dan semisalnya. Hukumnya ialah Fardhu Ain bagi setiap individu Muslim. Manakala, maksud "muamalat" pula ialah, segala perkara yang bukan dalam rubuʼ ibadah pada ilmu Feqah. Contohnya, bab jual beli ("muamalat"), jenayah dan perkahwinan ("munakahat"). Hukumnya ialah Fardhu Ain bagi orang yang menceburi bidang tersebut sahaja. Hukum ke atas orang lain pula, cuma Fadhu Kifayah sahaja. Contoh, orang yang mahu berniaga, wajib belajar bab Muamalah Maliyah. Namun, malangnya orang sekarang tidak mahu belajar bab ini apabila hendak berniaga. Lalu, mereka menggunakan kaedah "Bad Marketing", buat perkara yang pelik-pelik supaya ramai manusia akan tertarik dengan produk yang dijual. Jual barang yang tidak serupa dengan barang dalam gambar. Semua ini adalah contoh perniagaan yang diharamkan. (TANBIH) Nasihat Guru yang mulia; pada hari ini, terdapat ramai orang yang menjadi kaya, namun tidak berkat. Lebih baik menjadi orang yang biasa, tetapi berkat darah dagingnya dan keluarganya.
11. Nasihat Gu
a)
Aqīdatu al-
Awwāmb) Kharīdatu al-Bahiyah

Awām". Kemudian, Guru Mulia Ustaz Fisol Fazil al-Berlisi at-Teriyaqi حفظه الله تعالى juga pernah menerangkan kepada kami akan enam pendapat tersebut satu-persatu iaitu:
a) Iman dia sah, tetapi berdosa (besar) dengan sebab meninggalkan mencari dalil, jika dia ahli bagi berfikir. Sepanjang masa dia hidup dalam berdosa. Kalau 'benak' tidak berdosa. Ini adalah pandangan yang paling rajih.
b) Iman dia tidak sah, bahkan jatuh kufur. Ini merupakan pandangan al-Imam as-Sanusi رحمه الله تعالى dan al-Imam Ibnu 'Arabi رحمه الله تعالى.
c) Iman dia sah, namun dia berdosa kerana tidak mencari dalil yang sah. Tidak kiralah sama ada, dia merupakan ahli bagi berfikir atau orang yang 'benak' sekalipun.
d) Memada iman dia dengan mengetahui zahir al-Quran dan al-Hadith. Ini adalah pandangan yang dhaif.
e) Iman dia sah, kerana dalil hanya dicari untuk menyempurnakan iman sahaja.
f) Iman dia sah, bahkan haram untuk mencari dalil. Ini adalah pendapat yang pelik. Berkata oleh Guru Mulia Ustaz Fisol حفظه الله تعالى bahawa, menurut Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir حفظه الله تعالى, ia merupakan pendapat Ahli Sufi. Merujuk kepada kisah al-Imam Fakhruddin ar-Razi رحمه الله تعالى yang datang ke Mesir. Lalu, terdapat seorang perempuan yang berkata, "Kalau tiada dalil sekalipun, maka Allah ﷻ tetap ada!".
9. [Bait 45 sehingga Bait 50: "Setelahnya belajarlah ilmu fiqah, buat faham
ibādah dan mu`āmalah (45). Safīnatu an-Najā juga sharahannya, pelajarilah dengan sebenar cara (46). Setelahnya Fathu al-Qarīb jangan leka, tuntutlah ia hingga pengakhirannya (47). Zubad serta sharahannya jangan lupa, jika dikuasai pasti tak kecewa (48). Shurūh Minhaj semisal Kanzu al-Rāghibīn, juga kitab Shaykhu al-Islam (Zakaria al-Ansori rh) dan Muslimin (49). Pelajarinya wahai para penuntut, ikutilah turutan yang aku sebut (50)"]. Enam (6) bait ini pula menerangkan jalan untuk mempelajari ilmu Feqah. Susunannya adalah seperti berikut:a) Safīnatu an-Najā
b) Syarahan kitab (a) seperti Nailu Raja'
c) Syarahan kitab (a) seperti Kasyifatu Saja'
d) Matan Abi Syuja'
e) Fathu al-Qarīb
f) Syarahan kitab (e) oleh Imam Baijuri rh.
g) Syarahan kitab (e) oleh Imam Barmawi rh.
h) Matan Zubad
i) Syarahan kitab (h) seperti Mawahibu as-Somad
j) Minhaj al-Imam An-Nawawi rh.
k) Syarahan kitab (j) seperti Kanzu al-Rāghibīn
10. Maksud "ibadah" pada Bait 45 merujuk kepada bab taharah, solat, puasa, zakat, haji dan semisalnya. Hukumnya ialah Fardhu Ain bagi setiap individu Muslim. Manakala, maksud "muamalat" pula ialah, segala perkara yang bukan dalam rubuʼ ibadah pada ilmu Feqah. Contohnya, bab jual beli ("muamalat"), jenayah dan perkahwinan ("munakahat"). Hukumnya ialah Fardhu Ain bagi orang yang menceburi bidang tersebut sahaja. Hukum ke atas orang lain pula, cuma Fadhu Kifayah sahaja. Contoh, orang yang mahu berniaga, wajib belajar bab Muamalah Maliyah. Namun, malangnya orang sekarang tidak mahu belajar bab ini apabila hendak berniaga. Lalu, mereka menggunakan kaedah "Bad Marketing", buat perkara yang pelik-pelik supaya ramai manusia akan tertarik dengan produk yang dijual. Jual barang yang tidak serupa dengan barang dalam gambar. Semua ini adalah contoh perniagaan yang diharamkan. (TANBIH) Nasihat Guru yang mulia; pada hari ini, terdapat ramai orang yang menjadi kaya, namun tidak berkat. Lebih baik menjadi orang yang biasa, tetapi berkat darah dagingnya dan keluarganya.
11. Nasihat Gu
u yang mulia telah menerangkan tiga (3) perkara yang sangat penting buat seluruh penuntut ilmu. Pertama, pemilihan ilmu itu sendiri. Kedua, pemilihan guru. Ketiga, pemilihan teman pengajian dan pasangan suami isteri. Wallahua'lam.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Enam Empat,
27 Ramadhan 1441/
20 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Enam Empat,
27 Ramadhan 1441/
20 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
ru yang mulia, membaca kitab bukan seperti menangkap ikan. Tidak boleh terus melangkah pada kitab yang besar sebelum melalui kitab yang kecil. Kononnya, dengan menggunakan pukat yang besar dapat menangkap ikan yang besar dan kecil sekaligus. Sebenarnya tidak. Orang yang mahu mencandat sotong ada caranya, bukan dengan pukat. Mahu tangkap ikan bilis ada caranya. Mahu tangkap ketam ada caranya. Nasihat Guru yang mulia, dapat kita simpulkan kepada tiga (3) perkara iaitu:
a) Jangan 'kalut' dalam pengajian.
b) Mulakan daripada kitab kecil, supaya dapat menangkap perbahasan yang halus.
c) Mulakan melangkah dari anak tangga yang paling rendah, supaya kaki tidak tersadung ketika melangkah. Melangkah dengan banyak serentak akan capek.
12. [Bait 51 sehingga Bait 55: "Ilmu ini ada alat dan tujuan, jika tidak cukup jadi tak keruan (51). Nahū, Saraf, Mantiq dan juga Balāghah, ini alat ilmu jangan dipermudah (52). Usūl Fiqih,
a) Ilmu Alat, ia dibaratkan oleh Guru yang mulia seperti "bebola mata". Contohnya terdapat pada Bait 52.
b) Ilmu Maqasid. Di mana, jika tidak cukup (a), maka tidak boleh menguasai Ilmu Maqasid dengan baik.
13. Ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf merupakan ilmu yang disadurkan daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Ia bukanlah diambil daripada Bible, Talmud ataupun Veda. Ketiga-tiga ilmu Fardhu Ain tersebut wajib dipelajari untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. (TANBIH) Ilmu Tafsir pula tidak wajib dipelajari untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Kata Guru yang mulia, perumpamaan ilmu Fardhu Ain yang disadur tersebut, seperti ubat panadol yang diberikan kepada seorang pesakit. Antara kandungnya ialah ubi kayu, dan ia telah disadurkan menjadi ubat oleh doktor. Demikianlah juga, apabila seseorang itu sakit kepala, mereka akan terus menampal 'koyok' pada kepalanya. Itulah contoh ubat yang disadurkan daripada bahan-bahan mentah.
14. Kemudian, pada Bait 53 diterangkan keperluan untuk mempelajari Ilmu Usul. Ia adalah khulasah kepada keseluruhan ilmu untuk memahami syariat. Kata Guru yang mulia, orang yang tidak memahami Ilmu Mantiq, tidak boleh thiqah dengan ilmunya. Ilmu Mantiq ialah ilmu alat bagi semua bidang. Kitab Turath adalah khazanah alam yang ditinggalkan oleh para Ulama' dan harta yang sangat bernilai. Jika mahu membuka kunci harta itu, maka kita perlukan sabar, letih dan masa yang panjang. Apabila mengetahui perkara ini, barulah orang tidak akan menjadi terburu-buru. Akhirnya, kerja hendak bid'ahkan orang lain sahaja. Nasihat Guru yang mulia, jangan seronok ingin menyalahkan orang, apatah lagi 'memangkah' guru yang mengajar.
15. Maksud "dikhianati" pada Bait 55 bukan bermaksud "ditukar". Contoh manusia yang ingin mencipta ayat yang baru bagi menandingi Al-Quran ialah Musailamah al-Kazzab. Dia pernah mereka sebuah surah yang dinamakan sebagai Difda'. Ia menceritakan perihal gajah dan anggota tubuhnya yang terdiri daripada gading, belalai yang panjang dan telinga yang besar. Surah yang sangat mengarut. Mereka fikir hendak mengalahkan Al-Quran, tetapi sebenarnya awal-awal lagi mereka telah dikalahkan oleh Al-Quran.
16. Sebaliknya, maksud sebenar "dikhianati" itu adalah memahami Al-Quran dengan cara yang ekstrem. (TANBIH) Pesan Guru yang mulia, mereka tidak menguasi ilmu alat. Kerja tidur dan semangat sahaja. Ada orang yang marah kepada Liberal dan Sekular, tetapi dalam masa yang sama; mereka tidak menyedari bahawa mereka sendiri telah membuat perkara yang menyanggahi agama. "Ulama" yang tidak mengikuti proses menjadi Ulama' dengan betul, tiba-tiba, mahu duduk di hadapan—menjadi Ulama' yang hendak membawa manusia mengenal Tuhan. Inilah contoh pengkhianatan dalam agama! Perkara ini juga telah dipesan oleh al-Imam Az-Zarnuji رحمه الله تعالى dan al-Imam Badruddin رحمه الله تعالى di dalam karangan mereka. Bahkan, kata Guru yang mulia, m
a) Jangan 'kalut' dalam pengajian.
b) Mulakan daripada kitab kecil, supaya dapat menangkap perbahasan yang halus.
c) Mulakan melangkah dari anak tangga yang paling rendah, supaya kaki tidak tersadung ketika melangkah. Melangkah dengan banyak serentak akan capek.
12. [Bait 51 sehingga Bait 55: "Ilmu ini ada alat dan tujuan, jika tidak cukup jadi tak keruan (51). Nahū, Saraf, Mantiq dan juga Balāghah, ini alat ilmu jangan dipermudah (52). Usūl Fiqih,
Ulūm Hadīth dan (
Ulūm) Al-Qur'ān, wajib pelajari jangan diabaikan (53). Alat diguna untuk sampai tujuan, memahami Hadīth dan juga Al-Qur'ān (54). Jika alat tidak kamu kuasai, ini punca Hadith Qur'ān dikhianati (55)"]. Pada Bait 51, diterangkan bahawa ilmu itu terdapat dua (2) iaitu:a) Ilmu Alat, ia dibaratkan oleh Guru yang mulia seperti "bebola mata". Contohnya terdapat pada Bait 52.
b) Ilmu Maqasid. Di mana, jika tidak cukup (a), maka tidak boleh menguasai Ilmu Maqasid dengan baik.
13. Ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf merupakan ilmu yang disadurkan daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Ia bukanlah diambil daripada Bible, Talmud ataupun Veda. Ketiga-tiga ilmu Fardhu Ain tersebut wajib dipelajari untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. (TANBIH) Ilmu Tafsir pula tidak wajib dipelajari untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Kata Guru yang mulia, perumpamaan ilmu Fardhu Ain yang disadur tersebut, seperti ubat panadol yang diberikan kepada seorang pesakit. Antara kandungnya ialah ubi kayu, dan ia telah disadurkan menjadi ubat oleh doktor. Demikianlah juga, apabila seseorang itu sakit kepala, mereka akan terus menampal 'koyok' pada kepalanya. Itulah contoh ubat yang disadurkan daripada bahan-bahan mentah.
14. Kemudian, pada Bait 53 diterangkan keperluan untuk mempelajari Ilmu Usul. Ia adalah khulasah kepada keseluruhan ilmu untuk memahami syariat. Kata Guru yang mulia, orang yang tidak memahami Ilmu Mantiq, tidak boleh thiqah dengan ilmunya. Ilmu Mantiq ialah ilmu alat bagi semua bidang. Kitab Turath adalah khazanah alam yang ditinggalkan oleh para Ulama' dan harta yang sangat bernilai. Jika mahu membuka kunci harta itu, maka kita perlukan sabar, letih dan masa yang panjang. Apabila mengetahui perkara ini, barulah orang tidak akan menjadi terburu-buru. Akhirnya, kerja hendak bid'ahkan orang lain sahaja. Nasihat Guru yang mulia, jangan seronok ingin menyalahkan orang, apatah lagi 'memangkah' guru yang mengajar.
15. Maksud "dikhianati" pada Bait 55 bukan bermaksud "ditukar". Contoh manusia yang ingin mencipta ayat yang baru bagi menandingi Al-Quran ialah Musailamah al-Kazzab. Dia pernah mereka sebuah surah yang dinamakan sebagai Difda'. Ia menceritakan perihal gajah dan anggota tubuhnya yang terdiri daripada gading, belalai yang panjang dan telinga yang besar. Surah yang sangat mengarut. Mereka fikir hendak mengalahkan Al-Quran, tetapi sebenarnya awal-awal lagi mereka telah dikalahkan oleh Al-Quran.
16. Sebaliknya, maksud sebenar "dikhianati" itu adalah memahami Al-Quran dengan cara yang ekstrem. (TANBIH) Pesan Guru yang mulia, mereka tidak menguasi ilmu alat. Kerja tidur dan semangat sahaja. Ada orang yang marah kepada Liberal dan Sekular, tetapi dalam masa yang sama; mereka tidak menyedari bahawa mereka sendiri telah membuat perkara yang menyanggahi agama. "Ulama" yang tidak mengikuti proses menjadi Ulama' dengan betul, tiba-tiba, mahu duduk di hadapan—menjadi Ulama' yang hendak membawa manusia mengenal Tuhan. Inilah contoh pengkhianatan dalam agama! Perkara ini juga telah dipesan oleh al-Imam Az-Zarnuji رحمه الله تعالى dan al-Imam Badruddin رحمه الله تعالى di dalam karangan mereka. Bahkan, kata Guru yang mulia, m
ereka ini lebih berbahaya daripada seorang doktor tanpa sijil ("certificate"). Seorang doktor gigi palsu boleh menyebabkan kematian akibat salah memasang pendakap gigi kepada pesakit. Doktor palsu itu perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dihukum. Kalau seseorang itu mahu menjadi doktor, tentera dan sebagainya, mereka wajib melalui sistemnya dengan betul. Kalau dalam bab dunia sudah tegas sebegitu, apatah lagi dalam bab akhirat.
17. Para sahabat Sayyiduna Rasulullah ﷺ ialah Ashabul Malakah. Zaman al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى, ilmu itu sendiri ialah malakah. Kemudian al-Imam As-Shafie melihat bahawa, umat akan datang mungkin tidak dapat memahami malakah, lalu disusun pula qawaid. Contohnya, ilmu Usul Fiqh. Para Ulama' menyebutkan bahawa, orang yang mempelajari ilmu Usul Fiqh, seolah-olah mereka sedang mengembara dalam otak seorang Mujtahid. Ilmu itu sendiri terbahagi kepada tiga perkara iaitu:
a) Kaedah ("qawaid")
b) Mengetahui kaedah ("idraku al-qawaid")
c) Sifat yang mendarah daging dalam jiwa ("malakatu al-rasikhah")
18. [Bait 56 sehingga Bait 59: "Ilmu Tasawūf itu pelengkap bekal, wajib diamalkan biar tidak bebal (56). Pilihlah guru sebenar wahai teman, ilmu ini agama bukan mainan (57). Guru yang ingin kau jadikan panduan, punya sambungan dengan Rasul Junjungan (58). Jika dia tidak punya sambungan, apa yang dituntut hanyalah omongan (59)"]. Kata Guru yang mulia, Ilmu Tasawuf itu merangkumi dua perkara iaitu:
a) Teori (malakah yang disusun oleh Ulama').
b) Amali (hakikat Tasawuf yang sebenarnya). Tidak ada gunanya, mempelajari 30 kitab tasawuf (a) sekalipun, tetapi dalam hati masih ada sifat hasad dengki.
19. Pada Bait 57, Guru yang mulia telah menyisipkan pesanan al-Imam Ibnu Sirin رحمه الله تعالى iaitu, ilmu itu ialah agama, maka perhatikan daripada siapa ia diambil. Pada Bait 58, Guru yang mulia berpesan bahawa, jika mahu menjadi Ulama', maka kena jadikan Ulama' juga sebagai panduan. Seterusnya, maksud "sambungan" pada Bait 59 adalah sambungan ilmu. Jika mereka tidak memilikinya, maka mereka hanya akan bercakap kosong sahaja.
20. [Bait 60: "Bertanyalah kepada para ilmuwan, jangan segan untuk dapatkan panduan"]. Nasihat Guru yang mulia, jika seseorang penuntut ilmu itu mahu pergi ke mana-mana pun, maka jangan tinggalkan musyawarah dengan guru. Jika nasihat ini tidak diendahkan, maka kesannya dia akan:
a) Menyesal
b) Bercempera
c) Mendapat kerugian
d) Mengharamkan perkara yang halal
e) Menjadi sombong dan 'barbarian' dalam agama
21. Bersikap gopoh ("istiʼjal") akan merugikan penuntut ilmu. Tidak kiralah dalam apa juga perkara pun, pasti akan rugi. Gopoh dalam menyediakan cuka, akhirnya ia akan menjadi haram. Maka, ketika itu gopoh mengharamkan perkara yang halal. Gopoh dalam mendapatkan harta pusaka, maka si anak membunuh ayahnya supaya mati dengan cepat. Akhirnya, dia tidak memperolehi harta kerana seorang pembunuh tidak boleh mewarisi harta pusaka. Maka, ketika itu gopoh sekali lagi mengharamkan perkara yang halal.
22. [Bait 61: "Bertemanlah kamu dalam kehidupan, teman yang tunjukkan jalan pada Tuhan"]. Nasihat Guru yang mulia, jangan sesekali menuntut ilmu secara berseorang tanpa berteman. Nanti akan cepat letih. (TANBIH) Mereka perlu mempunyai teman sepengajian yang berjanji setia, bersama-sama memahami agama Allah ﷻ. Maksud "teman" di sini adalah umum, boleh jadi sama ada:
a) Teman sepengajian
b) Teman hidup (suami dan isteri)
23. [Bait 62 sehingga Bait 63: "Lisannya berbetulah dengan amalan, jangan berteman dengan yang bercanggahan (62). Jika tidak punya teman demikian, lebih baik sendirian tanpa teman (63)"]. Nasihat Guru yang mulia; waktu hendak bernikah, pastikan bakal isteri (atau suami) merupakan orang yang bekerjasama dengan baik untuk beribadat kepada Allah ﷻ. Jika tidak ada perkara tersebut, maka lebih baik kekal bersendirian (tidak berkahwin). Ini kerana, tabiat itu sifatnya mencuri. Perhatikan yang betul-betul hadir ke pengajian ilmu, bukannya sekadar datang dua tiga kali sahaja. Ingatlah bahawa,
"Bunga bukanlah sekuntum, kumbang bukanlah seekor..."
24. Secara kesimpulannya, Gur

(SIRI 4)
Adab seorang Alim telah dibahagikan oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله kepada tiga (3) bahagian iaitu; adab dengan dirinya, adab Alim di dalam majlis dan adab Alim bersama para muridnya.
1. [Bait 64 sehingga Bait 65: "
a) Hasad dengki
b) Ujub
c) Tipu daya
5. Nasihat Guru yang mulia; ketiga-tiga sifat tersebut tidak akan berlaku, kalau seorang Alim itu mengenali Allah ﷻ:
a) Penyakit hasad tidak akan berlaku, jika dia redha terhadap rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah ﷻ.
b) Ujub tidak akan berlaku, jika dia memandang setiap kelebihan itu datangnya daripada Allah ﷻ.
c) Tipu daya tidak akan berlaku, jika dia sentiasa memandang kepada akhirat.
6. [Bait 70 sehingga Bait 71: Jauhkanlah dirinya dari tohmahan, jagalah maruah jangan diabaikan (70). Juga tidak termakan dengan pujian, ianya racun yang wajib dielakkan (71)"]. Disebutkan juga oleh Guru yang mulia bahawa, dibenarkan ke atas seorang Alim itu untuk bercerita (sesuatu yang menakjubkan berlaku ke atas dirinya), tetapi bukanlah untuk tujuan berbangga. Sebaliknya, untuk menyebutkan ni'mat yang telah dikurniakan oleh Allah ﷻ ke atas dirinya. Firman Allah ﷻ pada Surah Ad-Dhuha ayat ke-11,
وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ
Maksudnya: "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."
[ KEDUA: ADAB ALIM DI DALAM MAJLIS ]
7. [Bait 72 sehingga Bait 74: "Adab `Ālim di dalam majlis ilmunya, jika diamalkan barakah sentiasa (72). Berwudu' serta membersihkan dirin

Ālim itu punya adab diamalkan, takutkan Allāh dan ikhlas beriringan (64). Menjaga ilmunya tidak diajarkan, melainkan kepada yang menginginkan (65)"]. Pada Bait 64, Guru yang mulia menjelaskan dua (2) perkara yang perlu diamalkan oleh seorang Alim iaitu KhashyatiLlāh dan ikhlas. Pada bait yang seterusnya, diterangkan bahawa ilmu itu sendiri perlu dijaga oleh seorang Alim. Murid yang tidak menunjukkan keinginan untuk belajar, tidak perlu diberikan ilmu kepada mereka. Ini kerana, ilmu itu mahal harganya dan hanya orang yang bersungguh-sungguh sahaja akan diberi. Namun, tegas Guru yang mulia; berbeza pula dengan da'wah—ia perlu disampaikan kepada semua orang.
2. Al-Imam Malik رحمه الله تعالى pernah menolak untuk mengajar anak khalifah. Bukannya al-Imam Malik رحمه الله تعالى tidak mahu berda'wah, kerana da'wah sama sekali tidak serupa dengan mengajar. Perlu untuk difahami dengan baik, pada Bait 65 itu bukan menghalang untuk berda'wah. Perkara yang disebut oleh Guru yang mulia adalah mengajar. Hanya orang yang memerlukan sahaja akan disampaikan kerana mahalnya ilmu. Terdapat guru yang garang akan memarahi murid yang tidak menjaga adab. Oleh sebab itu, setiap ahwal guru itu perlu dituruti oleh murid, tidak kiralah apapun perkara tersebut seperti:
a) Menghadap kitab ketika belajar
b) Tidak banyak pergerakan di depan guru
c) Kepala tidak diangkat semasa pengajian
3. [Bait 66 sehingga Bait 67: "Juga tidakkan menapak langkahnya, ke pintu pembesar tanpa niat mulia (66). Rendah diri tak sombong dengan pelajar, zuhud pakaiannya dunia tak dikejar (67)"]. Bait ini menjelaskan pendirian ("mauqif") orang Alim terhadap para pembesar. Disebut juga oleh Shaykh Nawawi Jawi رحمه الله تعالى bahawa, orang Alim dibenarkan untuk melihat dulu; jika niat para pembesar itu baik, maka dibolehkan ke atas orang Alim untuk membantu mereka. Selain daripada merendah diri dan tidak sombong, syarat yang mesti disertakan juga ialah seorang Alim itu mestilah bersifat zuhud. Ia bukanlah bermaksud mesti pakai compang-camping dan rambut kusut-masai; namun zuhud yang sebenarnya ialah tidak meletakkan dunia di dalam hati—tetapi di hujung jari.
4. [Bait 68 sehingga Bait 69: "Membersihkan zahir batinnya sentiasa, dari sifat yang dicela Junjungannya (68). Hasad dengki
ujub juga tipu daya, bukan akhlak orang yang kenal Tuhannya (69)"]. Seorang Alim itu, dia akan menjadi orang yang pertama sekali dalam melaksanakan apa sahaja yang disebutkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Contoh sifat yang dicela ("mazmumah") disebutkan pada Bait 69 ialah:a) Hasad dengki
b) Ujub
c) Tipu daya
5. Nasihat Guru yang mulia; ketiga-tiga sifat tersebut tidak akan berlaku, kalau seorang Alim itu mengenali Allah ﷻ:
a) Penyakit hasad tidak akan berlaku, jika dia redha terhadap rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah ﷻ.
b) Ujub tidak akan berlaku, jika dia memandang setiap kelebihan itu datangnya daripada Allah ﷻ.
c) Tipu daya tidak akan berlaku, jika dia sentiasa memandang kepada akhirat.
6. [Bait 70 sehingga Bait 71: Jauhkanlah dirinya dari tohmahan, jagalah maruah jangan diabaikan (70). Juga tidak termakan dengan pujian, ianya racun yang wajib dielakkan (71)"]. Disebutkan juga oleh Guru yang mulia bahawa, dibenarkan ke atas seorang Alim itu untuk bercerita (sesuatu yang menakjubkan berlaku ke atas dirinya), tetapi bukanlah untuk tujuan berbangga. Sebaliknya, untuk menyebutkan ni'mat yang telah dikurniakan oleh Allah ﷻ ke atas dirinya. Firman Allah ﷻ pada Surah Ad-Dhuha ayat ke-11,
وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ
Maksudnya: "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."
[ KEDUA: ADAB ALIM DI DALAM MAJLIS ]
7. [Bait 72 sehingga Bait 74: "Adab `Ālim di dalam majlis ilmunya, jika diamalkan barakah sentiasa (72). Berwudu' serta membersihkan dirin
ya, ini tanda ta'zhīm ilmunya di dadanya (73). Duduk dengan penuh mulia dan sempurna, bukan sombong hanya muliakan ilmunya (74)"]. Sebelum menghadiri ke majlis, disunatkan seorang Alim itu untuk berwuduk. Kata Guru yang mulia, sebaiknya mandi juga terlebih dahulu. Wuduk akan menghasilkan cahaya, manakala ilmu juga merupakan cahaya. Natijahnya, akan menghasilkan nur di atas nur. Bagi seorang Alim itu juga hendaklah duduk di atas kerusi yang telah disediakan sebagai memulikan kedudukan ilmu—sebaliknya, bukanlah untuk menyombongkan diri.
8. [Bait 75: "Murāja
يا بني، نحن تعبد الله بالعلم
Maksudnya: " Wahai anakku, kita beribadat kepada Allah ﷻ dengan ilmu."
9. [Bait 76: "Jika tidak murāja
10. [Bait 77 sehingga Bait 79: "Ketegasan
13. Sepatutnya seorang murid hendaklah menjaga adab dengan guru. Nasihat Guru yang mulia, jangan kita inginkan orang lain untuk beradab dengan kita. Sebaliknya, sebagai murid, mestilah terlebih utama lagi untuk beradab dengan guru. Jangan sesekali menyebu
8. [Bait 75: "Murāja
ah ilmu sebelum majlisnya, ini adab
ālim jangan lupakan"]. Walaupun seorang Alim itu telah membaca kitab berkali-kali, mereka tetap perlu mengulang kajinya sebelum mengajar. Diceritakan oleh Fadhilatus As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى bahawa, guru beliau; Fadhilatus As-Shaykh Mustafa Imran رحمه الله تعالى tetap juga akan murajaah kitab "Hasyiah Sobban", sekalipun telah mengkhatamkannya berulang kali. Fadhilatus As-Shaykh tetap akan mengulang kaji sebelum mengajar, walaupun kalau hendak diikutkan, beliau sebenarnya merupakan seorang Alim Usul, Alim Mantiq dan kuat hafazan (pada adat sudah tidak perlu muraja
ah). Ketika ditanya, beliau langsung menjawab bahawa, يا بني، نحن تعبد الله بالعلم
Maksudnya: " Wahai anakku, kita beribadat kepada Allah ﷻ dengan ilmu."
9. [Bait 76: "Jika tidak murāja
ah sebelumnya, cuti lebih baik dari dirikannya"]. Nasihat pada bait ini merupakan pesanan seorang guru daripada Pesantren Langitan Tuban yang bernama Kiyai Haji Jazuli رحمه الله تعالى. Beliau telah menyebutkan bahawa,
"Kalau guru tidak muraja
ah, libur (cuti) sahaja pengajian!" 10. [Bait 77 sehingga Bait 79: "Ketegasan
ālim di dalam majlisnya, perlu agar majlisnya tak huru-hara (77). Teguran perlu dilakukan olehnya, kepada murid yang tidak dengar kata (78). Jika masih tidak dengan nasihatnya, sebaiknya keluar balik rumah sahaja (79)."]. Jika terdapat anak murid yang tidur, bermain pen atau sebagainya (perbuatan yang kurang adab ketika majlis), maka seorang Alim perlu menegur mereka. Guru juga hendaklah memerhatikan kesemua anak muridnya. Inilah Sunnah yang diamalkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ ketika mengajar. Baginda ﷺ akan memberi perhatian kepada semua sahabat yang hadir ke dalam majlis. Sehinggakan, para sahabat رضي الله تعالى عنهم أجمعين merasakan bahawa, seolah-olah dia seoranglah yang paling diberikan perhatian oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
11. Antara guru yang sangat bertegas dalam bab adab ialah Tuan Guru Shaykh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari حفظه الله تعالى. Jika beliau mendapati terdapat dalam kalangan anak muridnya yang tidak menjaga adab, pasti mereka akan dihalau keluar dari majlis. (TAMBAHAN) Tuan Guru Shaykh Nuruddin al-Banjari حفظه الله تعالى sangat pantang dengan murid yang bermain telefon di dalam majlis, apatah lagi ketika sedang berada di dalam masjid. Kata Guru yang mulia, Tuan Guru Shaykh Nuruddin al-Banjari حفظه الله تعالى merupakan seorang yang terlebih dahulu mengamalkan setiap adab yang disampaikan. Kesemua adab tersebut, kita dapat perhatikan dengan jelas pada bagaimana cara beliau duduk, bercakap dan sebagainya.
12. [Bait 80: "Adab
ālim dengan muridnya, tidak berkira masa dengan mereka"]. Namun, bagi murid pula, mereka hendaklah patuh pada masa yang telah ditetapkan oleh gurunya. Contoh Ulama' yang sudah menetapkan masa untuk menziarahi mereka ialah Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubok Tapah رحمه الله تعالى (datuk kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan hari ini) dan Tuan Guru Haji Salleh Pondok Sik رحمه الله تعالى. Namun begitu, Tuan Guru Haji Abdullah رحمه الله تعالى kadang-kadang terlelap juga sambil mengajar. Suatu hari beliau bercerita bahawa, terdapat orang yang datang menziarahinya pada waktu tengah malam. Pukul 3:00 pagi masih belum balik lagi dari rumahnya!13. Sepatutnya seorang murid hendaklah menjaga adab dengan guru. Nasihat Guru yang mulia, jangan kita inginkan orang lain untuk beradab dengan kita. Sebaliknya, sebagai murid, mestilah terlebih utama lagi untuk beradab dengan guru. Jangan sesekali menyebu
t:
"Saya sudah datang dari jauh... Tiba-tiba, guru tak nak layan saya datang ziarah..."—ini contoh buruk sangka pada guru.
14. Guru yang mulia juga telah menerangkan adab apabila menjadi tetamu, lebih-lebih lagi ketika meziarahi rumah guru. Kalau tuan rumah senyap dalam suatu masa yang lama, maka sebagai tetamu, hendaklah mereka bingkas angkat punggung dan pulang. Tetamu jangan pula membuka tajuk yang baru, melainkan tuan rumah sendiri yang membuka.
15. [Bait 81 sehingga Bait 83: "Jika ditanya soalan apa saja, diberi jawapan juga panduan (81). Namun jika tidak mampu menjawabnya, tidak malu akui kejahilannya (82). Aku tidak tahu itu jawapannya, perisai utama warisan Auliyā' (83)"]. Antara amalan yang sangat penting disebutkan oleh Guru yang mulia ialah bersedekah dengan niat untuk menutup aib guru. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh murid kepada guru mestilah ikhlas. Guru pula hendaklah menganggap muridnya itu sebagai harta yang sangat bernilai daripada Allah ﷻ, bukannya alat perkakasnya (yang boleh digunakan sesuka hati).
16. Murabbi kepada Fadhilatus As-Shaykh Hamza Yusuf حفظه الله تعالى pernah berpesan kepadanya, agar menggerakkan beliau daripada tidur jika terdapat anak murid yang datang bertanyakan soalan—alangkah besarnya perhatian beliau terhadap para pelajar. Namun, bagi setiap guru itu mempunyai ahwal yang berbeza-beza. Maka, jangan sesekali menyamakan ahwal mereka.
17. Pada Bait 83 ditegaskan agar seorang Alim tidak malu untuk menyebut tidak tahu jika tidak mengetahui. Ucapan "Aku Tidak Tahu" ialah ucapan yang sangat besar. Inilah ucapan yang diwarisi daripada para Aimmah. Terdapat orang yang malu untuk menyebut tidak tahu. Akhirnya, mereka buat pandai-pandai.
[ KETIGA: ADAB
19. [Bait 86: "Jika datang murid niatnya tak jelas, dididiknya penuh sabar hingga ikhlas"]. Niat boleh dilihat pada tanda-tanda amalan yang zahir. Oleh sebab itu, seorang guru boleh mengenal pasti keadaan muridnya. Seorang murid pula jangan inginkan pujian sahaja daripada guru. Apabila ditegur oleh guru, terus murid berasa hati. Apabila kena 'paku' dengan guru, murid terus bermasam muka. Sepatutnya murid mengambil teguran itu sebagai ubat. Semakin dia ditegur, semakin murid dekat dengan guru.
20. [Bait 87 sehingga Bait 88: "Para muridnya tidakkan diabaikan, diperhati akhlak juga perbuatan (87). Selalu bertanya khabar tidak jemu, agar sentiasa atas jalan ilmu (88)"]. Fadhilatus As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى pernah bercerita bahawa, pada satu hari dalam bulan Ramadhan, Fadhilatus As-Shaykh Professor Dr. Ali Jumuah حفظه الله تعالى akan mengumpulkan kesemua anak-anak muridnya duduk sekali sepanjang malam. Bermula dengan berbuka puasa sehinggalah ke waktu Subuh. Kata Guru yang mulia, sekiranya tiada wabak Corona ini, pastinya Fadhilatus As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى akan mengumpulkan juga setiap muridnya (termasuklah Guru yang mulia) untuk duduk bersama membaca kitab di rumah sepanjang malam.
21. [Bait 89 sehingga Bait 90: "Didiklah mereka mengikut aturan, jangan diberatkan luar kemampuan (89). Para murid itu wasiat Junjungan, jangan diabaikan bimbang kemurkaan (90)"]. Guru hendaklah memberi sesuatu yang mampu untuk dihafal oleh muridnya. Maka, guru perlu mengenali muridnya dengan bersungguh-sungguh. Inilah di antara pesanan Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang sangat penting kepada para guru. Wasiat ini telah diambil berat oleh Sayyiduna Abdullah bin Mas`ud رضي الله تعا
"Saya sudah datang dari jauh... Tiba-tiba, guru tak nak layan saya datang ziarah..."—ini contoh buruk sangka pada guru.
14. Guru yang mulia juga telah menerangkan adab apabila menjadi tetamu, lebih-lebih lagi ketika meziarahi rumah guru. Kalau tuan rumah senyap dalam suatu masa yang lama, maka sebagai tetamu, hendaklah mereka bingkas angkat punggung dan pulang. Tetamu jangan pula membuka tajuk yang baru, melainkan tuan rumah sendiri yang membuka.
15. [Bait 81 sehingga Bait 83: "Jika ditanya soalan apa saja, diberi jawapan juga panduan (81). Namun jika tidak mampu menjawabnya, tidak malu akui kejahilannya (82). Aku tidak tahu itu jawapannya, perisai utama warisan Auliyā' (83)"]. Antara amalan yang sangat penting disebutkan oleh Guru yang mulia ialah bersedekah dengan niat untuk menutup aib guru. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh murid kepada guru mestilah ikhlas. Guru pula hendaklah menganggap muridnya itu sebagai harta yang sangat bernilai daripada Allah ﷻ, bukannya alat perkakasnya (yang boleh digunakan sesuka hati).
16. Murabbi kepada Fadhilatus As-Shaykh Hamza Yusuf حفظه الله تعالى pernah berpesan kepadanya, agar menggerakkan beliau daripada tidur jika terdapat anak murid yang datang bertanyakan soalan—alangkah besarnya perhatian beliau terhadap para pelajar. Namun, bagi setiap guru itu mempunyai ahwal yang berbeza-beza. Maka, jangan sesekali menyamakan ahwal mereka.
17. Pada Bait 83 ditegaskan agar seorang Alim tidak malu untuk menyebut tidak tahu jika tidak mengetahui. Ucapan "Aku Tidak Tahu" ialah ucapan yang sangat besar. Inilah ucapan yang diwarisi daripada para Aimmah. Terdapat orang yang malu untuk menyebut tidak tahu. Akhirnya, mereka buat pandai-pandai.
[ KETIGA: ADAB
ĀLIM BERSAMA PARA MURIDNYA ]
18. [Bait 84 sehingga Bait 85: "
Ālim itu ikhlas dalam didikannya, tidak membezakan antara muridnya (84). Dilayan mereka dengan sama rata, agar tidak hasad sesama mereka (85)"]. Seorang guru tidak membezakan murid-muridnya, walaupun pada hakikatnya terdapat perbezaan pada kasih atas sebab khidmat murid yang lebih atau faham murid yang lebih. Demikianlah seperti yang diajarkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Sayyiduna Umar Al-Khattab رضي الله تعالى عنه tidak cemburu dengan Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq رضي الله تعالى عنه. Tiada seorang pun sahabat yang cemburu, kerana semua orang dilebihkan dengan kedudukan masing-masing.19. [Bait 86: "Jika datang murid niatnya tak jelas, dididiknya penuh sabar hingga ikhlas"]. Niat boleh dilihat pada tanda-tanda amalan yang zahir. Oleh sebab itu, seorang guru boleh mengenal pasti keadaan muridnya. Seorang murid pula jangan inginkan pujian sahaja daripada guru. Apabila ditegur oleh guru, terus murid berasa hati. Apabila kena 'paku' dengan guru, murid terus bermasam muka. Sepatutnya murid mengambil teguran itu sebagai ubat. Semakin dia ditegur, semakin murid dekat dengan guru.
20. [Bait 87 sehingga Bait 88: "Para muridnya tidakkan diabaikan, diperhati akhlak juga perbuatan (87). Selalu bertanya khabar tidak jemu, agar sentiasa atas jalan ilmu (88)"]. Fadhilatus As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى pernah bercerita bahawa, pada satu hari dalam bulan Ramadhan, Fadhilatus As-Shaykh Professor Dr. Ali Jumuah حفظه الله تعالى akan mengumpulkan kesemua anak-anak muridnya duduk sekali sepanjang malam. Bermula dengan berbuka puasa sehinggalah ke waktu Subuh. Kata Guru yang mulia, sekiranya tiada wabak Corona ini, pastinya Fadhilatus As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى akan mengumpulkan juga setiap muridnya (termasuklah Guru yang mulia) untuk duduk bersama membaca kitab di rumah sepanjang malam.
21. [Bait 89 sehingga Bait 90: "Didiklah mereka mengikut aturan, jangan diberatkan luar kemampuan (89). Para murid itu wasiat Junjungan, jangan diabaikan bimbang kemurkaan (90)"]. Guru hendaklah memberi sesuatu yang mampu untuk dihafal oleh muridnya. Maka, guru perlu mengenali muridnya dengan bersungguh-sungguh. Inilah di antara pesanan Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang sangat penting kepada para guru. Wasiat ini telah diambil berat oleh Sayyiduna Abdullah bin Mas`ud رضي الله تعا
لى عنه setiap kali beliau didatangi oleh murid-muridnya. Seorang Alim perlu berikan perhatian pada wasiat tersebut agar ilmu yang diajar itu menjadi berkat.
22. Secara kesimpulannya, Guru yang mulia telah menyebutkan tiga (3) perkara yang sangat penting pada kali ini. Pertama, adab orang Alim dengan dirinya. Kedua, adab orang Alim di dalam majlis. Ketiga, adab orang Alim bersama para muridnya. Wallahua'lam.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Enam Enam,
29 Ramadhan 1441/
22 Mei 2020

Semoga Allah ﷻ menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci, dan termasuk dalam kalangan orang yang mendapat kemenangan...
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وجعلنا من العايدين و الفايزين
Antara hikmah di sebalik PKP, kita semua berpeluang untuk berpuasa 6 hari secara berterusan bermula dari 2 Syawal.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، من صام رمضان، ثم أتبهه ستا من شوال كان كصيام الدهر
Sayyiduna Rasulullah ﷺ bersabda, "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian menyambung puasa 6 hari di bulan Syawal, seperti ia berpuasa selama setahun." (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

MULAKAN DENGAN HARI RABU
Semasa dalam pengajian daurah kitab "Bakurah Amani" di Batu Kurau Perak, Tuan Guru Baba Ahmad Ridoudin حفظه الله تعالى telah menyampaikan sebuah faedah yang sangat besar berkenaan hari Rabu.
Faedah ini telah diterima oleh beliau daripada Wali Allah Tuan Guru Pak Su Mid حفظه الله تعالى, seperti yang disebutkan oleh Tuan Guru Haji Yahya, Ulamak kelahiran Melaka yang menetap di Fathoni Darus Salam.
Mulakanlah perkara berikut pada hari Rabu, insya-Allah akan berkekalan. Antaranya ialah: (i) masuk rumah, (ii) pengajian ilmu dan (iii) masuk ke pondok. Selain hari Rabu, beliau juga ada mengarang sebuah kitab yang menceritakan secara khusus tentang menanam pokok pada hari-hari yang tertentu. Tanam, pasti akan tumbuh.
[ Faedah Kedua ]
Faedah berkenaan hari Rabu yang sangat besar ini, juga telah dituliskan juga Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى di dalam kitab "Fathul Muta'aliy" (Adab Penuntut Ilmu). Disebutkan pada rangkap yang ke-173 bahawa,
"Jika guru ingin mulakan bacaan, hari Rabu ambil jadi permulaan."
Rangkap itu telah diletakkan di bawah tajuk "Adab Serta Kaifiyat Bacaan Bagi Guru". Mengapa disebutkan pada hari Rabu? Kata Guru yang mulia, kerana hari tersebut telah dijadikan cahaya oleh Allah ﷻ. Ilmu juga adalah cahaya. Justeru itu, akan terhasillah cahaya di atas cahaya.
Disebutkan juga oleh Guru yang mulia bahawa, kesan memulakan majlis ilmu pada hari Rabu ialah ia akan berterusan (dengan keberkatan dua cahaya tadi). Sayyiduna Rasulullah ﷺ juga menyukai perkara optimis dan baik (Tafaul Hasan).
[ Faedah Ketiga ]
Perkara ini juga seperti yang dinasihatkan oleh al-Imam Az-Zarnuji رحمه الله تعالى di dalam kitab "Ta'lim al-Muta'llim" pada fasal berkenaan permulaan mengaji, kadar dan aturan bacaan ("فصل في بداية السبق وقدره وترتيبه").
Kata al-Imam Az-Zarnuji رحمه الله تعالى seperti yang beliau dengar daripada Shaykh Aba Yusuf Al-Hamdaniy رحمه الله تعالى bahawa, antara sebab hari Rabu bagus dijadikan sebagai permulaan mengaji adalah kerana:
1. Hari yang dijadikan cahaya
2. Hari yang celaka bagi orang kafir
3. Hari yang berkat bagi orang beriman
[ Faedah Keempat ]
Malam Rabu juga sangat besar barakahnya seperti waktu siangnya. Faedah ini telah kami perolehi daripada Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى.
Abuya pernah menceritakan perkara tersebut semasa di dalam pengajian Daurah Akbar bagi kitab "Bidayatul Hidayah" dan kitab "Bekal Akhirat" yang sangat berkat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Diceritakan oleh Abuya bahawa, pada setiap malam Rabu, kelima-lima buah pondok dan pesantren di bawah bimbingan beliau akan mengamalkan bacaan Selawat Burdah yang dikarang oleh al-Imam Al-Busiri رحمه الله تعالى.
Faedah tambahan: Amalan membaca Selawat Burdah juga boleh diadakan pada malam Selasa, ini seperti yang telah diamalkan di Baitul Qurra Wal Fuqoha yang dinaungi oleh Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli Ismail حفظه الله تعالى.
Selain itu, ia juga diadakan pada malam Jumaat, ini seperti yang diamalkan di Kompleks Pendidikan Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN) yang dinaungi oleh Guru Mulia Ustaz Haji Yussaine Yahya حفظه الله تعالى.
Wallahua'lam.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Tujuh Tujuh,
11 Syawal 1441/
2 Jun 2020