DETIK KEWAFATAN SAYYIDUNA RASULULLAH ﷺ
Ringkasan sirah ini dikongsikan untuk kita kembali mengingati detik kewafatan insan yang paling agung. Juga bersempena dengan masuknya kita ke dalam bulan Rabi’ul Awal yang mulia ini, bulan kelahiran serta wafatnya Sayyiduna Musthofa Rasulullah ﷺ.
Rujukan adalah berdasarkan daripada kitab Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah ( Jilid Ke-3 ) yang ditulis oleh Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang ḥafiẓahuLlāh dan ia juga boleh didapati daripada kitab Al-Rahiq al-Makhtum karangan al-'Allamah Shaykh Safiyurrahman al-Mubarakfuri raḥimahuLlāh.
TANDA-TANDA KEWAFATAN
(Isnin, 29 Safar 11H)
1. Kepala Sayyiduna Rasulullah ﷺ terasa sakit dan demam panas selepas pulang dari perkuburan Baqi’
2. Rasulullah memilih untuk menetap di rumah Sayyidatuna Aisyah raḍiyaLlāhu 'anha
3. Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq raḍiyaLlāhu 'anhu dilantik oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ untuk menjadi imam solat jemaah
LIMA HARI SEBELUM WAFAT
(Rabu, 7 Rabi’ul Awal 11H)
1. Kepanasan jasad Sayyiduna Rasulullah ﷺ meningkat semakin tinggi, sehingga Baginda pitam
2. Baginda meminta untuk disiram ke atas jasadnya tujuh kali dengan air daripada beberapa telaga
3. Baginda keluar ke masjid dalam keadaan kepala berbalut
EMPAT HARI SEBELUM WAFAT
(Khamis, 8 Rabi’ul Awal 11H)
1. Keadaan Baginda bertambah tenat. Baginda bersolat juga di masjid sehingga solat Maghrib dengan membaca Surah Al-Mursalat
2. Baginda pitam beberapa kali apabila tiba waktu Isyak
3. Akhirnya, Baginda memerintah Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq raḍiyaLlāhu 'anhu menjadi imam solat Isyak.
TIGA HARI SEBELUM WAFAT
(Jumaat, 9 Rabi’ul Awal 11H)
DUA HARI SEBELUM WAFAT
(Sabtu, 10 Rabi’ul Awal 11H)
1. Sakit Baginda terasa agak ringan
2. Sayyiduna Rasulullah ﷺ keluar ke masjid di waktu Zohor dengan dipapah oleh dua orang sahabat
3. Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq raḍiyaLlāhu 'anhu mengikuti solat Sayyiduna Rasulullah sambil menyaringkan takbir untuk orang ramai
SEHARI SEBELUM WAFAT
(Ahad, 11 Rabi’ul Awal 11H)
1. Sayyiduna Rasulullah ﷺ memerdekakan semua hamba-hamba yang menjadi miliknya
2. Baginda bersedekah sebanyak tujuh dinar yang Baginda ada
3. Baginda memberi hadiah senjatanya kepada kaum muslimin, kecuali perisai yang masih tergadai kepada seorang Yahudi
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
PADA HARI KEWAFATAN NABI ﷺ
(Isnin, 12 Rabi’ul Awal 11H)
1. [SUBUH] : Sayyiduna Rasulullah ﷺ menyingkap tirai pintu dan memandang ke arah para sahabat yang sedang membetulkan saf solat Subuh, sambil Baginda tersenyum lebar.
2. [DHUHA] : Puteri Baginda, Sayyidatuna Fatimah raḍiyaLlāhu 'anha menangis kesedihan
3. Rasulullah mencium dua cucu kesayangannya, Sayyiduna Hasan raḍiyaLlāhu 'anhu dan Sayyiduna Husain raḍiyaLlāhu 'anhu. Sayyiduna Rasulullah ﷺ mengadu kepada Sayyidatuna Aishah raḍiyaLlāhu 'anha yang dia merasa sakit akibat racun di Khaibar
4. Sayyidatuna Aishah raḍiyaLlāhu 'anha meletakkan kepala Baginda di pangkuannya
5. [SELEPAS GELINCIR MATAHARI] : Baginda bersugi dengan kayu sugi yang digigit dan dilembutkan oleh Sayyidatuna Aishah raḍiyaLlāhu 'anha.
6. Kemudian Baginda mengangkat tangan dan mengisyaratkan jarinya.
7. Kalimah terakhir diulang sebanyak tiga kali, dan tangan Baginda yang diangkat akhirnya jatuh longlai menandakan kewafatan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
8. Sayyiduna Rasulullah ﷺ wafat dengan usia 63 tahun empat hari.
9. Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq raḍiyaLlāhu 'anhu dilantik sebagai khalifah. Ini merupakan ijmaʼ yang pertama dalam Islam.
SEHARI SELEPAS WAFAT
1. Subuh pertama tanpa Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang tersayang
2. Sayyiduna Bilal bin Rabbah raḍiyaLlāhu 'anhu menangis sewaktu melaungkan azan Subuh. Semua sahabat turut menangis.
3. Pagi Selasa: Jenazah Baginda dimandikan dan dikapankan
4. Sahabat bergilir-gilir seramai 10 orang untuk solat jenazah
DUA HARI SELEPAS WAFAT
Rabu malam Khamis: Sayyiduna Rasulullah ﷺ dikebumikan oleh Sayyiduna Anas bin Malik raḍiyaLlāhu 'anhu.
(Ringkasan ini selesai ditulis pada 16 Zulhijjah 1439/ 28 Ogos 2018 dan selesai disemak kembali pada 1 Rabi’ul Awal 1440/ 8 November 2018.)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله و

صحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Batu Gajah,
1 Rabi’ul Awal 1440/
8 November 2018
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Batu Gajah,
1 Rabi’ul Awal 1440/
8 November 2018
RINGKASAN SIRAH NABAWI: SEBUAH CATATAN UMUR
Selepas 571 tahun Nabi Isa Alaihissalām dilahirkan, Rasulullah Nabi Muhammad ﷺ pula dilahirkan melalui nasab yang mulia lagi terpuji.
Ini merupakan sebuah catatan yang diringkaskan dari Sirah Sayyiduna Rasulullah ﷺ seperti yang ditulis oleh Shaykh Dr. Hisyam Al-Kamil Hamid Al-Azhari ḥafiẓahuLlāh. Kitab ini kemudiannya diterjemahkan sekaligus disyarahkan oleh Guru Mulia Maulana Muhammad Abdullah Muhammad Amir ḥafiẓahuLlāh.
[ FASA SEBELUM-RASUL ]
2 bulan - Ayah Rasulullah ﷺ wafat
4 tahun - Dada Rasulullah ﷺ dibelah buat kali pertama (ketika dijaga oleh Sayyidatuna Halimah Sa'diyah raḍiyaLlāhu 'anha)
6 tahun - Ibu Rasulullah ﷺ wafat
8 tahun - Datuk Rasullah ﷺ wafat, kemudian baginda dijaga oleh Abu Talib selama 42 tahun
10 tahun - Dada Rasulullah ﷺ dibelah kali ke-2
12 tahun - Rasullah berniaga bersama Abu Talib ke Syam, bertemu Bahira di sana.
20 tahun - Perang al-Fijjar dan Hilful Fudhul
25 tahun - Rasulullah berkahwin dengan Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid raḍiyaLlāhu 'anha
35 tahun - Peristiwa perletakan Hajarul Aswad
[ FASA KERASULAN DI MEKAH ]
40 TAHUN : Dibelah dada kali ke-3. Dilantik menjadi Rasul, bermulanya Da'wah secara sir (rahsia)
43 TAHUN : Da'wah secara jahar (terang). Sehingga ke fasa ini, Sayyiduna Umar al-Khattab raḍiyaLlāhu 'anhu merupakan orang yang ke-40 beriman kepada Allah Ta’ala dan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
45 TAHUN : Berlaku Hijrah Pertama ke Habsyah (16 orang)
46 TAHUN : Berlaku Hijrah Kedua ke Habsyah (100 orang)
47 TAHUN : Pemulauan terhadap umat Islam (sehingga terpaksa makan daun kering)
50 TAHUN : (TAHUN KESEDIHAN) Sayyidatuna Khadijah raḍiyaLlāhu 'anha dan Abu Talib wafat. Peristiwa anai-anai makan perjanjian. Da'wah Sayyiduna Rasulullah ﷺ ke Thaif.
51 TAHUN : Dibelah dada kali ke-4. Peristiwa Isra' Mikraj.
52 TAHUN : Bai'ah Aqabah Pertama (12 orang)
53 TAHUN : Bai'ah Aqabah Ke-2 (75 orang). Hijrah ke Madinah (1H)
[ FASA KERAJAAN ISLAM MADINAH ]
54 TAHUN : Perubahan arah kiblat. Yahudi pertama yang khianat pada Nabi ﷺ (Bani Qainuqa'). Perang Badar Kubra (2H)
55 TAHUN : Perang Uhud (3H)
56 TAHUN : Yahudi Ke-2 yang khianat pada Nabi ﷺ (Bani Nadhir). Peristiwa ar-Raji' dan Birru Ma'unah. (4H)
57 TAHUN : Yahudi Ke-3 yang khianat pada Nabi ﷺ (Bani Quraizah). Perang Ahzab (5H)
58 TAHUN : Perjanjian Hudaibiyah, Bai'ah Ridhwan dan Genjatan Senjata, Perutusan Surat kepada Raja-Raja (6H)
59 TAHUN : Perang Khaibar, Umrah Qada' (7H)
60 TAHUN : Perang Mu'tah, Fathul Makkah, Perang Hunain (8H)
61 TAHUN : Perang Tabuk (9H)
62 TAHUN : Haji Wida' (10H)
63 TAHUN : Sayyiduna Rasulullah ﷺ wafat (11H)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
MATIN, Perlis
17 Rabi’ul Akhir 1439/
5 Januari 2018

BERTASBIH MENGGUNAKAN BIJI
Sayyiduna Rasulullah ﷺ bertasbih menggunakan jari dengan bilangan seperti 33 dan 53. Kata Guru yang Mulia : Mengira menggunakan jari kebiasanya digunakan oleh orang Arab untuk mengurangkan harga ketika membeli di pasar.
Kaedah bilangan 53 seperti kedudukan jari tangan kanan semasa tahiyyat akhir. Caranya pernah ditunjukkan oleh al-Allamah Shaykh Dr Ahmad Mamduh ḥafiẓahuLlāh kepada Guru yang Mulia Shaykh Muhammad Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh semasa di Mesir.
Sayyiduna Rasulullah ﷺ banyak berpesan kepada perempuan tentang tasbih, bahkan ketika permulaan Islam sendiri pun, ramai perempuan yang menggunakan tasbih. Sayyiduna Rasulullah ﷺ tidak melarang kita menggunakan biji tasbih dengan kayu, batu atau sebagainya.
Suatu hari, Sayyidatuna Safiyyah raḍiyaLlāhu 'anha menggunakan 4000 biji kurma tanpa diikat untuk dijadikan sebagai tasbih. Kemudian, datang Sayyiduna Rasulullah ﷺ dan bertanya: “Apakah ini wahai anak perempuan kepada Huyay?” Lalu jawabnya: “Saya bertasbih menggunakannya.”
Sayyiduna Rasulullah ﷺ bersabda : “Mahukah kamu jika aku ajarkan sesuatu yang lebih banyak daripada apa yang kamu tasbihkan dengannya”. Jawabnya: “Tolong ajarkan kepada saya wahai Sayyiduna Rasulullah. Kemudian, Baginda bersabda: (( سبحان الله عدد خلقه ))
[ Tanbih Guru yang Mulia ]
1. Sayyiduna Rasulullah ﷺ tidak pernah melarang umatnya untuk bertasbih menggunakan biji. Di mana, hadis tersebut sering kali ditafsir secara menyimpang oleh sesetengah manusia.
2. Sayyiduna Rasulullah ﷺ hendak mengajarkan perkara afdhal yang perlu diucapkan semasa bertasbih. Sayyiduna Rasulullah ﷺ hanya mengajar zikir yang ringkas dan mudah untuk diamalkan.
Guru yang Mulia menyarankan kepada kita semua untuk membaca sebuah risalah yang telah dihasilkan oleh al-Imam al-Suyuti raḥimahuLlāh pada membahaskan penggunaan biji tasbih. Risalah tersebut bertajuk: “Al-Minhah fi al-Sibhah” (( المنحة في السبحة )).
[ Sebanyak Bilangan Makhluk ]
• Antara Selawat yang disebutkan oleh al-Imam al-Juzuli raḥimahuLlāh di dalam kitab Dalail al-Khairat ialah :
(( اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما خلق الله ))
Maksudnya : “Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Sayyiduna Muhammad ﷺ sebanyak bilangan makhluk yang diciptakan oleh Allah Ta'ala.”
Timbul persoalan: Banyak mana pahala yang kita akan dapat sekiranya berselawat dengan sighah tersebut? Jawabnya ialah : Sebanyak makhluk yang diciptakan oleh Allah Ta'ala.
• Selawat Sayyiduna Ibrahim :
(( اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد # كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم # وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد # كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم # في العالمين انك حميد مجيد ))
Kata Guru yang Mulia : Perhatikan lafaz yang diajarkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ bahawa : (( كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم )) yang bermaksud “Sebanyak Mana Selawat ke atas Sayyiduna Nabi Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Sayyiduna Nabi Ibrahim”.
Lalu, timbul pula persoalan, berapa banyakkah bilangan yang dikatakan 'sebanyak mana' di dalam selawat tersebut? Jawab Guru yang Mulia: Tentulah lagi banyak, sebab kita sudah menyerahkan terus bilangannya kepada Allah Ta’ala.
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
[ Amalan Para Salaf ]
1. Sayyidatuna Fatimah binti Husain bin Ali Abi Talib raḍiyaLlāhu 'anhum mempunyai tasbih yang diikat dengan menggunakan benang.
2. Sayyiduna Abu Hurairah raḍiyaLlāhu 'anhu mempunyai tasbih yang diikat sebanyak 2000 biji dan beliau tidak akan tidur melainkan setelah menyelesaikan kesemua bilangan tasbihnya.
3. Sayyiduna Abu Darda' raḍiyaLlāhu 'anhu juga memiliki biji-biji yang disimpan dalam bekas untuk kegunaan berzikir. Beliau akan mengeluarkan satu-persatu biji tersebut sehingga habis. Beliau bertasbih sebanyak 100,000 kali sehari. Suatu hari, Sayyiduna Salman al-Farisi raḍiyaLlāhu 'anhu telah melihat cawan-cawan yang berada di rumah saudaranya juga turut berzikir, kerana kuatnya beliau dalam bertasbih.
4. Sayyiduna Abu Saʼid al-Khudri raḍiyaLlāhu 'anhu bertasbih menggunakan batu.
[ Tasbih Milik Guru yang Mulia ]
1. Tasbih Sejuta: Sat

u pusingan terdapat 100 biji yang besar. Di bahagian kepala pula, terdapat 10 biji yang kecil. Kemudian, terdapat satu lagi bahagian yang boleh digerakkan ke setiap 100 biji tasbih yang besar. Ia memuatkan 10 biji yang kecil lagi. Maka, jumlahnya ialah: 100 × 10 × 10 × 100 = 1,000,000.
2. Tasbih 12 Juta Tariqat Tijaniyah: Satu pusingan terdapat 100 biji yang besat. Di bahagian kepala pula, terdapat 12 biji kecil dan satu bahagian yang lain 10 biji kecil. Kemudian, terdapat satu lagi bahagian yang boleh digerakkan ke setiap 100 biji tasbih yang besar. Ia memuatkan 10 biji yang kecil lagi. Maka, jumlahnya ialah: 100 × 12 × 10 × 10 × 100 = 12,000,000.
3. Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang
Setiap pokok Pisang Sunan Bonang hanya akan menghasilkan pisang dengan bilangan biji yang ganjil sahaja. Isinya sangat sedikit, cukup sekadar untuk membaluti biji pisang sahaja. Apa yang lebih menarik ialah biji-bijinya sudah siap terbelah dan berlubang sejak berada di dalam buah pisang lagi!
Kisahnya bermula apabila Sunan Bonang bertasbih dan terputus talinya. Maka, bertebaranlah dan tertanamlah biji-biji tasbih tersebut di atas tanah. Beberapa lama kemudian, tumbuh pokok-pokok pisang. Menariknya, pokok tersebut hanya akan tumbuh dengan semaian biji – bukannya tumbuh melalui anak-anak pokok pisang yang lain.
Bahkan, disebutkan oleh Guru yang Mulia, telah diceritakan kepada beliau bahawa terdapat para pengkaji tumbuhan daripada Belanda melakukan kajian berkenaan pokok pisang itu. Hasilnya ialah Pisang Sunan Bonang hanya boleh tumbuh di daerah Tuban sahaja.
[ Musalsal Tasbih ]
Alhamdulillah, Guru yang Mulia Shaykh Nazrul Nasir juga telah mengijazahkan kepada kami Musalsal Tasbih bil Munawalah, melalui jalur Masyayeikh beliau seperti: (1) al-Allamah Shaykh Abdul Aziz Kabbarah raḥimahuLlāh [ Mesir ] dan (2) al-Allamah Abuya Kiyai Ahmad Syaʼrani bin Toyyib al-Martapurayi ḥafiẓahuLlāh [ Indonesia ].
[ Kesimpulan ]
Akhirnya, disimpulkan oleh Guru yang Mulia bahawa: Menggunakan jari itu lebih afdhal berbanding menggunakan biji, sekiranya seseorang itu boleh mengingati berapakah bilangan tasbihnya. Namun, jika dia bimbang tidak ingat, maka lebih afdhal ke atas mereka untuk menggunakan biji tasbih.
Tambahan: Bertasbih menggunakan biji yang diperbuat daripada kayu atau batu adalah lebih afdhal berbanding biji plastik yang diproses. Ini kerana, kayu juga adalah makhluk hidup yang juga akan berzikir bersama dengan pemilik tasbih.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Dua Ratus Dua Enam,
13 Rabi'ul Anwar 1442/
30 Oktober 2020

MAKAM DI MASJID LADANG
Antara Makam yang kami mesti ziarah apabila sampai ke Terengganu ialah Makam di sekitar kawasan Masjid Ladang. Dahulu, semasa sekolah selalu juga solat Jumaat dekat sini (di samping Masjid Batu Burok dan Masjid Terapung) kerana kedudukannya hanya lima minit sahaja daripada laluan pantai ke Smaasza.
Makam pertama ialah Makam kaum kerabat keluarga sebelah ayah, khususnya al-Marhum Tok Ki Haji Nor raḥimahuLlāh. Diceritakan oleh Ayah ambe bahawa : Tok Ki dahulu pernah berkhidmat dengan mantan Mufti Syafie Makkah al-'Allamah Shaykh Hasan al-Yamani raḥimahuLlāh atas perintah dari ayahnya iaitu al-Marhum Haji Awang raḥimahuLlāh.
Saya menjadi saksi, perkara itu mengalir ke dalam darah daging Ayah oleh kerana beliau pula telah menjadi Khadim kepada al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh. Disebutkan oleh para Ulama' bahawa : Moga-moga dengan berkhidmat kepada para Masyayeikh, lahirlah dari zuriat kita juga Ulama'. Tidak anak, cucu. Tidak cucu, cicit. Insya-Allahu Ta'ala.
[ Makam Tok Wali Tok Pelam ]
Makam seterusnya ialah Makam Tok Wali Tok Pelam raḥimahuLlāh. Selalunya cuma dapat hadir di kawasan luar pintu Makam. Alhamdulillah, pada hari ini Allah Ta’ala memurahkan rezeki kami dengan bertemunya pemegang kunci Makam – mesra dipanggil sebagai Pok Kamal.
Memandangkan beliau merupakan waris keturunan Tok Pelam yang hidup pada hari ini, maka kunci tersebut telah diamanahkan kepada beliau untuk dijaga. Beliau berkhidmat sebagai tukang bersih kubur, tanpa sebarang gaji yang khusus. Kalau hadir ke Makam bila-bila nanti, hadiahkanlah sedikit sebanyak wang ringgit sekira-kiranya buat Pok Kamal.
Tok Pelam berasal dari negara Yaman, kemudian berhijrah ke Fatani Darussalam. Kemudian apabila berlaku Perang Siam-Fatani, Tok Pelam berhijrah pula ke Terengganu dan berkahwin dengan gadis di sana. Saya juga bertanya kepada Pok Kamal apakah karamah Tok Pelam yang dizahirkan oleh Allah Ta'ala.
Jawab beliau : Setiap tahun, apabila jatuh Lailatul Qadar, maka kawasan sekitar Makam Tok Pelam pasti akan berbau wangi. Moga Allah Ta’ala melapangkan rezeki Pok Kamal ḥafiẓahuLlāh dan rahmat yang seluas-luasnya buat Tok Pelam raḥimahuLlāh. Al-Fatihah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
Hari Dua Ratus Dua Lima,
12 Rabi'ul Anwar 1442/
29 Oktober 2020

HADIAH YANG BERHARGA
Dua hari lepas semasa dalam perjalanan dari Kedah ke Perak, baru perasan tertinggal kitab Dalail al-Khairat yang menghimpunkan Selawat buat Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Mustahil adat untuk berpatah balik. Kemudian, ziarah ke rumah Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh. Alhamdulillah, beliau menghadiahkan kitab Dalailul Khairat al-Imam al-Juzuli raḥimahuLlāh.
Kemudian, semalam semasa dalam perjalanan dari Perak ke Terengganu, baru perasan tertinggal al-Quran. Mustahil adat untuk berpatah balik. Kemudian, ziarah pula ke rumah seorang Teman yang Mulia. Alhamdulillah, beliau juga menghadiahkan sebuah kitab al-Quran yang sangat berharga.
Kitab-kitab adalah hadiah yang begitu bernilai bahkan dapat diwariskan pula buat anak cucu generasi akan datang.
Antara pesanan yang selalu dititipkan oleh Guru yang Mulia, khususnya dalam bab pendidikan adalah sebuah sabda Sayyiduna Rasulullah ﷺ bahawa :
“Dididiklah anak-anakmu atas tiga perkara : Mencintai Nabimu, Mencintai Ahli Keluarganya dan membaca Al-Quran.”
Barakallahufikum.

NASIHAT TENTANG AKHIR ZAMAN DARI CUCU TOK KU PALOH (3)
Antara amalan untuk bermimpi bertemu dengan Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang disebutkan oleh cucu Tok Ku Paloh, al-Allamah al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh ialah memperbanyak selawat.
Nasihat beliau, “Selawat banyok-banyok. Maghrib ke, Isyak ke, selawat banyok”. Manakala, sighah Selawat yang dipesan oleh al-Habib Yang Berhormat Mulia Engku Kelana Diraja Dato' Haji Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh untuk diamalkan selalu adalah seperti mana berikut :
(( اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ))
[ Tanbih ] Pesan Habib: Jangan lupa untuk menyebut (( وعلى )) sekali di dalam selawat kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Jangan dilupakan selawat ke atas sekalian ahli keluarga Baginda juga. Perhatikan juga: Sighah yang digunakan oleh Habib adalah bersertakan lafaz (( سيدنا )).
Kemudian, timbul sebuah persoalan: Adakah boleh menyebut (( سيدنا )) dalam berselawat. Bukankah Sayyiduna Rasulullah ﷺ tidak pernah menyebutkan sedemikian kepada kita?
Beliau menjawab: Jika hendak menyebut (( سيدنا )) boleh, tidak mahu sebut pun boleh. Sayyiduna Rasulullah ﷺ tidak menyebut, bukan bermakna ucapan itu dilarang. Namun, sebabnya ialah Baginda tidak mahu mengagungkan dirinya sendiri. Ini merupakan contoh sifat tawadhu', akhlak Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang sangat terpuji.
Akhlak ini kemudiannya diwarisi ke atas peribadi Habib juga. Suatu ketika, ada seorang telah datang meminta izin untuk meletakkan nama Habib sebagai nama bagi sebuah masjid di Bukit Besar (Kuala Terengganu). Namun, Habib menolak dengan baik kerana tawadhu' dan tidak mahu namanya diagung-agungkan.
IJAZAH AMALAN
Alhamdulillah, al-Allamah al-Habib Ustaz Syed Omar al-Idrus ḥafiẓahuLlāh juga telah mengijazahkan beberapa amalan seperti :
1. Wirid al-Imam Abu Bakar Abdur Rahman as-Segaf (Wirid Sakran)
2. Ratib al-Imam 'Abdullah bin 'Alawi al-Haddad (Ratib Haddad)
3. Qasidah Rijāl al-Ghaib
[ Tambahan ] Amalan Wirid Sakran boleh diamalkan pada setiap kali selepas solat fardu sebanyak lima kali sehari. Ini seperti yang diamalkan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh. Bahkan, ia boleh dibaca sekurang-kurangnya sekali sehari sebagai doa pendinding. Ini seperti yang selalu diamalkan oleh Guru yang Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh.
Manakala, bagi amalan Ratib al-Haddad boleh diamalkan tatkala selepas Solat Maghrib. Namun, bagi kesan yang lebih kuat bagi selamat daripada godaan syaitan adalah membacanya selepas daripada Solat Isyak. Ini seperti yang pernah dinasihatkan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh.
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
SUNNAH MEMAKAI RIDA'
Al-Habib juga ditanya, bahu yang mana satukah yang elok untuk dipakaikan rida'? Jawab beliau, bahu mana-mana pun boleh, bahu kanan boleh, bahu kiri pun boleh. Namun, Habib memilih untuk memakai kain rida' di sebelah bahu kanannya.
[ Tambahan ] Kami pernah bertanya pada Guru Mulia Ustaz Fisol al-Teriyaqi ḥafiẓahuLlāh: Sebab apakah terdapat sesetengah Masyayeikh yang memakai rida' di sebelah bahu kanan, dan sebahagian lagi di sebelah kiri? Sedangkan, masing-masing pula mempunyai ijazah sanad yang bersambung.
Jawabnya: Para Habaib dan Muhibbin kebiasaanya memakai rida' di bahu sebelah kanan kerana ittiba' Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Dalam bab perhiasan, Baginda mengutamakan sebelah kanan terlebih dahulu. Antara Masyayeikh yang pernah memberi ijazah sebelah kanan kepada kami ialah : Tuan Guru Shaykh Muhammad Zainul Asri ḥafiẓahuLlāh.
Manakala, Ulama Sufi pula kebiasaannya memakai rida' di bahu sebelah kiri kerana hendak menutup dada kiri yang terletaknya jantung hati. Antara Masyayeikh yang pernah memberi ijazah sebelah kiri kepada kami ialah : Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi ḥafiẓahuLlāh.
SAHABAT RAPAT HABIB
Antara sahabat rapatnya yang disebutkan oleh Habib sendiri ialah Prof Dr Burhanuddin al-Helmy raḥimahuLlāh (w. 1969). Mereka pernah tidur sekali di rumah Habib dekat Cabang Tiga (Kuala Terengganu). Dr Burhanuddin juga dianugerahkan karamah oleh Allah Ta'ala.
Pada suatu malam, Habib cuba mengek

ori Dr Burhanuddin dari belakang. Namun, Dr Burhanuddin perasan akan kehadiran Habib dan beliau buat-buat tidur kerana tidak mahu orang mengikutnya. Sedangkan, dalam masa yang sama, Habib telah mengetahui mengenai karamah Dr Burhanuddin lebih awal lagi.
Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan mantan Presiden PAS yang Ketiga (1956-1969). Timbalan PAS pada ketika itu ialah Profesor Dr Zulkifli Muhammad raḥimahuLlāh (w. 1964). Diceritakan oleh Habib bahawa : Sebelum Prof Zulkifli meninggal dunia akibat kemalangan kereta bersama isterinya, kaki Prof Zulkifli memang sudah berjalan 'kecok' kerana dilanggar (atas tujuan khianat dan dendam politik).
SALASILAH KETURUNAN YANG MULIA
Keturunan Habib berasal daripada jurai al-Idrus: Dari Yaman, kemudian turun ke Jawa dan seterusnya ke Tanah Melayu. Sumber salasilah ini adalah diambil daripada gambar nasab yang digantung pada dinding rumah Habib sendiri. Berikut adalah susunannya:
Al-Habib Syed 'Umar bin 'Abd al-Qadir bin Abd al-Rahman ( Tok Ku Paloh ) bin Muhammad bin Zain al-'Abidin bin Husayn bin Mustofa bin Shaykh bin Muhammad Mustofa bin Zain al-'Abidin 'Ali 'Abdullah bin Shaykh bin 'Abdullah bin Shaykh bin 'Abdullah al-'Aydrus bin Abu Bakar al-Sakran bin 'Abd al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad bin 'Ali bin 'Alawi bin Muhammad al-Faqih al-Muqaddam bin 'Ali bin Muhammad bin Qasim bin 'Alawi bin Muhammad bin 'Alawi bin 'Abida Allah bin Ahmad al-Muhajir bin 'Isa al-Raumi bin Muhammad al-Naqib bin 'Ali 'Aridi bin Jaʼfar al-Sodiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-'Abidin bin Sayyiduna al-Husayn al-Sabt bin Sayyidatuna Fatimah al-Zahra' binti Sayyiduna Nabi Muhammad ﷺ.
Habib menjadi cucu kepada Tok Ku Paloh melalui nasab ayahnya iaitu Syed Abdul Qadir raḥimahuLlāh. Dikatakan bahawa : Menjadi kebiasaan seorang cucu itu boleh mewarisi keperibadian datuknya, sama ada dari segi keilmuannya, kewaliannya ataupun sebagainya.
# Nota Hujung:
1. Nasihat Akhir Zaman Dari Cucu Tok Ku Paloh (Siri I)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1170150199818949&id=100004719398393
2. Nasihat Akhir Zaman Dari Cucu Tok Ku Paloh (Siri II)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629122987254999&id=100004719398393
3. Nasihat Akhir Zaman Dari Cucu Tok Ku Paloh (Siri III)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1716262708541026&id=100004719398393
4. Wali Besar Negeri Terengganu (Siri I)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1522505314583434&id=100004719398393
5. Wali Besar Negeri Terengganu (Siri II)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629267417240556&id=100004719398393
6. Kitab Tauhid Tok Ku Paloh
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1550086068492025&id=100004719398393
7. Dua Insan Yang Sangat Digeruni British
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1068001010033869&id=100004719398393
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Dua Ratus Dua Sembilan,
16 Rabiʼ al-Anwar 1442/
2 November 2020

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
KENAPA BURUNG BOLEH TERBANG
Dalam perjalanan atas motor tadi, saja main teka-teki dengan adik.
Saya : Kenapa burung boleh terbang ?
Amir : Sebab burung ada sayap.
Saya : Lepas tu, kenapa ayam tak boleh terbang pulak ?
Amir : Hmm... Hmmm... Sebab ayam tak nak terbang 😂
Saya : Haa tak boleh jawab... Tadi kan kata burung boleh terbang sebab dia ada sayap, kan ayam ada juga sayap tu. Kalau macam tu cuba jawab lagi sekali : Kenapa burung boleh terbang ?
Amir : Sebab Allah bagi dia terbang ☺️
Saya : Dan-dan je tukar jawapan 🤣
—————
Soalan-soalan yang pada zahirnya nampak biasa, tetapi sebenarnya mampu membuatkan aqal kita berkerja keras.
Suatu hari, semasa menziarahi Wali Allah Arif billah Tuan Guru Pak Su Mid hafizhahullah ( itulah kali pertama dan terakhir ), beliau bertanyakan sebuah soalan kepada kami :
“Mengapa buah nyior jatuh ke bawah ?”
Tiada siapa yang berani menjawab. Semua orang maklum bahawa, Pak Su Mid adalah seorang Ahli Kasyaf. Hendak ke sana pun, mesti perbaiki niat betul-betul dan tak boleh bercakap sembarangan di depan Tuan Guru.
Maka, kami diamkan diri sahaja daripada meneka-neka dan menjawab tidak tahu, sehinggalah Pak Su Mid yang sendiri memberi jawapannya.
—————
Antara Adab besar yang kami telah pelajari daripada Guru Mulia Ustaz Sobri hafizhahullah ( Barakallahufikum kerana membawa kami menziarahi Pak Su Mid ) ialah :
Beliau menanggalkan serban tatkalamana sebelum turun dari kereta untuk bertemu dengan Pak Su Mid. Waktu itu, ambe berasa agak pelik, namun ambe hanya ikutkan sahaja perbuatan beliau.
Sehinggalah, adab yang sangat besar ini kami dapat pelajari kembali dengan Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail hafizhahullah semasa di Baitul Qurro' Wal Fuqoha', Melaka.
Adabnya adalah ketika di hadapan Guru, tidak sepatutnya seorang murid itu membuat 'kemah'. Hatta pada pakaian sekalipun. Ambe pernah diberitahu juga oleh salah seorang santri Baitul Qurro' bahawa : Tuan Guru cukup pantang kalau ada anak murid yang memakai serban di hadapan para Masyayikh.
Barulah ambe perasan pada waktu itu, mengapa selama ini anak-anak murid Guru Mulia Ustaz Yussaine Yahya hafizhahullah : Seorang pun tidak memakai serban daripada kalangan mereka.
Sedangkan, perkara tersebut pernah disebut sendiri oleh Guru yang Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari hafizhahullah semasa beliau berkuliah di MATIN. Cuma, hanya disebutkan secara sepintas lalu.
Sehinggalah pada tahun ini, kami telah mendapatkan suatu faedah yang besar dari Guru Mulia Shaykhuna. Beliau menyebutkan sebuah kaedah bahawa : Adab itu Lebih Diutamakan dari Ikutan.
Perkara tersebut dapat dipelajari melalui perbuatan Sayyiduna Ali radhiaLlāhu Ta'ala anhu semasa peristiwa Suluh Hudaibiyah.
Tatkalamana Sayyiduna Rasulullah Sollallahu alaihi wa sallam mengarahkannya untuk memadamkan kalimah "Rasulullah" pada surat perjanjian (asalnya ditulis : Muhammad Rasulullah).
Namun, Sayyiduna Ali enggan memadamkannya, kerana Adab beliau yang tinggi terhadap Sayyiduna Rasulullah Sollallahu alaihi wa sallam.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Dua Ratus Lima Puluh,
8 Rabi' al-Akhir 1442/
23 November 2020

AMALAN KECIL MENJADI BESAR KERANA NIAT
Semasa Guru Mulia Ustaz Muhammad Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh membaca kitab "Kifāyah al-Muta'abbid wa Tuhfah al-Mutazahhid” karangan al-Imam al-Hafiz Abd al-'Azhīm al-Munzirī raḥimahuLlāh ( wafat tahun 656H ), beliau menimbulkan sebuah persoalan :
Mengapa al-Imam al-Munzirī raḥimahuLlāh memulakan hadith berkenaan niat pada awal kitab? Sedangkan yang sedang dibicarakan oleh Musonnif pada bab pertama adalah tentang solat. Namun, di dalam hadith tersebut, langsung tidak disebutkan sama sekali berkenaan solat.
Mungkin kita boleh kaitkan dengan permulaan rukun solat.
Namun begitu, kitab Sahih al-Bukhari bermula dengan bab Wahyu. Sebaliknya, hadith yang pertama adalah berkenaan niat, jauh sekali kaitannya dengan Wahyu. Jawapannya ialah, lazim para Ulama' tidak akan memulakan kitab melainkan dimulakan dengan hadith berikut :
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.
ﺭﺑﻤﺎ ﻋﻤﻞ ﺻﻐﻴﺮ ﺗﻜﺒﺮﻩ النية
ﻭﺭﺑﻤﺎ ﻋﻤﻞ ﻛﺒﻴﺮ ﺗﺼﻐﺮﻩ النية
Berapa banyak amalan yang kecil, telah bertukar menjadi besar disebabkan oleh niat. Sebaliknya, berapa banyak amalan yang besar, telah bertukar menjadi kecil disebabkan oleh niat.
1. [ Amalan Kecil Menjadi Besar ] Contohnya amalan solat sunat wuduk yang dilakukan oleh Sayyiduna Bilal bin Rabbah radhiaLlāhu 'anhu. Sekalipun amalan sunat tersebut pada zahirnya dilihat kecil, namun ia dihitung dengan sangat besar di sisi Allah Ta’ala. Sabda Sayyiduna Rasulullah ﷺ,
يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ
Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam Syurga. Bilal menjawab: Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhuk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhuk tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.”
2. [ Amalan Besar, Menjadi Kecil ] Dalam menuntut ilmu, hendaklah disusun banyak niat. Nasihat Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri ḥafiẓahuLlāh, menuntut ilmu bukanlah sekadar untuk 'mengisi masa lapang' semata-mata. Akhirnya, dia datang belajar tidak akan mendapat apa-apa faedah.
3. [ Amalan Besar, Menjadi Debu ] Bahkan, lebih malang lagi, terdapat amalan yang langsung bertukar menjadi tidak berguna sama sekali seumpama debu yang berterbangan (( هبآء منثورا )). Perkara ini telah diperingat oleh Allah Ta'ala di dalam Surah Furqan pada Ayat 23 :
(( وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا ))
Maksudnya : “Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal ( yang mereka pandang baik ), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.”
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
[ 25 Niat Membuka Pintu ]
Suatu hari, Al-'Allamah Shaykh Dr Jamal Faruq al-Hasani ḥafiẓahuLlāh pernah membaca kitab al-Madkhal al-Imam Ibn Haj al-Abdari raḥimahuLlāh ( wafat tahun 1336M ) bersama dengan Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri ḥafiẓahuLlāh. Di dalamnya, telah disebutkan sebuah kisah tentang seorang Guru yang mengajar anak muridnya.