MENAMBAHKAN CINTA KEPADA NABI
Antara kaedah untuk menambah kecintaan kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang pernah disebutkan oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥāfiẓahuLlāh ialah:
Makan Kurma Madinah.
Ini kerana ia terjadi dari tanah Madinah. Kita sedang memasukkan ke dalam badan kita sebahagian daripada hasil tanah yang dijadikan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Jangan ambil ringan tentangnya, kerana ini simbol kecintaan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Makannya juga akan mengingatkan kita kepada Nabi Muhammad ﷺ yang pernah makan hanya buah tamar dan air sejuk sahaja selama dua bulan dapur rumah Baginda tidak berasap.
Kurma Madinah juga termasuk dari buah-buahan yang didoakan keberkatan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Maka, ada orang yang akan menyimpan kurma Madinah di rumahnya kerana mahu mendapatkan keberkatan tersebut.
------------------
Dikesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa,
Pihak Zawiyah Nasiriyyah membuka jualan Kurma Ajwa Madinah.
Beli sambil menyumbang untuk pembangungan Pusat Pengajian Zawiyah Nasiriyyah yang dipimpin oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari hāfizhahuLlāh.
Tempahan untuk 1kg dan ke atas POS PERCUMA sehingga 30 Julai 2020.
Harga promosi keseluruh Malaysia :
RM 90.00 = 1 Kg
RM 30.00 = 250 g
Untuk sebarang tempahan Kurma Ajwa Madinah boleh PM saya:
http://www.wasap.my/60199171615/Kurma_ajwa+ZawiyahNasiriyyah
--------
Terkini, pada 24 Julai 2020, sudah selesai urusan membeli tanah yang berjumlah RM 50,000 dan masih memerlukan RM 150,000 untuk kos anggaran keseluruhan tambak tanah.
NOTA: Boleh juga terus menyumbang melalui akaun:
552022640013
MAYBANK
RUWAQ NASIRIY MANAGEMENT
WAJIB maklumkan resit kepada untuk tujuan rekod ;
01119259884
Ustaz Soleh
Timb. Mudir Zawiyah
http://www.wasap.my/601119259884/ZawiyahNasiriyyah
Marilah sama-sama kita bantu pusat pengajian ini, mudah-mudahan kita menjadi ianya menjadi bukti cinta kita kepada Allah dan Baginda Nabi ﷺ di akhirat kelak.
__________________________________________
Alamat Zawiyah ;
Lot 2313, Kampung Pinang, Pedu, Kedah.
Facebook - Like - Follow First 👇🏻
https://www.facebook.com/ZawiyahNasiriyyah/
https://www.facebook.com/UstNazrulNasir/

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
ULAMA WANITA ALAM MELAYU
Puan Guru Ustazah Datin Hajah Khamudah ḥāfiẓahaLlāh ialah anak kepada Tuan Guru Dato' Haji Ghazali raḥimahuLlāh. Beliau dilahirkan pada tahun 1942. Ini bermakna, umurnya kini sudah mencecah 78 tahun ataupun 80 tahun Qamariah.
Sejak berumur 14 tahun lagi, Puan Guru sudah menghafal matan-matan penting dalam ilmu. Antaranya ialah Matan Jurumiyah, Matan Zubad, Matan Izzi, Matan Jauhar, Matan Alfiyah dan banyak lagi. Semua yang dihafal itu tersemat dalam ingatannya dengan kuat.
Sehinggakan, beliau mengajar tanpa menggunakan sebarang kitab pun. Beliau akan mensyarahkan satu-persatu dengan jelas sambil setiap muridnya melihat kitab semasa pengajian.
[ Amalan Puan Guru ]
Puan Guru akan tidur selepas Isyak dan bangun seawal jam 2.00 pagi setiap hari. Benar kata Tok Ayah Haji Isa ḥāfiẓahuLlāh (Gerik), orang perempuan memang sangat hebat dalam bab bangun malam dan bertahajud. Itulah yang menjadi antara amalan beliau dari muda sehinggalah ke hari ini.
Tidak kelihatan sedikit pun keletihan di wajah Puan Guru semasa kami menziarahinya, bahkan, sangat tenang memandang wajahnya. Kudratnya masih kuat. Ketika baru pertama berjumpa, kami langsung tidak menyangka umurnya sudah mencecah 80 tahun. Lalu, kami juga bertanya kepada beliau, apakah amalan beliau dapat kekal sihat dan awet muda? Maka, jawapan beliau ialah:
1. Bangun awal pagi
2. Menjaga wuduk
3. Menjaga makan
4. Mengajar
Amalan yang keempat itu, disebutkan oleh anak Puan Guru dengan menyatakan bahawa ibunya itu, “Bila sekolah cuti, duduk dekat rumah jadi tak sihat. Bila mengajar, jadi sihat.”
[ Murid Puan Guru ]
Terdapat ramai yang pernah mempelajari dan mengambil sanad daripada Puan Guru. Antaranya ialah seorang syeikh dari Britain yang bersangatan alim iaitu Shaykh Danial ḥāfiẓahuLlāh, Tuan Guru Shaykh Husni Ginting al-Azhari ḥāfiẓahuLlāh dan ramai lagi.
Itu sebahagian yang disebutkan sendiri oleh Puan Guru, manakala yang terdapat dalam catatan Sidna Tengku Yusuff ḥāfiẓahuLlāh melalui maklumat orang ramai, termasuklah juga yang pernah mengambil sanad dengan Puan Guru ialah Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki as-Syazuli ḥāfiẓahuLlāh.
Masakan tidak, Puan Guru antara orang yang memegang sanad yang tinggi dalam ilmu dan hadis. Beliau telah bertalaqqi secara terus dengan ayahandanya, Tuan Guru Haji Ghazali raḥimahuLlāh bersama abang Puan Guru. Selepas Subuh, mereka akan mempelajari Tafsir Jalalain. Sebelah malam pula, mereka mempelajari Hadis Sahih al-Imam al-Bukhari. Selain daripada itu, Puan Guru menyertai halaqah selama berpuluh-puluh tahun.
Oleh sebab itu, Puan Guru sangat pantang kalau ada orang yang datang dan mudah-mudah nak meminta sanad. Kata Puan Guru,
“Ada orang pernah datang paksa saya mengajar sampai 12.30 tengah malam. Minta sanad, datang satu malam nak sanad! Saya sendiri pun 20 tahun belajar baru boleh dapat sanad. Sebab itu, saya tak akan beri mudah-mudah. Kalau beri juga, itu tidak amanah dengan ilmu.”
“Ada yang minta sanad mudah-mudah, boleh bawa sesat. Sekarang, semua nak ekspress. Ramai yang datang minta sanad dan nak saya mengaku dia sebagai anak murid.”
Namun, terdapat satu nama yang diiktiraf oleh Puan Guru sebagai anak muridnya yang mengaji daripada awal sejak sekian lamanya. Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini an-Nuuri ḥāfiẓahuLlāh (Pondok Pak Teh Kroh). Puan Guru telah mengajar kepadanya hampir semua bidang ilmu, kecuali bidang falak yang diajarkan oleh suami Puan Guru.
[ Suami Puan Guru ]
Puan Guru merupakan isteri kepada Tuan Guru Dato' Haji Mat Hashim bin Haji Anang RH, yang menjadi pengetua di Madrasah Irshadiah bermula dari tahun 1960M.
Mereka berkahwin dengan perbezaan umur sebanyak 17 tahun. Puan Guru pada waktu itu berusia 18 tahun, manakala suaminya pula berusia 35 tahun. Tuan Guru Haji Hashim raḥimahuLlāh juga sihat tubuh badan dan panjang umurnya sehingga 97 tahun kerana turut menjaga amalan berpuasa dan berwuduk (seperti yang diamalkan oleh Puan Guru). Makannya juga tak banyak.
Selain daripada Puan Guru Datin Khamudah, kami juga berkesempatan untuk b

ertemu bual dengan anakandanya sendiri iaitu, al-Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Haji Mat Hashim HZ. Menurut anaknya, Tuan Guru Haji Mat Hashim raḥimahuLlāh ialah seorang yang bersangatan alim sehingga menjadi rujukan Mufti Perak. Ayahnya pernah menjadi AJK Fatwa Perak dari tahun 80-an sehingga 2009. Makam beliau terdapat di Sungai Batang, Bagan Datuk.
[ Ayah Puan Guru ]
Ayah Puan Guru ialah al-Marhum Tuan Guru Dato' Haji Ghazali raḥimahuLlāh ( 1901 - 1997 ). Makam beliau terletak di Tanah Perkuburan Islam Batu 26, Bagan Datuk. Beliau merupakan salah seorang tokoh awal penubuhan PAS Perak dan terlibat dalam Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaysia di Butterworth (1951).
Tuan Guru Haji Ghazali RH pergi menuntut ilmu ke Makkah pada tahun 1914. Beliau ke sana selama 14 tahun dan pulang pada tahun 1928. Seterusnya, pada tahun 1932, beliau telah membuka pondok—yang sekarang ini dikenali sebagai SMA Irshadiah di Bagan Datuk.
Sekaligus, menjadikan Madrasah Irshadiah sebagai pusat pengajian agama yang kedua terawal dibuka di perak. Pertama ialah Idrisiyah pada tahun 1922. Kedua ialah Irshadiah pada tahun 1932. Ketiga ialah al-'Ulum pada tahun 1937. Ketiga-tiganya masih ada sehingga sekarang.
Diceritakan oleh anak al-Marhum bahawa, ayahnya menetap lama di Makkah ketika berlaku pertukaran kerajaan Uthmaniyah kepada Saudi. Pada waktu itu, terdapat daripada kalangan tok guru yang disembelih (akibat polemik Wahabi yang berlaku ketika itu). Tuan Guru Haji Ghazali raḥimahuLlāh sangat alim hampir dalam semua bidang ilmu, kecuali bidang Qira'at.
[ Sekolah Puan Guru ]
Sekembalinya Tuan Guru Haji Ghazali raḥimahuLlāh ke Malaysia, beliau telah dikahwinkan dengan seorang wanita daripada keluarga hartawan. Keluarganya telah mewakafkan sejumlah 50 ekar tanah bagi mendirikan pusat pengajian ilmu. Sebahagiannya pada hari ini, dijadikan sebagai aset kelapa sawit bagi menjana ekonomi sekolah.
Menurut al-Fadhil Ustaz Abdul Halim HZ, nama sekolah Irsyadiah diambil bersempena dengan nama bapa saudaranya, al-Marhum Haji Arsyad rahimahuLlah yang telah mewakafkan tanah untuk pondok.
Bermula daripada pondok, kemudian menjadi sekolah. Hari ini, ia telah menjadi satu-satunya sekolah menengah agama swasta di Perak yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan kronologi yang berkaitan dengan Madrasah Irshadiah:
Pada tahun 1960, Tuan Guru Haji Ghazali raḥimahuLlāh telah melantik menantunya iaitu; Tuan Guru Haji Hashim raḥimahuLlāh sebagai pengetua sekolah yang baharu. Ketika itu, sekolah telah melaksanakan pengajian akademik dan Arabiyah Diniyah. Empat (4) tahun Ibtida'iy dan empat (4) tahun Thanawiy, barulah pelajar akan mendapat Syahadah.
Pada tahun 1987, sekolah mempunyai kelengkapan asrama. Kemudian pada tahun 2008, Puan Guru Datin Hajah Khamudah HZ dilantik sebagai pengetua yang baharu menggantikan suaminya. Pada tahun 2014, Tuan Guru Haji Hashim RH meninggal dunia.
Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Puan Guru Ustazah Hajah Datin Khamdah ḥāfiẓahaLlāh.
Rakaman Makam Tuan Guru Haji Ghazali rahimahuLlāh : https://youtu.be/eLHjjCnL18c
# Nota Hujung: Ini merupakan sebahagian daripada catatan nota semasa ziarah di negeri Perak pada 11 Julai sehingga 13 Julai 2020.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Tiga Tiga,
7 Zulhijjah 1441/
28 Julai 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

YouTube
Makam Ulama Perak | Tuan Guru Haji Ghazali rahimahuLlāh — Batu 26, Bagan Datuk
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memegang kitab yang sangat berkat ini, yang diberi tajuk: “Kenali Nabimu Dengan 5 Ilmu” karangan Shaykh Aun Muein al-Qaddumi ḥafiẓahuLlāh. Kitab ini telah diterjemahkan oleh Guru Mulia Ustaz Muhd Shahir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh.
JazakumuLlahu khairan Guru Mulia Ustaz Mohammad Bakri ḥafiẓahuLlāh atas pemberian kitab yang sangat berharga ini. Semoga Allah ﷻ melimpahkan rahmat ke atas Ustaz dan seluruh keluarga dengan seluas-luasnya.
Semoga kita semua dapat dianugerahkan oleh Allah ﷻ akan nikmat kecintaan terhadap Sayyiduna Rasulullah ﷺ, sebagaimana yang telah dirasai oleh para pencintanya yang siddiqīn. Amin.

Menangis sebak Tuan Guru Ayah Chik ḥafiẓahuLlāh ketika membacakan ayat ini, semasa rakaat yang kedua solat raya di Masjid Rusila pagi tadi :
رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُۥۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ
“Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.”
رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيٗا يُنَادِي لِلۡإِيمَٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّاۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu", maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.”
رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ
“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”
( Surah Ali-Imran: Ayat 192 - 194 )
Kehidupan Tuan Guru Ayah Chik ḥafiẓahuLlāh, sepenuhnya telah dicurahkan buat agama Islam. Siang dan malamnya, denyut nadi beliau sentiasa bersama dengan umat Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Tidak kenal erti penat dan lelah dalam perjuangan, sekalipun sudah semakin dimamah usia.
Semoga Allah ﷻ memelihara Tuan Guru Ayah Chik buat umat Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Tiga Enam,
10 Zulhijjah 1441/
31 Julai 2020

ADAB MENGHADIRI MAJLIS PERNIKAHAN
Daripada 15 adab menghadiri majlis pernikahan yang disusun oleh al-Habib Muhammad Amin Ba'Alawi hafizhahuLlah, terdapat:
Enam (6) adab yang khusus bagi perempuan. Manakala, dua (2) adab yang khusus tentang pakaian—sama ada bagi lelaki mahupun perempuan. Seterusnya, tiga (3) adab bermuamalat dengan manusia, dua (2) adab tentang muzik, satu (1) adab tentang makanan dan satu (1) adab tentang niat.
Penting untuk diperhati, memandangkan sekarang sedang musimnya orang mengadakan majlis pernikahan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan tahniah ke atas sahabat serta guru yang mulia, Sidi Mohd Zakri Zamani Salleh berserta pasangannya Ust Shafikah Kamarudin. Semoga kalian berdua dimurahkan rezeki oleh Allah ﷻ.
Berikut adalah adab-adabnya:
1. Memakai pakaian yang sesuai dengan syariat Rasulullah ﷺ.
2. Niat tatkala hadir untuk melakukan perintah Rasulullah ﷺ dalam menghadiri acara walimah dan juga untuk menyambung tali silaturrahmi, agar termasuk dalam perkara ibadah sehingga mendapat pahala.
3. Tidak berhias lebih dari ukuran yang wajar hanya untuk berbangga-bangga dengan kecantikan dan mengikuti anjuran syaitan. [ # Adab Khusus bagi Wanita ].
4. Tidak memakai wangian tatkala keluar dari rumahnya, kerana hukumnya adalah haram jika sampai tercium oleh lelaki ajnabi, kecuali jika akan memasuki ruangan khusus kaum perempuan. [ # Adab Khusus bagi Wanita ].
5. Tidak menjadikan hidangan yang dihidangkan sebagai bahan pembicaraan jika terdapat kekurangan.
6. Tidak memaksa diri untuk selalu membeli pakaian yang baru setiap kali akan menghadiri acara pernikahan.
7. Tidak mengundang penyanyi lelaki di antara kaum perempuan, kerana hukumnya adalah haram, dan dapat menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati pendengarnya.
8. Tidak menghidupkan muzik yang diharamkan oleh syari'at.
9. Tidak menjadikan orang lain sebagai bahan pembicaraan (“ghibah”), kerana hukumnya adalah haram.
10. Mendoakan kedua mempelai agar menjadi jodoh dunia akhirat.
11. Tidak melepas tudung kepala, kerana jika terlihat oleh lelaki ajnabi hukumnya adalah haram. [ # Adab Khusus bagi Wanita ].
12. Tidak memakai pakaian yang ketat, kerana hal ini merupakan adat orang Yahudi. [ # Adab Khusus bagi Wanita ].
13. Tidak berjalan lenggang-lenggok di depan lelaki ajnabi. [ Adab Khusus bagi Wanita ].
14. Tidak menghadiri acara pernikahan kecuali dengan izin sang suami. [ # Adab Khusus bagi Wanita ].
15. Membantu pemilik acara jika membutuhkan bantuan.
[ NIAT MENDATANGI WALIMAH ]
• Disebut di dalam “Kitab Niat“ yang dikarang oleh al-Allamah al-Habib Sa'ad al-Hadhrami rahimahuLlah. Niat Mendatangi Walimah:
1. Menguatkan diri supaya lebih giat dalam mentaati perintah Allah ﷻ dan Rasul-Nya.
2. Memberi kebahagiaan kepada orang lain.
3. Diniatkan makan sebagai ubat. Ini kerana sabda Baginda Nabi ﷺ, “Makanan dari orang yang dermawan adalah ubat. Sedangkan, ubat dari orang bakhil adalah penyakit.”
4. Melakukan perintah Rasulullah ﷺ, kerana menghadiri undangan adalah salah satu kewajiban muslim atas muslim yang lainnya.
• Selain itu, disebut di dalam “Kitab Adab Mencakup 50 Adab Dalam 50 Keadaan” yang dikarang oleh al-Habib Sayyid Muhammad Amin bin 'Idrus Ba'Alawi al-Husaini hāfizhahuLlāh. Niat tatkala akan hadir walimah untuk:
1. Melakukan perintah Rasulullah ﷺ dalam menghadiri walimah.
2. Menyambung tali silaturrahmi.
[ UCAPAN BAGI ORANG YANG BERNIKAH ]
• Berkata oleh al-Allamah Shaykh Daud Abdullah al-Fathani rahimahuLlah di dalam kitab “Īdhah al-Bab Limuridi al-Nikāhi bi al-Sowābi”: Sunat mendoakan bagi dua laki isteri kemudian daripada akad nikahnya dengan katanya:
بارك الله وبارك عليك وجمع بينكما في خير
Maksudnya: “Telah memberi berkat Allah ﷻ bagimu dan memberi berkat atas kamu dan dihimpunkan antara kedua kamu dengan kebajikan.”
Semoga kita dipermudahkan Allah ﷻ untuk beramal dengannya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Tiga Tiga,
8 Zulhijjah 1441/

NASIHAT TENTANG AKHIR ZAMAN DARI CUCU TOK KU PALOH (2)
Kami ada bertanya kepada cucu Tok Ku Paloh: Adakah selepas daripada berlalunya wabak Corona ini, akan berlaku sesuatu yang besar?
Jawab al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh: Ya, akan berlaku sesuatu. Wabak Corona inipun sudah cukup besar musibahnya, kerana sehingga ke hari ini, masih belum ada penawarnya lagi. Namun, peristiwa kemarau panjang yang disebutkan dalam sebahagian daripada tanda-tanda kiamat itu, masih belum berlaku lagi. Kita sekarang sudah berada di akhir zaman.
Sebahagian daripada kami telah bertanyakan soalan seperti : “Apakah amalan yang baik untuk dilakukan oleh para penuntut ilmu?” dan “Apakah amalan untuk selamat dalam musibah akhir zaman?” serta “Apakah amalan yang baik agar kami dapat selamat daripada perbuatan maksiat?”
Lalu, jawapan al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh ialah: Amalkan membaca “Tiga Qul” setiap kali selepas Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Subuh. Setiap surah itu pula dibaca sebanyak tiga kali, dengan kaifiyatnya dibaca seperti berikut :
1. Surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali
2. Surah al-Falaq sebanyak tiga kali
3. Surah an-Nas sebanyak tiga kali
Sahabat kami yang mulia telah bertanya kepada beliau, berapakah jumlah kitab yang dikarang oleh Tok Ku Paloh ? Jawabnya, ada tujuh buah semua sekali. Namun, sebahagian besarnya telah dibeli oleh pihak Muzium Losong Kuala Terengganu. Antaranya, ada yang telah dibeli dengan harga RM 70 ribu. Semoga semuanya terpelihara dengan baik.
—————
Semasa Ayahanda yang mulia bertanya kepada al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh berkenaan mimpi bertemu Sayyiduna Rasulullah ﷺ, terus berubah raut wajah Ustaz. Beliau sebak dan mengalirkan air mata. Betapa besarnya mahabbah mereka terhadap Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Semoga kita juga dikurniakan nikmat mencintai Sayyiduna Rasulullah ﷺ, seperti mana yang telah diperolehi oleh para pencintanya yang siddiqīn.
Al-Habib kemudian membacakan sebuah hadis. Sabda Sayyiduna Rasulullah ﷺ,
مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ عَلَى صُورَتِي
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, memang (sebenarnya) dia melihatku seperti dalam sedar, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku.” (Hadis Riwayat Imam Ibn Majah RH)
—————
[ Guru Kepada Cucu Tok Ku Paloh ]
Antara Guru kepada al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh ialah:
1. Tuan Guru Ustaz Syed Aqil raḥimahuLlāh (anak kepada Tok Ku Paloh RH) - Guru Tauhid
2. Tuan Guru Haji Mad Rusila raḥimahuLlāh (datuk saudara kepada Tuan Guru Haji Hadi HZ) - Guru Feqah
3. Cucu Tok Syeikh Duyong raḥimahuLlāh - Guru Tasawuf
Karamah Tuan Guru Haji Mad Rusila RH yang diceritakan oleh bapa saudara ambe (Anyah Jalal), seperti mana yang beliau dengar daripada anak murid Tuan Guru Haji Mad Rusila RH sendiri, iaitu al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh:
Semasa zaman Tuan Guru Haji Mad hidup dulu, ramai daripada masyarakat kampung di Terengganu yang bermain sabung ayam. Tuan Guru juga ada membela ayam, tapi bukan tujuan untuk main laga ayam, tetapi untuk mendekati orang kampung yang menyabung ayam. Sampai waktu solat, beliau akan ajak orang solat.
Namun, kalau orang kampung enggan, pernah ada waktu itu, Tuan Guru akan peluk batang pokok kelapa. Kemudian, Tuan Guru terus mencabutnya dengan sekali tarik sahaja! Lantas, bertempiaranlah orang kampung pergi menunaikan solat.
# Nota Hujung:
1. Nasihat Akhir Zaman Dari Cucu Tok Ku Paloh (Siri I)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1170150199818949&id=100004719398393
2. Nasihat Akhir Zaman Dari Cucu Tok Ku Paloh (Siri II)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629122987254999&id=100004719398393
3. Wali Besar Negeri Terengganu (Siri I)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1522505314583434&id=100004719398393
4. Kitab Tauhid Tok Ku Paloh
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1550086068492025&id=100004719398393
5. Dua Insan Yang Sangat Digeruni British
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1068001010033869&id=100004719398393

6. Wali Besar Negeri Terengganu (Siri II)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629267417240556&id=100004719398393
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Tiga Lapan,
12 Zulhijjah 1441/
2 Ogos 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629267417240556&id=100004719398393
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Tiga Lapan,
12 Zulhijjah 1441/
2 Ogos 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
WALI BESAR DI TERENGGANU (2)
Dalam tulisan yang lalu, telah dinyatakan beberapa karamah Tok Ku Paloh yang masyhur. Antaranya ialah peristiwa kerusi terlekat di punggung pegawai British. Tulisan ini pula akan menyebut, sekurang-kurangnya tiga lagi karamah beliau yang dikisahkan oleh cucunya sendiri, al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh.
[ Karamah Tok Ku Paloh (1) ]
Suatu hari semasa nak membina Masjid Tok Ku Paloh (kedudukannya hari ini berhampiran dengan Muzium Losong, Kuala Terengganu), telah berlaku satu masalah pokok-pokok cengal untuk pembinaan masjid tidak dapat ditebang. Pokok cengal yang mahu ditebang itu terletak di atas kawasan Bukit Besar (kedudukannya hari ini berhadapan dengan Mydin Mall, Kuala Terengganu). Puas orang kampung cuba menebang, tetapi masih juga tidak dapat.
Akhirnya, Tok Ku Paloh menulis sepucuk surat dan menampalnya di atas sebatang pokok cengal. Tok Ku Paloh memperkenalkan dirinya dan memberitahu apakah tujuannya kepada pokok. Barulah, pokok-pokok di sana dapat ditebang dengan izin Allah ﷻ.
—————
[ Karamah Tok Ku Paloh (2) ]
Pada suatu hari, semasa beliau sedang memberi kuliah Maghrib di suraunya, beliau berkata kepada anak muridnya lebih kurang begini: “Ada orang jauh nok mari dekat kita hari ni.”
Tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki cina dan anak perempuannya ke Surau Tok Ku Paloh. Kedua-duanya datang jauh dari Tanah Besar China. Tok Ku Paloh bercakap dengan mereka dalam Bahasa Cina. Tok Ku Paloh berkata: “Lama aku tunggu, sampai jugak mu ke sini.”
Jauh lebih awal sebelum itu, lelaki Cina tersebut telah bermimpi dibakar di dalam api. Berkali-kali mimpi tersebut. Sehingga akhirnya beliau telah bermimpi bertemu Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Beliau juga telah diselamatkan oleh seorang lelaki, yang rupanya adalah seperti penduduk Tanah Melayu. Kemudian, beliau mengembaralah bersama anaknya ke seluruh pelusuk negeri dari China semata-mata nak mencari Tok Ku Paloh.
Sejurus selepas mereka sampai di Terengganu dan melihat Tok Ku Paloh, terus kedua-duanya mengucapkan dua kalimah Syahadah lantas memeluk agama Islam.
Al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh menyebut, lelaki cina itu kemudian diberi nama Muhammad Amin. Manakala, anak perempuannya pula diberi nama Kulthum. Lelaki cina itu sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Tok Ku Paloh, lantas mengahwinkan anak perempuannya dengan Tok Ku Paloh.
Daripada perkahwinan merekalah, kemudian lahirnya ayah kepada al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus HZ. Oleh sebab itu, raut wajah Ustaz ada campuran orang dari negara Yaman dan China.
—————
[ Karamah Tok Ku Paloh (3) ]
Di Surau Tok Ku Paloh inilah, yang masyhur disebutkan sebagai kawasan Tok Ku Paloh bertemu dengan Sayyiduna Nabi Khidir alaihissalām. Mereka berdua telah saling bertukar kain ridak di bahu. Makna kata: Tok Ku Paloh mendapat hadiah kain ridak daripada Sayyiduna Nabi Khidir AS.
Kain tersebut mempunyai keramat yang besar dengan izin Allah ﷻ, sehingga tidak tenggelam ke dalam air. Setelah kewafatan Tok Ku Paloh, kain tersebut telah dibahagi-bahagikan kepada ahli waris dan anak murid.
Salah seorang yang memperolehinya ialah, al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh. Kemudian, Habib membahagikan sebahagiannya kepada anak-anak murid. Antara yang dapat ialah bapa saudara ambe (Anyah Jalal HZ) dan Pakcik Saiful Bahrin HZ. Sedikit sahaja setiap orang dapat, hanya lebih kurang sebesar kuku sahaja cebisan kainnya.
Namun, malangnya kesemua bahagian kain itu telah pun hilang apabila sudah sampai waktunya.
—————
[ Syahadat Tok Ku Paloh ]
Syukur Alhamdulillah, al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh juga telah mengijazahkan Syahadat Tok Ku Paloh kepada kami. Kaedah untuk beramal dengannya adalah: dibaca sebanyak tiga (3) kali, pada setiap kali selepas Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Subuh.
Syahadat ini sebenarnya telah dikarang oleh Tok Ku Tuan Besar RH dan dikembangkan oleh Tok Ku Paloh RH. Isi utama Syahadat ini adalah berkenaan penyaksian kepada Allah ﷻ dan Sayyiduna Rasulullah ﷺ menurut pegangan Ahlu Sunnah Wal Jammah.
Alhamdulillah, Syahadat Tok Ku

Paloh ini juga telah disyarahkan di dalam sebuah kitab yang diberi tajuk: “Siratu an-Naja”. Ia telah ditulis oleh Guru Mulia Ustaz Muhammad Afif Yahya ḥafiẓahuLlāh, kemudian diberi kata pengantar oleh Guru Mulia Ustaz Haji Yussaine Yahya ḥafiẓahuLlāh.
—————
[ Murid Tok Ku Paloh ]
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong RH merupakan antara anak murid kepada Tok Ku Paloh yang mulia. Antara karamah beliau yang diceritakan oleh bapa saudara ambe seperti yang beliau dengar daripada al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus HZ ialah:
1. Semasa pengajian Tok Ku Paloh, beliau banyak duduk menumpang di bawah tangga. Beliau orang miskin, catat syarahan Tok Ku Paloh hanya dengan air liur. Anak-anak murid yang lain berasa hairan. Dalam masa yang sama Tok Ku Paloh juga kasyaf, jadi beliau tahu mana satu anak muridnya yang juga wali.
Lalu, dipanggil Haji Abdul Rahman Limbong untuk memberitahu apa yang disalin olehnya. Masya-Allah, satu-persatu syarahan Tok Ku Paloh dapat disebut kembali dengan sempurna, sehingga tercari-cari oleh para murid yang lain dhobit di dalam kitab.
2. Selepas Kebangkitan Tani ( 1922 - 1928 ), Tuan Guru Haji Abdul Rahman sepatutnya dihukum dibuang negeri ke Pulau Sicily. Beliau juga sebelumnya patut dihukum pancung oleh algojo. Beliau meminta izin untuk mendirikan solat. Selepas solat, algojo bertanya, “Adakah kamu tidak takut mati?”. Jawab Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong,
“Buat apa aku nak takut? Sampai waktu aku tetap akan mati. Kamu juga pasti akan mati!”
Namun, atas budi bicara mantan Menteri Besar Negeri Terengganu; al-Marhum Dato Seri Amar Diraja Ngah Muhammad bin Yusof (yang juga merupakan Tok Nyang Saudara ambe sebelah al-Marhum Tok Ki Noor bin Awang bin Yusof). Akhirnya, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong ditukar hukuman buang negeri ke Tanah Haram Makkah. Namun, karamah beliau, dapat pergi dan balik bila-bila masa ke Tanah Melayu.
Bapa saudara ambe bertanya kepada al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus, adakah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong balik semula ke Tanah Melayu selepas dibuang ke Makkah? Kemudian, jawab beliau: Balik. Selak langsir pun dah boleh balik!