Telegram Web Link
NASIHAT DALAM BERUMAHTANGGA

Shukur Alhamdulillah, pagi Isnin yang barakah ini, hamba dan isteri telah dititipkan pesan-pesan yang begitu berharga di Kompleks Matin, Perlis.

Nasihat ini telah disampaikan oleh Guru Mulia al-Ustaz Haji Yussaine Yahya حفظه الله تعالى —Guru Ruhani yang menjadi Asbab bertelekunya hamba dengan para Masyayikh yang berada dan hadhir ke Perlis Indera Kayangan.

Beliaulah, guru yang menjadi kunchi utama buat hamba yang kerdil, serta penuh dengan kekurangan ini, untuk mengenali, lantas menuntut ilmu daripada teduhan Guru Yang Mulia, Shaykhina حفظه الله تعالى semenjak dari tahun 2016.

*

Guru Mulia Ustaz Yussanine berpesan:

Kehidupan berumahtangga ini sepertimana nasi. Apa yang menyedapkannya ialah rasa. Rasa itu memerlukan kepada teman.

Orang Melayu kita, makan nasi berlaukkan kuah gulai. Sekurang-kurangnya, orang kita akan makan nasi putih berlaukkan sambal belachan. Itulah teman kepada nasi yang mendatangkan rasa. Itu sahajapun sudah sangat memadai.

Orang Perlis makan nasi, paling kurang kena ada ‘chabai patah’. Chabai yang dipepak, dichampur bersama dengan belachan, limau dan air asam.

Orang Terengganu dan Kelantan, paling kurang kena ada budu. Champur dengan lada dan makan bersama nasi putih berserta telur rebus—sungguh menyelerakan!

**

Terkadang, rasa itu boleh hilang—mungkin sebab lidah si pemakan itu sedang sakit atau sebagainya. Datanglah lauk-pauk apa sekalipun, tetap tiada sebarang rasa. Apa yang tinggal hanyalah rasa tawar.

Namun, rasa tawar sekalipun, tetaplah terasa sedap—jika dimakan pada waktu perut benar-benar kosong. Rahsia untuk meni’mati rasa sedap adalah makan ketika kita benar-benar lapar. Makanan itu akan menjadi sungguh lazat!

Orang yang sakit, akan ditarik ni’mat rasa. Makanpun menjadi kurang berselera. Selalunya, apabila kita sakit, kita berharap agar chepat sembuh. Namun, apabila sembuh, orang pula lupa untuk melakukan keta’atan kepada Allah.

*

Suami hendaklah menghargai pengorbanan isteri. Tatkala seorang wanita memilih untuk menjadi isteri orang, maka dia sebenarnya telah mengorbankan sebahagian besar kemahuannya, keinginannya dan cita-citanya.

Lebih-lebih lagi, seorang isteri yang sanggup berkorban, agar suaminya dapat menuntut ilmu. Dia meninggalkan segala pekerjaan yang selesa, keluarganya, kesenangan hidupnya—untuk hidup susah dan senang bersama suaminya.

Kehidupan berumahtangga, memerlukan kepada kesabaran yang tidak sedikit. Suami dan isteri perlu saling membantu pasangannya untuk bersabar. Segala pengorbanan itu akan mendatakan rasa yang bahagia dalam perkahwinan.

*

Kemudian, ambil perhatian bagi orang menuntut ilmu. Kebiasannya, orang yang berilmu ini, apabila mendapat sedikit ilmu, dia suka memberi nasihatkan orang lain. Namun, dalam masa yang sama, dia lupa akan dirinya sendiri.

Maka, penuntut ilmu yang tadipun sibuk untuk membetulkan orang lain, memberi pengajaran di sana-sini, namun, dirinya lupa untuk diperbetul dan diajar. Nasihat ini sebenarnya, adalah untuk diri kita sendiri, tanpa perlu kita melihat orang lain.

Suatu masa kelak, apabila kedudukan kita ditinggikan dalam umat, janganlah sesekali kita melupakan asal-usul kita—datang dari didikan Ibu Ayah kita, serta guru pertama yang telah bersusah-payah dalam membetukkan peribadi kita.

*

Melupakan segala hal-hal yang penting tersebut, akan menatijah kepada hilangnya keberkatan dalam menuntut ilmu. Ambillah pengajaran daripada pesan orang-orang tua: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Kedua, orang tua kita dulu ada berpesan. Jangan jadi seperti kaduk, tatkala ia melata di atas tanah, baiklah ia. Sekali ia naik junjung, habis punah segala perkara. Pepatuh Melayu kita menyebut, jangan jadi seperti kaduk naik junjung!

Demikianlah yang terangkum, sebagaimana yang terkandung di dalam sabdaan Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ bahawa:

((من توضع رفعه الله))
Maksudnya: Barangsiapa yang merendah hatinya, maka, seseorang tersebut ditinggikan kedudukannya oleh Allah Ta’ala.

-Rasyid al-Kinti

Tasik Melati, Perlis
12 Zulhijjah 1446/
9 Jun 2025

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
KOPI DAN HIDANGAN KERING

Guru Yang Mulia Shaykhuna حفظه الله تعالى pernah berkata bahawa, antara makanan yang bagus untuk penuntut ilmu itu ialah hidangan yang bersifat kering.

Oleh sebab itu, ghalibnya, santri yang memondok di negara Indonesia itu, makanan rujinya ialah nasi putih, tempe atau tauhu goreng. Rata-ratanya, dihidangkan bersama dengan sambal.

Antaranya: Sambal terasi (sambal belachan), sambal geprek (sambal seperti ayam gepuk), sambal ijo (ayam masak hijau), sambal bebek (hidangan itik) dan lain-lain. Bahkan, setakat pemerhatian hamba yang terbatas ketika rihlah di Tanah Jawa dahulu, itulah juadah utama yang telah dihidangkan di kebanyakan warung/ rumah makan/ angkringan (warung tolak atau kedai kaki lima).

Konsep idea tersebut, telah dilaksanakan oleh De’Jard Coffee. Sebuah kafe yang terletak berhadapan dengan stesen minyak Caltex di Kuala Nerang, Kedah. Alhamdulillah, kedai kopi ini, telah dirasmikan kembali oleh Guru Yang Mulia Shaykhuna pada tanggal 28 Mei 2025 yang lepas—tarikh yang serupa dengan majlis bachaan Burdah dan doa selamat di teratak hamba dan isteri.

Makanan berkuah—seperti yang lazim dimakan di tempat kita, rasanya sedap, tetapi kurang bagus untuk penuntut ilmu. Bukan sahaja ia melemahkan ‘aqal, bahkan juga melemahkan tubuh badan. Sedangkan makan bersulamkan minum airpun sudah tidak elok, apatah lagi, makanan yang berkuahnya banjir.

Selain itu, kita semua boleh meni’mati Nasi Ayam Gepuk di De’Jard Coffe, berserta dengan sechangkir kopi yang mendamaikan. Minum kopi jika diniatkan yang baik-baik, maka menjadilah ia sebuah ibadah yang mengalirkan pahala. Bahkan, Guru Yang Mulia Shaykhuna telah mengajarkan kami dengan doa Sohib al-Qahwah.

*

Penchinta kopi, sayugiyanya menchuba haruman aroma kopi yang terdapat di sana. Untuk sebarang keterangan yang lebih lanjut, boleh ikuti perkembangannya di halaman:

https://www.tiktok.com/@dejardcoffee?_t=ZS-8x5WZSllpVB&_r=1 (Tiktok) ataupun https://www.facebook.com/profile.php?id=61576117523493 (Facebook).

-Rasyid al-Kinti

De’Jard Coffee, Kedah
13 Zulhijjah 1446/
10 Jun 2025

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
AMALAN DARI PONDOK HARIMAU JEMUR

[1] AMALAN DOA MUSTAJAB

Tuan Guru Baba Haji ‘Abdullah Harimau Jemur حفظه الله تعالى berpesan: Tunaikan solat sunat hajat. Setelah membacha Surah al-Fatihah pada raka’at pertama, bachalah Surah al-Kafirun. Manakala, pada raka’at kedua, bachalah Surah al-Ikhlas.

Kemudian, tetaplah duduk dalam keadaan bersuchi dan menghadap ke arah qiblat. Dalam sekali duduk sahaja, bachalah Surah al-Inshirah sebanyak 103 kali—bersamaan dengan jumlah hurufnya di dalam surah tersebut.

Lalu, berdoalah dan doa tersebut pasti mustajab. Amalan ini, sebagaimana yang telah terangkum di dalam kitab حاشية الصاوي bagi Tafsir al-Jalalayn.

…..

[2] AMALAN SELAMAT DARI NERAKA

Disebutkan oleh al-‘Allamah al-Shaykh Wan Ahmad al-Fathaniy رحمه الله تعالى di dalam kitab بَدَائِع الزُّهُور (Segugus Bunga Nan Indah) bahawa:

Dan setengah daripadanya barangyang diriwayatkan, bahawasanya al-Imam Abu Hanifah رضي الله عنه berkata ia:
“Aku lihatkan Rabb al-‘Izzah dalam tidur 99 kali. Maka, tanyaku di dalam diriku, jika aku lihatkan Dia menchukupi 100, neschaya aku tanyakan Dia dengan apa boleh lepas segala hamba daripada ‘azab-Nya pada Hari Qiyamat.”

Maka, melihat ia akan Dia, lihat yang menchukupi 100. Maka, bertanya ia akan-Nya ‘Azza wa Jalla daripada demikian itu. Maka, berfirman Dia: “Barangsiapa berkata ia pada pagi-pagi dan petang-petang:
<< سُبْحَانَ الأَبَدِيِّ الأَبَد
سُبْحَانَ الوَاحِدِ الأَحَد
سُبْحَانَ الْفَرْدِ الصَّمَد
سُبْحَانَ رَافِعِ السَّمَاءَ بِغَيْرِ عَمَد
سُبْحَانَ مَنْ بَسَطَ الأَرْضَ عَلَى الْمَاءِ فَجَمَد
سُبْحَانَ مَنْ خَلَقَ الْخَلْقَ وأَحْصَاهُمْ عَدَد
سُبْحَانَ مَنْ قَسَمَ الأَرْزَاقَ وَلَمْ يَنْسَ أَحَد
سُبْحَانَ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدْ
سُبْحَانَ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَد >>

Neschaya lepas ia daripada azab-Ku.” Intaha Fath al-Malik.

…..

[3] AMALAN MENJADI KAYA

Disusun oleh Kyai Haji Husayn Qadri Martapura رحمه الله تعالى di dalam kitab Senjata Mukmin bahawa:

(Khasiat الْقَيُّوم): Dan barangsiapa berzikir dengan dia dan dengan Isim yang dahulunya seperti dikatanya:

‎ << يَا حَيُّ يَا قَيُّوم >>

[Faidah Amalan]: Tiap-tiap hari siang atau malam 1000 kali, insha-Allah adalah ia menjadi kaya, banyak hartanya, diturut orang segala perkataannya, dikasihi oleh tiap-tiap manusia, laki-laki dan perempuan, menjadi berbahagia, haibah, dimuliakan orang, dipeliharakan daripada segala bala dan mudharat, dan daripada orang zalim, dan seumpama ia akan martabat yang tinggi. Mengatakan akan yang demikian itu oleh al-Imam al-Ghazaliy رحمه الله تعالى.

…..

[4] AMALAN MENJADI ‘ALIM

Telah dinyatakan oleh al-‘Allamah al-Imam al-Sayyid Hasan bin Muhammad bin ‘Abdillah al-‘Alawiy al-Makkiy رحمه الله تعالى di dalam kitab الفوائد الحسان bahawa:

(الفائدة السادسة عشرة): من كتاب النفس اليماني للسيد عبد الرحمن بن سليمان الأهدل في ترجمة الشيخ محمد صالح الريس الزمزمي المكي قال:
روى أبو علي الترمذي دعاء عن النبي صلى الله عليه وسلم:
((ومن قرأه عقب كلّ صلاة صار عالما ألبته، وهو:

Barangsiapa yang membacha doa berikut setiapkali setelah menunaikan solat, maka dia pasti akan menjadi ‘alim, iaitu:

<< رَبِّي زِدْنِي عِلْمًا
وَوَسّعْ في رِزْقِي
وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي
وَاجْعَلْني مَحْبُوبًا في قُلُوبِ عِبَادِكَ
وَعَزِيزًا في عُيُونِهِم
وَاجْعَلْنِي وَجِيهًا في الدُّنْيَا وَالأَخِرَة
وَمِنَ الْمُقَرَّبِين
يا كَثيرَ النَّوَال يا حََسَنَ الْفِعَال
يا قَائِمًا بِلا زَوَال
يا مُبْدِئًا بلا مِثَال
فَلَكَ الْحَمْدُ والْمِنَّةُ والشَّرَفُ على كُلِّ حَال >>

Guru Yang Mulia, Shaykhuna حفظه الله تعالى juga telah berpesan kepada santri-santri di Zawiyah untuk mengamalkannya setiap kali selepas solat. Ini sebagaimana yang telah diijazahkan oleh ‘Arif Billah Pak Su Mid رحمه الله تعالى kepada beliau. Riwayat yang diambil oleh Shaykhuna: Boleh dibaca sama ada مُبْدِئًا ataupun مُبْدِعًا.

…..

[5] AMALAN MENGINGATI AL-QURAN

(الفائدة الثامنة عشرة): من خشى أن ينسى القرآن، فليقل:

(Faidah ke-18): Barangsiapa yang bimbang akan dirinya daripada melupai al-Quran, maka, berdoalah:

<< اللهم نَوِّرْ بِكِتَابِكَ بَصَرِي
وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَانِي
وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِي
وَاسْتَعْمِلْ بِهِ جَسَدِي
بِحَولِكَ وَقُوَّتِكَ
فَإنَّه لَا حَولَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِك >>

…..

[7] AMALAN MENGHAFAZ ILMU

(الفائدة الرابعة والعشرون): دعاء لحفظ العلوم، يروى عن سيدنا علي كرم الله وجهه، أنه قال: شكوت إلى رسول الله قلة الحفظ، فقال: ((قل أربعين مرة…

(Faidah ke-24): Doa bagi menghafaz ilmu-ilmu. Diriwayatkan daripada Sidna ‘Ali كرم الله وجهه, sesungguhnya beliau telah berkata bahawa: Saya telah mengadu kepada kepada Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ perihal kekurangan dalam hafazan.

Maka, Baginda ﷺ menjawab: ((Bachalah olehmu akan zikir berikut sebanyak 40 kali:

<< اللهم اجْعَل نَفْسِي نَفْسًا طَيِّبَةً مُطْئِنَّةً طَائِعَةً حَافِظَةً
تُؤْمِنُ بِلِقَائِك
وَتَقْنَعُ بِعَطَائِك
وَتَرْضَى بِقَضَائِك
وَتَتَخْشَاكَ حَقَّ خَشْيَتِك
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم >>

[Faidah Amalan]: Al-Imam ‘Ali Abi Talib كرم الله وجهه telah berterusan dalam mengamalkannya siang dan malam. Tidak ada perkara yang dilihatnya dan didengarinya, melainkan kesemuanya dihafaz. Amalan tersebut juga sangat bermanfaat bagi menolak penyakit waswas.

…..

[8] AMALAN KAYA DAN PENGHAPUS DOA

(الفاىدة الثانية والثلاثون): من إجازة الشيخ أحمد القشاشي الدنى رحمه الله تعالى في مكاتبة للشيخ عبد الله بن عمر باشراحيل الحضرمي، قل:

<< سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ >>

[Faidah Amalan]: Jika zikir tersebut dibachakan pada siang dan malam sebanyak 1000 kali, maka orang tersebut termasuk dalam golangan yang kaya hartanya dan agamanya. Bahkan, amalan ini akan menghapuskan dosa-dosa (kechilnya) walaupun jumlahnya sebanyak buih di lautan. Maka, lazimilah amalah ini dan mulakanlah ia dengan solat.

…..

[9] AMALAN MALAIKAT PEMIKUL ‘ARASH

Disebutkan di dalam kitab الفوائد في الصلات والعوائد bahawa:

(الفائدة السادسة والخمسون): عن بعض الصالحين قال: أصابتني علة شديدة حتى أيست من نفسي، فبينما أنا في أشد ما يكون رأيت في المنام وكان ليلة الجمعة، كأن رجلا دخل علي وجلس عند رأسي ودخل بعده خلق كثير، ثم وضع يده على جنبي وقال:

<< بِسْمِ الله رَبِّي
حَسْبِيَ الله
تَوَكَّلْتُ عَلَى الله
اِعْتَصَمْتُ بِالله
فَوَّضْتُ أَمْرِي إلى الله
مَا شَآءَ الله
لَا قُوَّةَ إلَّا بِالله >>

Manakala, dalam kitab Senjata Mukmin karya Kyai Haji Husayn Martapura رحمه الله تعالى (hal.124) menyebutkan dengan riwayat bachaan:

<< بِسْمِ الله رَبِّيَ الله…>>

[Faidah Amalan]: Sesiapa yang memperbanyakkan zikir tersebut, maka, dia akan diberi kesembuhan daripada segala penyakit dan dilapangkan daripada segala kedukachitaan.

Selain itu, diriwayatkan bahawa, makhluq pertama yang mula-mula mengamalkan zikir tersebut ialah Malaikat Pemikul ‘Arash عليهم السلام —semenjak mereka diperintahkan untuk menanggung ‘Arash. Mereka tidak putus-putus dalam menyebutkannya sehinggalah ke Hari Qiyamat kelak.

Tuan Guru Baba ‘Abdullah Harimau Jemur حفظه الله تعالى berkata: Sekurang-kurang ‘banyak’ ialah tiga kali. Manakala, sekurang-kurang ‘banyak’ untuk dimustajabkan doa ialah 313 kali. Jumlah 313 tersebut adalah mengambil berkat dengan bilangan:

1. Jumlah Rasul
2. Jumlah Ahli Badar
3. Jumlah Tentera Tolut menentang Jalut

Pesan Tuan Guru Baba lagi: Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah ketika di penghujung malam. Hendaklah orang yang berdoa itu hanya makan sesuatu yang halal. Ini kerana, makanan yang haram itu akan menyebabkan doa seseorang itu tidak dimustajabkan oleh Allah Ta’ala.

مَن طلب بجدّ وجد

Maksudnya: Barangsiapa yang menuntut sesuatu dengan bersungguh-sungguh, mk dia pasti akan berjaya

Seterusnya, Firman Allah Ta’ala di dalam sebuah Hadith Qudsi:

‎(( أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي ))

Maksudnya: “Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku”

Kemudian, Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Ghafir ayat 60:

‎((( وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ )))

Maksudnya: “Dan telah berfirman Tuhanmu semua bahawasanya, mintalah doa kepada Aku, nescaya Aku mustajabkan permintaan bagi kamu semua.”

…..

Alhamdulillah, di atas ni’mat bertemu dengan salah seorang Ulama Tua di bumi Thailand. Kesemua wirid tadi telah diijazahkan oleh Tuan Guru untuk diamalkan.

Kami sangat bershukur dapat menjamah makanan ruhani dan jasmani di sana.
Bahkan, isteri Tuan Guru juga telah menghidangkan Kengsom Thai, daging rebus, sambal belachan, kerabu ikan dan tapai pulut merah yang sangat enak.

Terima kasih diuchapkan buat Kak Jard, Abang Din dan Pak Teh Man kerana sudi membawa hamba dan isteri bertandang ke rumah Tuan Guru. Begitulah jua buat Kak Yah Pusiyah Raktham, yang menjadi pemandu arah dan menaja penginapan buat kami berlima, sepanjang dua hari berada di Yala.

-Rasyid al-Kinti

อำเภอสะบ้าย้อย, Thailand
16 Zulhijjah 1446/
13 Jun 2025

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
ADAB MEMBAHASAKAN DIRI “SAYA”

Guru Yang Mulia, Shaykhuna telah membachakan Hikam Kurdiyyah yang ke-13 semalam di Kuala Nerang. Al-Imam al-Kurdiy رحمه الله تعالى telah berkata bahawa:

إيّاك والدّعاوي ولو كنت صادقاً، ومن الأدب الفرارُ من دعوى مقامٍ قبلَ بلوغِ وبعدَ بلوغِه

Maksudnya: “Hendaklah engkau berjaga-jaga daripada banyak menda’wa-da’wi walaupun engkau seorang yang benar, dan termasuk di dalam adab adalah berpaling daripada menda’wa telah menchapai maqam tertentu, sama ada sebelum menchapainya atau setelah menchapainya.”

Shaykhuna menyebutkan bahawa, Tuan Guru Haji ‘Abdullah Lubuk Tapah رحمه الله تعالى antara orang yang pantang tatkala mendengar murid yang membahasakan dirinya sebagai “ana” tatkala berbichara dengan guru.

Hal ini, juga seperti yang Shaykhuna telah nyatakan kepada kami, sebagaimana nasihat yang sangat penting, yang pernah disampaikan oleh Guru Mulia al-Ustaz Haji Yussaine Yahya حفظه الله تعالى suatu masa dahulu di negeri Perlis.

Pesanan ini sangat perlu diberikan perhatian oleh penuntut ilmu. Bahkan, Al-Imam Ibrahim al-Dasuki رحمه الله تعالى telah berpesan kepada anaknya:

احذَرْ أنْ تقولَ أنا…

Maksudnya: “Waspadalah wahai anakku daripada bercakap ‘aku’.”

Pesanan itu diberikan agar anaknya berhati-hati kerana orang yang mengangkat dirinya, maka pasti akan direndahkan. Kalau dia benar melakukan sesuatu amalan itu, maka pahalanya pasti akan terhapus. Kalau seseorang itu punya kedudukan, maka dia pasti akan jatuh.

…..

Apabila dilihat pada lafaz “Ana”, maka ia tiada masalah. Namun, tatkala melihat kepada ma’nanya, maka di sana terdapat beberapa perkara yang perlu dihalusi.

Sebutan “Ana” telah digunakan oleh dua makhluk yang terkutuk iaitu:

[i]: Fir’aun
[ii]: Iblis

Kita perhatikan uchapan Fir’aun di dalam Surah al-Nazi’at ayat 24:

((( فَقَالَ أنَاْ رَبُّكُمُ الأَعْلَىٰ )))

Maksudnya: “Maka, Fira’un menda’wa bahawa: Akulah tuhan kamu semua yang Maha Tinggi!”

Kemudian, kita perhatikan pula uchapan Iblis di dalam Surah al-A’raf ayat 12:

((( قَالَ أناْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ )))

Maksudnya: “Iblis menda’wa bahawa: Aku lebih baik daripada Nabi Adam; aku telah dichiptakan daripada api yang mulia, manakala, Nabi Adam pula telah dichiptakan daripada tanah yang hina-dina!”

…..

Justeru itu, ketika Sidna Jabir bin ‘Abdillah رضي الله تعالى عنه mengetuk pintu rumah Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ, Baginda ﷺ bertanya: “Siapakah di luar sana?”

Maka, Sidna Jabir menjawab: “Ana”

Terus Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
(( أنا أنا ؟! ))

Sidna Jabir menyatakan bahawa, jawapan tersebut menunjukkan seolah-olah Baginda ﷺ tidak menyukai dengan kalimah tersebut. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhariy dan Imam Muslim.

…..

Menarik untuk kita lihat sebuah perbahathan yang dibawakan oleh al-Shaykh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah رحمه الله تعالى di dalam kitab Min Adab al-Islam (hal. 19). Beliau menyatakan bahawa:

إذا طرقت باب أحد من إخوانك، فقيل لك: من هذا؟ فقل: فلان باسمك الصريح الذي تُعرَف به، ولا تقل: واحد، أو أنا، أو شخص

Maksudnya: Sekiranya kamu mengetuk pintu rumah salah seorang daripada temanmu, ketika temanmu bertanya kepadu: “Siapakah di luar sana?”

Maka, jawablah olehmu bahawa: “Ini si fulan”—dengan namamu yang jelas, lagi diketahui akan namanya oleh temanmu.

Janganlah pula kamu menjawab dengan jawapan seperti:
“Ini satu”
“Ini aku”
“Ini seseorang”

…..

Dari sudut adab, dibahath mengenai perkara ini dalam etika komunikasi moden yang sangat luas—walaupun tidak disebutkan mengenai telefon di dalam Hadith.

[i] Sekiranya kita menelefon seseorang, janganlah pula kita berteka-teka dengan pendengar siapakah kita seperti ini:
“Cuba teka dengan siapa yang kamu sedang bercakap sekarang… Takkan kamu tak kenal suara siapa ini!”

[ii] Sekiranya seseorang bertanyakan nama kita pula, janganlah dijawab dengan jawapan sebegini:
“Kalau tak beritahupun tak mengapa… Kalau beritahupun, bukan kamu mengetahuipun tentang saya…”
[iii] Tujuan diperkenalkan nama—khususnya ketika berbicara dalam jarak yang jauh seperti di dalam telefon, agar pendengar kelak dapat mengetahui dengan siapakah dia sedang berchakap sebenarnya.

Katakanlah, seorang lelaki telah menelefon kepada wanita. Lelaki itu tidak mengenalkan dirinya. Wanita itu pula menyangka suara lelaki itu ialah suaminya. Justeru itu, dia telah melunakkan suaranya kepada lelaki yang tidak sepatutnya.

…..

Dari sudut kesufian, menyebut “ana ana” ini hampir kepada sifat Ananiyyah (Keakuan), dan bertentangan dengan sifat makhluk.

[Tanbih]: Dari sudut terjemahan Bahasa Melayu, أنا boleh diertikan dengan maksud “aku” ataupun “saya”. Oleh sebab itu, lebih halus seorang murid menggunakan lafaz “saya” tatkala berbichara dengan guru.

Sekiranya seseorang murid hendak menggunakan lafaz “Ana” juga, maka Shaykhuna menasihatkan agar penuntut ilmu tersebut menggunakan sepenuhnya ayat perbualannya di dalam Bahasa Arab.

-Rasyid al-Kinti

De’Jard Coffee, Kedah
7 Muharram 1447/
2 Julai 2025

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
2025/07/03 01:10:13
Back to Top
HTML Embed Code: