Telegram Web Link
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
Mee Rojak Ayam 👇resepi kat bawah
Mee Rojak Ayam
Credit to: Tahrunnisah Jali

resepi cucur rangup mabeles.. 1cwn tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
sedikit gula
garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
air
kunyit
bawang merah dipotong kecil
daun kucai
tauge

cara2
masukkan semua dalam satu bekas...air tu agak2 la ye..adunan jangan cair sangat n jangan pekat sangat..mcm nak buat cucur pisang gitula..kalu cair nanti masa goreng makan minyak...biarkan adunan selama sejam dlm bekas tertutup n boleh goreng dlm minyak yang panas... rojak ayam +mie.... bahan-bahan yang diperlukan

mee kuning
telur rebus
ayam goreng
cili potong
cucur rangup
sengkuang
salad
tahu goreng
timun dan tauge
kuah rojak

resepi kuah rojak 5 orang

3 biji bawang besar (sederhana saiznya)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2@3 sudu besar cili kering kisar
2 cawan kacang tanah di goreng kemudian dibuang kulit dan ditumbuk/kisar jgn terlalu hancur dan jgn terlalu kasar ye
sedikit gula melaka
garam dan gula
10 keping biskut merie dihancurkan
2 sudu udang kering
air secukupnya
sedikit air asam jawa

cara-cara buat kuah rojak

1. Goreng kacang tanah hingga masak. Kemudian buang kulitnya (saya guna \
belakang cawan tuk buang kulitnya kemudian tampi tuk membuang kulit2
kacang yang tidak digunakan lagi

2. Kisar bawang besar,bawang putih, halia dan udang kering.

3. Tumis bahan kisar dan cili kisar dlm minyak panas. sehingga ia pecah minyak
dan masukkan air sedikit dahulu kemudian baru masukkan kacang tanah yang
ditumbuk serta biskut merie yang dihancurkan. kalau pekat boleh tambah air
lagi ye..kuah rojak tidak terlalu pekat ye ia agak cair sedikit dr kuah sate.

4. Akhir sekali perisakan dgn garam, gula melaka dan gula. Gula melaka jgn isi
banyak agak warna jadi cantik dan tak hitam sangat dah dikira ok.. kalau rasa
tawar boleh tambah gula dan garam. dan masukkan sedikit air asam jawa.

5. Untuk pengetahuan kuah rojak ni agak manis sedikit ye.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
Nugget Ayam
👇resepi kat bawah
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
Nugget Ayam 👇resepi kat bawah
Nugget Ayam
🍃🍃🌹🍃🍃

1- Dada ayam dalam 4 ketul (optional nak banyak mana)
2- 2-3 ulas bawang putih ( cincang halus)
3- 3 sudu besar tepung gandum (bergantung banyak mana dada ayam)
4- 1 sudu kecil lada sulah
5- 1 biji telur
6- breadcrum / serbuk roti
     ( cara nak buat serbuk roti = bakar roti pastu blender sampai jadi serbuk)
7- garam secukup rasa

🍃🍃🍃🍃🌹🍃🍃🍃🍃
Cara-cara nak buat Nugget Ayam
🍃🍃🌺🍃🍃🌺🍃🍃🌺🍃
1- Dada ayam dicincang dan di blender, letak ke dalam mangkuk dan ketepikan. Saya guna blender biasa je..

2- Kemudian letak bawang putih yang dah di cincang ke dalam ayam tadi..

3- Masukkan lada sulah, tepung gandum dan garam secukupnya.. Kemudian gaulkan hingga sebati..

4- pastu boleh la buat bentuk ikut cita rasa sendiri.. kalu tgn ,elekit boleh la sapukn sikit minyak pada tangan dan buat bentuk.. pastikan korang leperkan lepas da buat bentuk sebab nanti kalu dah goreng nugget nie akan kembung sikit..

5- celup dengan telur dan gaulkan ke dalam breadcrum/ serbuk roti.

6- goreng dengan api sederhana.. Dah masak angkat dan toskan..

Dah siap nugget ayam untuk Kak Long Khaulah.. Senang kan..!! Masak senang makan pun senang sekejap je da habis..

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
Papadom 👇resepi kat bawah
PAPADOM.
🌸🌸🌸🌸

500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.

1/2 sudu kecil (tsp) jintan putih.

1/2 sudu kecil rempah ajoiwan (baunya seperti rempah barat tyme) dan lebih kurang bentuk jintan manis. Kalau tak dapat cari gunakan jeera (jintan putih jenis panjang).

1/4 sudu kecil baking powder.garam ikut rasa sendiri.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
CARA-CARA MEMBUAT:
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

1. Adunkan semua bahan-bahan diatas dalam sebuah bekas.

2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papdom cepat kering.

3. Selepas buat doh, tutup  bekas doh tersebut dan biarkan doh didalamnya selama 2 jam.

4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk)  dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.

5. Jadikan bebola  kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki.  jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.

Tebal seperti keropok senang cerita.

6. sekira semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.

7. Kepingan papadam yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari. Jangan keringkan sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara.

Mustahak nya doh. Kalau tak reti naka lenyek bulat , lenyek guna acuan atau boleh potong emapat segi seperti papadom malaysia.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
#tipsDapur untuk goreng papadom.
🌻🌻🍃🌻🌻🍃🌻🌻🍃🌻🌻

Papadom seperti keropok yang lain. Sekiranya anda beli papadom dikedai mamak oklah, tapi ramai juga menyamar sebagai mamak sekarang ini. Papadom yang belum goreng tentukan ia buatan syarikat orang Islam. Mamak Haji tak gerenti papadom halal yang disahkan JAKIM atau haram tetapi seperti apa yang muslim India kata, papadom buatan orang Islam India itu terbaik. Baca nama syarikat pembuat, kalau namanya seakan nama orang Islam agak oklah itu. Di negara ini belum ada kilang keluarkan papadom halal, sesiapa minat nak jadi usahawan papadom boleh juga cuba. Mesin otomatik buat papadom banyak dalam pasaran sekarang.

Semasa goreng papadom yang dibeli (bbiasanya RM1.60 ada 20 kepingan papdom), tentukan minyak panas semasa goreng. Jangan terlalu panas sampai hangus pulak..nanti papadom pahit. Masa gorengan cuma 15-20 saat saja. Masukkan papadom dan diatas papadom yang goreng letakan sudip supaya padom anda bulat yang cantik. kalau tidak papadom kerinting. Masa gorengan sangat singkat, jangan risau cuba dulu seperti goreng keropok udang.

Selepas goreng apdom tidak boleh didedahkan dalam udara. Perlu dimasukkan dalam bekas kedap udara. Nanti papdom anda menjadi lembik.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
Mujahadah melawan nafsu adalah sesuatu yang berat.

Melawannya bukan sehari dua tetapi mungkin sepanjang hidup kita secara maksimal dalam meraih takwa kepada Allah.

Melawannya mesti diiringi dengan doa yang berterusan dan khusyuk kerana tanpa bantuan Allah memang kita tidak mampu menewaskan hawa nafsu yang terus hidup dan dalam pelbagai bentuk ini.

Mungkin doa ini boleh membantu kita untuk mendapat ketakwaan jiwa dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menganggu perjalanan mujahadah kita.

‎اَللّٰهمَّ آتِيْ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَزَكِّيْهَا اَنْتَ خَيْرٌ مَنْ زَكَّا هَا اَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْ لَا هَا.

Ya Allah, berikan kepada jiwaku ketakwaan. Sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik Dzat yang menyucikannya. Engkau adalah penolong dan pembelanya.


....banyak lagi di sini👇👇


👇🌸 jemput join SINI 🌸👇
https://www.tg-me.com/mutiarakataMKH
❤️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bihun Sup utara

▫️ Bihun
▫️ Serbuk kunyit
▫️ Air
.
▪️ Cili kering (7)
▪️ Bawang merah (3)
▪️ Bawang putih (3)
▪️ Serbuk cabai (2 tbsp)
▪️ Sos cili (2 tbsp)
▪️ Sos tomato (1 tbsp)
▪️ Air
(Bahan sambal)
.
▫️ Bawang holland (1)
▫️ Bawang merah (3)
▫️ Bawang putih (5)
▫️ Halia (1 inch)
▫️ Biji Ketumbar (1/2 tbsp)
▫️ Lada hitam (1 tbsp)
(Bahan blend sup)
.
❣️ Serbuk jintan manis (1/2 tbsp)
❣️ Serbuk jintan putih (1/2 tbsp)
❣️ Rempah sup (1 tbsp)
❣️ Serai (2)
❣️ 4 sekawan
❣️ Air (3 L)
❣️ Air rebusan daging (2 cup)
❣️ Daging (1 kg)
❣️ Ekor (1/2 kg)
❣️ Kiub pati ayam (1)
❣️Garam (secukup rasa)
❣️ Lemon (1/8)
❣️ Daun bawang
❣️ Daun sup
❣️ Bawang goreng

Cara-cara Masak Tengok Video 🤗

Selamat Mencuba

Kredit Recipe : @awok_salwa

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Rezeki tak pernah salah alamat.Lambat atau cepat sudah tertulis Maka jangan kita pertikaikan.

Ada orang sedikit rezeki nya dan ada orang melimpah rumah rezekinya .Usah membandingkan kenapa kita sedikit, orang punya melebihi dari apa kita dapat.

Tetaplah bersyukur dan bersangka baik.Jika bukan wang ringgit mungkin jalur rezeki kita dari sudut yang lain.

Tenang-tenang saja.Suatu masa apa kita inginkan pasti akan kita genggam.
InshaAllah.


JEMPUT JOIN KAMI
👇❤️👇❤️👇❤️👇❤️👇
https://www.tg-me.com/hikmahcinta22
https://www.tg-me.com/hikmahcinta22
https://www.tg-me.com/hikmahcinta22
AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT.

Bahan-Bahan

Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Jintan putih
Ketumbar
Garam secukup rasa


Cara-Cara

Gaul Isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.

Balut ayam dengan daun pandan.

Kukus sekama 7-10 Minit.

Sumber : coachyatienadzli

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
SAMBAL SOTONG SEDAP 😋

Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa

Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

Cara-cara:
Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong..

Kredit Resepi : ig Rosehayatie

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
Ayam masak kurma
👇resepi kat bawah
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
Ayam masak kurma 👇resepi kat bawah
Ayam Masak Kurma
Kredit: resepicheff.blogspot

Bahan-bahan:

500g ekor ayam ayam segar, dipotong-potong.
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
2 cawan santan pekat
1/2 peket rempah kurma
1 buah tomato (dibelah empat)
1 biji kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
2 biji cili besar (hijau dan merah)
2 biji bawang besar (dibelah empat)
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar Garam
4 sudu besar gula

Bahan Dikisar:

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia

Langkah-langkah:

Panaskan minyak.

Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.

Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.

Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.

Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.

Siap dan hidangkan dengan nasi pilihan anda.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
Masak Lemak Cili Api Pegaga dan Udang
👇resepi kat bawah
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
Masak Lemak Cili Api Pegaga dan Udang 👇resepi kat bawah
Masak Lemak Cili Api Pegaga dan Udang
Sumber : Bonda Cik Kamoo

Bahan-bahan;

2 ikat pegaga (beli kat Pasar Tani seikat RM1.00 je) - bersihkan, akar tu tak yah buang pun takpe. Mak aku cakap jadi ubat tuh. So, aku tak buang akar tu semua. Amek yang cun je. Kemudian korang simpullah pegaga tu.

Berekor-ekor udang segar saiz sederhana - aku guna 15 ekor udang segar

1 kotak santan jenama MS/Ayam Brand - brand lain tak sedap (Kalau ada santan segar lagi bagus.

*10 biji cili api

*Kunyit - sebesar ibu jari (Kalau ibu jari korang besar, amek setengah je lah)

*Bawang merah - 3,4 ulas je (Kopek dulu ... jangan blend dengan kulit bawang plak)

Garam
Serbuk perasa


Cara-caranya;

Blendkan bahan-bahan bertanda (*) sehingga sebati. Santan kotak dicampur dengan air suam. 1 kotak santan = 1 kotak air suam.

Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan air ke dalam blender. Blend sekali je

Masukkan udang dan pegaga dalam periuk. Masukkan santan dan bahan-bahan tadi ke dalam periuk berisi udang dan pegaga

Renehkan di atas dapur .... sambil-sambil tu kacau sedikit, takut pecah minyak. Tak sedap nanti.

Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan garam serta serbuk perasa.

Bila batang pegaga dah lembut sikit dan udang dah masak ... bolehlah angkat dan hidangkan dengan nasi panas-panas.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
TEPUNG GOMAK
👇resepi kat bawah
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
TEPUNG GOMAK 👇resepi kat bawah
TEPUNG GOMAK

Bahan Inti :
* 3 cawan kelapa parut putih
* 1 cawan gula merah
* 1/2 cawan gula pasir
* 1/2 cawan air
* 1 sudu makan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
* 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
3. Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan..

Bahan Lain:
* Tepung kacang hijau

Caranya - Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak, ketepikan. Bahan ini untuk salut kuih/ boleh beli di kedai bakeri

Bahan Doh:
* 2 cawan tepung pulut
* 1 sudu makan tepung gandum
* 1 cawan santan

Cara-cara:
1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum, gaul rata.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
3. Kemudian didihkan air dalam periuk.
4. Ambil sedikit doh masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
5. Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul, angkat doh dan toskan.
6. Sediakan tepung kacang hijau dalam bekas lain untuk proses menyalut kuih.
7. Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan lahan supaya doh jadi leper.
8. Lakukan hingga adunan habis, sedia untuk dinikmati.

Kredit: Oni Omar 

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
Kek lapis Sarawak PELANGI.
👇resepi kat bawah
2025/07/01 02:55:44
Back to Top
HTML Embed Code: